Image

Tinggal la pesan

Image Image Image

Ahad, Februari 20, 2011

Lamanya tak update blog ni

ImageBertemu kembali. Lama sungguh tinggalkan dunia blog. Tak dapek den nolong.... maaf kawan-kawan ye. Kakyong tak dapat nak update selalu blog ni sebab rasanya macam nak ucap selamat tinggal je kat dunia blog. Tapi sayang pulak rasanya sebab bukan senang nak buat semula blog ni nanti. Dari tak tau apa-apa tentang blog sampailah terciptanya 'rumah' comel kakyong ni. Tu yang post jugak entry terbaru ni. Baru je sambut anniversary so kakyong post la entry ni. Cantik tak gambar tu? Itu la coklat yang kakyong tempah khas untuk encik hubby tercinta sempena anniversary kami baru-baru ni. Hubby memang suka sangat makan coklat. Setakat ini saja dulu. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Ahad, November 07, 2010

Sayangku Ifwad

ImageSiapa pulak ni? Emmm...inilah salah seorang murid kesayanganku... Namanya Mohd Ifwat. Melihat keadaannya pun saya rasa ramai yang tahu apa masalah murid ini. Ifwat seorang murid yang aktif bersosial dengan kawan2. Cuma cabaran buat kami yang mengajar murid ini ialah dia seorang murid yang bukan lagi termasuk dalam kategori slow learner tetapi mungkin memerlukan perhatian khas pakar pembelajaran atau pendidikan khas. Ifwat telah dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sejak dari tahun 1 lagi. Kini dia di dalam Tahun 3, bermakna telah tiga tahunlah dia mengikuti kelas pemulihan. Namun menurut guru pemulihannya, Ifwat seolah-olah tidak memahami apa yang diajar walaupun hanya untuk mengingati ABC atau 123. Bukan itu saja, Ifwat juga tidak jelas butir pertuturannya. Pelat namun kami masih dapat memahami mengikut bahasa tubuhnya. Misalnya jika dia inginkan sesuatu, dia akan menunjuk ke arah benda tersebut.
ImageInilah hasil tulisannya. Hanya begitulah bentuknya. Tiada langsung sebarang makna. Melihat dari jauh, dia seolah-olah beria-ia menulis. Namun bila diselidiki rupanya inilah yang ditulisnya.
ImageApa yang patut dilakukan pada Ifwat demi masa depannya? Nanti saya cerita lagi tentang Ifwat ini ye... Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Khamis, April 08, 2010

Selasa, Mac 30, 2010

Belum Pencen Daa...

Hihihi... tengok tajuk macam dah nak berhenti keje je. Tapi sebenarnya bukan apa...tu gimik je. Dah hampir seminggu tak jenguk blog ni sebab bz ngan keje, keje, keje... banyak gak nak upload gambar sebenarnya tapi belum ada kesempatan. Pagi-pagi ni teringat nak jenguk blog sekejap. Rupa-rupanya dah kena tag lagi...huhuhu... DUN ooo DUN...ni kakyong try jawab la ye...


1. Adakah anda rasa HOT?
Ye...ada. Terutama masa cuaca panas ni... tinggi je temperature...hehe



2. Upload wallpaper PC/laptop yang ada guna sekarang.

Image



3. Cerita pasal gambar ni.

Ni gambar ambik masa gi Genting Highlands minggu lepas dengan hubby. Kalau tak silap, ni band yang paling lama bertahan la bagi kategori band-band kat Malaysia ni...mana taknya...sejak kakyong kecik lagi masa datang Genting dengan mak ayah kakyong dia dah ada dah buat show kat sini. Mesti ngam betul dengan tokei genting ni...(ekekekek....)


4. Kali terakhir makan pizza?
Bulan lepas. Errr...apa kena mengenanya ye soalan nih?


5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu apa ntah...nyamuk pagi tadi duk nyanyi kat telinga kakyong ni. Lupa nak tanya tajuk
lagu dia nyanyikan tu...:)

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Kemas umah...


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
sayang (oleh cik abang), bonda (anak-anak), kakyong (adik-adik), umi (anak buah), teacher,
akak, kadang-kadang makcik...hehehe...dah sampai seru!


8. Tag lagi 5 orang.
jinggo, akulah bapak, Tirana, cikgu eeeda, kak ina KL


9. Siapakah no 1 pada anda?
Jinggo - seorang yang teguh prinsip hidupnya, berfikiran positif, motivated person...

10. Katakan sesuatu pada orang no 5.
Hi Kak Ina...menu apa masak hari ni?

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
Not sure...err...apa kata kita tanya dia je la ye...but I like her blog..

12. Bagaimana pula dengan no 2?
Bapak.... anak sihat?

13. Kata-kata cinta untuk orang n 4.
Kebetulan kena kat cikgu eeeda ni...ermm...apa-apa pun sayangi Allah dulu, diri sendiri, ibu
bapa dan mereka yang dekat dihati kita...(cewahhh...)

14. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang tag anda...
duk kat kampung kakyong, seorang guru, kelakar, orang Perak gak, selalu gi TF...hik2x

Fuhhh...berpeluh dahi nak jawab 14 soalan nih! Ngalahkan orang nak interview kawen...hahaha...DUN...selesai hutang eh!

Sabtu, Mac 20, 2010

Kena tag not tax!

Image 1. Thank and link the person that gave you the award.
2. Pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said bloggers and let them know they've the award.
4. State 7 things about yourself.

Award datang lagi. Setelah sekian lama akhirnya ia muncul kembali. Apa pun thanks to blogger cutemute78 for this award. I likeeee... Cuma bab nak jawab tag tu yang sikiiiiiittt slow. What ever it is, these are my answers to your tag sis.

1. Done.
2. I would like to pass this award to my dearest friends:
kakyong72bib
idalara
cikgu Zana
(I think 3 is enough ye cutemute78 coz nak bagi can kat yg lain plak pass the award)
3. Done also.
4. 7 things about myself:
a daughter
a sister
a wife
a mother
a teacher
a student
Hamba Allah for sure
Ok sis. Done!

Jumaat, Mac 19, 2010

Sehari di Puspen PERSADA Sg Besi dan Sehari di Genting Highlands

Jom ke Genting!! Semalam kakyong ke Genting. Saja jenjalan ubah angin. Lagi pun tak jauh dari rumah kakyong. Lebih kurang 60km je. Kalau drive sendiri sejam dah sampai atas bukit tu. Mulanya nak naik cable car tapi tutup pulak sebab time tu angin kuat. Tak sampai hajat nak naik benda tu. Apa lagi...kami drive je la sendiri. Kami kat sana tak lama sebab dah petang. Jalan-jalan je la... hubby kata lain kali kita try tido sini pulak la... best sini...sejukkk....wah!!..kakyong pun apa lagi...I likeeee.....
Image Jom ke Genting Highlands!!
Image Amboiiii...posing baik punyaaa ye abang...
Image Macam kat oversea plak...
ImageImage Lunch hour... time ni dah pukul 3.30 petang...lapo..
Image Posing kat Eiffel Tower la kononnya ni...hehe

Image Uikkk...Eiffel Tower pun ada kat Genting???

Image Snow House

Image Haha...sejukkk... Sokong Chelsea nampak???

ImageHaunted House...abang..hidup Chelsea...hihi...
Image Teringin nak naik roller coster ni tapi takuttt...
Image Patung-patung ni tengah nyanyi tau... life lagi....hihi...


Habis dah cite makan angin. Ni cite pasal hal kuliah pulak. Selasa lepas kakyong dan kawan-kawan ke PERSADA Sg Besi. Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu PERSADA? PERSADA ialah tempat pusat serenti bagi mereka yang ingin pulih dari masalah dadah. Kakyong ke sana sebab hendak menyelesaikan satu assingment yang diminta oleh lecturer. Nak lihat bagaimana group kaunseling dilaksanakan. Sampai sesat-sesat la kakyong nak cari tempatnya ni. Mujur akhirnya jumpa gak tapi lewat 2 jam. Tengok aje la gambar-gambar ni ye. Gambar kakyong tak ada kat sini sebab jadi jurufoto tak bertauliah...saper pulak nak ambik kakyong? Huhu...

ImageSesi kaunseling kelompok sedang berjalan...
Image Mus dan Yan sedang berbincang apa la tu ye...
Image Anuar dan Ibrahim satu kombinasi yang sensasi nih...hihi...rancak betul berbincang...yang sebelah kanan sekali tu salah seorang staf di PERSADA.
Image

Shikin dan Lenny sedang mendengar sesuatu dari kaunselor PERSADA Puan Haslina Hashim.