Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari nie byk keje, byk call, byk soalan nk jwp, system byk nk clear, byk byk byk…iskkk…xkira…nk balik masak rendang gak. Walaupun bukan aciq yg msak (tlong mak masak jer) ehe…tp kira ok la atleast praktikal da byk kali…cuma blom amik ujian masak je. Dtg pagi awal gak sbb jarum pnjg jam tu lom smpi kt 8 lg kira awallll la tu, kalo x jarum tu da condong barula smpi opis…padehal opis ngan umh 10-15 min jer…trus masuk bilik bos, “bos saya nk amik 1/2 day arini…bole”,? Awak nk watpe? Nk bertunang ker? “issskkkk ader lak…maner ader org betunang ari selase”….Abis tu watpe nk amik skerat ari? ehehehe…sambil snyum kerang “aderla bos…aderhal sket…”, Ok…tp awak kena tgu ‘abg’ awk masuk baru bleh balik la…“orait bos…thanx…”.

Alhamdulillah, bleh balik tolong masak rendang :-)…

‘Self  Reminder’

– laporan bulanan (siap)

– “Late Response Report” (siap)

– Surat … (esok la ek)

Ok leh cau cin cau… :-h

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lamer da rasenya tak mengodek-godek blog aciq nie…tp blom smpi thp ‘bersawang’ la…setelah diberi peringatan secara percuma oleh sdri.linn_comel pagi td…aciq teruja kembali tuk meng-update blog aciq pd hari Ahad nie…”SELAMAT HARI AHAD” rakan2 sumer 😉 maaf yer pd rakan2 yg singgah di blog aciq tp tiada pape pun yg terhidang…hanya catitan yg da hampir nk basi…iskkk…catitan bleh basi ker? Kali nie aciq cuma nk kongsi sedikit info yg aciq perolehi dari Majalah COSMOPOLITAN (First Issue) thn 2005. Sebenarnya aciq tertarik ngan info nie sbb wpun x byk tp ader la skit terkena tempias nyer isi2 yg dikupas oleh penulisnyer kt btg idung aciq…ehe…tuk pgtahuan rakan2, catitan kt bwh nie hanya makluman shj yer. Kalau bole dipraktikkan…terpulangla pd slera msg2…TEPUK DADA TANYA IMAN.

Masih belum berpunya?

Ketahui 5 kesilapan sering kita lakukan.

Pakej yg lengkap – cantik, seronok didampingi, kerjaya hebat (x hebat pon xper) dan kawan2 yg ramai (x ramai pon xper). Tapi hingga kini, hari ini, masih lg sendirian, nape yer? Ade silap kt maner2 ker? Menurut pakar psikoterapi Rhonda Findling, pengarang The dating Cure (aciq x bc lg buku nie), “Sebenarnya, tanpa disedari kamu/kita/anda semua yg mengirimkan isyarat ‘jangan dekati saya’. Tapi kamu/kita/anda (t’msuk aciq) usah risau sampai sasau. Kita
cuba
tgk beberapa kesilapan yg mungkin tanpa sedar kamu/kita/anda (t’msuk aciq) telah lakukan. 

1) Geng Lepak Perempuan

Kamu/kita/anda (t’msuk aciq) mungkin brase lbh selamat di kelilingi kengkawan pempuan (t’msuk aciq). Masalahnya jika terlalu ramai akan myebabkan lelaki takut mendekati (ye ker?). Maksud Findling, “Mereka/lelaki/incet2 (pkatan pebret akirasuri) bimbang akan dimalukan di depan kengkawan kamu/kita/anda (t’msuk aciq). Jadik, cuba kluar hanya dgn seorg kwn jer atau
cuba blajar memikat secara SOLO.

Pendapat aciq
Tpulang pd kamu/kita/anda tuk kuar ngan sesape…yg pntg keselamatan diri diutamakan. Apela lebihnyer kalo kita nk kuar SOLO ngan harapan aderla ‘mereka/lelaki/incet2’ nk pikat kita…tetapkan hati, igt la ajal, maut, jodoh, pertemuan tu ketentuan Allah swt.
 
 

2) Asyik Ke Tempat Sama

Kamu/kita/anda mrungut (x t’msuk aciq yer), “Ahh, kt sni xder lgsg llaki yg menariks” sedangkan mgu demi mgu kamu/kita/anda (tak t’msuk aciq yer), asik melepak d tmpt yg sama. Hai…masakan bbeza sgt serai serumpun? Jika ingin ‘menjerat’ jejaka hebat, cuba kuar dr ‘zon selesa’ itu (aciq kena kuar dari ‘zon bebas’), ni nasihat pakar psikologi lain yg juga jurulatih kehidupan, Janice D. Bennet, PhD. Lain kali jika kengkawan ajak g nonton wayang, teater, karaoke…ikut jelah!

Pendapat aciq: Sabtu/Ahad pun keje, xder masa nk melepak, tp suka merayau dr 1 blog ke 1 blog ke 1 blog ke…ehe. G nonton wayang ok la…g teater tu…ermmm blom masuk dlm list pebret lg, karaoke tu…kt umh lg best…pree lg…pape pon terpulang pd kengkawan, tepuk dada tnyer iman…ehe.

3) Memilih Sangat…

Mahu serasi tapi asik bertemu/dapt yg ‘gitu-gitu ajer’. Ini penyebab kamu/kita/anda (t’msuk aciq) tidak terbuka hati utk meneruskan perhubungan. Linn…x t’msuk dlm dapatan yg ‘gitu-gitu ajer’…ehe…sori linn guwau je ek 🙂 Ngapa jadi begitu kengkawan? Tindakan yg mungkin akan memakan diri sndiri nnti…(caner tu aciq?). Jika mereka/lelaki/incet2 terase yg kamu/kita/anda (t’msuk aciq) ‘dingin’, mereka/lelaki/incet2 mungkin akan beralih ke gadis yg tampak lbih berbudi bahse tp kurang budi pekerti…(ader ke org mcm tu?).
Cuba dulu kenali hatinya. Mungkin mereka/lelaki/incet2 tu sbenarnya ‘cool’. Asalkan dia x miang, ape slhnyer kita berkawan/bkenalan. Jika masih x tertarik, undurkan diri secara sopan dan berhemah.
Pendapat aciq
Lelaki zmn internet biznis nie berbeda dgn lelaki zmn mesin taip. Maksudnyer mereka/lelaki/incet2 skng nie cepat, sekali klik ‘ENTER’ hah…da dpt…iskkk proses merapu da bermula. Kalo masa mesin taip dulu…kena ketuk 1 persatu…hah baru smpi. Bole x aciq MALAS nk bg pendapat…kalo rakan2 rajin nak bg komen…aciq dahului dgn ucapan RIBUAN RINGGIT eh RIBUAN TIMAKASIH.
 
 
4) Tak Mahu Berkenalan

Sering mengeluh kerana belum berpunya ttpi asik marah2 jika ada kawan2 ingin perkenalkan kamu/kita/anda (t’msuk aciq) dgn seseorg. Kita juga enggan berkenalan menerusi telefon. Menurut Bennet “Usah tolak mentah-mentah”. Kamu/kita/anda (t’msuk aciq) bole beritahu kawan2 juka berminat utk berkenalan dgn seseorg. Atau, bole gak jika mau berdaftar dgn agensi cari kerja opsss silap agensi “mencari pasangan” di Internet. Mungkin tuah menyebelahi kita dan x perlu menanggung seksa blind date.  

Pendapat aciq
Kawan2 merupakan salah satu medium yg bole kita gunakan utk memulakan sesuatu perkenalan. Tapi kalo kita nie da mmg jenis yg pemalu tahap BETA…(ade ker?) bole la tinjau2 website yg menawarkan carian pasangan terhangat ditalian…ehe…website kt bwh nilah yg slalu mengetuk pintu emel aciq. Mungkin kawan2 bole try tgk. Tak slh mencuba…
www.myjodoh.net atau www.qiran.com 

5) Hasrat Ketara Okay, kamu/kita/anda tingin sgt “berpunya” ttp cuba lak sembunyikan prasaan tu. Menurut pakar psikologi nie Katherine Woodward Thomas, “mereka/lelaki/incet2 bleh meneka sama ada kita ingin berpsangan/tidak, mereka/lelaki/incet2 tidak berani nk dkt ngan gadis yg nmpk terlalu terdesak/desperate….oh NO”.

Pendapat aciq
Penyebab kt atas nie aciq kuwang stuju la…kebiasaannyer kamu/kita/anda (t’msuk aciq) mmg dikurniakan sifat tuk tidak menunjukkan prasaan sbenar…ntah la…tu rasenye sifat yg ader dlm diri aciq, aciq tatau caner ngan kawan2 lain…linn lak caner? Cuma ader segelintir jer yg pndai tuk xpress their feeling in right way kot.

p/s: Penyebab di atas bole gak diguna-pakai oleh mereka/lelaki/incet2 (pkataan pebret akirasuri). Cuma perlu tukar pkataan pempuan kpd lelaki jer…

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih diucapkan pada rakan2 yg sudi menjenguk kt blog aciq…aciq suker sgt 🙂 2…3…hari nie aciq asik merayau dari 1 blog ke 1 blog…kira Jalan-jalan Cari Ilmu la nie. Bila da melawat blog rakan2 nie, aciq trase diri nie smakin keciq (da mmg keciq pong)…byk perkara, byk bende yg aciq x tau dan x penah nk amik tau ape2 yg rakan2 aciq da lama tau…iskkk mmg x tau pun ape yg patut dan x patut aciq tau…? Pening ke dgn ayt aciq…? Sumimasen…aciq baru blajaq mem-blog, jadi mmg kelam kelibut la sket, tp xper… (selanjutnya…)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Nie catitan aciq slpas raye, da 5 hari aciq asik g melawat blog rakan2 tp MALAS nk wat catitan kt blog sendiri…iskkk 😦 hari nie kebetulan aciq kt opis, xder keje sbb da siapkan semlm (Sabtu aciq baru mula keje pas bcuti raye 3 hari) hari nie tgk la kalo rajin aciq nk siapkan claim&OT tuk bulan nie…alhamdulillah…kenapa ler mesti ader pkataan ‘kalo’…ok la nie cuma nk kongsi sbb aciq tgh bc skbar UTUSAN – MINGGUAN MALAYSIA aciq jumpe kolum nie…dan aciq rase menarik tuk diletakkan dlm catitan kali nie, tuk peringatan sesama kita…

Sabda Rasulullah s.a.w.

BAHAYA TAKBUR

Daripada Abdullah: Sabda Rasullulah s.a.w: Tidak akan masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada sifat takbur. (Riwayat Tarmizi)

Pengertian

Dalam hadis ini, Rasullulah menegaskan bahawa sifat takbur yang ada dalam jiwa seseorang itu adalah penghalang utama untuk dia ke syurga kerana sifat tersebut akan menggugurkan segala amalan kebaikanya, malah keimanan dan akidahnya juga dikhuatiri akan terjejas dan layu dan mati, maka seseorang itu tidak berhak untuk memasuki syurga Allah di akhirat nanti.

Kesimpulan

Penyakit takbur ini amat berbahaya jika ia menyerang benih iman yang ada dalam hati seseorang itu sehingga dia tidak layak untuk ke syurga kerana imannya sudah layu dan mati.

Sumber: Mingguan Malaysia, Ahad 29 Oktober 2006.

Pada pndpat aciq, penyakit takbur ni bole menyerang sesape sajer, x kira bangsa, agama, usia, pangkat, darjat dll. Takbur atau dlm erti kata lain membangga diri. Jauhkan la penyakit mahupun perasaan membangga diri itu dlm diri aciq. Khas utk rakan2 aciq di luar sana tu, aciq hrp jgn la penyakit takbur berjangkit kt diri rakan2 sekalian.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari nie hari raya…Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin aciq tujukan khas buat mak, ayah, kak lin sekeluarga, abg yan, acu, rakan2 yg mengenali diri aciq dan juga pada rakan2 yang baru pertama kali menyinggah blog aciq.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ni cubaan pertama aciq dalam catitan “susah nak cakap…”.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan