Followers

Showing posts with label Aneka Biskut. Show all posts
Showing posts with label Aneka Biskut. Show all posts

26 September 2009

Himpunan Biskut Raya 2009

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
ImageHimpunan biskut-biskut raya yang sempat saya rakam semasa beraya di rumah mak. Semuanya beli jer. Walaupun beli jer, tapi sedap. Macam tahun lepas, biskut kegemaran saya ialah biskut tikus mondok [kitaorang je yang panggil macam tu sebab bentuk mcm tikus mondok. Kalau pandai tekalah yg mana satu biskut tikus mondok tu..hehe] tapi tahun nie dah ada biskut yang lagi sedap pada biskut tikus mondok tu. Biskut tu gambar no 4. Adoiii..tengok balang pun dah tau kan..tinggal beberapa biji saja. Memang laku biskut ni. Lagi satu biskut yang laris di mulut ialah gambar yang pertama sekali. Yang nie biskut mewah sket sebab almond semata-mata yang disalut coklat.

17 September 2009

Biskut Tart Nenas Kelopak Matahari

Image Ini pulak biskut tat jem. Memula ingat nak guna acuan tekan tubi tu lah tapi sebab jari ni bukan dalam keadaan yang baik maka tukar plan saya guna acuan baru beli kat Bagus Bakery. Alasan sebenarnya nak guna gadjet baru kannn..hihihi
Tapiiiiiiiiiiiiiiiii..sampai ke garisan penamat, jari saya dah mula melecet sebab kena tekan tekan tekan tekan saja sampai ke sudah! Eiii..dah mula takdak mood. Belum part menggentel jem lagik! Belum part nak transfer biskut masuk ke dalam bekas lagik! Arghh..ngeri betul la nak pegang biskut nie..takut berderai, lembut bak sutera tapi sedap walaupun sememeh sebab malas nak alas paper masa nak susun dalam bekas tu.

Cornflakes Coklat

Image Biskut Cornflakes Salut Coklat yang paling senang dalam dunia! Itupun kalau proses cairkan coklat berjalan lancar lah. Kalau time coklat buat perangai, menjawablah! Hehehe..

14 September 2009

Jejari Transformer

ImageBiskut kelima dari dapurku iaitu Jejari Oat tapi tengok rupa takde bentuk jejari pun?? Sebab dia dah jadi transformers bertukar dari jejari ke bintang! Hehehe..
Dah famous gila dah biskut ni cuma saya jer yang ketinggalan jet untuk mencuba. Biskut ni saya pandai-pandai adjust tambah telur kuning lah tambah tepung jagung lah. Resultnya tak tahu lagi macam mana sedap ke tak, terpeleot ke tak wallahu alam..tapi budak tak puasa tu dah mencubanya sebiji dan dia kata 'ok laa Maaaa..sedappp..susu dia manis!' Betul ker? Kena tunggu malam lepas berbuka lah baru boleh tahu..bukan boleh percaya budak tak puasa tu!

13 September 2009

Chocolate Almond Cookies

Image Pertama kali cuba buat biskut ni. Ya Allah, biskut paling hodoh dalam dunia! Lainkali nak beli cutter cookies lah. Kalau nak ikut tangan yang tak pro ni, herot petot biskut ni. Kesian betul!Hehehe..

BISKUT COKLAT BERBADAM
Sumber : Chef Alex Goh

Bahan-bahan :-

A/
260 gm mentega
185 gm gula aising

B/
1 bj telur
1/2 sdt pes kopi - saya kecualikan
1 sdt pes coklat

C/
400 gm tepung gandum
1 sdb susu tepung
1/2 sdt serbuk penaik

D/
* 180 gm kepingan badam

Cara-cara :-
1. Pukul A sehingga kembang. Kemudian tambah B dan pukul sehingga sebati.
2. Campur C yang telah di ayak dan kemudian masukkan D. Gaul rata.
3. Tekan doh ke dalam dulang segiempat berukuran 8 inci yang telah dialas dengan kertas kuih. Simpan doh di dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras.
4. Keluarkan doh daripada peti sejuk dan potong menjadi kepingan 40mm. Potong menjadi kepingan nipis, berukuran 5mm tebal.
5. Susun atas loyang pembakar yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.

Nota :-
Kepingan badam boleh digantikan dengan kacang lain seperti walnut, pecan, hazelnut. Adunan tidak perlu dipukul sehingga ringan. Cukup sekadar bahan-bahannya sebati dan rata.

* Saya mencampurkan 80 gm coklat rice kerana kepingan badam tak cukup!!

Biskut Oren

Image Ini biskut oren dari resepi Kak Liza. Sayang tak ada oren Sunquick, kalau tak mesti lagi wangi.
Biskut nie crunchy. Dah habis ikhtiar nak guna acuan apa sebenarnya. Jadi, hentam sajalah dan untuk tidak mencacat cela kan rupa paras biskut tu, saya tempek sebiji coklat cip di atasnya.
.
BISKUT OREN
.
Bahan-bahan :-
250 gm mentega
240 gm gula halus
240 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sdt pati oren/emulco
1 sdt parutan kulit oren
.
Cara-cara :-
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan parutan kulit oren dan pati oren.
3. Masukkan tepung-tepung yang telah di ayak dan adun sebati.
4. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar.
5. Keluarkan dan canai doh kemudian terap dengan acuan.
6. Susun di dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C atau sehingga keemasan/masak.
7. Sejukkan dan boleh disimpan.

12 September 2009

Biskut Suji

ImageBiskut kedua.
Yang ini namanya Biskut Suji yang resepinya saya ambil dari MyR.
Ini merupakan biskut kegemaran saya dari kecil sampai lah dah besar panjang tua bangka!
Memandangkan ini resepi baru, jadi saya belum berkesempatan mencubanya. Tapi saya tak risau, hari ini kebetulan ada budak tak puasa kat umah jadik elok sangat lah tu. Mula saya bagi sebijik, berkerut habis muka dia sebab mulut penuh kan..jadi susah sket nak bagi ulasan. Sekejap tu dia minta lagi, kemudian minta lagi..Haaahhhh..sudah..kompem sedap la tuh! Tak pasal-pasal habis sebalang kang biskut aku nih! Hehehe..
Tapi biskut ni amatlah sesuai kalau saya labelkan 'HANDLE WITH CARE, ONCE BROKEN CONSIDER SOLD' yaaaaaa...Tersilap handle, menangis laa korang..Hihihi..

BISKUT SUJI
Sumber : MyR

Bahan-bahan :-
500 gm tepung gandum
200 gm gula aising - saya guna gula halus
250 gm minyak sapi
1/2 sdt garam halus - ini saya tambah
susu tepung - ini saya tambah

Cara-cara :-
1. Tepung haruslah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Ketepikan dan kemudian digaul dengan gula dan garam.
2. Cairkan minyak sapi, sejukkan sebentar kemudian dituang ke dalam adunan tepung. Gaul sehingga sebati sehingga boleh dikepal. Jika adunan lembik, boleh tambah sedikit demi sedikit tepung. [Ya, saya tambah lagi tepung sedikit demi sedikit]. Kemudian bulat-bulatkan adunan anggaran 1 sdt dan susun di dalam loyang.
3. Bakar biskut dengan suhu 170' celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
4. Keluarkan biskut dan bolehlah disalut dengan susu tepung dan kemudian disusun di dalam cawan kertas.

Biskut Choc Chip Rangup Kak Liza

ImageIni biskut pertama. Resepinya dah tentu-tentu lahhhhh korang ada kan! Hikhikhik..
Biskut ni syiokkk. Asal bukak penutup botol jer, wangiiiiii bau dia..rasa mcm nak sambor jer..Hehehe..
Related Posts with Thumbnails

YOURS SINCERELY

Image