Rabu, 25 November 2015

Photo Shoot - 4 x 4 WEST ADVENTURE - Part 03

Menuju ke Kampung Mat Daling

Image
Dah nak sampai ke Kg Mat Daling

Image
Pokok Tualang

Ni la pokok yang menjadi kegemaran lebah-lebah liar buat sarang. Antara produk paling istimewa dari Kampung Mat Daling, iaitu Madu Pokok Tualang. Satu perkara yang unik mengenai madu lebah Kampung Mat Daling adalah mengenai kitaran hasil tuaian madu yang meningkat setiap kali tiba musimnya. Kitaran terakhir berlaku beberapa tahun lalu di mana sebatang pokok tualang yang biasanya mempunyai 20 hingga 30 sarang mempunyai kira-kira 100 sarang. Banyak tu! Dan nak mengambilnya pula perlukan kemahiran memanjat yang tinggi kerana pokok tualang tidak berdahan bawah seperti pokok-pokok lain. Sekali tengok batang pokoknya agak licin dan susah nak panjat. Tu aku respek pada orang kampung yang terer panjat pokok tualang ni. Selain madu, kayu gaharu yang terdapat di hutan Ulu Tembeling juga menjadi sumber pendapatan penduduknya. Harga bagi sekilogram gaharu dikatakan boleh mencecah hingga RM15,000.

Image
Lebih kurang setengah jam sampai jugak ke Kampung Mat Daling. Singgah di sebuah kedai pekena nescafe panas-panas

Kg Mat Daling. Nama kampung ini sempena nama seorang pendekar yang bernama Mat Daling. Kampung sekitar yang dulu didiami ramai orang ialah di Kampung Pulau Besar, Kampung Chenih dan Tanah Memindah. Kampung yang berdekatan ialah Kampung Kuala Semena dan Kampung Macang Perah. Ini first time jugak aku dengar nama kampung-kampung ni. Majoriti penduduk berasal dari kampung yang paling hulu Sg Tembeling berdekatan sempadan Pahang -Terengganu iaitu Kampung Janing. Jika di Pekan Ulu Tembeling kita boleh melihat Istana Seri Tembeling yang menjadi 'Istana Hinggap' Sultan Pahang. Kami tak sempat nak pergi usha kerana kesuntukan masa.

Image
Buah Getah - Dijemur untuk dijadikan asam rong

Perkataan asam rong ini berasal dari perkataan isirong iaitu merujuk kepada bahagian isi dalam buah dan perkataan asam itu digunakan kerana kaedah penyimpanan dan pembuatan asam rong ini sama dengan asam yang lain. Asam rong ini dipopularkan oleh penduduk di sebelah perkampungan Mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Pada asalnya asam rong ini diperbuat dari buah perah iaitu sejenis buah yang di dapati dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan tebal. Namun menyedari sukarnya mencari dan mendapatkan buah perah ini penduduk di sini mula mencari alternatif lain dengan menggantikan dengan biji getah iaitu biji dari pokok getah. Pada masa kini mereka menggunakan biji getah kerana ianya senang diperolehi berbanding dengan buah perah yang perlu dicari di dalam hutan tebal. Memandangkan kebanyakan penduduk di sini banyak menanam pokok getah sebagai sumber pendapatan utama mereka maka penggunaan biji getah untuk membuat asam rong ini memudahkan mereka mendapatkan bahan tersebut.


Asam rong ini bukanlah mempunyai rasa masam seperti lazim asam yang lain, ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit dan lemak. Mungkin kerana ianya diperam berbulan-bulan lamanya dan dipanggil asam oleh penduduk di sini lantaran cara penyedian dan penyimpanannya sama dengan asam yang lain.

Image
Buah Perah - Selain dijadikan asam rong ia jugak sesuai untuk umpan memancing. Bagi aku memang sesuai untuk dibuat umpan perut aku. Teringat kecik-kecik dahulu mak akan rebus buah perah ni lima nam kali untuk menghilangkan pahit dan kelatnya. Lepas tu makan panas-panas... berminyak bibir. Rasanya yang lemak memang enak dimakan begitu saja. Kat kampung aku buah perah ni dijual RM8 - RM10 sekilogram.  

Image
Belek album gambar, ada aktiviti memancing rupanya di sini
(Bos aku kat belakang tu dah terlelap)

Image
Gambar yang aku shoot dari album gambar tu. Meriah jugak (*Kesat darah keluar dari hidung!)

Image
Kelah merah

Image
Kelah di pangkuan

Image
Hoi, cepat keluarkan rod dalam bonet kereta tu!

Image
Kelah dan Sebarau

Image
Kelah lagi

Image
Aci tak posing baring-baring cam gini...

Image
Tak aci... takpe. Kitorang posing macam ni pulak

Image
Kenerak dan kelah

Image
Untuk trip memancing boleh call no ni

Lepas minum dan berehat sekejap (sebenarnya dah terlelap pun) kami menuju ke tempat penginapan di Chalet Ujang.

Image
Chalet Ujang

Selepas solat Asar kami tak tahu nak buat apa dah. Asyik baring dalam bilik semakin rengsa jadinya. Peristiwa membelek album gambar tadi dah terbayang-bayang dalam kepala terkenangkan kelah dan sebarau besar tadi. Tak boleh jadi ni, sahabat aku yang dari tadi tak senang duduk dah ngajak anak abang Mat Tarzan bawak kami ke mana-mana sungai yang berhampiran untuk memancing. Kebetulan sahabat aku ni dah bawa jorannya. Ayuh, bawa kamera!

Image
Anak Abang Mat bawa kami di satu sungai. Aku lupa nak tanya nama sungai ni. Eh! Kepala apa tu?

Image
Pasangan sejoli sedang berendam!

Image
Maka kerbau itu pun naik ke darat. Agaknya kerbau tu maki sebab kacau beliau nak berendam

Image
View dari tebing. Ada sebuah rumah di atas tu. Best kan kalau ada rumah tepi sungai ni, hari-hari boleh memancing

Image
Kerbau meragut rumput

Image
Port memancing

Image
Anak Abang Mat, dapat sekor

Image
Kawan aku dapat sekor, tapi di mana ikan besar-besarnya?
(Itu kena pergi Jeram Perahu la Encik! - Teringat kata-kata pemilik album gambar tadi)

Image
Sudahnya lepas balik dari sungai tu, kami belasah mancing kat kolam Ujang pulak. Berehat tepi kolam petang-petang cam gini memang best. Takde line tipon dan takde Wifi

Image
Dapat selat dengan talapia. Tu pun dah nak Maghrib. Agaknya ikan pun takut tengok kitorang

Image
Makan malam yang lazat, kami dihidangkan dengan masakan kampung. Lepas makan semua tertidur kekenyangan... Esok nak masuk trek balik!

Bersambung...

Untuk komen, sila email ke [email protected]

Rabu, 18 November 2015

Photo Shoot - 4 x 4 WEST ADVENTURE - Part 02

Dah sampai ke belum? Belum lagi... jadi usha-usha la keliling tengok bukit-bukau. Kiri hutan, kanan hutan. Sampai port yang cantik aku turun ambik gambar. Sekali dua turun naik, ok lagi. Berbelas kali turun naik kenderaan, sakit jugak pinggang ni.

Image
(Gambar: Azizi)

Tapi kenapalah tak hujan hari ni, kalau tak mesti lebih mencabar lagi. Nak merasalah main lumpur macam dalam TV tu. Dalam pada itu kami berdoa je lah agar hujan petang ni

Image
 Dah mula masuk jalan balak menuju ke Kampung Pagi

Image
 Nampak kenderaan dah mula disaluti debu...

Image
 Slow-slow bang... eh, bukan laluan ni untuk kenderaan 4 roda je ke. Ni dua roda boleh je lalu. Boleh, jika kenderaan itu adalah scrambler! (jawab untuk diri sendiri)

Image
Tak lama lepas tu sampailah kami ke Kampung Pagi. Ni Hostel Kampung Pagi

Kampung Pagi di Hulu Tembeling adalah antara destinasi pelancongan selepas Taman Negara Kuala Tahan yang menjadi tumpuan utama pelancongan ke daerah ini. Ia kerana hutan tropika itu dipenuhi flora dan fauna selain terdapat kehidupan tradisional penduduk Melayu termasuk suku Orang Asli Batek di persisiran Sungai Tembeling. Tapi semasa kami sampai tiada apa-apa aktiviti orang kampung dapat aku rakamkan kerana kesuntukan masa kerana kami perlu sampai ke Kampung Mat Daling sebelum petang. Ada kami berselisih dengan Orang Asli Batek ni semasa dalam perjalanan.

Selain dari itu, Kampung Pagi juga merupakan salah satu destinasi pelancongan inap desa di bawah pengurusan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK). Ini pasti memberikan pengalaman baru kepada mereka yang ingin merasai kehidupan suasana kampung.

Budaya penduduk tempatan yang masih mempertahankan ciri tradisional termasuk juadah makanan berasaskan sumber hutan dan sungai juga pasti menjadi tarikan pengunjung yang mahukan suasana tenang dan jauh daripada kesibukan kota besar. 

Kebiasaannya pelawat yang singgah di kampung ini akan memancing ikan air tawar di Sungai Pengau dan meredah Hutan Lipur Pengau untuk menghayati keindahan alam sekitar termasuk melihat pelbagai jenis flora dan fauna.

Image
Ni kedai makan

Image
Di tepi Sungai Tembeling. Di Sungai Tembeling ini juga pernah menjadi laluan Mat Kilau dan pahlawan lain semasa zaman penjajahan Inggeris dahulu

Image
Perahu nelayan sungai dan perahu untuk membawa pelancong merentas Sungai Tembeling ke Taman Negara

Perkara yang turut menggamit keindahan Sungai Tembeling juga ialah habitat ikan air tawarnya iaitu ikan kelah, ikan patin, ikan jelawat, ikan lawang, ikan baung, ikan temoleh dan pelbagai spesies akuakultur lain yang boleh dipancing di kawasan tersebut. Ha? Memancing? (*Teringat rod pancing!)

Image
Perjalanan kami teruskan melalui Kampung Sat dan Kampung Bantal untuk makan tengahari

Image
Berselisih dengan lori balak yang keluar masuk

Image
Kalau jalan luas takdelah takut sangat

Image
Tapi kalau laluan sempit cam gini... berderau jugaklah. Tengok balak atas lori tu macam nak jatuh je

Image
Berenti kejap ambik gambar

Image
Berhenti periksa kenderaan

Image
Sampai di tepi Sungai Tembeling untuk makan tengahari selepas melalui Kampung Bantal. Time tengahari macam ni mula teringatkan bantal. rasa nak lelap kejap. (Dah nama Kampung Bantal, mata mula rasa mengantuk)

Image
Makan tengahari sambil membetulkan urat kaki dan tangan

Image
View di tepi Sungai Tembeling

Image
(Gambar: Shahir)
Sungai Tembeling. Ia juga merupakan cawangan utama Sungai Pahang. Ia membentuk sebahagian dari sempadan Taman Negara

Image

Selepas makan tengahari (pack lunch) kami teruskan perjalanan menuju ke Kampung Mat Daling yang mana ia menjadi hentian terakhir kami di sana sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. So, perjalanan separuh hari ni pun aku dah mula sakit pinggang dan kaki, kalau betul-betul adventure macam Camel Trophy tu mau tercabut kepala lutut dan buah pinggang aku... ini baru pengalaman ye tak. Kalau tak cuba, tak merasalah nampaknya.

Bersambung...

Untuk komen, sila email ke [email protected]

Jumaat, 13 November 2015

Photo Shoot - 4 x 4 WEST ADVENTURE - Part 01

Selama ni bermimpi je nak merasa naik 4-wheel drive merentas hutan, sungai dan bukit-bukau. Nak merasa jugak adventure ala-ala Camel Trophy tu. Ni kira pengalaman pertama aku shoot aktiviti ni. Semuanya bermula apabila company aku dengan Syarikat Amir-Husin Holidays nak promosikan satu pakej 4 x 4 - four wheel drive. Kira joint venture la ni. Sebelum pakej dipromosikan beberapa kakitangan dari setiap cawangan dipilih untuk merasa sendiri pengalaman menaiki kenderaan pacuan 4 roda merentas hutan, jalan balak dan menikmati kehijauan alam semulajadi di Banjaran Titiwangsa.

Image

Ok, semua dah sedia, hari pertama kami bergerak dari opis masing-masing menuju ke Kuala Tahan, Taman Negara, Pahang untuk check in dan bermalam di Rainforest Resort kerana program bermula pada keesokan harinya. Sampai di sana dah nak masuk Maghrib. Abang Mat Tarzan dan pembantunya dari Syarikat Amir-Husin dah menunggu dari petang tadi. Nak buat camana, sesat bang!

HARI KEDUA - Rainforest Resort - Kg. Pagi - Kg. Sat - Kg. Bantal - Kg. Mat Daling, Pahang

Awal pagi semua dah bersemangat waja menuju ke coffee house untuk sarapan pagi. Isi perut dulu sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Hari ini kami akan memulakan perjalanan dari Kuala Tahan melalui beberapa buah perkampungan dan terus menuju ke Kampung Mat Daling iaitu hentian terakhir kami dan bermalam di situ. Nampak dekat saja, tapi jangka masa diambil lebih kurang 4 - 5 jam perjalanan melalui jalan balak, jalan yang berlubang, berbukit dan berbatu. *Urut-urut pinggang!

Image
Kenderaan dah sedia

Image
Bersarapan pagi

Image
Sarapan pagi

Image
Errr... boleh kenyang ke breakfast cam gini? Ujar diriku dalam hati. Takde nasik ke...
(Memang dasar perut Melayu... aku perlukan nasik!)

Image
"Oii, cepat le... kitorang dah tak sabar dah ni..."

Image
Amik gambar

Image
Taklimat ringkas

Image
Group photo dan berlepas dari Xcape Resort, Kuala Tahan

Image
Taklimat lagi

Image
Singgah di kedai runcit sebentar membeli sedikit bekalan (Sebenarnya aku beli roti, kot lapar karang)

Image
Periksa kenderaan

Image
Sign di Kuala Tahan

Image
(Gambar: Amir-Husin Holidays)
Jalan masuk ke Kampung Mat Daling. Untuk Kenderaan Pacuan 4 roda sahaja, kalau korang berani bawak kereta, dipersilakan...

Image
Projek jalan raya

Projek ni bermula dari Kuala tahan ke Kampung Pagi sepanjang 22km. Dan projek seterusnya dari Kampung Pagi hingga ke Kampung Mat Daling sejauh 41km melalui Kampung Sat dan Kampung Bantal yang masih belum dijalankan, tapi jalan-jalan balak tersebut sudah ditandakan. 

Image
Berhenti sekejap menikmati suasana pagi yang masih berkabus

Image
Laluan kami

Image
Taklimat dari Abang Mat Tarzan... sebelah sana ialah Taman Negara. Sebelah sini rumah Makcik Gayah (*Garu-garu kepala)

Image
Bergambar

Image
(Gambar: Azizi)

Image

Teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan naik-turun bukit kami melalui jalan tanah merah yang diratakan untuk dijadikan jalan raya yang sempurna. Dengarnya jalan ni akan menghubungkan dari Kuala Tahan hingga ke Kelantan. Ia dibuat secara berperingkat-peringkat. Tak tahu bila akan siap sepenuhnya.

Image
Jalan nampak tak mencabar sangat, tapi kalau kemarau agak berdebu jugak

Image

Image
Dari puncak menuju ke destinasi

Image
Kalau hujan, laluan akan jadi lebih mencabar. Nasib baik tak hujan hihihi...

Image
Kenderaan pun masih bersih lagi

Image

Sebenarnya permulaan perjalanan agak santai la jugak kerana melalui jalan tanah merah yang rata. Cuma sedikit cabaran menuruni jalan berbukit, sayup je tengok ke bawah. Kalau hujan lagi best kot. Jalan licin dan becak pasti memberikan lebih cabaran, ada kebarangkalian terbabas ke dalam parit. Kaki aku pun mula rasa nak kejang sebab turun naik kenderaan untuk mengambil gambar... 

bersambung...

Untuk komen, sila email ke [email protected]