Monday, June 19

IFTAR 2017

Image

Alhamdulillah , seminggu lagi Hari Raya bakal menjelma. semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa lagi.

okay berbalik pada tajuk di atas adalah IFTAR ! bila bulan puasa mesti kena iftar, itu wajib la sebab iftar maksudnya berbuka. maka waktu beginilah kita berbuka dan berkumpul jumpa kengkawan yang jauh atau jarang bertemu.

setiap tahun berbuka dengan company itu wajib selagi kerja disitu . berbuka dengan Friend for Life kami beri nama itu juga wajib . senior & junior ikip college, memang rapat . seperti biasa makan dekat rumah boo dan boo yang masak. kami bawak la desert or pape yang patut laa. tapi kali ini lebih ramai dan meriah cuma aku masih datang sendiri walaupun sudah berkahwin. wajib lah diperli kan. hahaa but i don't really care. almaklum laa suami sibuk cari nafkah hehee~
-------------------------------------------------------------------------------------------

Image

Image

Image

Image
 gambar makanan tak sempat ambil sebab rakus makan tanpa hiraukan kamera hehee~
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Image

Image
 Bos's tahu aku paling pandai wefie! maka when i say cheese semua pandang camera haha itu tipu! tapi yang benarkan dorang layan jew kalau aku ajak bergambar.. kak lin takde sebab berpantang.
------------------------------------------------------------------------------------
Image
the best iftar with my hubby eat roti jala & tonggeng ayam bakar, hahaa

Friday, May 19

Safi Rani Gold

Assalamualaikum wbt ...........

Image
Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan umur, bulan ramadan juga semakin dekat semoga sempat kita merasa. Aaminn .Dihari yang mulia ini, Jumaat yang penuh barakah & tersangatlah free untuk aku update disebabkan program nextweek is OFF! hehee~ maka boleh laa aku share something yang bermanfaat.

Tengok pada tajuk pun dah tahu apa yang nak aku share. pasal produk SAFI RANIA GOLD! Alkisahnya , semua wanita tak kira remaja ataupun orang tua pasti pernah cuba produk SAFI yang sememangnya cukup terkenal berabad lama! mungkin laa. yela sebelum keluar produk kologen or bermacam produk di media sosial SAFI memang produk yang superb! (setelah berhasil kata superb kalau tak maki hamun bagai).haha

Aku guna safi dari start masuk sekolah menengah, first aku pakai SAFI hijau yang ada lidah buaya pelembab sahaja, aku google tapi takjumpa.Then habis SMK , aku sambung belajar aku pakai SAFI BALQIS yang biru warnanya dari pencuci muka hinggalah ke krim so kulit aku memang agak licin laaa, biasalah muda remaja masih cantik mulus & telus. hahaa. aku keep pakai sampai kerja. Bila dah masuk umur 22 tahun aku berhenti pakai SAFI then try local produk, kononnya nak putih gebu. haa memang putih gebu tapi macam cepat habis & tak tahan lama. tak larat nak perabus duit everymonth untuk wajah!

Bila kahwin, hormon jadi lintang pukang. sebulan sebelum kahwin muka dah berbintik halus. OMG STRESS! aku tak terfikir lagi SAFI sebab tahu effectnya agak lambat! disebabkan nak cepat aku pakai produk natural HIMALAYA, Alhamdulillah getting better tapi tak gebu! yela natural bukan untuk gebu. lepas kahwin aku stop Himalaya & guna produk lain, alhamdulillah juga berhasil & sekali lagi aku tak mampu & payah nak beli kena order & tiada dijual dikedai JAMU tapi bukan TATI skincare. hahaa!

So try beli SAFI RANIA GOLD sebab sudah cecah 27tahun maka SAFI BALQIS taksesuai untuk aku. hehee . Alhamdulillah hampir 3bulan guna SRG kulit makin mulus, lembut, bintik biasa sahaja tumbuh jerawat manja jika nak period tapi hilang dengan pantas. SRG memang wangi dari pencuci hingga ke krim malam. tergoda dengan bau wajah sendiri. sekarang try mask SRG seminggu sekali.dan yang paling penting dah 3 bulan masih takhabis lagi, jimat sungguh!


Image

Image
Banyak kan! tapi takla pakai semua:
Pencuci muka
Toner Gold Essence
Pelembab Siang + Krim
Pelembab Malam
Mask

So, pada yang ingin mencuba dipersilakan. Jimat & InsyaAllah berhasil. Senang didapati di WATSON or GUARDIAN.

Tuesday, May 9

Majlis Bahagia Sahabat

Assalamualaikum wbt !

Beberapa hari lagi hampir ke bulan puasa, bulan indah . semoga panjang umur kita semua.
Maka ramailah sahabat kita yang gigih menamatkan zaman bujang mereka &
 memandangkan umur juga menjadi faktor. hehee
Tahniah buat mereka dan semoga lebih sabar & tabah mengharungi rumah tangga .
opss! bajet macam aku dah 10 tahun kahwin! hahaa
-------------------------------------------------------------------------------------------
22 & 23 April 2017 majlis BFF iena kahwin dengan suaminya yang lama bertunang! senyuman indah terukir tanpa henti, hehee tabah la beb! kau kena tinggal juga sama macam aku !
GC tinggal 3 ketul lagi tak kahwin. mari berdoa untuk mereka. muah!
Image

Image

Image

29 April 2017 - Wani gomez a.k.a wani lemau roommate time study dulu! alhamdulillah kahwin dengan senegeri MELAKAU! so si kapten hajar bila? crew account awk dah kahwin? haha
Image

Image

30 April 2017 - back to KL classmate afidah kahwin , budak nakal juga dia ni! haha 
Image

30 April 2017 - Una tunang! GC geng ! tak sempat pergi tapi kau memang manis time ni! semoga dipermudahkan urusan! bila kahwin?? tahun ni kan hehee
Image

 6 May 2017 - Meklong a.k.a azleen , childhood friend! selamat bertunang setelah letih mencari jodoh akhirnya yg dibelakang mata jadi pilihan! hahaa 
Image
---------------------------------------------------------------------------------------
Akhir kata, semoga bahagia hingga ke syurga. saling bertolak ansur dalam perhubungan dan komunikasi itu penting . yang jauh tuu, kepercayaan amat penting #notetomyself!

Wednesday, April 26

Tuesday, April 11

Image

Kalau sakit hati sangat pun dengan Suami,
Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Suami tak memerlukan maaf kita, tapi kita yang isteri sangat perlu kemaafannya.
Sebab apa?
Hanya dengan restu dan doa Suami, Allah meminta malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.
Di pejabat, di tempat kerja, di jalanraya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada Suami.
Bukan soal siapa Suami, tapi soalnya, di sisi Allah, apakah yang ada pada Suami!
Saya hanya berpesan, sebelum Allah beri peringatan!
Terima kasih Wahai Para Isteri.
(Dikongsikan oleh Abu Huraira Asifa.)

Kredit: Azuura Rokib

Monday, April 3

Alfatihah

Alfatihah 
buat nenda tercinta.
terkilan hati ini tidak dapat melihatmu buat kali terakhir
tapi tetap bersyukur, sebelum kepergianmu dapat kita tidur bersama, 
seminggu sebelum cucumu menikah, Alhamdulillah..

Buat nendaku,
akan daku titipkan doa buatmu
takmungkin akanku lupakanmu
didalam setiap tawaku, terselit tangis tanpa sesiapa tahu
sungguh aku rindu padamu

semoga 'MEK' ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin Yarabbal alamin

Wednesday, March 1

Baby Girl

Image

Baby Girl in the house akhirnya, Alhamdulillah 
tahniah buat adik aku yang selamat melahirkan anak perempuan secara normal
lahir pada 6 jan 2017 tepat 10pagi, nama diberi Ayra Mikayla Binti Mohd Ariz Azwan.
boleh panggil Ayra/Mika/Kayla but no 'RARA' because makcik2 kepochi benci.

kali ini aku xperlu berjaga malam jaga baby seperti hero-hero malaya sebab
baba ayra ada disisi untuk teman isterinya. maka lena aku tido, hehe

mengimbas kembali kelahiran baby girl hurmm, mamanya terkena contraction palsu okay its normal
tapi sakitnya Ya Rabbi aku taktahu sebab belum berpengalaman cuma mampu lihat saja setakat ini.
mungkin rasa untuk nanti. ok back to the 'contraction palsu'

aku tengok perit juga adik aku tanggung sakit tapi beli pergi hospital taknak beranak lagi.
maka pulang semula kerumah. selang sehari kot dalam jam 3pagi........
maa aku kejutkan "jaa, bangun teman atyn dia nak terberanak dah!" 
aku macam haa! okay siap bagai xmandi la sebab aku baru je lepas mandi pukul 1 pagi and baru tido jew huwaaa!so admit laa sebab dah buka 4cm. aku kena tunggu diluar sendirian.

so group family besar dah keep wassup bagai tanya itu ini. 
gigihlah aku bagi info tup2 kira 10minit lagi baby nak keluar hp problem DATA habis errr!
lepastu mcm buntu ayam laaa. mujur aku ingat password adik aku.tgk wassup group baby dah keluar 10pagi tadi. alhamdulillah 

Ayra ni bakal manjalah and sekarang pun nampak manjanya. sebab cucu pertama sebelah lelaki & cucu perempuan pertama sebelah kami serta anak pertama mereka. tapi kalau ko over manja hurm cikjaa gigit laa!

baba ayra dah risau tengok makcik2 dia excited nak grooming anaknya!haha tapi adik aku lagi excited laa banyak dah baju & aksesori baby girl dia beli.

papepun aku nama "MIKAYLA" tu cikjaa yang suggest! haha 
termasuklah semua nama hero-hero kakak aku! Naufal, Nadeem, Naqeef
cikjaa happy! so bakal anakku namamu sudah kufikirkan maka cepatlah ada dalam perutku, amin

Image
Cikjaa,Ayra.Mama