Monday, December 5, 2016

Jln2 MAHA..the mines...one utama


2minggu lepas bawa mak n adik jalan2. Diorg dtg dok sini sempena cuti sekolah. Masa di the mines....ada seorg follower blog ni yg tegur saya.terima kasih ye tegur..tp saya x pasti siapa...hrp dia muncul kenalkan diri hehe.

Tuesday, November 15, 2016

Hari Graduasi & konsert tadika irfan

Sabtu lepas berlangsungnya hari graduasi n konsert tadika irfan. Irfan ada masuk menari twist n ada beberapa lagu lain jugak. irfan dpt hadiah tempat kedua dlm kelas dan matapelajaran bm terbaik.
Sempat jugak so ayah pergi tengok. pd sebelah malamnya kami hntr si ayah gi klia....dia outstation ke US. Ahad ni insyaAllah balik. lepas tu rabu dia terbang ke jepun dan balik hari sabtu.adesssss ni musim kena tinggal pun bermulaaa....
Alangkah bahagianya kalau cuti sekolah dh start. xde la mama terkontang kanting siapkan hantar ank2 sorg2😅moga dipermudahkan segalanya....Aaminnn

Monday, October 10, 2016

Happy 1st birthday Aina Fatini

25/9 lepas genap Aina  Fatini 1 thn. Dia dh boleh berdiri...dah mula meniti tepi2 dinding sambil pegang dinding. Ank dara ni lain skit dr abg2. Suka dtg kt mama sayang2 mama...dgr lagu je terus goyang2 bdn😁girl kot mcm ni hahaha

Abg2 pun makin dpt sesuaikan diri dgn adik. dh boleh join main sama2 n mcm2. hari2 mama makin sibuk dgn tugas seharian. moga Aina terus membesar dgn sihat.

Pindah

25/9 lepas kami pindah rumah...masuk ke rumah sendiri akhirnya. Alhamdulillah....baru 3minggu.... kemasnya belum siap. jadinya sgt sibuk skrg😁tak tau bila boleh siap. kerja rumah yg sedia ada mmg nk kena buat...dgn aina lagi...tugas ambik hntr ank2 lagi.
Rumah ni halamannya agak luas. Boleh menanam n ank2 pun blh main kt luar ni. cuma tanahnya agak berbatu2. Ptg2 dh ada aktiviti merumput hahhaha. Bagus utk kesihatan...hari2 jgk kna naik turun tangga.

Friday, August 5, 2016

Perkembangan Aina Fatini

Aina start meniarap masa umur 5 bln lebih. Masa 8 bulan dia baru merangkak. Agak lmbt berbanding abg2. Masa berumur 7 bulan dia dh start tumbuh gigi...yg ni sama dgn abg2. Skrg Aina dh 10 bulan...dia dh boleh berdiri kalau pegang. Lepas tgn belum lagi heheh. Sebelah tgn dia berani dh melambai2. Kdg2 kalau dia lupa diri...dia lepas dua2 tgn..maka nya jatuh la tergolek...adessss. harapnya Aina membesar dgn sihat. Bulan depan nk masuk setahun dh. Mcm cpt pulak rasa huhu.
Aina masih breastfeeding...tanpa botol ye. Makan solid food start 6 bulan lagi. Dia dh pandai meniru mcm2 hehe. Lain kali mama cerita lagi. Nk kena msk dulu. Nanti nk jemput ank2 blk sekolah

Selamat hari raya aidilfitri

Lamanya x berblog. Semenjak anak 3 jadi semakin sibuk. Ni gmbr masa hari raya...juga gmbr kwn2 dtg beraya dirumah...dan juga..mknan potluck yg mama msk utk ank2 bawa ke sekolah.

Raya thn ni agak suram disebabkan saya baru kehilangan ibu mertua pd 25/5 yg lepas. Tahun lepas kehilangan abah pd 11/5. Jadinya skrg...saya cuma ada bapa mertua dan jugak mak.

Bulan depan..insyaAllah kami akan berpindah lagi...huhuhu. dan pastinya saya akan lebih sibuk. every year mmg keje pindah. Harapnya ini perpindahan yg terakhir. Aaminnn

Thursday, March 17, 2016

Kisah Aina

25hb ni akan genap anak dara saya 6 bulan. Maka..mama pun dh siap prepare..cari brg utk solid food dia. Semua beli baru la. Harta benda abg2 semua dh campak mana ntah huhu. Takpe skrg senang..beli online je muahahah. Janji ayah masuk duit dlm akaun mama :-p nak gi cari kt kedai x semua memenuhi citarasa. Kat jepun senang..gi je nishi matsuya ke..akachan honpo ke..segala benda psl baby ada kt situ. Tiba2 rindu jepun hehehe..mana x rindu..tpt bercinta..tpt susah senang dgn suami n anak2 kan.
Satu lagi..disposable breast pad kt jepun murah..rm30 leh dpt 120 keping. Kt msia rm30 tu baru dpt 36 keping huhuhu. Mujur la masih ada stok jepun punye. Lain kali kalau hubby gi jepun lg nk suruh beli byk2 hahahahaah.
Si aina ni sgt manja n xsuka dok sorg. Maka nya mama susah nk wat keje rumah. Kdg2 tpaksa pakai baby carrier sambil masak n sidai baju huhuhu. Sabar jela ye. Moga dia membesar dgn sihat. Aaminn....

Monday, February 22, 2016

4bulan lebih...

Aina Fatini dh berusia 4 bulan lebih. Alhamdulillah. Mama sgt sibuk sejak beranak tiga ni. Hari2 kelam kabut sampai tak sempat nk update blog mcm dulu huhu....

Agak senang menjaga aina sebenarnya sebab dia x kacau mama tido mlm.mlm dia tido lepas ru dlm 5 lebih dia akan bgn menyusu hehe. Beza dgn abang2 kuat menyusu kena bgn byk kali hehe.

Cuma mama ada masalah bila nk shopping baju dia. Baju baby girl ni cantik2.jd masalah lak bile nk pilih tu sbb rambang mata huhu

Setakat ni aina baru mencuba2 nk meniarap. Tp mulutnya bising menyembang haha.beza jugak ni.sbb abg2 dulu meniarap masa 4 bulan hehe. Xpela asalkan membesar dgn sihat.lmbt skit xpe.bkn semua baby mesti sama.ok...

InsyaAllah akan cuba juga update sikit demi sedikit cerita2 sblm ni :-)