Showing posts with label Spring-Summer in Korea. Show all posts
Showing posts with label Spring-Summer in Korea. Show all posts

Friday, January 16, 2015

May in Korea 2014 : Day 11

Awal pagi kami dah bangun mandi dan bersiap. Tiba-tiba tengah nak keluarkan beg dari bilik, ahjusshi taxi dah sampai. Walaupun awal dari masa yang kami janji, tapi bagus jugak. Nanti takdelah nak terkejar-kejar. Mane tau jem ke apebende kan.

Image
best ahjusshi ni. Taxi dia besar, muat kami semua including semua beg-beg tu

Image

Masa check in belum lagi, so kami just lepak je kat dalam airport tu, sejuk sikit. Cuaca kat luar memang panas kau.

Aku dan mother ronda ronda dalam tu cari kedai kopi. Alim ngan Widad lepak kat tempat kerusi jaga beg.

Image

Image






Image
aku tak sure widad ni selfie jenis ape
Tak lama lepas tu, counter check in pun buka. Kami pun beratur, dan check in. Flow smooth, slow and steady. Semua luggage lepas. Mana taknya, kami dah siap timbang masa duk packing malam sebelumnya.

Image


Lepas tu, mother ajak makan. Kami ke food courtnya dan order Sondubu chiggae punya set. Sondubu ni sup tahu lembut tu. Pastu dia pecahkan telur dalam sup tu. Pergh, sedap you all.

Image

Image

Image

Settle makan, kami terus masuk ke security check dan immigration. Settle semua tu, kami jalan-jalan dalam airport tu tengok duty free.

Aku masuk kedai Longchamp, tapi sebab dah shopping sakan, mampu tengok saja sambil nangis luar kedai. Ok, part nangis tu aku tipu.

Image

Image

Image

Lepas dapat tengok je Longchamp tu, aku terus ke kaunter nak redeem tax. Haaaaa kalau shopping kat kedai-kedai kat Korea ni dan juga negara lain, boleh redeem tax dia tau. Tapi, kena ada resitnya. Caranya, bila beli barang di kedai, cakap yang nak claim tax. So, orang kedai akan keluarkan lagi 1 resit asing yang menunjukkan jumlah tax. Tapi, kena provide passport masa beli tu sebagai bukti kita ni tourist. So bila nak claim, kat airport, bagi resit tax tu dan passport serta boarding pass. So akan dapat balik duit tax kita. Lepas lah aku beli perfume sebijik, Lancome Miracle yang 100ml. Aku kena tambah sikit je. So banyak jugak kan claim tax. Selagi boleh claim, kita claim.

Image


Lepas tu tunggu menunggu je. Sambil tunggu, dah masuk waktu, so boleh jamak qasar solat zuhur asar.

Image

Ok je kami menunggu. Sambil ada wifi free, sambil minum kopi, sambil main game.

Image

Image

Image

Tepat waktunya, pukul 2.15pm kami dah boleh boarding.

Image



Image


Sekianlah perjalanan kami ke Korea untuk tahun 2014. Actually bulan 10 haritu mother dan Alim pergi ke Seoul, mother jadi invited speaker untuk international conference di sana. Itu aku cerita nanti ya.

Perjalanan yang jauh, panjang tapi seronok. Family bonding time katanya.

Tiba-tiba rasa macam our road trips masa di Irealand dan UK tahun 2010-2011 dulu. Same people, different country. Different adventure.




Thursday, January 15, 2015

May in Korea 2014 : Day 10

Hari ke-10 ni ialah pergerakan kami dari Seoul ke Busan. Train dalam pukul 11 pagi, tapi kami memang keluar awal-awal pagi je. Check out dan terus ke Seoul station untuk ambil ticket train.




Image

Dah settle ambil ticket train, kami berlepakan aje di Seoul station tu. Nak naik train, belum masanya lagi. Kami online je sebab wifi free dan main game kat phone.

Image

Tiba masanya kami pun turun kat platform, masukkan luggage dalam train dan duduk terus. 

Image

Yang lain-lain tidur, aku je terkelip-kelip mata tak boleh tidur. Layan main games sampai tak larat dan online sekali sekala bila wifi ok. 

Image

Lepas 2 jam 40 minit, sampailah kami di Busan station. Terus naik subway ke Haeundae. Nak pergi balik hostel haritu. 

Image

Settle simpat beg kat bilik, kami semua dah kelaparan. Waktu pon dah pukul 4 petang lebih, so kami pon jalan-jalan cari makan.

Kami nak makan belut goreng sambal yang sedap macam kat Jagalchi market haritu. So kami pun pilih ka kedai makan yang ada jual masakan tu. Order jugak sashimi. Tapi tak tau ape nama ikan dia.

Image

Image

Tapi ternyata belut sambal kat Jagalchi lagi sedap. Sup ikan dia pun kureng sebab masin kemain. Dah tambah air pon masih masin lagi. Tapi tetappp habis licin semuanya, maklumlah kelaparan. Kedai ni kat deretan kedai di Haeundae market. Harganya jauh lebih mahal compared to di Jagalchi market. Semua set kami makan ni dalam KRW120,000. Kali ni makan sila jangan convert. 

Image

Puas makan belut dan ikan mentah tadi, termasuk semua side dishes dia tu, kami pun terus jalan-jalan di Haeundae beach. Jalan-jalan, duduk, ambil gambar, jalan lagi. Kami jalan hujung ke hujung. 

Image

Image

Image

Siap kami berhenti duduk tengok persembahan free. Well, street entertainers memang ramai, merata dunia. Cara cari duit. Nasib baik diorang tak minta sedekah ye tak. 

Image

Image


Dah nak dekat maghrib tu, kami duduk di mango six. Minum kopi (aku lettew), orang lain minum air lain, makan bagel, etc dan layan sunset.

Image

Image

Image
amboi pelancong sangat beli souvenir kat kedai kopi

Image


Lepas tu kami layan blues sambil jalan kaki balik ke hostel. Sampai hostel, mandi dan asingkan baju yang nak pakai balik esoknya.

Buka semua beg dan kemaskan baekkk punya. Asing-asingkan barang-barang, jangan sama jenis barang dimasukkan dalam beg yang sama. Contohnya kan kami beli banyak pencuci muka daiso tu kan, so kami bahagikan kepada semua beg. Memang berkeliaran la barang-barang tapi ni memang teknik packing yang bagus kalau kita shopping barang secara banyak. Salah satu sebabnya nak elakkan kena cukai yang bukan-bukan di airport Malaysia tu nanti, sebab dah pernah kena masa ke bandung tahun 2013 dulu.

Tak lama pun kami mengemas barang. Settle semua kami pun tidur. Dah set alarm supaya jangan bangun lambat sangat. Lagipon dah janji dengan ahjusshi pukul 9.00am.

Wednesday, January 14, 2015

May in Korea 2014 : Day 9

Kami bangun awal, breakfast ala kadar dan terus ambil teksi ke President Hotel. Dari Namdaemun Guesthouse tu, dalam 10 minit perjalan, tambang KRW4,000. Nampak macam lama perjalanannya kan. Ini semua gara-gara peak hours orang nak keluar bekerja.

Image

Boleh tahan lama jugak kami menunggu. Akhirnya da 3 buah bas yang datang dan akan bawak kami jalan-jalan. Conference trip katanya, pastu pulak free, termasuk entrance fee semua free. Marilah kita join.

Image
menunggu bas
First destination, Gyeongbukgong Palace. Aku dah pernah pergi sebelum ni. Time penuh snow. Dan kali ni ada orang tukang ambil gambar. Baru best. hehehe

Image

Image

Cuaca hari tu kejap berangin sejuk, kejap panas kedengkang. So memang jacket on-off.

Image

Image

Image

Seriously memang ramai gila orang. Rombongan sekolah lah, rombongan pelancong jepun dan cina lah, pelangcong omputih pun sama ada. Yang rombongan sekolah lak, sekolah rendah ada, menengah ada, tadika pon ada. Memang tempat-tempat tourist attraction ni penuh dengan orang local dia je.

Kat gyeongbukgong kami tengok changing guard ceremony.

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Lepas habis ceremony tu, tourist guide bawak kami tengok sekitar kawasan palace tu. Tourist guide kami ni memang ler agak menyakitkan hati. Dia treat kita macam budak tadika lak. Suruh kira ikut nombor lah, pastu suruh jalan cepat-cepat lah padahal group kitorang tu ada yang mengandung, ape lah. Last sekali kena sound dengan mother, amekkau. Terus dia cool down sikit.

Image

Image

Image

Image

Image

Image
cantik pond ni. siap ada pavilion tengah-tengah tu

Image

Kami keluar ikut gate belakang bahagian palace tu, terus jumpa jalan masuk ke Blue house, a.k.a rumah and office president Korea.

Image

Image

Image
ada banyak bodyguard camni kat kawasan blue house entrance tu

Lepas tu kami pergi ke shrine mana entah. Kami lepak kat luar je, sambil aku minum kopi beli kat convenience store tepi-tepi shrine tu.

Lepas tu kami ke Insadong. Jalan-jalan je... Insadong ni kiranya tempat traditional Korea la. Almost semua signboard kedai memang ada tulisan Korea jugak. Termasuklah starbucks.

Image

Image

Lepas tu kami dibawa untuk lunch di Korean traditional restaurant. Makan Dol Sot Bibimbap. Dol Sot maksudnya lesung batu panas. So lesung batu / mangkuk batu tu dipanaskan, then letak nasi dan pelbagai jenis sayur atasnya, then pecahkan sebiji telur atas dia. Bila nak makan, tuangkan Gohchujang, which is sambal dia, dan gaul. Makanan dalam tu akan sentiasa panas sebab lesung batu tu lambat sejuk.

Image
mangkuk kecik atas yang ada sos merah tu lah gohchujang

Image
side dish dia sedap gila

Lepas lunch tu ada trip ke namsan tower pulak. Tapi kami tak join dah lepas lunch tu sebab dah penat dan cuaca panas sangat dan dah pergi namsan pun. So from the restaurant kami berpisah dengan group tu, ambil taxi dan balik ke guesthouse.

Kat guesthouse kami releks sambil tidur. Aku layan drama worlds within kat tv, pasal ada hyun bin dan song hye kyo.

Image

Lewat petang tu kami jalan-jaln di Namdaemun market. Shopping last kopek sebelum nak packing malam tu. Esoknya pagi-pagi kami nak balik Busan dah.

Image

Image

Image
hebat atuk ni

Image
borak sambil makan
Sebelum balik kami lepak di Holly's Coffee.

Image

Image

Image

Image

Image

Sampai semula kat guesthouse, settlekan semua packing. Lepas tu baru tidur.