Thursday, January 24, 2013

Pertunangan anak buah

 Baru sempat nak upload gambar sekitar majlis pertunangan anak buah kakak Zafirah pada 12 Januari lepas. majlis bermula jam 11 pagi masa tu juga ada perarakan kat depan jalan Bangsar dapatlah tengok sekejap hehhe.


Image
 Hantaran 5 berbalas 9 dulang. Semuanya makanan...dan ada pakaian.

Image
 Khemah tempat tetamu makan. Makanan sangat sedap...bg 10 bintang hehhehe

Image
 Antara tetamu yg hadir


Image
 Yg sedap sebab ada kambing panggang...daging salai masak lemak, kari daging, sayur, dalca, ulam-ulaman, ayam goreng, kuih muih. Tak habis boleh bawa balik lagi.


Image

 Cupcakes...order dr Klang..


Image
 Kakak bersama keluarga kedua belah pihak.

Image
 Bergambar bersama atok dan nenek

Image
 Gambar dengan keluarga haruslah adakan

Image
 gambar dengan tunang..oppss...mak saudara kena masuk juga dalam gambar kalau tak tak boleh bergambar dengan tunang.

Image
 Lagi gambar keluarga

Image
 Peace...yoo..

Image
 lagi gambar...


Image



Image
Majlis perkahwinan akan diadakan setahun selepas majlis tunang. InsyaAllah hujung tahun kot. Amin. Moga semuanya berjalan lancar...

Tuesday, January 15, 2013

Part1 Pertunangan- gambar Fayyadh dulu

 Selesai sudah majlis pertunangan anak saudara sulung juga merangkap cucu sulung dalam keluarga. Majlis diadakan di Bangsar pada Sabtu lepas sama dengan waktu perhimpunan di stadium merdeka. Sempatlah tgk perarakan di hadapan jalan bangsar.

Gambar dah siap sebab anak buah jg yang ambil gambar merangkap photografer. Jadi kita letak gambar si kecil nie dulu yer. Thanks tu Kak Ngah jd photografi rasmi Fayyadh. ehhehhe

Image
tengok gambar sudahlah yer
Image

Gambar si kecil yang sedang tersenyum bahagia. Apatah lagi buat kakak yg sudah menjadi tunangan orang. Gambar bertunang nanti upload lain yer.

Image

 Susah jg nak rakamkan pic begini kalau guna kamera hphone atau compact nasib baik ada DSLR.

Image
 Gambar kakak dan abang fahim haruslah adakan.

Image
Kakak dan abang fahim yg manja..ceh..ceh...suka cium kakaknya. Si kakak pula suka lari bila adik nak cium hehheheh. tak mau katanya...


Image
Opss..tengok siapa tu

Image
 Alo..loooo anak mama

Image
 Cak....
Image
Sekarang tengah mood ok. kalau meragam huhuhu tak ingat...

Image
 Susah benor nak dapat gambar senyum gini.


Image


Image


Image


Image
Dah penat dah..tolong!!!!

Thursday, January 3, 2013

baik-baik saja di sekolah

 Hari ini 3 Jan 2013 sudah masuk hari ketiga persekolahan. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah tapi masih kelam kabut sikit InsyaAllah selepas dua  minggu diharap semuanya akan kembali seperti sediakala.

Image
Sekolah agama bandar baru bangi
 Hari pertama persekolahan di sekolah agama bandar baru bangi semuanya ok. Saya tidak perlu menunggu dia di kelas. Sebaik menghantar dan memastikan guru kelas kakak saya terus pulang ke rumah. Walaupun ada rasa bimbang namun saya yakinkan diri dia mampu menguruskan diri sendiri di sekolah.


Image
kelas kakak di sekolah agama
 Inilah kelas sekolah agama kakak. Apabila pulang ke rumah dengan excited bercerita bertemu rakan baru balqis dan membeli makanan di kantin sekolah bersama-sama. Habis RM2 yang dibekalkan dibeli nasi lemak dan air. Hari kedua dia minta dibekalkan nugget dan hotdog dan kakak hanya membeli air saja. Saya katakan padanya balance duit boleh disimpan di tabung dan apabila penuh boleh membeli buku kegemaran atau barang yang dia inginkan.

Image
 Hari pertama Fahim di tadika, sangkaan saya meleset. Ingatkan dia akan menangis seperti kakaknya dua tahun lepas. Tetapi tidak. Dengan machonya dia berkata, " mana Fahim nangis, kawan Aim jer nangis tak malukan mama,"  syukur kerana memudahkan kerja saya pada waktu pagi.
Hari kedua pun begitu juga excited bercerita mengenai ustaz yang mengajar doa masuk tandas dan apabila pulang ke rumah setiap kali masuk ke tandas dimintanya saya membacakan doa. Jika tidak, nanti syaitan akan masuk ke bilik katanya.


Image
Fahim dan kakak hari kedua ke sekolah
 Kakak pula di sek. keb pada waktu petang. begitu juga untuk hari pertama, kedua dan hari ini saya hanya menghantar dia di hadapan pintu pagar sekolah saja. Selebihnya dia menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah...


Image
Fayyadh

 Ini pula si cilik yg memasuki 6 bulan esok. Alhamdulillah tidak banyak kerenah mudah dijaga.
Oh ya apa azam tahun baru ya? sebenarnya saya tidak pernah mempunyai azam tahun baru cuma mengikut arus saja...apa yang datang harus dilalui dengan sempurna dan berhati-hati, semoga perjalanan 2013 lebih menghiburkan dan memberikan kegembiraan dengan adanya 3 anugerah yang tidak ternilai ini, 3D- ( Durrani, Dhani dan Dahin). Mereka adalah harta kesayangan saya paling bermakna dan berharga.


Image
Dhani Fahim, Dahin Fayyadh (tengah) dan Durrani Fatihin 3 cinta hati saya.

Sekarang adalah masa memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Walaupun dengan kekangan masa yang maha hebat. Ya bukan senang mahu menguruskan anak pada zaman milenium ini generasi Z dan Alpha semua perlu cepat dan pantas serta perlu kena caranya.

 Kalau kita ketinggalan masa tidak akan datang kembali. Selalu saya ingatkan diri anak adalah tanggungjawab pertama dan kerja adalah kedua. Walaupun kita mencari rezeki untuk anak-anak tapi sekiranya mencari rezeki sehingga mengabaikan mereka suatu hari nanti apabila mereka semakin dewasa mungkin akan ada sekelumit penyesalan di hati mengapa dulu aku tidak melakukannya seperti ini. Ohh saya tidak mahu menjadi seperti itu. Harapan saya, 2013 ini saya mampu menjadi ibu, mama, umi, bonda, mak dan mummy terbaik kepada mereka. Jika mama TERLUPA tolong ingatkan wahai anak-anakku.