Showing posts with label lamb. Show all posts
Showing posts with label lamb. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Nasi Tomato Vs Lauk Pauknye...

Salam cuti wilayah...haha..sy ni hari-hari cuti, so bila cuti public mcm ni tak rasa apa pun... before tu nak cakap takziah bagi negeri johor dan pahang yang teruk dilanda banjir... nasib baik rumah ku di johor takde apa2.. Kat Shah Alam ni pun hari-hari hujan terutamanya hari Ahad kelmarin..hujan dari pagi sampai malam.. non stop. Kejap lebat, kejap renyai.. cuaca pun sejuk la sangat sampai lantai rumah pijak pun rasa mcm air batu..huhuu. Okla.. menu ari ni request dari sahabat sy yang ada kat rumah sempena hari lahir buah hatinye.. so masak nasi tomato hari ni dgn kek... hmm... kek apa? haaa....tunggguuuuuu..haha.. Nasi tomato ni mmg faveret sy dan juga adik-beradik sy. Arwah mak memang ratu nasi tomato.. x leh lawan dia punye walaupun resepi sama.. maybe air tangan ibu tu lain macam sikit auranye.. so intai-intai la resepi ye.. mana tau tergerak hati nak mencuba...:)
Image

Nasi Tomato
500gm beras
150 ml susu cair
Air (sama sukatan dengan beras) lebih kurang 3 1/2 cawan
4 sudu besar tomato puri
Daun Pandan
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Garam secukup rasa


Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan bersama dengan daun pandan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan air, garam dan tomato puri. Biar hingga air mendidih, kemudian masukkan susu dan beras. Kacau rata dan biar hingga mendidih. Kemudian tanak nasi seperti biasa dalam rice cooker. Hidang bersama lauk sampingan.

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam (goreng dengan kunyit dan garam)
4 sudu besar tomato puri
100ml susu cair
Rempah 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
Minyak sapi
Air dan Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar serbuk cili atau 6-8 tangkai cili kering

Panaskan 2 sudu minyak sapi dengan 2 sudu minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan susu cair dan masak hinga kuah sedikit kering. Hidangkan~


Kurma Kambing
300gm daging kambing
1 cawan santan
1 pkt rempah kurma
1 biji kentang
Rempah 4 sekawan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan dengan minyak hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan daging kambing dan gaul sebati. Kemudian masukkan air lebih kurang 2 cawan. Masak daging hingga empuk, kemudian masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap!


Acar Timun
1 batang timun
1 batang lobak merah
1 cawan air masak
4 sudu besar cuka
5 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Hiris halus dan memanjang timun dan lobak. Kemudian satukan dengan bahan-bahan lain dan perap semalaman. Lagi lama, lagi sedap :)

Jemputla makan ye~

Wednesday, November 10, 2010

Lamb Grill

Image


Hah.. ni first entry about recipe. Lamb grill is my family favorite. Ni today punya lunch menu, sedap makan ngan coleslaw dan garlic bread. Recipe ni sendiri letak ikut sedap anak tekak.. hehe.. klau bakar atas arang lg sedap, wangi.. tp sbb nak mkn kat umah sy bakar atas pan je..hehe..

Lamb cutlet (ada kat supermaket, sy beli kat giant je ada dlm 4-5 pcs)
5 sudu besar sos BBQ (beli siap)
1-2 sudu kecil lada hitam (ikut suka pedas)
5 sudu besar kicap manis
1 sudu serbuk paprika (terpulang nak letak ke tak, bagi wangi je ni)
Sedikit perahan lemon
Sedikit garam
Sedikit gula

(perap semua sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bakar.. nak lagi sedap perap semalaman)

Bakar ikut selera.. Mcm saya suka medium, x terlalu masak.. Mr hubby suka fully cook :)


Followers

Labels

beef (8) bouquet (3) bread (3) cake (14) cake pop (10) character (2) chicken (7) chitchat (7) cookies (4) cupcake (11) dessert (4) edible image (1) egg (2) fish (5) fondant (2) fried (6) fruit (5) kuih (2) lamb (2) mee (3) mini cake (1) muffin (2) pasta (2) pastry (1) promo (5) rice (5) sambal (8) seafood (12) sirih junjung (1) soup (3) tart (7) tea break (2) veggie (9)