Showing posts with label Software/Hardware. Show all posts
Showing posts with label Software/Hardware. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

busy kah aku?

Image
hmmm aku pun tak tau la nak kategorikn mcmana... busy ke aku yg malas... skang ni mmg mcm bnyk keje skit, keje opis mcm biasa la tak pernah putus, pastu duk buat keje utk majlis Tilawah yg company anjur plak ni, tp takde la bnyk sgt kot.. heehee

gambar2 yang aku amik punya lah bnyk menunggu utk di edit, customer dah tanya bila bleh siap... heheheh biasa la mana la aku bleh nak siapkan gamba tu dlm masa 2 3 hari, nak jugak di edit skit gamba tu, mana yang gelap nak kena terangkan & yg over exposed plak nak kene gelapkan... yang nampak kuning nak kene putihkan... tapi takpe, duit punya pasal esok aku akan hantar hahahaha....

Sebenarnya masalah aku skang ni adalah mengantuk... mlm2 asyik ngantuk jer, ni gara2 world cup la ni, abis jer world cup aku terus jadi mengantuk awal.. dulu ilek jer tido kul 2 3 pagi duk mengadap laptop... haisshhh nak kene btulkan balik time aku ni, susah cenggini nak buat editting n design pun tak dpt... rugi mlm2 kalo tdo awal sgt, bnyk benda yg bleh d buat... Blog utk Orangeshutter pun blum siap lagi ni... nak kene kumpul suma gambar n editkan dulu baru dapat publish, tak rock la kalo publish gambar mentah2... mcm org malas jer...

Directory Miribloggers pun dah lama tak update, aku ingat nak tuka template baru yang boleh memudahkan aku mengupdate ahli baru dengan cepat dan ringkas...(pemalas mmg selalu nak ringkas n cepat)....

Saturday, May 1, 2010

Dalam Hati Ada Taman Awam.....

Image

Dari tadi duk tengok laptop ni, ingatkan bleh la nak buat entry best skit... lgpun dah lama aku tak membebel dalam ni... sejak last post tu mmg bnyk benda yg aku nak blogkan... tapi bila dah mengadap laptop ni aku rasa mcm taktau nak cerita yang mana dulu plak.... kerja opis mcm biasa la tak bnyk beza dgn sebelum ni... politik company pun mcm biasa la sentiasa ada...

Utk photography aku skang ni ingat nak cuba benda2 baru plak... nak cari tempat2 yg lagi best dan kalau dapat chick2 yang best lagi la betambah best... terbest best jer la.... Ingat nak buat street candid tp geng plak tak cukup... lagi pun kitorg ni suma ada kerja dan family sendiri... so masa tu agak limited la... smlm ada sorg kawan dah kasi satu job utk wedding.... bulan 5 nanti...

OK, pada kawan2 yang call aku tp takdapt tu harap maap le yek... dah tukar no baru sb baru angkat BlackBerry.... kalo nak contact aku bleh tinggalkan comment, nanti aku call or kasi no.

Skang ni aktif balik main tenis setelah bertahun2 tak main... gara2 nak turunkn berat skit n nak amik balik stamina... lucky kat opis aku ada sorg coach tenis yang sudi nak couching... at first just aku dgn Boy jer yg, tp skang ni makin ramai plak sambutan... ada lebih kurang 6org yg join.... lutut aku yg dah lama injured sb main rugby kat Uni dulu tpaksa guna grip kasi steady skit... tp bila lutut dah grip, siku kanan plak problem sb kebodohan sendiri... huhuhuhh turun training tenis lupa nak stretching..the next day terima la penangan "Tennis Elbow",  baru rasa sakit, sampai skang masih sakit tp still bleh main lagi... so btambah satu lagi grip utk elbow plak...

Cerita laptop plak... Baru je d reformat sb tkena jangkitan virus durjana yang datang entah dari mana pun aku taktau.... tp skang ni lepas re-format maka lajulah ia seperti sediakala... tp masih bnyk software2 aku yg blum d install... cuma masukkan yg penting2 jer...

hmmm bnyk lagi aku nak membebel ni tp kesian plak kat korg yang membaca ni plak.... k.



Saturday, March 27, 2010

Apa jadi? macam-macam daa...



Minggu ni kurang skit aku posting, maybe sebab bnyk benda berlaku di sekeliling aku dalam tempoh beberapa hari ni.... semenjak 2menjak ni hidup aku mcm roda yg sentiasa bergerak... sekejap OK sekejap aku rasa tak KO... tp still dapat handle la... Minggu ni pun busy skit dengan event malam esok, oleh kerana aku diberi keje utk invitation dengan Photography so bnyk gak la keje nye... Nasib baik jemputan utk VIP jer yg aku nak kene setelkan... 1st aku sendiri yang design kad jemputan utk VIP and print pun sendiri guna printer Color LaserJet HP 5500dtn department punya... hehehhehe... pastu director company plak suruh aku prepare speech utk dia berucap malam esok nanti... nah ambik mu, sapa suruh gatal2 gi suruh org tua tu bagi speech... tpaksa la tolong draftkan... hahahha tp nasib aku baik sebab roda tgh berpusing keatas, dah ada S/U club yang tolong preparekan... so selamat lah....

Dalam duk menyetelkan hal2 invitation tu aku pun sempat gak la buat preparation utk photoshoot mlm esok nanti... dah beli stock battery spare 2 kotak utk flashgun Sony HVL-58AM kesayangan aku tu... & sempat gak DIY flash bouncer 2 bijik, 1 kecik & 1 besar...

Minggu ni gak adalah minggu gaji.... rasa mcm lama sgt dah tak terima gaji, sebab last month gaji masuk awal sangat, kalau tak silap 13hb dah masuk gaji last month.... anak2 mcm tau2 jer yg bapak dia tgh lebat, terus ajak g makan pizza.... eleh kalo time hari2 biasa pun sama jugak sebenarnya.... sesuka hati diorg jer sebut nama kedai mana yg diorg nak g mkn... kebetulan gak aku nak replace henpon aku yang dah bisu tak reti nak panggil aku kalau ada org call or sms tu... so bertukar la kepada henpon yang lebih besar size nya dan lebih bnyk button keypad nya....

Pastu pegi la pulak nak cari baju kemeja utk aku pegi dinner malam esok tu... belek punya belek jumpa la kemeja dengan kaler dan material yang aku cari... bila tengokkan size tu aku beranggapan yang baju tu besar sgt utk aku.... so amik la yang sizenya lebih kecik... sekali dalam fitting-room baru la aku tau yang size tu dah tak muat dgn aku... ADOIII... aku makin membesar la pulak... need to do something ni.... dalam masa 2tahun berat aku naik 20KG..... patut la kebelakangan ni ramai org tegur aku cakap yg aku makin berisi... hadoi.. perut pun makin maju kedepan dah ni.... start next week aku ingat nak p jogging la tiap petang... kasi turun 10kg pun jadi lah hauhauhauhauhau....
Skang ni pun aku baru je siapkan slideshow utk event malam esok... oleh kerana malam esok adalah Earth Hour 2010, dan kitorg pun memang menjadi supporter dari tahu lepas jugak... so kitog akan padamkan lampu selama 5minit dalam event tu nanti dan di isikan dengan tayangan slideshow... hmmm last year pun kitog dinner malam Earth Hour jugak.... nampak gaya next year pun guna date yang sama gak la... baru jadi tradisi...

Sampai sini saja sebab esok nak kena pegi Eastwood Valley utk prepare for the event... nantikan nanti gambar2 dari event tu....




Monday, March 8, 2010

Posting Entry Blog Dengan Lebih Mudah

Image representing Zemanta as depicted in Crun...Image via CrunchBase


Mungkin ramai yang dah kenal dengan Zemanta, kepada yang blum penah dgr nama ni mai aku nak cerita skit... skit jer...

Zemanta adalah sebuah application untuk memudahkan kita berblogging, ini kerana beberapa sebab dan features yang telah di reka oleh Zemanta kepada para bloggers tak kira dari platform mana, samada Blogger, WordPress, TypePad, Movable Type, Ning, Drupal, LiveJournal, Tumblr and email platforms Google Mail dan Yahoo!Mail.

Ciri-ciri menarik yang ada pada Zemanta adalah:

  • Memberi cadangan untuk artikel, gambar, links dan tags berkaitan dengan entry yang kita sedang tulis.
  • Affiliate linking support
  • re-blogging - cross platform quoting for blogs
  • lebih 10,000 sumber berita, maklumat dan blog yang bebas dari spam.
  • Filtering untuk cadangan gambar yg mempunyai copyright.

Anda juga boleh link Facebook, Twitter, myspace dan MyBlogLog akaun korang untuk diguna dengan bendalah ni..

so kepada sesapa yg nak posting entry dengan mudah bolehlah try application ni.

Kat bawah ni ada Related article yang kita bleh pilih dan letak as footnote dlm entry kita, Zemanta akan list out artikel yang sesuai dengan entry yg sedang kita tulis... Pastu kat bawah skali sebelah kanan tu ada button "REBLOG" anda bleh click button tu utk menulis semula tajuk ni dalam blog anda.

Nak lebih info boleh la melawat sendiri ke website Zemanta.

Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, March 6, 2010

4 Perkara Asas... Mana yang patut pilih? Nuffnang or Innity?

Image


Ramai blogger Malaysia yang dah kenal dan guna nuffnang untuk menjana side income dari blog. Sekarang ni ramai juga yang nak beralih arah dengan mencuba Innity iaitu pencabar terbesar nuffnang sekarang.

So dibawah ni adalah perkara asas yang boleh kita nilai untuk memilih yang mana satu menjadi pilihan kalbu:-

Syarat Minimum - 
Nuffnang mengenakan requirement yang jauh lebih rendah untuk approve sebagai publisher iaitu 600unique visitor/month, manakala Innity pula meletakkan syarat yang setinggi mininum 3,000 unique visitor & 15000 pageview/month, so kepada blogger2 baru yang blum popular dan mempunyai traffic rendah adalah amat sukar untuk join Innity...

System pengiklanan -
Nuffnang menawarkan 3jenis (Leaderboard, Large rectangle & Skycrapper) untuk mengiklankan produk dalam blog kita, sementara Innity pula memberi lebih kelebihan dengan 13 bentuk iklan yang berbagai saiz dan rupa.

Pembayaran - 
Pengeluaran minimum adalah RM50 dan bayaran dibuat dalam masa 30hari bagi kedua-dua syarikat, both of them buat bayaran melalui cheque tapi Innity juga boleh di depositkan terus ke account bank.

Nilai tambahan - 
*Nuffnang menawarkan status Glitterati atau executive status yang menawarkan peluang campaign yang jauh lebih tinggi berbanding blogger berstatus biasa.
*Innity membenarkan publisher untuk menyiarkan iklan lain melalui kotak coding yang di sediakan, dan memaparkan campaign/iklan dari chanel yang sama.

Sebenarnya banyak lagi perbezaan dan perbandingan yang boleh kita buat di antara kedua2 pembuat duit ni tapi saya rasa yang disebutkan diatas tu adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh publisher sebelum memilih. So terpulanglah kepada anda untuk memilih mana yang lebih sesuai untuk blog anda.

Monday, February 15, 2010

Flickroom the best Flickr 3rd party App.

Image
Flickroom, originally uploaded by Jeff Syiru.
My Flickr experiance will be more easier and fun, with Flickroom I can upload photo, received & reply comment, edit & manage photo, live chat with other Flickroom, upload to Facebook, realtime notification & lots more with Flickroom.

Flickroom merupakan antara common app Flickr yang paling best n really helpful, so if any of you who read this is a Flickr user then you should consider or at least visit their website to get more info..

Visit www.flickroom.org for more info or try...
Thanks to Flickroom.

Wednesday, January 27, 2010

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Friday, September 18, 2009

Lomography ??

Image
ImageImage

Lomography Style.... I love the style... Walaupun takda Lomo camera tapi nak jugak effect lomo tu... so guna photoshop jer la... try punya try akhernya dapat la jugak hasil yg mcm ni... ala2 Lomography... sesapa yang ada tips tambahan bleh la tolong tunjukkan... sapa2 yang nak blajar bleh la try link ni utk penerangan...

#1. My Babe, My Sis & Me
#2. Iman 
#3. Miri view from 7th floor Mega Hotel.

Thursday, June 25, 2009

Say hello to my little friend....

Image

Sony Alpha a300 telah ku angkat semalam... akhirnya menjadi milik aku juga hehehhe... actually aku dah lama duk survey DSLR ni... mula2 aku tertarik dengan Canon 450D kepunyaan IronLady aka KakZue and slalu gak guna 450D dia hehehhe... kira dah familiar la skit...

Tp bila aku dah bkenalan dengan Alpha a350 dari website then aku terus cari detail pasal camera ni and bnyk buat comparison dengan model2 lain n brand lain... pencabar terdekat a350 adalah 450D... masing2 ada kelebihan dan kekurangn sendiri... kalo tengok comparison dlm website pun susah nak cakap mana lagi bagus sebab setengah reviewer suka A350 n stgh lagi 450D... kira tough fight la... Nikon mmg aku kureng minat skit la... tak tau nape...

Oleh kerana bnyk gak website besar yang buat review pasal 2 SLR ni pilih Alpha... so aku buat keputusan nak angkat Alpha as my new toy...

Bila tiba masa nak beli tghari kemarin, aku pegi la Sony Centre kat Imperial Mall and tanya pasal A350... "Sudah abis la bos" tu la jawapan yang aku dapat... kat situ just ada a300, a700 and a330(New Model).... agak frust la jugak aku dibuatnya.... tokey kasi tau aku beza A350 & A300 just Megapixel jer... 14 vs 10.... aku bgtau tokei nanti dtg lagi....

Bila balik jer opis terus plak aku surf n compare a300 vs a350.... rata2 cakap takde beza just pixel.... suma feature sama....saiz n design pun sama... blum gak aku puas hati... then tetiba aku teringat sorg kenalan ni yang mmg sgt arif pasal SLR Sony.. tak lain tak bukan.. Iris Studio punya taiko, Fakhrain... aku pm dia dlm facebook and mintak dia advice yang mana lagi bagus kalo nak beli... A350 or A300.... tu jer aku tanya.... skali tak sampai 5minit dia terus reply "a300 vs a350 ... 2 model ni bezanya megapixel jer... kalau aku, suggest a300 lah. 10mp tu lebih dari cukup for most application... a300 dengan a350 exactly the same, cuma 10mp vs 14mp"

Pastu aku tanya lagi patut tak kalo aku pilih brand lain mcm Canon or Nikon... so dia bgtau "aku kalo nak angkat model midrange keatas boleh la pilih Nikon D80/D90... tak pun Canon 30D/40D... tapi kalo model midrange kebawah Sony paling cun la antara 3 brand ni.... entry level Sony paling top kalo compare dgn yg lain... dari segi:-
- natural colour realistic
- built-in image stabilizer, kalau pakai lens 3rd party dapat stabilize sekali
- flash murah, dan semua body dapat wireless flash"

So bila dah dengar sendiri dari seorang taiko SLR, makin btambah konpiden n tanpa was2 aku pilih a300... malam tadi lepas maghrib jer terus ajak my Babe pg Imperial Mall n terus angkut A300...

Mcm biasa la aku kalo beli brg camni mesti tanya free gift punya.... so dia kasi aku 1 beg utk camera, 1 beg utk simpan tripod, 1 lens cleaner, 1 blower utk cuci habuk kat dlm body.... boleh la dari takde langsung kn... hehehhehe

A300 aku ni dtg dengan 2 lens... 18-70 & 55-200... pastu aku sebat CF card 8GB brand Kingston dengan LCD cover original Sony punya...

So skang ni aku masih lg belajar cara2 nak guna hahahahah nanti kalo aku dah betul2 paham dengan A300 ni bleh la aku tunjukkan hasil dlm blog ni k....

Pada sesapa yang dah terer dgn a300 ni bleh la ajar2 aku skit k...

Tuesday, June 23, 2009

Pimp Mac Mini To Steampunk

Image

This is my first time heard about steampunk computers, I found this from gizmodo.com. This is a very nice and unique gadget to have or for a present to someone you love, [Hope I could give something like this to my Babe] Mac mini makes it easy and affordable to work with digital photos, movies, music, and the web. Coupled with the world’s most advanced operating system, Mac OS X, Mac mini runs all your modern and innovative software, speedily.


Image 
Mac mini also gives you plenty of room to grow. Simply connect your digital devices, such as cameras, iPod, printer, camcorder, or keyboard, to the Mac mini over USB 2.0 or FireWire. Share files around your house at blazing speeds with built-in 10/100/1000BASE-T Ethernet. Enjoy high-quality sound on almost any speaker system with double-duty analog/digital audio. Record digital and analog sources through audio line in, perfect for your latest podcast in GarageBand. Mac mini gives you the built-in amenities you need to enjoy the digital lifestyle.


Image 

The complete set after the jump—with Gilliamesque keyboard or the Nautilus-style flat screen included—is perfect to use with the mini itself.

Apparently, the computer was created by Dave Veloz as a wedding present for Jenn.

Sunday, May 17, 2009

My Fav. Software & Application

Saja nak kongsi2 dengan korang pasal software n application  yang aku guna...

Image

Microsoft Vista telah menjadi enjin utama untuk mengoperate laptop Toshiba aku ni... ramai orang complain yang Vista ni tak stabil n asyik hang jer... kalo ikut pengalaman aku selepas 7bulan guna Vista yang mmg pre-insalled dlm laptop ni, takde la teruk sgt... ada la skali 2 jer penah hang dlm 7 bulan ni... Masalah yang dihadapi oleh sesetengah pengguna Vista tu maybe pasal minimum requirement tak dipenuhi or just cukup2 jer... MS Vista ni mininum RAM 2GB... kalo bleh upgrade la lebih skit maybe 3GB keatas...

Image
Software pertama yang aku akan install setiap kali beli or format laptop/PC.... iTune adalah salah satu software yang aku paling setia guna dari zaman aku study sampai la skrang ni untuk dengar lagu... Salah satu sebab aku suka iTune adalah user-friendly n senang nak organise lagu favourite aku...

Image

Untuk tengok movie or video clip RealPlayer menjadi pilihan aku... lagipun dengan RealPlayer ni senang aku nak download clip/lagu dari YouTube..
Image

Mozilla Firefox 3.0.10 - merupakan pilihan browser aku... sejak aku mula kerja kat Labuan dulu... sebab kenapa aku pilih Firefox adalah kurang risiko nak kena spyware berbanding Internet Exploder...oppss Explorer laa...
Image

Untuk AntiVirus plak aku pilih AVG 8.5.325 (Free Version). Kalo korang buat perbandingan antara antivirus, AVG merupakan yang terbaik dalam kategori Free Version.. tapi kalo sesapa nak guna yang licence bleh la consider BitDefender coz skang ni diorg merupakan AntiVirus yang paling baik... Tapi kalo kat ofis aku guna Symantec AntiVirus pasal dari dulu mmg company dah guna Symantec.. tapi aku plan nak tukar pegi BitDefender bila dah expired nanti... ehhehehhe
Image

Spybot Search & Destroy 1.6.0.30 plak aku guna untuk mengekang kemasukan spyware kedalam laptop aku... so far aku sgt berpuas hati dengan SSD ni.. lagi pun free la beb..hehehehe jangan lupa On Tea Timer feature untuk lebih berkesan...

Image
Digsby menjadi pilihan aku untuk organise aku punya Email, IM & Social Network... so Digsby akan notify aku bila2 masa kalo ada org hantar Email baru, n aku gak dapat check sapa yang hantar n tajuk email... so kalo aku rasa penting baru aku buka email tu... sama gak dengan Social Network, Digsby akan notify kalo ada message dlm inbox Facebook or ada org nak invite or kalo org chat dari facebook dengan aku pun bleh terus dari Digsby tak payah susah2 nak buka Facebook... tu pasal la aku punya Facebook online jer manjang sebab aku guna Digsby... heheheh Sesapa yang ada AIM, MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, and Jabber pun bleh park suma kat dlm Digsby ni... so setiap kali online tak payah nak load semua tu... sebab dengan Digsby ni korang bleh online suma tu dengan satu password jer... senang yang amat... suma bleh chat dgn Digsby jer... tak perlu nak online setiap satu application tu.. amat memudahkan hidup aku dengan Digsby ni...
Image

Untuk buat kerja plak aku guna Lotus Smart Suite... aku tak guna Microsoft Office... sebab kat office kitorng suma mmg guna Lotus... Words, Spreadsheet, n presentation suma aku guna Smart Suite... kalo compare dengan MS Office tu lebih kurang jer la kalo dah familiar...
Image

Photo editing n graphic aku guna Adobe Photoshop SC3... ni pun antara software yang aku dah guna sejak dari zaman study... so oleh kerana aku dah familiar n cekap dgn software no jadi susah untuk aku tukar guna software lain, lagi pun bagi aku software ni mmg best giler n complete la untuk Photo n Graphic editing...
Image

Kalo aku nak buat video editing plak, Pinacle 12 adalah yang terbaek untuk aku... tp video editing ni jarang aku buat... sebab aku lebih suka photo berbanding video...
Sesapa yang ada cadangan or nak introduce any software amat lah dialu-alukan....

Friday, February 20, 2009

www.digsby.com

Sejak last week aku start guna Multiprotocol IM Client application ni untuk combine semua Instant Messaging (MSN, YM, GTalk, Facebook Chat, ICQ...) aku dalam 1 program, so tiap hari aku just login 1 account untuk online semua IM aku.. senang dan cepat..

Pastu semua email (MSN, Yahoo, Gmail and Popmail termasuk la jugak aku punya email/Private Message dari facebook aku) account aku pun bleh masuk dalam ni and it will alert me if there is any new incoming mail. Jadi tak perlu la aku nak kena check satu-persatu email account aku sebab dengan 1 login jer Digsby bleh bgtau aku kalo aku ada new mail dalam memana email account aku..

Yang ketiga plak benda alah ni juga merupakan social networking tool untuk alert kita dengan new events mcm new message or update pasal kawan2 kita kat Facebook, Myspace, Twitter and LinkedIn.

So skang tak perlu dah aku susah2 nak kena login bnyk account, semua tu just taruk dalam Digsby then tiap kali On laptop just need to login 1 account jer.... opsss actually aku takyah login pun sebab aku dah set auto login on startup... heheheh good idea for pemalas mcm aku ni...

Monday, February 16, 2009

Test - Windows Live Writer

plugins Posting ni aku upload guna Windows Live Writer, saje nak test application ni yang dah bkurun duk dalam PC aku tp tak penah plak aku explore n guna, so hari ni aku saje je nak test camana application ni bleh memudahkan aku buat posting… so far nampak gaya macam senang la sebab aku bleh terus preview dengan sgt cepat. Application ni ada 3 paparan; 1st Edit – untuk typing real text mcm yang tengah aku guna skang ni.. edit1

2nd Preview – yang ni untuk preview kita punya posting yang tengah duk type ni dengan sekelip mata tak perlu loading page macam biasa kat blogspot tu…

edit2


then 3rd Source – yang ni paparan untuk kita guna html script/coding masa buat posting sama mcm dlm blogger jugak…edit3

kelebihan application ni skang adalah dapat buat preview dgn sekelip mata tanpa perlu loading page and publish.

Ok.. satu lagi yang aku rasa best pasal application ni adalah untuk picture… kita bleh set dia punya border mcm yang aku buat kat gambar atas tu… yang gambar 1st tu aku buat border solid frame… pastu yg 2nd plak aku buat border rounded corner… and yang 3rd aku buat reflection border…. aku rasa dalam blogspot tak dpt nak buat border ni dgn senang berbanding guna application ni…

so kalo korang pun ada install Windows Live bleh la try Windows Live Writer ni untuk cuba… aku rasa ada bnyk lagi funtion yang belum aku explore… Kalo ada apa2 yang best nanti aku update lagi kat sini k…

Kalo blum ada korang bleh la download kat sini –>> http://windowslivewriter.spaces.live.com/

Monday, January 12, 2009

MP3 Widget

Dengar tak lagu tu?? Dari semalam lagi aku duk cari mp3 widget nak taruk dlm blog ni, so td baru aku jumpa widget yang macam best. Widget ni kita bleh pilih lagu and create kita punya playlist.. so bila di embed dalam ni dia akan main playlist kita sort by alphabet.

http://www.bhangrarhythm.com

Wednesday, January 7, 2009

Game Handpon

Salam punya pasal... aku dah addict plak main game kat handpon aku skang ni, padahal sblum ni tak penah pandang pun game kat handpon... Lagi pun aku ni bukannye update sgt pasal handpon ni stakat guna buat call, sms, guna calculator buat kira harga discount kat Parkson pastu dengar mp3 time aku dah takde benda nak buat...
ImageTadi dia tunjuk kat aku website yang bleh download game handpon... ok lagi aku tak kesah sgt pun tp skali dia tunjuk game Need For Speed...AGAGAG feveret tuu... terus aku download NFS Undercover dengan NFS ProStreet... hahahah skang bila ada masa free sket duk main game tu la... at least takde la boring sgt tunggu bini aku balik keja.. pastu smalam pun download lagi game HalfLife dgn game Rally ala² Colin McRae.

Tp biasanya takde la tahan lama pun... duk 2,3 hari lagi boring la dgn game ni suma... hahahaha

Sesapa rasa nak main game bleh download sendiri http://mobile9.com tp kalo ada apapa tanggung sendiri k.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails