Keapungan Jirim

Dalam kehidupan seharian, semua jirim mempunyai jisim (berat), Sesuatu yang mempunyai berat, mempunyai kecenderungan untuk tenggelam apabila berada di dalam cecair. Hal ini, adalah perkara biasa yang difahami oleh murid apabila mereka melihat air.

‘kalau tak pandai berenang, nanti lemas…kerana kita tenggelam’. idea biasa yang dilontarkan oleh generasi Y dan Z ini. namun, di dalam sains, ini bukanlah penentu kepada keapungan atau tenggelamannya sesuatu jirim. semuanya bergantung kepada KETUMPATAN bahan tersebut.

Apabila ketumpatan diambilkira dalam sesuatu penilaian berkenaan jirim, maka soal pepejal, cecair mahupun gas tidak lagi timbul, kerana terdapat cecair yang lebih tumpat daripada pepejal.