Followers

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Musim Bunga

Assalamualaikum...

Aduhaii..terasa rindu sangat nak berblog macam dulu-dulu. Sedar tak sedar.. setahun (lebih) sudah blogni tak berupdate.. Bayangkan entri terakhir saya ialah pada bulan Ogos 2011. Ini bermakna sudah setahun lebih blog ni terbiar usang...huhuh.... Bukan tak rindu nak berblog, nak bersua dengan rakan-rakan blogger yang masih diingati.. nak berbicara dan nak berkongsi.. Tetapi masa.. Ya, masa sangat membataskan saya untuk berbuat demikian (ye ker tu? ~ pinjam jap kata-kata Mufid). Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog terutamanya yang sudi menjadi followers walaupun tuan rumah duk sunyi sepi..hehehe...

Jadi, sementara cuti sekolah masih bersisa ni, biarlah saya sapu-sapu sawang ni dulu.. Nasib baikla ingat lagi cara-cara nak buka balik blog sendiri..hahaha.. Takde cerita istimewapun sebenarnya. Sekadar nak cuci mata tengok bunga-bunga yang sedang berkembang.. Bunga-bunga dan suasana kehijauan boleh menjadi terapi. Damai jer hati apabila pandang pokok-pokok hijau dan bunga-bunga yang sedang berkembang..


Image

 Ini jer spesies pokok berbunga yang ada pun. Pokok ni memang cantik sangat apabila berbunga.


Image
 Dalam sejambak tu, ada kuntum-kuntum yang berwarna putih, pink cair dan pink pekat.. Tapi, bila dah semakin lama..ia akan bertukar menjadi warna pink pekat yang sangat cantik.


Image
 
Bunga ni ada banyak nama..
 


Image
Lebat betul bunganya...
 


Image
close up
 
 
Image
Ada yang berjuntaian ke bawah...
 

Image
 
Tapi, lagi banyak yang berada di atas bumbung pergola..



Image

View dari tingkap bilik tidur tingkat atas.
 
 


Image
 
View dari luar pagar... 



Image

Gambar masa belum berbunga.




Sesiapa yang belum tahu, nama pokokni antaranya ialah akar dani, ranggoon creeper atau drunken sailor.

Berdasarkan sumber daripada Wikipedia Bahasa Melayu:
Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

Tak sangka, pokok hiasan yang cantikni ada banyak sangat kegunaan dari segi perubatan.Bunga akar dani ni juga sangat harum baunya terutamanya pada sebelah malam. Tak rugi kita menanam pokok-pokok di sekeliling rumah kita. Saya suka pokok dan suasana kehijauan.. alangkah seronoknya jika ada halaman yang luas kannn..ermmm..berangan...

Wassalam.. Jumpa lagi......


 
 

Friday, 2 April 2010

Kerabu Kacang Botor

Baru-baruni hubby terjumpa ulam kacang botor di supermarket berdekatan rumah. Sebelumni tak pernah ada, cuma di kedai barangan Asian jer ada. Kat plastik bungkusan tu tulis 'Sri Lankan Vege'. Ooo..rupa2nya datang dari Sri Lanka. Orang sanapun makan jugak yer sayur ni. Sukanya saya dapat kacangni.. Maka, sayapun buatlah kerabu. Habis semangkuk saya makan sorang sebab hubby tak makan kerabu ni, dia tak suka makan mentah. Untuk hubby, saya buatla tumis2 jer...

Resepini saya ambil dari Mesra.net, tq..
Kerabu Kacang Botol
Kiriman: Boo
Sumber: Buku Masakan Betty Yew

Bahan-Bahan:
300 gm kacang botol
5 biji bawang merah (hiris nipis)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
6 biji limau kasturi (ambil jusnya)-saya guna lemon
8 biji cili padi (hiris nipis)
1 batang cili merah (dihiris)
3 sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar kerisik
50 gm udang kering (dicuci, ditumbuk dan dipanggang)
1 biji buah tomato (dipotong dadu)-saya tambah

Cara:
Potong kacang botol menjadi keratan-keratan 4-5 cm panjang. Celurkan sehingga masak. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang lain. Gaulkan rata-rata dan hidangkan dengan nasi.
***saya tak celurpun, tapi saya rendam dengan air garam sebelum dicuci bersih.


Image
Krup krapp krup kraapp..sedap sangat sampai tergigit cilipun saya tak perasan, tau2 rasa cam nak berasap jer telinga, urgggghhhhgg.... ~ekeke..


Ni, ada sedikit info tentang kacang botor yang saya dapat daripada WIKIPEDIA. Bolehlah baca untuk tambah pengetahuan kita bersama.

Pokok Kacang Botor (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggil kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacang tropika yang berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan lebat. Oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina dan Indonesia ke India, Myanmar, dan Sri Lanka.

Pokok Kacang Botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa. Pokok Kacang Botor ialah tumbuhan herba saka, tetapi boleh ditumbuh sebagai pokok semusim.

Lenggai kacang biasanya sepanjang 15-22 sentimeter (6-9 inci) dan mempunyai empat sayap, dengan tepi yang beropol-ropol pada sepanjangnya. Kulitnya lekit-lekit, dan isinya kelihatan separuh lut cahaya di dalam lenggai yang muda. Ketika lenggai cukup masak, warnanya bertukar menjadi perang-abu dan lenggai itu terbelah untuk membebaskan biji-bijinya. Bunganya besar dan berwarna biru pucat. Kekacangnya serupa dengan kacang soya dari segi kegunaan dan kandungan pemakanan, dengan kandungan protein sebanyak 29.8% - 39%.

Pokok Kacang Botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan atau tidak memerlukan banyak baja.

Sebagai pokok tropika, Pokok Kacang Botor amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benih mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam tempoh beberapa minggu.

Kegunaan
Pokok Kacang Botor telah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:

Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.
Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.

Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.
Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.
Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan kopi.

Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan pilihan, Pokok Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negara-negara tropika yang miskin.