Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Disember 2023

Trip ke Singapura

Image

 Trip ke Singapura.

Pada 7 November sempatlah ibu dan kawan-kawan pergi bercuti ke Singapura. Kami pergi private trip seramai 10 orang.

Pada pukul 9 pagi kami bertolak dari Johor Bharu. Alhamdulillah urusan di imagresen dipermudahkan. Ibu dan kawan-kawan pergi diuruskan oleh agensi travel "Happy Travel". Nak cerita panjang pun sel-sel otak tak bagi kerjasama. 🤭

*ITINERARY*

09:00AM - Gather at *Tune Hotel*, Johor Bahru for attendance check

09:30AM - Malaysia & Singapore Immigration Check. 

11:00AM - City Tour: Changi Airport, Sentosa, Orchard Street (pass by)  or Mustafa Center, Merlion,  Bugis Street, Arab Street, Kampung Gelam & Art Street

06:15PM - Continue journey to  Gardens By the Bay 

06:45PM - Arrive at Gardens By the Bay. Free and leisure time while waiting for 7:45PM light show 

08:15PM - Going back to Malaysia

Image
Kali ke 3 ke Singapura

Image


Image
Merlion. Masa kami pergi replika singa sedang diselenggara.

Gardens By The Bay
Image

Image

Image

Image

Image
Malamnya sempatlah ibu dan anak2 serta rakan-rakan saksikan pertunjukkan lampu di sana. 
Kami gerak ke imigresen lebih kurang pukul 9.30 malam. 



18 Julai 2023

Kerepek Daun Mulberi

Image

 Kerepek daun mulberi rangup.

Assalamulaikum. Hari ini ibu nak share resepi kerepek mulberi.

Sebelum ni pernah dengar kawan-kawan cakap daun mulberi sedap dibuat kerepek. Teringin nak mencubanya. Memang ternyata sedap bagi peminat kerepek.

Image
Daun mulberi

Image
Buah mulberi

Resepi MulberiImage


Resepinya :
Daun mulberi yang matang. Maksudnya tidak terlalu tua atau muda.
Tepung bestari- 1 cawan
Tepung gandum- 1 cawan
Minyak masak.

Cara-cara :
Panaskan 1 senduk kecil minyak masak.
Curahkan minyak panas ke dalam bancuhan tepung
Bancuh dengan air anggaran kepekatan membuat lempeng
Goreng dalam minyak panas.
Toskan.
Boleh dihidangkan.

Selamat Mencuba



7 Mac 2023

Pokok Sireh Cina Atau Kelumpang Air

Image

 Pokok Sireh Cina atau Ketampang Air adalah pokok liar yang biasa tumbuh di pasu-pasu bunga.

Masa kecil dulu ibu selalu main pondok-pondok dan pokok nilah dijadikan sayur. Rupanya banyak khasiat dari pokok ni. Salah satu khasiatnya ialah berkaitan dengan rawatan jerawat, menurunkan gula dalam darah dan lain-lain. Nanti bolehlah search dalam pakcik google ye.

Image
Pokok yang tumbuh melata dicelah-celah pasu bunga

Image
Boleh dimasak dengan pelbagai resepi seperti tumis, masak lemak dan dimakan mentah sebagai ulam.





About me