“Man, man tolong tengok lah abah tu sama ya… mama kesian kat abah”, ucap mama dalam keberatan suaranya. Lengan dan muka yang sembab disebabkan terlalu banyak ubat dan bendasing dimasukkan begitu jelas kelihatan.
“Esok petang man nak balik KL ni, ayu nanti jaga mama ya”, sambung ku. ” Tak payah man, tak payah”, esok mama boleh keluar dah kata mama lagi. Padahal esok sudah pasti mama akan dikerjakan oleh doktor doktor di ‘operation theatre’. Mama masih sanggup ingin menyedapkan hati ku. Bahawa dia masih sihat dan kuat, tak perlu menyusahkan sesiapa. Itu lah hati seorang ibu, seorang mama.
Mama Ramlah semasa bulan Ramadhan di KL, masih dalam proses dialisis
Sekarang beliau terlantar di Hospital Sulatanah Bahiyah, tingkat 4 wad Kenanga D. Semoga beliau cepat sembuh.
Moral of the story bagi ku dan isteri ialah, ini adalah pahala percuma untuk ku dan isteri supaya dapat berbakti sebaik mungkin sepanjang mama berada di hospital.
Maksud hadis RAsulullah saw, Rugilah bagi sesiapa yang sempat bersama ibu bapa mereka ketika mereka telah di dewasa, tetapi mereka tidak dapat masuk SYURGA.
Maknanya, betapa rugi bagi sesiapa yang sempat hidup bersama ibu bapa mereka ketika mereka elah bekerja dan ada keluarga sendiri TETAPI tidak berbakti dan membantu IBU AYAH mereka sendiri.
رَغِـــمَ أنْف من أدرك والديه عِنْد الكبر ولم يدرك الجنة
Ini lah dalil dan bukti bahawa begitu senang untuk seseorang anak mendapat syurga, hanya dengan MENGGEMBIRAKAN IBU AYAH selagi mana mereka masih hidup.
YA ALLAH, berikan lah aku dan isteriku kekuatan untuk berbakti kepada mereka ber ’empat’. Umi Ayah, Mama Abah.
Salam sayang untuk semua.