CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Best Viewed with Google Chrome. (zoom : 100%)

sila sign buku pelawat dulu ye. thanks. :)

Sunday, July 1, 2012

I'm not like this before


Oh Allah, shower my heart with your guidance and please give me strength to face the reality of this worldly life. Please make it easier for me to come closer to you oh my Lord.

I'm not like this before.
Long time ago,
Nur Amalina bt Azlan
is the ones yang tak pernah fikir penat atau lelah bila buat kerja.
Tak pernah pun ada perkataan MALAS dalam diri.
Buat kerja selalu bersemangat.
Bersemangat nak siapkan kerja awal-awal.
Buat nota pun,  baru masuk bab 3 dah siap nota bab 4.

I miss the old me.
The old Nur Amalina bt Azlan.
Jadi gini sejak masuk U.
Kena buat kerja yang langsung tak minat dan tak kena dengan jiwa.
Allahurobbi.
Ampuni aku Ya Allah, kerana mengeluh dengan apa yang aku hadapi sekarang.

Dapat offer tukar course masa sem 1 year 1 dulu,
TAPI
Bila fikir baik-baik, tak nak lah tukar course.
SEBAB
Dah mula ada rasa sayang kat classmates semua.
Sayang nak tinggal classmates.
Aku nie, jenis yang bila sekali dah sayang, sampai bila-bila pun akan tetap sayang.

hmmm
...

Image


do free to drop some comment. kalau suka boleh like. :)

Sunday, April 15, 2012

Kisah sepasang stoking


Oh Allah, shower my heart with your guidance and please give me strength to face the reality of this worldly life. Please make it easier for me to come closer to you oh my Lord.

Assalamualaikum... Lamanya tak update blog! Rindu rindu! Rindu sama blog musyuk yang sudah berhabuk nie. Labah-labah pun dah buat sarang mungkin, cicak pun dah beranak pinak mungkin, ekekeke. Actually tak tahu nak story pasal menda tapi dalam hati kan, ada rasa nak cerita alkisahnya sepasang setokingggg. Bakpe stoking? Nanti tahu la, baca dulu hehehehe

Image

Dulu, aku bukannya suka sangat pakai stoking nie. Gi mana-mana pun tak pakai stoking. Leceh kot, sebab kalau pakai rasa macam nampak alim, nampak macam budak sekolah agama walhal aku bukannya budak sekolah agama pun. Hek eleh Naa, time sekolah dulu pun pakai stoking jugak yang kaler putih tu, gi salahkan sekolah agama tu watpenye. Jahat ko nie Naa, hmm. *maklum la, jahil. hehe

Berhubung titik tolak perubahan aku, dari baik nak jadi lebih baik *koya, baik la sangat, walhal buleh kata jahat la jugak, selalu usik orang, kawan2 pun sokmo kata aku nie kejammm eheh* Dulu, waktu jahil, waktu aku rasa nak berubah ke arah lebih baik, aku pun mula la start baca buku-buku agama, rajinkan solat-solat sunat yang tak berapa nak rajin aku wat dulu. Memang ada terdetik dalam hati rasa bersalah sebab banyak sangat wat dosa, tak kira la secara sedar atau tidak. Aurat pun tak tertutup dengan elok, nauzubillah, jahilnya aku. :( Oke2, semua dah lepas, sekarang doakan semoga aku terus istiqamah, insyaAllah.

Berbalik soal stoking, gini, one day memang ada perasaan nak pakai stoking, especially lepas didakwah secara langsung dan tidak langsung di fb dan blog-blog tertentu. Yela, kat fb kan banyak juga la post-post pasal cara nak menutup aurat dengan sempurna. Dulu, ermm berapa kali dah taip dulu nie hehe, aku tak kisah sangat kaki nie bertutup ke tak. Then, bila aku cuba dalami bab-bab aurat, aku mula sedar, kaki tu WAJIB ditutup! Tak wajib pakai stoking, yang wajibnya tutup kaki. Rasa bersalah mula menyelubungi hati, Allah, banyaknya dosa aku. Rupanya selama aku keluar rumah tak tutup kaki, selama tu la aku kumpul dosa.

Ada satu hari tu, aku cuti kat rumah, malam tu nak balik kolej balik. Aku beli stoking, malam tu aku pakai sekali ngan kasut. Niat dalam hati, nak terus pakai stoking hinggalah sampai ke kolej. Dugaan juga masa tu, sebab rasa nak buang je stoking tu, rasa tak selesa je pakai. Otw balik kolej, bas yang aku naik tu berhenti solat kat surau. Surau nie agak terpencil la juga, jalan nak gi surau tu pun gelap gelita je. Jalan pun terhuyung hayang sebab duduk lama sangat atas bas, 10 jam. Jalan-jalan tu, sedar tak sedar aku tergelincir, lalu REBAH! Rebah awok eh, rebah. Takde la rebah sampai golek-golek, cuma rebah cam terbaring gitu. Aku tak nampak jalan tu berlumpur dan licin sebab gelap. Sakit juga la badan, sakit sangat, terseliuh kaki. Tapi mujur la ada yang datang tolong, takde sape pun nampak, hanya dia dan Allah je nampak, takde dah orang lain, kalau tak, lagi haru, malu kat orang kita rebah terbaring. :)

Then aku gagahkan juga masuk dalam surau tu, tapi bila masuk, tengok-tengok baju dan seluar habis kotor, hmmm. Tak boleh buat solat. So aku gi la kat bas balik, ambik baju dan seluar untuk ditukar. Oke, sudah sume, siap-siap nak naik bas, aku ragu-ragu pulak nak pakai stoking. Last-last tanggal juga, malas pakai, dah la kaki sakit. Jalan naik bas, tak pakai stoking, just pakai kasut. Bila dah duduk dalam bas dan bas pun bergerak menuju ke destinasi, dalam hati aku terfikir, mungkin Allah nak test aku tadi, nak test samada aku nie betul-betul istiqamah ke tak pakai stoking tu. :( Pahtu rasa menyesal sangat sebab tanggal stoking, Allah nak test tu. Allahhhh, Tak cukup istiqamah lagi rupanya aku nie, malu dengan Allah, terbawa-bawa dengan rasa menyesal hingga la sampai kolej.

Tapi, aku masih ego, tak ambik iktibar. Esok-esoknya tak juga pakai stoking. Hingga la sahabat baik aku ajak aku gi kuliah mingguan untuk muslimat, bila masuk tu segan ngan muslimat-muslimat yang ada sebab aku tak pakai stoking. Majoriti yang hadir pakai stoking semuanya, yang tak pakai ada la 2 3 orang, tu pun termasuk aku, tapi tetap juga rasa segan. So, dari situ aku mula nekad nak pakai stoking. Bila aurat kita dah tertutup dengan sempurna dah takde la rasa segan nak gi kuliah, alhamdulillah, tu la yang aku rasa sekarang. Takde dah rasa segan tu. Aku gi mana-mana pun alhamdulillah, masih kekal berstoking. InsyaAllah, akan tetap begitu. Dari tak suka pakai stoking jadi suka. Sekarang nie pun aku dah jadi pengumpul stoking la pulak, ahahaha, ada banyak pasang la jugak, macam-macam warna pula tu ahahaha. :)

Image


do free to drop some comment. kalau suka boleh like. :)

Friday, October 14, 2011

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Oh Allah, shower my heart with your guidance and please give me strength to face the reality of this worldly life. Please make it easier for me to come closer to you oh my Lord.

Image

Dulu dulu kalau kita tanya orang, kenal tak Ustaz Azhar Idrus? Kalau orang jawab tak kenal, tu tak hairan sangat. Sekarang, kalau kita tanya dan orang jawab tak kenal, tu memang menghairankan! Ustaz Azhar Idrus boleh dikatakan satu fenomena baru pada masa kini hinggakan nama beliau berada di tangga teratas bagi carian nama ustaz ustaz di Google. Sambutan yang diterima setiap kali ustaz mengadakan kuliah di masjid masjid sangatlah memberangsangkan hinggakan hadirinnya melimpah hingga ke bahagian luar.

Image

Image

Image

Nama Ustaz Azhar Idrus sememangnya sangat terkenal di merata rata tempat malah ada yang menggelar beliau sebagai Ustaz Youtube kerana pengaruhnya yang cukup luar biasa dalam laman tersebut. Masuk je Youtube dan search nama Ustaz Azhar Idrus, pasti akan berlambak keluar video ceramahnya. Video dan buku beliau tak yah cerita la, laris macam goreng pisang beb. Apa yang menariknya tentang Ustaz Azhar nie, selain pandai buat lawak, beliau boleh cakap apa je, tak kira la pasal fotografi ke gadjet ke komputer ke. Semua tu celah gigi je. Disebabkan beliau sangat menggemari benda benda moden macam DSLR dan gadjet segala, tu yang buat kita sebagai orang muda, rasa sangat 'dekat' dengan beliau. Ustaz Azhar nie, kalau dia buat ceramah kat masjid, ajak la mat rempit, confirm dorang akan stop merempit dan join ceramah skali. :)

Sekali dengar ceramahnya pasti rasa nak lagi. Cara penyampaiannya yang cukup santai, menghiburkan, penuh dengan fakta serta pengajaran dan ditambah dengan unsur humor membuatkan ramai yang tak jemu mendengar tazkirah dan ceramahnya. Maka tak hairanlah golongan muda sekarang semakin celik mata hatinya, semuanya gara gara Ustaz Azhar Idrus beb! 

Hasil google, dapat la jugak sedikit info tentang biodata Ustaz Azhar Idrus.

Biodata Ustaz Azhar Idrus

- Berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu
- Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6
- Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
- Mulai belajar agama sekitar tahun 1990
- Belajar secara talaqqi dengan lebih kurang lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
- Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubok Pandan, Wakaf Tapai
- Sangat menggemari bidang fotografi

Image

Image

Image

Image
antara gambar hasil kerja tangan Ustaz Azhar yang dicilok dari fan page beliau
cantik kan?

sebelum aku terlupa, nak jugak letak something kat sini. jeng jeng jeng XD

Image

Image

Image

hehehehehehe

Jom sama sama kita berdoa untuk Ustaz Azhar Idrus.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, Pemurah, Pengasih & Penyayang, kami mendoakan agar Kau peliharalah Ustaz Azhar Idrus ini daripada aniaya orang-orang politik yang sentiasa akan mencari-cari insan yang ingin menegakkan kebenaran dengan tujuan untuk dimatikan usaha murninya. Sesungguhnya kami yang daif ini memerlukan Ustaz Azhar ini untuk memberikan tunjuk ajar serta memurnikan kehidupan kami yang sentiasa dikelirukan oleh orang-orang yang mementingkan keduniaan. Kau panjangkanlah umurnya, Kau sihatkanlah dia, Kau murahkanlah rezekinya dan kau permudahkanlah usahanya untuk bertemu dengan rakyat disemua pulusuk negara Malaysia ini yang sentiasa dahagakan ilmu yang berlandaskan AlQuran dan Sunnah. Kau peliharalah keselamatan Ustaz Azhar semoga dia selamat pergi ketempat-tempat yang dia dijemput untuk berceramah dan selamat pula pulang semula ke tempat keluarganya yang tercinta. Ya Allah, sesungguhnya dengan adanya Ustaz Azhar ini telah mendekatkan kami kepada kebenaran dan mengikis sifat-sifat buruk kami yang lalu. Amin

Image


do free to drop some comment. kalau suka boleh like. :)

Friday, April 22, 2011

muhasabah diri - jadilah orang yang bersyukur!


Oh Allah, shower my heart with your guidance and please give me strength to face the reality of this worldly life. Please make it easier for me to come closer to you oh my Lord.

sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

sebelum kita mengumpat tentang keburukan orang lain,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat mendengar kita bercakap.

sebelum kita mengeluh tentang makanan,
fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apa pun untuk dimakan.

sebelum kita mengeluh kerana tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang terpaksa meminta-minta di jalanan.

sebelum kita mengeluh kita buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk dalam hidupnya.

sebelum anda mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan agar dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

sebelum kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia sebelum sempat menikmati masa mudanya.

sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
fikirkan tentang seseorang yang terlalu inginkan anak tetapi dirinya mandul.

sebelum kita mengeluh rumah kita kotor kerana pembantu tidak menjalankan tugas,
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.

di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan kita,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
senyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana memberikan kita peluang untuk terus hidup!

marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan Tuhan kepada kita. ingatlah janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu. sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.

Image

Image


do free to drop some comment. kalau suka boleh like. :)