MAKLUMAM : PERKHIDMATAN BUS KE LCCT & KLIA (JUN 2012)

Perkhidmatan bas percuma dari UPM ke LCCT dan KLIA akan disediakan mengikut butiran berikut :

1. 24 Jun 2012 (Ahad) – 8.00 pagi & 2.00 petang
2. 25 Jun 2012 (Isnin) – 8.00 pagi & 2.00 petang

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar UPM sahaja.
Sila berkumpul di Gazebo 15 minit lebih awal daripada masa yang tertera di atas.

Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini diminta untuk mengisi borang maklumat diri di mppupm.wordpress.com atau
http://www.facebook.com/mppupm.

BORANG MAKLUMAT DIRI – SILA KLIK DI SINI

Untuk makluman, perkhidmatan bas dalam kampus akan beroperasiseperti biasa.
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi :

1. Roslina Japar (017 8461036)
2. Rahmawati Nurdin (013 8985725)

 

Image

 

MAKLUMAN : PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI

Kepada rakan-rakan mahasiswa UPM yang masih belum buka akaun Tabung Haji, Tabung Haji sekarang mengadakan promosi untuk mahasiswa mendaftar tanpa memerlukan sebarang bayaran.

Rakan-rakan juga akan menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik selepas mendaftar.  Bagi pelajar yang telah membuka akaun Tabung Haji tetapi masih tidak mendaftar sebagai ahli Kelab Taha, boleh mendaftar juga.

Mohon isi maklumat diri di link ini ( MAKLUMAT DIRI )

Antara keistimewaan Kelab TaHa@U ialah rakan-rakan berpeluang untuk berkhidmat dan mendapat keutamaan :
– Program Skim Latihan Graduan
– Latihan Amali/praktikal
– Program Sukarelawan
– Menyertai aktiviti kelab
– Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

MAKLUMAN : PERLANTIKAN SEBAGAI PELAJAR PERANTARA UPM 2012

poster-mpp

MAKLUMAM : PERKHIDMATAN BUS KE LCCT & KLIA

Perkhidmatan bas percuma dari UPM ke LCCT dan KLIA akan disediakan mengikut butiran berikut :

1. 14 Januari 2011 (Sabtu) – 8.00 pagi & 2.00 petang
2. 15 Januari 2011 (Ahad) – 8.00 pagi
3. 16 Januari 2011 (Isnin) – 8.00 pagi & 2.00 petang

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar UPM sahaja.

Sila berkumpul di Gazebo 10 minit lebih awal daripada masa yang tertera di atas.

Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini diminta untuk mengisi borang maklumat diri di mppupm.wordpress.com atau
http://www.facebook.com/mppupm.

BORANG MAKLUMAT DIRI (SILA KLIK DI SINI)

Untuk makluman, perkhidmatan bas dalam kampus akan beroperasiseperti biasa.
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi :
1. Chong Jing Han ( 016 6077224)
2. Roslina Japar (017 8461036)
3. E-mail ke mppupm2011@yahoo.com
Image
MPP UPM 2011

KEMBALIKAN HAK MAHASISWA…

SERDANG, 23 Disember : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta beberapa Pemimpin Mahasiswa lain telah mengadakan perhimpunan aman bertempat di hadapan Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia bagi menghantar memorandum kepada YBhg Dato’ Naib Canselor untuk menuntut kembali Kompleks Mahasiswa.

Perhimpunan aman ini bermula pada pukul 3.00 petang dan disertai oleh hampir 40 orang mahasiswa yang terdiri daripada para pemimpin mahasiswa UPM.

Pihak keselamatan UPM bertindak mengawal di sekitar bangunan Pentadbiran bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, dan hanya beberapa wakil sahaja yang dibenarkan untuk berjumpa dengan wakil Dato’ Naib Canselor

Memorandom tersebut diserahkan kepada setiausaha YBhg Naib Canselor, Puan Norizawati Ahmad Jalal pada pukul 4.00 petang di pejabat beliau.

Mereka menuntut untuk mendapatkan kembali Kompleks Mahasiswa sepenuhnya bagi kemudahan Mahasiswa.

Menurut Iqbal Ismat Nordin, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM “Pemimpin-pemimpin mahasiswa pada hari ini bukannya berhimpun untuk berdemonstrasi, sebaliknya ingin menyatakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh MPP bagi menuntut kembali hak pelajar”.

Tambah beliau lagi, “Sebelum ini beberapa siri rundingan dengan Dato’ Naib Canselor telah dilakukan, namun respon yang diterima amat mendukacitakan”.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2008 kompleks mahasiswa tidak pernah diserahkan secara rasmi kepada mahasiswa UPM, sebaliknya pihak-pihak lain yang diberi keistimewaan untuk menghuni Kompleks Mahasiswa, perkara ini menunjukkan betapa hak mahasiswa dicabuli”, ujar beliau lagi.

MPP UPM meminta pihak wakil Naib Canselor memberi respon terhadap perkara ini dalam tempoh seminggu.

ImageImage 

Design a site like this with WordPress.com
Get started