ANAK lelaki saya sudah meninggal dunia dan meninggalkan saya, ibunya, seorang isteri serta dua anak perempuan. Saya sudah mendapatkan Surat Pentadbir Kuasa bagi mentadbir harta arwah. Baru-baru ini, pihak insurans mengeluarkan wang insurans nyawa secara berkelompok arwah kepada balunya. Dalam surat itu, beliau diamanahkan sebagai wasi dan hendaklah membahagikan wang berkenaan mengikut hukum faraid. Arwah tiada meletakkan penama untuk insurans itu. Namun, sehingga kini balu arwah tidak membahagikan wang berkenaan mengikut faraid atau menyimpan di tabung amanah untuk cucu saya walaupun dinasihatkan berkali-kali. Alasannya ialah wang insurans itu adalah insurans konvensional dan bukan secara Islam, jadi tidak perlu dibahagikan mengikut faraid. Apakah hak saya dan waris lain khasnya cucu terhadap wang insurans nyawa itu sama ada ia secara konvensional mahupun Islam.
Ayah dan datuk,
ISU dalam kes ini ialah sama ada wang pampasan insurans nyawa boleh dianggap sebagai harta pusaka atau sebaliknya kerana seseorang yang mengambil insurans nyawa sama ada melalui syarikat insurans konvensional atau secara Islam, beliau akan mencarum sejumlah wang tertentu setiap bulan.
Menurut Akta Insurans, insurans nyawa yang diambil pencarum terbahagi kepada dua jenis iaitu insurans nyawa yang dilantik penama dan insurans nyawa tidak dilantik penama. Pampasan insurans nyawa yang tidak dilantik penama adalah menjadi harta pusaka dan hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid. Bagi pampasan insurans nyawa dilantik penama, ada dua keputusan mahkamah yang berbeza di mana dalam kes Re Man Minhat (1965) 2 MLJ 1 yang diikuti oleh kes Re Bahadun Hassan (1974) 1 MLJ 4, mahkamah memutuskan pampasan insurans nyawa menjadi hak penama. Namun, dalam kes Re Ismail Rentah (1939) FMSLR 230 dan (1940) MLJ 98, Mahkamah Tinggi memutuskan sebaliknya di mana fakta kes lebih kurang sama dengan kes Re Man Minhat, penama adalah isteri si mati. Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang Islam adalah sebahagian undang-undang awam negeri. Di bawah undang-undang Islam, mengikut kajian mahkamah seseorang boleh membuat hibah harta yang tertentu ketika hayatnya.
Hibah yang diberi dalam marad al-mawt dianggap sebagai pemberian melalui wasiat, pemberian kepada seorang waris (isteri) adalah tidak sah melainkan waris lain bersetuju. Surat penama tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup kerana tiada pindah milik kepada orang yang menerima. Oleh itu, mengikut undang-undang Islam, jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris dan bukan menjadi milik isteri sebagai penama. Hukum berkaitan penama sudah difatwakan pada 1973 di mana penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid. Penama adalah orang yang diberi kuasa untuk mengeluarkan wang si mati dengan mudah dan segera tanpa perlu melalui proses pembahagian harta pusaka mengikut undang-undang pembahagian harta pusaka. Namun, penama bukanlah pemilik wang itu kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Selepas mengeluarkan wang, penama hendaklah membahagikannya kepada waris mengikut faraid. Dalam kes tuan, laporan polis boleh dibuat berkaitan tindakan balu arwah pecah amanah sebagai wasi pampasan insurans seperti dinyatakan dalam surat syarikat insurans kepadanya. Tuan juga boleh memfailkan kes di Mahkamah Sivil bagi tuntutan itu. Namun, rujukan harus dibuat kepada fatwa berkaitan penggunaan wang insurans nyawa itu. Pada 1979, Kesatuan Ulama Fiqh Dunia yang bersidang di Makkah, majoritinya memutuskan insurans jenis perniagaan sama ada ke atas barang perniagaan, nyawa dan lain-lain daripada jenis harta adalah haram. Pada 1985, majoriti ulama sedunia mengharuskan insurans jenis kerjasama iaitu insurans termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan ditanggung berdasarkan syarat ditetapkan oleh syarak. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram. Maka, tuan perlu meneliti sama ada syarikat insurans arwah menjalankan kegiatan yang menurut hukum syarak atau tidak sebelum membelanjakan wang pampasan itu. Jika syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka. Hanya wang pendahuluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh si mati saja menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid. Berbincanglah secara baik dengan balu arwah serta dapatkan khidmat guaman yang meliputi undang-undang sivil dan hukum syarak supaya pembahagian dan penggunaan wang insurans itu menurut hukum syarak.
Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com. Layari http:// peguamsyarie.blogspot.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Agama/20080611224403/Article/index_html
veni vidi vici
Thursday, June 12, 2008
Monday, June 9, 2008
Agama bukan mengkhayalkan orang miskin
http://drmaza.com/?p=315
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesun gguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujua nnya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Se belum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Pembaziran
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, diseb abkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menu lis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahk an kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian rin ggit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli s yurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Tanggungjawab
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
E-mel:
moasriza@yahoo. com
Layari http://drmaza. com/

Wednesday, June 4, 2008
Islamic laws and non-Muslims
IKIM VIEWS
By Dr WAN AZHAR WAN AHMAD
Senior Fellow/Director,Centre for Syariah, Law and Political Science
Tuesday May 20, 2008
http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2008/5/20/columnists/ikimviews/21293734&sec=IKIM%20Views
One of the fundamental teachings of Islam is that non-Muslims are guaranteed freedom to practise their religions and customs without any restriction as long as non-Muslims reciprocate by not being insensitive to the Muslim community. The Constitution, too, categorically restricts Islamic laws to Muslims.
IMPOSING Islamic law on non-Muslims? Answer: A big ‘NO’. It should not have been an issue and was utterly misconceived in the first place.
All the hue and cry surrounding it, I believe, was due to the misrepresentations made by Muslims as well as non-Muslims which created confusion in both communities, and which lead to a considerable refusal by the non-Muslims to listen and understand more.
The combination of this cause and effect situation has created substantial islamophobia.
One of the fundamental teachings of Islam is that non-Muslims are guaranteed freedom to practice their religions and customs without any restriction as long as the non-Muslims reciprocate by not being insensitive to the Muslim community.
Many Quranic verses and Prophetic traditions, as translated into state policies by various Muslim governments over the centuries, bear witness to this fact.
Islamic laws were never imposed on the non-Muslims unless they themselves, freely and by their own will choose to be adjudicated according to Islamic law.
If there exists any interference or oppression by Muslims on non-Muslims, it does not originate from the teachings of Islam, but rather from the “dark side” or confusion of Muslim themselves.
This is most likely due to their ignorance of their own religion, personal motives, socio-political interests or all three.
The position of Islam vis-à-vis non-Muslims is clear as far as doctrine is concerned.
During the time of Prophet Muhammad, it happened several times that when non-Muslims were caught committing offences with Muslims as their cohorts, the former were adjudicated according to their own laws, be they religious or customary.
Conversely, there were also occasions where non-Muslims would willingly submit to Islamic law in settling their disputes with Muslims.
The most famous case is perhaps one between the fourth caliph, Ali b. Abi Talib and a Jew over a saddle. Ali failed to produce sufficient evidence, and the case was decided in favour of the Jew.
In the case of Malaysia, the 9th Schedule of the Federal Constitution, consolidated by numerous other Acts of Parliament and state enactments, simply affirm the above said basic doctrine of Islam, that in general Islamic laws are not applicable to non-Muslims.
The Constitution not only categorically restricts Islamic Law to Muslims, but also places it under the jurisdiction of state assemblies. Due to these states having limited resources, this consequently deprives the Syariah judicial system of a better infrastructure, reliable human capital management and related facilities/amenities.
The impact of the Constitution is far-reaching. It allows two different legal and judicial systems to run parallel with each other: civil and Syariah.
While some may argue that Islamic Law is superior to all other man-made laws, the reality is not so. For example, the most severe form of punishment that can be meted out by the Syariah courts is still less than that of the punishment meted out by the lowest court in the civil system.
It is against this sorry tapestry that many concerned Muslims crave for the improvement in the administration and management of Islamic affairs in this country.
Let’s draw reference to the question of charging and punishing non-Muslims for khalwat (close proximity) in Malaysia. It’s clear, especially to those in the legal fraternity, that the Syariah court has no jurisdiction whatsoever to try such a case.
Justice means to put things in their right and proper places. In a situation involving a non-Muslim offender who does not profess the religion of Islam, justice in this context would be to not subject him/her to Islamic law.
A more appropriate measure would be to refer him/her to other laws in accordance with his/her religion or custom, if indeed any such law exists.
As alluded the situation may be different if he freely agrees or is willing to be adjudicated according to the Syariah court. But the current legal practice of this country is primarily shaped by the Constitution; and therefore to subject a non-Muslim to Islamic law is unrealistic, until and unless certain constitutional provisions are amended.
The modern legal requirements appear to prescribe that every single legal provision must be officially put in writing, otherwise no court can claim any clear jurisdiction.
This problem leads to several questions: Are we relying too much on laws passed by Parliament or state assemblies? If one were to accept this, then we tend to become too legalistic and mechanical. Does not the court have this notion of “inherent jurisdiction,” whereby judges are expected to be more innovative and creative in making their judgments or in exercising personal reasoning (ijtihad, in the case of Syariah courts)? To what extent is this notion of “inherent jurisdiction” realised by the judges of both the civil and Syariah courts?
Another question emerges: If there are no specific laws available in the religion or customs of the non-Muslim offender, how do we deal with him/her? Can we charge him/her under the Malaysian Penal Code? Even if we could, there will be some who will stand up against what they see as “moral policing.”
Because of our different backgrounds, upbringing and education, and hence different worldviews, there are perhaps certain elements of conduct that some may deem immoral but may not appear that way to some others.
What is wrong with khalwat or even adultery if it involves consenting parties? It may be religiously and morally disgusting, and yet completely acceptable in the legal sense.
One may argue that when some object to the application of Islamic law on non-Muslims, they were unaware of the greater wisdom behind such an idea.
They should not look at the issue strictly from the religious perspective alone. Evil acts like deliberate murder, theft, breach of trust, adultery, same sex relationships, etc, are all at the lowest standards of morality, some of which drag humanity towards bestiality or worse, and is abhorred by all religions.
I cannot think of any particular religion or culture condoning such acts. On whatever grounds, only the mentally retarded would say that those acts are neither immoral nor irreligious.
Therefore, when Islamic law specifies certain punishments for certain immoral actions, its primary aim is to preserve good conduct, the natural order, justice, peace and tranquillity for the individual self and consequently for society at large. This objective is in fact shared by many value systems, be they religious or ethical in nature.
The fact that many subscribe to absolute freedom devoid of any moral consideration, let alone religious consideration only portrays how detached they are from the principle of right and wrong, good and evil.
They have become secularists, denying the role and importance of ethics and morality, and ultimately of religion itself, and yet it is they who loudly demand religious freedom.
They propagate the notion of liberating man first from all forms of metaphysical foundation, namely ethics and morality and then religion over his reason, language and action. In this process correctly referred to as secularisation, values are sacrificed.
What they desire ultimately are secular morals where all value systems including religion are rendered momentary and relative, where man is absolutely free to behave according to his lust and bestial desire. Therefore, in reality they are actually the propagators and defenders of a life without morality or religion.
The notion of freedom of action and expression stemming from the doctrine of human rights cannot be referred to as freedom, because freedom means to choose what is good and beneficial.

Fahaman Islam Kita Sempit, Alam Tercemar
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=15
Amatlah malang bagi seorang insan yang dibekalkan dengan berbagai bekalan yang maha lengkap dalam perjalanannya, namun dia meninggalkan segala bekalan tersebut. Lantas meraba-raba bekalan ganti yang tidak seberapa. Dia meninggalkan makanan lazat berkhasiat yang dibekalkan, lalu mencari serpihan makanan di tepi-tepi jalan. Dia meninggal bekalan cahaya yang disediakan, lalu berpandu rabaan tongkat dalam kegelapan. Demikianlah hal umat Islam pada hari ini. Bekalan ajaran Islam yang disediakan oleh Allah dan RasulNya begitu indah dan hebat. Namun kita mencampaknya ke tepi. Kita mencari penyelesaian hidup dengan panduan baru. Maka, kita bukan saya tidak cemerlang, bahkan kita sentiasa kelihatan ketinggalan dalam dunia persaingan. Sebabnya, orang lain –sekalipun tanpa panduan wahyu- telah lama berfikir dan menghasilkan berbagai perkara dalam mengharungi tamadun hidup berdasarkan kefahaman mereka. Sedangkan kita, baru hendak bermula.
Jika dilihat kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, dunia Islam sepatutnya mengepalai isu-isu kemanusiaan dan alam. Malangnya, kita bukan sahaja tidak mengepalai, bahkan kita dituduh tidak prihatin dalam beberapa isu dunia. Sebahagian tuduhan itu pula benar.
Ambil sahaja soal penjagaan alam sekitar. Dunia Islam tidak mengepalainya. Lebih memalukan apabila negara-negara umat Islam sendiri tidak mengambil berat soal penjagaan alam sekitar. Bahkan ada negara umat Islam yang begitu kotor. Lebih memalukan jika kawasan masjid dan tandasnya menjijikkan. Sedangkan dalam masa yang sama kita berceramah soal taharah, kebersihan pakaian ketika solat, jenis-jenis air yang boleh diambil wuduk dan berbagai lagi. Bahkan sebahagian perbincangan dalam masalah fekah bersuci kita begitu sempit dan jumud. Sehingga kecenderungan sesetengah tok guru ke arah membatalkan ibadah lebih besar dari menghukumnya sebagai sah. Namun tinggal sekadar berlegar dalam bab wuduk dan sembahyang semata. Tidak mampu membawa kepada kebersihan dan kebajikan alam sekitar.
Dunia Islam sepatutnya menjadi perlambangan kepatuhan kepada amaran Allah dalam Surah al-Rum ayat 41: (maksudnya) Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Kerosakan alam sama ada di lautan atau daratan adalah disebabkan perbuatan manusia. Laut dan sungai yang tercemar, atau hutan yang binasa adalah dek perbuatan insan durhaka. Derita yang bakal dihadapi dunia disebabkan pencemaran alam adalah balasan Allah ke atas jenayah pencemaran tersebut. Umat Islam berpandu ayat ini dan ayat-ayat lain yang banyak sepatutnya mengelapai masyarakat dunia dalam menjuarai perjuangan menjaga alam sekitar.
Sebaliknya, di kalangan kita tidak menganggap perbincangan berhubungan dengan menjaga kebersihan alam dari pencemaran dan kekotoran sebahagian dari tuntutan Islam. Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia. Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Sedangkan baginda Nabi s.a.w menyebut: “Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka” (riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Amaran dan doa Nabi s.a.w. agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka hukumannya adalah neraka. Al-Imam Abu Daud dalam kitab sunannya apabila ditanya mengenai maksud hadis ini menyatakan: “hadis ini diriwayatkan secara ringkas.
Maksudnya sesiapa yang memotong pokok bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh orang bernusafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya dalam neraka”. (Abu Daud, Sunan Abi Daud 4/361, Beirut: Dar al-Fikr).
Demikian Nabi s.a.w memperjuangkan agar tidak dimusnahkan alam tanpa sebab yang sah. Bukan sekadarnya kesalahan moral pada penilaian kesusilaan manusia, bahkan baginda memberi amaran dengan hukuman Allah pada hari akhirat nanti. Jika hanya memotong pokok bidara yang membawa kemusnahan tempat berteduh manusia dan haiwan dihukum dosa dengan balasan demikian rupa, apatah lagi bagi yang memusnah ekosistem alam yang boleh membawa kemusnahan yang lebih besar. Bahkan mungkin memusnahkan manusia sejagat. Maka mencemarkan alam pada penilaian Islam adalah satu kesalahan dari segi agama. Justeru, perjuangan memelihara alam adalah sebahagian dari perjuangan agama. Menyuruh manusia memelihara alam dan melarang mereka memusnahkannya adalah sebahagian dari kerja dakwah iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran.
Bahkan penjagaan alam dianggap sebagai satu sedekah berpahala di sisi Islam. Daripada Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda RasululLah s.a.w: Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedakah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para sahabah Nabi s.a.w memahami dan mempraktikkan hal ini. Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang bertemu sahabat Nabi s.a.w yang masyhur iaitu Abu Darda’ ketika itu dia sedang menanam pohon. Kemudian orang laki-laki itu bertanya kepada Abu Darda’: Hai Abu Darda’! Mengapa engkau tanam pohon ini, padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan berbuah kecuali sekian tahun lamanya. Maka Abu Darda’ menjawab: Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?
Di mana perginya hadis-hadis yang seperti ini? Ramai umat Islam, sehingga golongan agama sekalipun gagal melihat kemuliaan usaha dan perjuangan memelihara alam sekitar. Padahal pada alam itulah tercatatnya tanda-tanda keagungan Allah dan rahmahNya kepada manusia. Ayat-ayat al-Quran begitu banyak dalam hal ini. Namun kita tidak mengambil iktibar. Antara firman Allah dalam Surah al-Fatir ayat 27-28: (maksudnya) Tidakkah Engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Ayat di atas menyatakan bahawa pemerhatian terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan membawa kepada rasa takutkan disebabkan ilmu pengetahuan tentang kebesaran Tuhan. Banyak ayat-ayat al-Quran sepatutnya menjadi motivasi untuk masyarakat muslim menjadi masyarakat yang terbaik dalam pemeliharaan alam ciptaan Allah ini. Saya begitu kagum apabila melawat New Zealand dan melihat keindahan alamnya. Apa yang lebih mengkagumkan bagaimana disiplin masyarakatnya memelihara keindahan alam mereka. Mengapa tidak hal ini berlaku di dunia Islam secara menyeluruh?!
Ustaz-ustaz selalu menyebut tentang dosa menyakiti hati jiran. Lalu mereka kaitkan dengan mengumpat atau mengutuk jiran tetangga. Sepatutnya perbahasan itu mesti diluaskan lagi di zaman kini. Membuang sampah dan kotoran merata-rata juga termasuk dalam dosa. Ia disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya; perbuatan tersebut telah melanggar arahan pemerintah dalam perkara kebaikan yang disuruh Islam untuk kita taat. Sabda Nabi s.a.w.: “Ketaatan kepada pemerintah itu wajib, selagi tidak disuruh dalam perkara maksiat. Apabila disuruh dalam perkara maksiat, maka tidak perlu dengar dan taat” (Riwayat al-Bukhari). Juga sikap pengotor itu menyakitkan hati orang lain tanpa sebab yang sah. Baginda Nabi s.a.w menyebut: “Takutlah dua perkara perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sahabat bertanya: apakah dua perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sabda baginda: Orang yang membuang najis di tengah jalan orang ramai atau tempat teduh mereka” (Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani).
Perbuatan membuang air di tengah jalan boleh menyebabkan pembuatnya dilaknat orang ramai, maka baginda melarangnya. Dalam masyarakat yang hidup dalam keadaan teratur, perbuatan membuang sampah dan kekotoran merata-rata juga membawa kesan yang sama. Maka termasuk dalam larangan agama. Malanglah, jika ini amaran Nabi s.a.w. dibaca tetapi ada orang Islam yang tidak tahu menggunakan tandas awam dengan baik sehingga menimbulkan kemarahan pengguna yang lain. Bahkan ada tandas masjid yang masih gagal untuk mematuhi ajaran Nabi s.a.w. Bagaimana mungkin tamadun Islam hendak ditonjolkan?!!
Juga sangat memalukan, jika tempat-tempat awam dijadikan kawasan larangan merokok, namun ada masjid yang membenarkan ruangannya dijadikan tempat merokok ‘kelab jawatan kuasa’ dan penyokong-penyokongnya. Bahkan disediakan pula kopi dan bekas abu untuk perokok. Apakah masjid lebih rendah nilainya dari tempat awam? Merokok itu diharamkan oleh mijoriti para ulama moden kerana merosakkan diri, membazir dan menyakiti orang lain. Ia juga mencemarkan alam. Bau busuk mulut penghisap dan asap rokok yang membawa kemudaratan kepada orang lain. Bagaimana mungkin masjid boleh membenarkan aktiviti yang sedemikian beraksi di dalamnya. Masjid wajib menjadi zon bebas rokok. Baginda s.a.w memberi arahan kepada mereka yang memakan bawang putih: “Sesiapa yang memakan bawang putih, jangan dia menghampiri masjid kami” (Riwayat al-Bukhari). Ini disebabkan baunya yang busuk dan mengganggu jamaah. Demikian juga rokok dan penghisap rokok. Baunya yang busuk dan kesan pada penghisapnya mengganggu jamaah. Mereka sepatutnya –selagi berbau- tidak menghadirkan diri ke masjid yang memerlukan persekitaran yang harmoni dan bersih.
Khazanah Islam begitu banyak mengajar kita menjadi umat yang berdisiplin dan bersih. Malangnya kita tidak mengkaji dan mematuhinya. Sedangkan semua arahan itu memberikan kebaikan kepada manusia sejagat. Namun apabila kita beragama secara sempit. Atau mungkin kita jahil tentang hakikat Islam ini, maka kita pun kagum dengan kesungguhan orang lain seperti pencinta-pencinta alam di Barat dan Timur memelihara kebajikan masyarakat manusia. Kita lupa bahawa khazanah Islam kita telah lama mendahului hal ini. Sepatutnya dengan bekalan khazanah itu, kita mendahului manusia lain dalam memelihara keamanan dan kebajikan kehidupan alam. Namun, hal yang berlaku sebaliknya. Kita bukan sahaja tidak mengepalainya, bahkan kita tidak turut berjuang. Lebih sedih kita memandang sepi usaha-usaha yang seperti itu dan tidak menganggap sebahagian dari tuntutan agama.

Menjawab Salam Bukan Muslim
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=19
Apabila saya menyebut bahawa hendaklah kita menjawab salam ‘bukan muslim’ yang tidak memerangi Islam, ada kelompok ekstrimis yang membantah mati-matian. Alasan mereka senang sahaja; ‘kami tidak pernah dengar pun ada tok guru pondok kami ajar demikian’. Mereka ini jadikan seakan ilmu Islam keseluruhannya terkumpul di pondok-pondok yang pernah mereka belajar. Sesetengahnya ustaz pula telah mengharamkan diri dari membaca atau mentelaah apa yang tidak pernah disebut oleh mazhab nusantara atau generasi lama di tempatnya. Sumbangan pengajian pondok di rantau ini tidak boleh dinafikan. Namun sentimen tanpa hujah bukan ilmu yang diiktiraf dalam Islam.
Islam adalah agama yang sejahtera. Penampilan dan inti kandungannya adalah berteras kekukuhan nilai dan keindahan hakiki. Islam itu akan indah jika kita benar-benar jadikan teras kefahaman kita terhadapnya bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Pendapat golongan ‘ustaz’ bukan kesemuanya tepat dengan kedua sumber agung tersebut. Bukan semua yang dianugerahkan darjah kenamaan ‘ustaz’ menguasai tajuk yang dia mengajar atau memperkatakannya. Jika semua seiras dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah tentu tiada perselisihan pokok antara sesama ‘ustaz’.
Jika tidak, masakan ada ustaz-ustaz yang berlainan kumpulan politik dan sesat menyesatkan antara satu sama lain. Kesimpulannya, pandangan golongan agama boleh diterima dan ditolak. Hanya yang tidak boleh ditolak ialah nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Sesiapa yang mengemukakan hujah berteraskan kedua sumber agung itu dan menuruti kaedah kefahaman nas yang diakui oleh disiplin kesarjanaan, maka pendapat diiktirafnya. Jika tidak, ‘ustaz’ atau ‘tok guru’ atau ‘mufti’ bukan rasul yang diutuskan sehingga setiap kalimah dari mulut mereka dinilai dengan neraca kewahyuan.
Berbalik kepada isu salam, apakah kenyataan saya mengenai boleh menjawab salam kepada bukan muslim ini sesuatu yang baru direka, atau sesetengah golongan agamawan lebih cenderung kepada sentimen tempatan dan tidak terdedah kepada perbincangan ilmiah. Di sini saya petik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya yang terkenal Zad al-Ma’ad: “Telah berbeza pendapat para ulama salaf dan khalaf mengenai hukum memberi salam kepada Yahudi dan Kristian. Kata kebanyakan ulama tersebut: “tidak dimulakan ucapan salam kepada mereka”. Ulama yang lain berpendapat: “harus memulakan ucapan salam kepada mereka, seperti mana harus menjawabnya. Pendapat ini (kedua) diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, Abu Umamah dan Ibn Muhairiz. Ia juga salah satu pendapat dalam Mazhab al-Syafi’i. Namun empunya pendapat ini dalam Mazhab al-Syafi’i menyatakan: Disebut Al-Salam ‘Alaika tanpa menyebut wa rahmat ALLAH, dan secara ifrad (untuk seorang sahaja). Segolongan ulama berpendapat: “Harus memulakan salam kepada Yahudi dan Kristian disebabkan kemaslahatan yang lebih utama yang diperlukan, atau bimbang tindakannya, atau hubungan kekeluargaan, atau apa-apa yang memerlukannya. Diriwayatkan pendapat ini dari Ibrahim al-Nakha’i dan ‘Alqamah. Kata al-Auza’i: “Jika engkau memberi salam kepada mereka (Yahudi dan Kristian), telah pun memberi salam kepada mereka golongan soleh. Jika engkau tidak memberi salam kepada mereka, telah pun tidak memberi salam kepada mereka golongan soleh yang lain”.
Sambung al-Imam Ibn Qayyim lagi: “Para ulama berbeza pendapat tentang menjawab salam mereka. Mijoriti ulama berpendapat wajib menjawab. Inilah pendapat yang benar. Kata segolongan ulama tidak wajib menjawab..”
Kata al-Imam Ibn Qayyim lagi: “Telah sabit dalam hadith, Nabi s.a.w lalu dalam satu majlis yang bercampur antara muslim, musyrikin penyembah berhala dan Yahudi, lalu baginda memberi salam untuk mereka semua”.(rujukan: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Zad al-Ma’ad, 2/425-426, Beirut: Muassasah al-Risalah 1990).
Al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas: “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (riwayat ini bertaraf ‘hasan’).
Dalam riwayat yang lain dalam al-Adab al-Mufrad juga di bawah bab Iza Kataba al-Zimmi Pasallama, Yuradd ‘Alaihi (Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya). Dalam bab ini dimuatkan kisah yang sahih di mana Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir?. Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”.
Riwayat-riwayat yang seperti ini sepatutnya dibaca oleh para ustaz atau sesiapa yang ingin membicarakan tajuk ini sebelum menghukum sesuatu pandangan sebagai menyeleweng. Malangnya di negara ini, sesetengah golongan agama tidak menjadikan fakta sebagai teras perbincangan, sebaliknya sentimen guru tradisionalnya yang jadikan ukuran kebenaran.
Adapun hadith-hadith yang menyuruh dijawab ‘wa ‘alaika’ (ke atas kamu) terhadap salam Yahudi ialah disebabkan orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja. Perkara ini jelas disebut dalam hadith baginda: “Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka dengan ini jelas hadith ini mempunyai Sabab al-Wurud (sebab terbentuknya sesuatu hadith) yang tersendiri. Iaitu ia merujuk kepada suatu kejadian atau keadaan yang mana orang Yahudi memberikan ucapan salam secara mainan dan sendaan dengan diubah lafaz yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza. Dalam ertikata lain hadith ini bukan untuk semua keadaan.
Maka jika keadaan berbeza, di mana jika ada bukan muslim memberikan salam dengan cara yang betul serta tujuan yang betul pula iaitu untuk mengucapkan kesejahteraan kepada kita, maka hadith di atas tiada kaitan lagi. Apakah wajar untuk kita sebagai penganut agama yang membawa kesejahteraan dan rahmah, menolak ucapan baik orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya?!!. Sudah pasti tidak wajar demikian. Apatah lagi dalam situasi Islam yang cuba dipandang serong oleh musuh-musuh yang mengelilingi umat. Tidak menjawab salam yang betul yang diberikan oleh bukan muslim yang tidak memerangi Islam sekurang-kurangnya telah tersasar dari mematuhi dua ayat al-Quran berikut:
Pertama: Surah al-Nisa: ayat 86: (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”.
Kedua: Surah al-Mumtahanah ayat 8-9, (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Justeru itu tokoh ulama hadith yang terkenal pada zaman ini, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. menyebut: “Ayat ini (Surah al-Mumtahanah ayat8) dengan jelas memerintahkan agar melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang kafir warga negara Islam yang berdamai dan tidak menyakiti kaum mukminin. Tanpa syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salam ‘alaikum , lalu kita menjawabnya sekadar wa ‘alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita telah mensamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-samu ‘alaikum (maut atau kemusnahan ke atas kamu). Ini adalah kezaliman yang nyata”. (Nasir al-Din Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 2/322, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif :1995).
Di kalangan para ulama yang melarang menjawab salam pun, berpendapat jika keadaan memerlukan maka diboleh untuk menjawab. Mereka contohkan seperti bimbang disakiti atau berlaku perkara yang tidak baik. Saya katakan keadaan umat hari ini menuntut kita menjawabnya dari segi nas, juga realiti kehidupan. Islam sudah dihodohkan rupa parasnya yang indah oleh penganut dan penentang. Enggan membalas ucapan baik dengan ucapan yang baik juga hanya akan menambahkan contengan di wajah Islam yang kudus. Maka menjawab salam bukan Islam di zaman ini adalah suatu kewajiban dari segi nas dan tanggungjawab dakwah.

Melayu belum tonjol nilai Islam tulen
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=24
Tiada keistimewaan jika bangsa tidak berpegang kepada akidah sebenar ISLAM adalah agama hebat yang mengajar penganutnya bersikap amanah dan tepat janji. Islam juga pentingkan kebersihan sehingga mensyaratkan kesucian dan kebersihan di dalam solat.
Diharamkan pula perkara yang keji atau jelik. Diharamkan mendatangi isteri ketika haid dan diharamkan bangkai dan kekotoran. Ini semua membimbing seorang hidup Muslim.
Firman Allah dalam menggambarkan ciri-ciri mukmin sejati: (maksudnya)
“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya” (Surah al-Mu`minun :8)
Firman Allah berkaitan pengharaman perkara jelik (maksudnya):
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-’Araf :157)
Sabda RasululLah SAW, bermaksud: “Jauhilah neraka walaupun dengan (bersedekah) setengah biji tamar. Jika kamu tidak dapati, maka dengan perkataan yang baik”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam perniagaan jika roh dan semangat dibawa bersama, tentu orang Melayu yang beragama Islam akan maju. Kedai atau perniagaannya tentunya bersih, barangannya terjamin halal, tepati janji dan penampilannya di hadapan pelanggan memuaskan hati. Ia membawa keberkatan dan sekali gus dengan izin Allah kemajuan dalam perniagaannya. Malangnya, ramai Melayu tidak mengambil roh Islam dalam usahanya, sebaliknya ada yang percayakan kemunduran perniagaannya hanya kerana ‘buatan orang’ atau ‘angkara dibomohkan’.
Saya tidak menolak wujudnya sihirnya. al-Quran dan al-Sunnah mengakui kewujudannya dengan izin Allah. Namun setiap kali seseorang itu tidak laris atau bermasalah, dikaitkan dengan sihir yang sebahagian besarnya adalah dogengan bomoh, lalu dituduh orang itu dan ini. Beratus, mungkin beribu ringgit pula terpaksa dibelanjakan untuk menaja jampi penangkis daripada bomoh yang dianggap handal. Saya pernah ke sebuah kedai makan, lalu dia mengadu kepada saya bahawa kedainya kena sihir sehingga tidak laku. Saya secara kebetulan mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sihir dan cara mengatasinya, mendapati tiada kesan boleh dianggap begitu. Sebaliknya, apa yang saya dapati, pengurusannya lembab, kurang bersih dan makanannya tidak enak. Dia melupakan ini semua lalu menuding jari ke pihak lain.
Kalau benar ada bomoh yang hebat sehingga menyebabkan perniagaan orang lain bankrap, suruh saja dia bangkrapkan barang Amerika, tidak perlu nak boikot. Bagaimana mungkin dalam keadaan seperti ini orang Melayu ingin membawa Islam kepada orang Cina yang belum Muslim dan menceritakan Islam membentuk insan menjadi berkualiti. Sebaliknya, ramai peniaga cina jika dibandingkan dengan peniaga Melayu lebih berkualiti pengurusannya dan menampilkan ciri yang boleh dibangga oleh pelanggan. Sehingga ramai orang Melayu sendiri lebih percaya dalam banyak perkara kepada kualiti peniaga Cina daripada bangsanya sendiri. Di mana ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf , yang selalu dicanangkan sebagai contoh kepada umat Islam dalam perniagaan?. Mungkin orang Cina yang majoritinya bukan Muslim lebih menghayati watak itu daripada Melayu.
Kebelakangan ini sudah agak ramai orang Melayu terbabit dengan perniagaan dan menghasilkan
keluaran sendiri. Namun jika kita perhatikan ia masih dalam lingkungan sama. Kebanyakannya keluaran orang Melayu masih berkaitan dengan ubat. Paling tidak dilupai ubat tenaga batin. Ada yang jual kismis jampi, kononnya dengan memakan akan jadi jadi cerdik dan bijak. Sebenarnya tiada satu hadis yang sahih menyebut demikian. Namun apa yang saya bimbang, orang akan menganggap orang Melayu kebelakangan ini penuh dengan pelbagai penyakit badan dan kelemahan akal. Di manakah tanggungjawab fardu kifayah untuk memenuhi umat jika perniagaan kita masih sekitar ‘tenaga batin?’.
Dalam ceramah agama ada juga ustaz Melayu masih lagi bermodalkan cerita dongeng dan kartun. Di samping riwayat Israiliyyat dan hadis palsu dibaca dalam masjid dan surau, mereka menokok tambah kejadian pelik untuk menarik perhatian pendengar. Cerita mayat jadi itu dan ini menjadi modal murahan. Dengan tidak dinafikan Allah mampu melakukan segala-galanya, namun sejarah menunjukkan Allah tidak bertindak kepada umat Nabi yang akhir seperti kepada umat yang sebelumnya. Kalau Allah mahu, tentu mayat Abu Jahal, atau Abu Lahab terlebih dulu menjadi contoh. Kedua-dua tokoh kekufuran itu, tidak juga mati terkejut atau kerana penyakit misteri disebabkan kejahatan mereka. Sebaliknya kaum Muslimin yang berjihad dan menghapuskan kedua-duanya di medan pertempuran.
Islam meminta usaha, bukan menunggu tindakan Allah tanpa usaha. Firman Allah mengenai cabaran musyrikin terhadap Nabi SAW, maksudnya:
Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan bagi kami mata air dari bumi. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau engkau gugurkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): “Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?”. Dan tiadalah yang menghalang orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: “Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?” (Surah al-Isra`: 90-94).
Demikian Baginda SAW sendiri mampu membuat apa yang dicabar tanpa keizinan Allah. Mereka meminta langit berkeping-keping turun ke atas kepada mereka, namun menjawab “Aku hanya seorang insan yang diutuskan menjadi rasul”. Allah SWT Yang Maha Bijaksana tidak pula memusnahkan kaum musyrikin dengan apa yang mereka minta, sebaliknya dijadikan kemusnahan mereka melalui sebab perjuangan golongan yang beriman. Apa yang pelik sesetengah ustaz atau penceramah agama itu membawa cerita yang jauh berbeza dengan tabiat sirah Nabi dan sahabat. Kononnya, orang ini mayatnya jadi begini kerana tidak datang masjid atau kerana terlalu kedekut dan seumpamanya. Yang ini pula tangannya lumpuh atau berpenyakit badan kerana tidak mahu pergi haji. Mereka mengandaikan perkara yang tidak pasti. Boleh jadi seseorang yang sakit itu kifarah Allah ke atasnya kerana dosa tertentu. Namun boleh jadi juga di atas hikmah yang lain. Ramai orang salih juga sakit.
Adapun cerita mayat jadi itu dan ini, kebanyakan andaian atau tokok tambah. Apa yang membimbangkan, ada media massa yang mengambil kesempatan lalu menjadikan tajuk sebegini sebagai penarik pembaca setiap keluarannya. Sehingga seorang Cina yang bukan Muslim membaca dan berkata: “Teruknya orang Melayu, mati macam-macam jadi. Kita orang Cina, Melayu cakap kafir pun tak jadi ini macam. Kalau macam ini tak boleh masuk Melayu punya agama laa. Bahaya! Nanti tuhan selalu marah punya, mati pun tak boleh senang”.
Nyata, kadang-kala Islam Melayu merosakkan kefahaman orang lain. Sepatutnya kesemua ustaz mengajar secara ilmiah dengan rujukan yang muktabar dan diyakini. Bukan mereka cipta atau mengutip cerita jalanan untuk popular.
Jumlah orang Melayu yang terbabit dengan dadah jauh lebih banyak daripada Cina. Sehingga saya begitu pelik, jumlah orang Melayu di Singapura lebih sedikit daripada orang cina, namun begitu, jumlah mereka yang terbabit dengan benda haram itu tetap dipegang rekodnya oleh orang Melayu. Bagaimana Islam hendak dikembangkan?. Banyak lagi kalau hendak diperkatakan. Sehinggakan saya terfikir, kalaulah Melayu tidak memiliki akidah Islam, tiada apa lagi yang istimewa untuk dibanggakan. Kalau orang Cina mendapat akidah Islam sahih, banyak perkara yang mereka miliki membantu kekuatan Islam. Justeru, menjadi tanggungjawab kita berusaha mengislamkan majoriti orang Cina. Biar mereka kuasai negara ini, asalkan mereka mukmin yang beriman kepada seluruh ajaran Islam. Dengan sedar saya katakan setiap bangsa ada kekurangan dan kelebihan. Bukan tidak ada sifat Melayu yang baik, banyak juga. Bukan tidak ada sifat Cina yang buruk, ada. Namun orang Melayu yang kebanyakan dianugerahkan Allah dengan agama Islam, sepatutnya menonjolkan ciri baik lebih jelas dan nampak dibandingkan orang Cina. Namun realiti menunjukkan sebaliknya.
Penulis adalah Mufti Kerajaan Perlis

Isu Denmark Dan Jihad Ekonomi
Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinMufti Kerajaan Negeri Perlis.
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=28#more-28
Walaupun agak lama kita amat terluka melihat umat yang dipukul bertalu-talu. Namun apa yang berlaku kebelakangan ini, dapatlah menjadi sedikit pengubat bagi keperitan itu. Isu lukisan kartun yang menghina kekasih dan hati nurani umat ini iaitu baginda Nabi s.a.w telah membangkitkan kemarahan yang hebat. Ia bukan sekadar demonstrasi jalanan yang berakhir setelah letih menjerit dan habis kain bendera untuk dibakar.
Bahkan ia disertai dengan tindakan pemulauan barangan Denmark yang benar-benar memberikan kesan ekonomi kepada negara terkutuk itu. Allahu Akbar!!! Umat ini masih hidup rupanya. Kali ini bukan sahaja rakyat bawahan, bahkan kerajaan dan pemerintah umat Islam juga sudah berani bersuara.
Kerajaan Arab Saudi menjadi bintang yang bercahaya apabila mereka menarik balik duta dan memulaukan barangan Denmark. Rakyat Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain memulaukan dengan serius barangan Denmark. Barangan negara keji itu dikeluarkan sendiri oleh empunya-empunya pasaraya dari rak-rak jualan mereka. Persoalan untung rugi harta sudah bukan keutamaan lagi apabila kekasih tercinta RasululLah dihina. Kaum muslimin di kebanyakan negara Arab menyahut seruan tersebut, khusus negara-negara Teluk yang kaya-raya. Ternyata ia amat berkesan. Ekonomi syarikat-syarikat Denmark yang berdagang dengan negara-negara umat Islam merudum jatuh. Sehingga syarikat-syarikat gergasi lain yang bukan dari Denmark terpaksa membuat pengemuman terbuka bahawa mereka bukan berasal dari Denmark.
Terbukti, umat ini sangat kuat jika bersatu hati. Kalaulah hanya ‘tidak membeli’ sahaja umat Islam boleh menggugat ekonomi sesebuah negara. Bagaimana jadinya jika kita ini negara pengeluar dan kuasa ekonomi yang ‘tidak ingin menjual’. Tentu kesannya lebih daripada itu. Namun apabila kita bercerai-berai kita menjadi lemah. Kita lemah kerana ramai di kalangan kita yang tidak berprinsip lantas tidak merasai kita satu ini satu juzuk dari umat Islam. Manusia yang tidak berprinsip akan mengukur setiap tindakan dengan habuan dunia semata. Prinsip hidupnya ‘apapun utamakan perut sendiri dulu’. Malang sekali jika kita tidak sensitif dengan isu Denmark, sedangkan rakyat Palestin dan Afghanistan sekalipun sentiasa dihimpit tetap bangun meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada dunia apabila Rasul yang mulia telah dihina. Arab Saudi paling hebat dalam kes ini dari segi kesan tindakan pimpinan negara dan rakyat. Walaupun mereka tidak buat sambutan maulid saban tahun sehebat kita, tetapi kesetiaan mereka lebih jelas. Sekalipun kita berarak maulid hebat saban tahun, namun kita tetap corot dari segi penampilan sikap. Ramai orang kita yang ‘tidak ambil tahu apa yang berlaku’. Barang kali ini boleh membezakan antara kecintaan yang tulen, dan penampilan kecintaan yang tidak berpijak atas asas yang kukuh.
Jika kuasa ekonomi dan harta digunakan dengan cara yang betul, memang banyak maruah dan harga diri umat dapat dibela. Kuasa ekonomi sangat penting. Namun yang lebih penting ialah akidah yang tulen yang memastikan kesetiaan kepada ALLAH dan RasulNya lebih dari kecintaan kepada harta. Jika tidak, yang bercakap pada ‘jihad ekonomi’ pun, takut hendak boikot barangan Denmark. Padahal ini sebahagian dari jihad ekonomi.
Justeru, sekalipun harta dunia sangat mustahak untuk kita miliki dan kuasai dalam persaingan era ini, tetapi harta tersebut hendaklah bersifat harta yang membela agama. Bukan mengganggu kesetiaan seseorang kepada agama. Dengan itu ALLAH menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)” (Surah al-Taubah: 24)
Jelas, jika kita ingin memperkatakan perjuangan umat Islam di sudut ekonomi, kita mesti menyiapkan manusia berakidah murni terhadap ALLAH dan RasulNya. Hanya golongan ini yang akan jujur terhadap umat ini. Kaum yang wala`nya jelas kepada ALLAH, rasulNya dan masyarakat Islam. Firman ALLAH: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. (Surah al-Maidah: 54-56)
Jika tidak, jadilah kita kumpulan manusia yang kaya raya dan dengan kekayaan itu kita makin meninggalkan agamanya. Kempen kepada “Jihad Ekonomi” mestilah bermula dari pengukuhan akidah para pejuangnya sebelum terjun ke medan yang sengit itu. Ini kerana, cabaran dan ujian harta lebih dahsyat daripada cabaran dan ujian senjata. Di medan jihad senjata lagikan ada yang terseleweng tujuannya kerana inginkan harta rampasan perang. Inikan pula mereka yang berjihad di medan ekonomi. Malangnya, kempen jihad ekonomi yang diperkatakan oleh sesetengah pihak, titik perjuangannya bermula dari ‘aku ingin kaya’. Tanpa dikaitkan dengan perjuangan umat dan kehidupan akhirat. Maka apabila dia kaya maka dia pun menderhakai ALLAH s.w.t. dengan hartanya.
Jika diandaikan kebanyakan umat Islam ini kaya, tetapi mereka tidak teguh akidahnya, Islam tetap akan lemah. Bahkan kekayaan itulah yang akan memusnahkan agama. Dengan kekayaan itu, berbagai projek munkar akan dihidupkan. Ini seperti sabda Nabi s.a.w: “Demi ALLAH bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu. Tetapi aku takut dibentangkan kepada kamu dunia seperti pernah dibentangkan kepada mereka yang sebelum kamu. Lalu kamu bersaingan mendapatkannya seperti mana mereka dahulunya bersaingan, lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti ia telah memusnahkan mereka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kelemahan akidah telah mengheret umat ini kepada segala macam kelemahan yang lain. Kata Muhammad Qutb: (Berpunca) daripada kemunduran akidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa Dunia Islam..kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi,peperangan, pemikiran dan kebudayaan (Muhammad Qutb, Waqi’una al-Mu‘asir, m.s. 172, Saudi: Muassasah al-Madinah)
Akidah adalah tunjang kepada segala bentuk jihad. Jihad tidak lain hanya bertujuan untuk menjadikan kalimah ALLAH yang paling tinggi. Bukan untuk kepentingan diri. Malangnya, apabila asas ini tidak jelas, kempen mengkayakan orang Islam hanya sekadar untuk memenuhi tembolok masing-masing semata. Nama Islam dan jihad telah disalahgunakan. Dalam hadith Abu Musa r.a: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: “Seorang lelaki berperang untuk (mendapat) harta rampasan perang, seorang lagi berperang agar dipuji, seorang yang lain berperang untuk mengangkat kedudukannya. Siapakah yang berada dalam jihad pada jalan ALLAH? Sabda baginda: “Sesiapa yang berperang agar kalimah ALLAH menjadi yang paling tinggi maka dia berada pada jalan ALLAH”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dunia hari ini sudah berubah dibandingkan dahulu. Bukan hanya kekuatan persenjataan yang menentukan penguasaan sesuatu bangsa atau negara itu terhadap percaturan dunia. Bahkan ekonomi juga memainkan peranan penting dalam menentukan percaturan dunia. Firman Allah:(maksudnya): Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah al-Anfal: 60)
Ayat ini adalah perintah Allah untuk muslimin menyediakan kekuatan menghadapi musuh-musuh umat. Kekuatan yang mesti disiapkan itu ialah dari jenis apa sahaja yang mampu menggerunkan musuh. Kuda adalah salah satu daripadanya yang dapat dilihat oleh manusia di zaman penurunan al-Quran dan juga selepas itu. Pada zaman sekarang dari segi persenjataan, senjata-senjata canggih yang wujud pula menduduki tempat tugasan menggerunkan musuh. Maka umat Islam mesti berusaha menyiap dan memilikinya. Di samping itu, kekuatan ekonomi juga adalah senjata baru dalam membina kekuasaan di era moden. Kekuatan ekonomi mampu membawa kepada hasrat yang sama iaitu menggerunkan musuh. Maka membina kekuatan ekonomi di zaman ini adalah satu tuntutan agama.
Namun seperti yang dijelaskan tadi, ia hendaklah berpaksikan akidah Islam yang tulen yang akan mewarnai segala tidakan kita. Kekuatan kita bergantung sepenuhnya dengan sejauh mana kita berpegang dengan Islam. Tanpa pertolongan ALLAH yang menurunkan Islam untuk manusia, mustahil kita dapat keluar dari kehinaan hidup dan kejatuhan maruah di pentas dunia hari ini. benarlah ucapan ‘Umar ibn Khattab:“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah” (Riwayat ini sanadnya disahihkan oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Dhahabi. Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.)
Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh menggambar betapa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil dari pentas sejarah. Sekalipun pada Arab itu ada ciri-ciri yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka memiliki keberanian dan kepandaian dalam senjata, juga tunggangan kuda. Mereka mempunyai bahasa yang tinggi nilainya, indah dan baik. Malangnya kesemua itu tidak mampu membawa mereka ke persada sejarah yang gemilang. Namun mereka akhir berjaya memasuki pentas sejarah apabila mereka menjadi pembawa risalah dan hidayah. Sehingga al-Nadwi menyatakan: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya” (Al-Nadwi, Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, India: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi)
Daripada akidah yang tulen lahirnya rasa ukhuwwah sesama muslim yang menggerakkan ekonomi dan kekuatan umat. Daripada akidah yang teguh dapat dibentuk sikap bertanggungjawab terhadap seluruh strategi yang diatur demi membangunkan umat. Tanpa akidah hilanglah ikatan persaudaraan atau ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi.
Sekiranya kesedaran akidah dan ukhuwwah islamiyyah mengenai tanggungjawab bantu membantu membangunkan ekonomi umat ini berjaya diterapkan, maka peluang ke arah menjayakannya di peringkat pelaksanaan adalah terbentang luas. Ini saya katakan berdasarkan faktor-faktor berikut:
i. Kuasa Membeli Yang Tinggi
Jumlah umat Islam yang banyak membawa kepada secara kelompok mereka memiliki kuasa membeli yang tinggi. Lihat sahaja kuasa membeli ini apabila digunakan dalam isu Denmark. Ini kerana jumlah umat yang banyak menjadikan keperluan barangan dan makanan mereka juga tinggi. Jika kuasa membeli ini dialirkan kepada membeli barangan yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri, tentulah berlakunya kitaran ekonomi yang kuat di kalangan masyarakat Islam tempatan dan antarabangsa
ii. Sentimen Agama
Isu-isu seperti kebiadapan Barat, sikap anti-Islam mereka, pencerobohan ke atas negara umat Islam, mengenai makanan tidak halal dan seumpamanya telah menimbulkan keresahan kebanyakan umat Islam yang sensitif dengan penghinaan terhadap mereka. Umat Islam dipermainkan kerana mereka bergantung kepada orang lain dalam menghasilkan keperluan mereka. Dalam isu halal umpamanya, kesempatan ini boleh diambil agar memastikan keselamatan umat Islam dalam soal makanan. Maka kita menggesa mereka menggunakan produk muslim yang seakidah dengan mereka. Bahkan kita boleh mencadangkan agar bukan sahaja logo halal dikeluarkan, sebaliknya kita keluarkan logo yang melambang produk muslim-halal. Dengan itu wang umat kembali dialirkan ke tangan umat sendiri.
iii. Ketengangan Yang Wujud
Ketegangan yang wujud sekarang antara Blok Barat dan Umat Islam boleh membantu ke arah mewujudkan umat yang lebih memiliki jatidiri dan berdikari. Orang Islam khasnya arab rasa tidak lagi selamat berada di negara Barat. Mereka mula merubah arah ke negara-negara seperti Malaysia. Jika pelancong-peloncong Arab ramai yang enggan ke Barat lagi, mengapa tidak kita jadikan mereka juga hanya ingin membeli produk saudara muslim mereka sahaja.
iv. Banyak Ruang Belum Diterokai
Walaupun agak banyak produk muslim yang diwujud di pasaran, namun secara perbandingan kita masih ketinggalan jauh. Jika kesedaran yang ingin kita pupuk itu berjaya, ruang menghasilkan berbagai produk terbuka luas peluangnya untuk setiap muslim. Sehingga hari ini kita belum memiliki satu pasaraya yang memasarkan hanya barangan keluaran muslim. Jika ini dapat dijayakan, hasrat ke arah pembinaan kekuatan ekonomi muslim tempatan dan antarabangsa bertambah mudah.
Dalam perkara ini saya sering memetik kata-kata Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. yang mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain”.( Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah)
Dr. Yusuf al-Qaradawi mengeluh perkara yang sama dengan katanya: “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta–kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, m.s.12-13, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)
Jihad Ekonomi hendaklah bertunjangkan akidah dan arahnya membina kekuatan umat atas acuan Islam yang tulen!!!.

Kita tidak menghukum tetapi menyatakan kaedah
Posted on Jan 02, 2008 under Isu Semasa
Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinMufti Kerajaan Negeri Perlis.
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=27#more-27
Datang seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya; “Dr! adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”. Saya beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka.
Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga. Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) : “adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).
Adapun saya yang dhaif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!! Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul?
Tentu jawapannya: ia satu kesalahan. Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka?…….. Maka jawapan “dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka”. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan.
“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim.
Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya.
Demikian semua insan. Padanya ada baik dan buruk. Amalan kita akan ditimbang di akhirat kelak. Saya timbulkan ini kerana ada juga orang bertanya saya tentang hadith: “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”. (Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ianya “hasan sahih”, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalam dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi).
Katanya: “Jika bid’ah masuk neraka, apakah datuk nenek kita dan sebahagian golongan agama akan masuk neraka disebabkan beberapa perkara bidah yang mereka lakukan”. Saya katakan; pertama hadith ini sahih, maka kita jangan mempersenda-sendakannya. Kedua, seperti yang disebut tadi; sesiapa yang berat amalan baiknya maka dia masuk syurga.
Begitu sebaliknya. Adapun bid’ah bukan pembawa ke arah syurga. Kita mengharapkan bagi mereka amalan soleh yang jauh lebih besar dari kesilapan mereka. Dengan itu beratlah kebaikan mereka melebihi kesalahan mereka. Keempat, kita disuruh oleh agama untuk bersangka baik dengan muslim yang lain. Justeru, kita katakan; mungkin mereka tidak tahu, atau menyangka ia sunnah walaupun sebenarnya tidak. ALLAH Maha Mengampuni hamba-hambaNya.
ALLAH berfirman (maksudnya): Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah al-Baqarah: 286).
Kita mendoakan keampunan mereka, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh menyatakan kepada diri kita bahawa kesalahan yang dibuat itu betul. Bahkan kita mesti menghindari kesilapan yang lalu setelah sampai kepada kita ajaran al-Kitab dan al-Sunnah. Kita menyampaikan hukum ALLAH dan kaedah agama. Kita tidak menghukum individu. Jika kita ditanya apakah hukuman terhadap pencuri dalam perundangan Islam. Kita jawab: Dalam hukum Islam pencuri dipotong tangannya. Namun jika dia bertanya adakah si A boleh saya potong tangannya kerana saya lihat dia mencuri. Kita katakan: Tidak! Sehingga melalui proses perbicaraan yang dituntut oleh syarak. Apa yang saya beritahu ‘pencuri dipotong tangan’ ialah kaedah.
Adapun perlaksanaan memerlukan penelitian yang lebih. Bidah, khurafat, riba, arak adalah pembawa kepada jalan neraka. Sesiapa yang mengamalkannya, menuju ke neraka. Ini adalah kaedah umum. Namun apabila hendak memutus si fulan ahli neraka. Tiada siapa yang berhak. Ini kerana kita tidak tahu amalannya yang lain, taubatnya, istighfarnya, dan kemaafan ALLAH untuknya.
Hal ini perlu dijelaskan untuk dua pihak. Pertama mereka yang tidak faham tentang maksud kaedah-kaedah yang disampaikan lalu menuduh yang bukan-bukan. Kedua kepada golongan pendakwah sendiri yang terlalu cepat menghukum individu tanpa penelitian. Jadilah kita bagaikan khawarij. Atau pro-khawarij di zaman ini yang cepat mengkafirkan muslim yang lain. Justeru kita perlu ingat, sikap tergopoh-gapah menghukum sebelum mengetahui latarbelakang orang dicegah atau disuruh adalah perbuatan yang salah. Golongan yang gopoh ini akan menghukum dengan hukuman kafir atau sesat tanpa terlebih dahulu memahami masalah. Bahkan mungkin mereka sendiri tidak faham hukum-hakam tersebut dengan jelas. Sedangkan mereka lupa, tidak semua maksiat membawa kepada kekufuran. Tidak semua pula perbuatan dan ucapan kufur menjadikan pelakunya kafir.
Demikian tidak semua perbuatan bid’ah menjadikan pembuatnya ahli bid’ah. Kata Ibn Taimiyyah: “Sesungguhnya sesuatu ucapan menjadi kufr seperti mengingkari kewajipan solat, zakat, puasa dan hajj. Namun pengucapnya mungkin tidak sampai kepada khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut), maka tidak dikafirkan dia disebabkan keingkarannya. Ini seperti mereka yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pendalaman yang jauh dan tidak sampai kepadanya syariat-syariat Islam”( Ibn Taimiyyah, Majmu’at al-Fatawa, 2/220).
Di tempat yang lain beliau menyebut: “Sesiapa yang menghadiri majlisku mengetahui, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling membantah menyandar seseorang individu kepada kekafiran, atau kefasikan, atau kemaksiatan, melainkan setelah ditegakkan hujah dan dalil yang menunjukkan sesiapa yang menyanggahinya (dalil tersebut) menjadi kafir, atau fasiq, atau ahli maksiat. Sesungguhnya aku bertegas bahawa ALLAH mengampuni kesilapan umat ini. Ini merangkumi pemasalahan akidah dan amalan” (Ibid, 2/147).
Al-Qaradawi menyebut: “Hendaklah diberikan perhatian apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini bermaksud, contohnya kita katakan “Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang membantah hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukuman pada jenis. Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya.
Perkara ini pernah disebut oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya perkataan boleh menyebabkan kufur. Secara umumnya dikafirkan pengucapnya. Dikatakan “Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir”. Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang membukti kuffur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas tersebut-pen)” (Al-Qaradawi, Zahirah al-Ghulu fi al-Takfir, m.s. 26-27, Mesir: Maktabah Wahbah (1989).
Keadaan manusia ini berbagai-bagai, ada di kalangan mereka yang membuat kesalahan kerana terlupa, atau jahil atau terdesak. Kita hendaklah memahami latarbelakang yang berbagai ini sebelum menghukum. Sikap ini telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dalam tindakan-tindakan baginda, antaranya, daripada ‘Ali bin Abi Talib, katanya: “Rasulullah telah mengutuskan aku, Abu Marthad dan al-Zubair-kami semua adalah penunggang kuda- baginda bersabda: Pergilah kamu semua sehingga sampai ke Raudah Khakh, sesungguhnya di sana ada seorang perempuan dari kalangan Musyrikin, bersamanya surat dari Hatib bin Abi Balta`ah kepada Musyrikin”. Maka kami pun mendapatinya, dia menaiki unta sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Kami berkata kepadanya: “Surat!”. Dia menjawab: “Tidak ada bersama kami sebarang surat”. Maka kami pun menduduk dan memeriksanya. Namum kami tidak dapati sebarang surat pun. Kami berkata: “Rasulullah tidak pernah berdusta, sama ada engkau keluarkan surat tersebut atau kami akan telanjangkan engkau!”. Apabila dia melihat kesungguhan kami maka dia pun terus mendapatkan simpulan kainnya. Dia pun mengeluarkan surat tersebut, lalu kami terus membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w. Kata `Umar: “Wahai Rasulullah!, sesungguhnya dia (Hatib bin Abi Balta`ah) telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang Mukminin, biarkan aku pancung kepalanya!”. Baginda bersabda (kepada Hatib): “Apa yang mendorong tindakanmu?”. Kata Hatib: “Demi Allah! Bukan aku tidak beriman kepada Allah dan RasulNya s.a.w. tetapi aku ingin mendapat bantuan di sisi kaum (Quraish) yang dengannya Allah akan menyelamatkan keluargaku dan hartaku. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabatmu melainkan baginya di sana kaum kerabat yang mana dengannya Allah selamatkan keluarga dan hartanya”. Sabda baginda: “Dia benar! Janganlah kamu berkata kepadanya melainkan yang baik”. `Umar berkata: “Sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang mukminin, biarkan aku pancung kepalanya”. Baginda bersabda: “Tidakkah dia di kalangan anggota Perang Badar?”. Sabdanya lagi: “Mudah-mudahan Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman “ buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua”. Maka menangislah ‘Umar seraya berkata Allah dan RasulNya lebih mengetahui . (Riwayat al-Bukhari)
Lihat bagaimana baginda meraikan keadaan terdesak yang dihadapi oleh Hatib. Baginda tidak terus menghukumnya sebelum mengetahui keadaannya. Demikian juga kita lihat sikap baginda dalam kes-kes yang lain. Maka kita dalam banyak hal dituntut agar cuba memahami keadaan orang yang kita dakwah. Kita mesti membezakan antara kaedah dan hukuman. - Al-Qayyim

Biar miskin harta jangan miskin jiwa
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan. Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia. Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Sesiapa yang kita lihat Allah tidak merezekikan kepadanya keseronokan atau kegembiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa. Maha luas kurniaan Allah, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa, tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan.
Bukan semestinya seorang raja, presiden, perdana menteri dan menteri itu lebih bahagia perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak dipagari pengawal, tidak dikenali ramai melainkan murid-muridnya yang masih mentah dan terpencil. Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya. Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain. Mungkin meja makan orang besar itu hebat, layanannya istimewanya, makanannya mahal, tempat tidurnya enak, kenderaannya mewah, sorak-sorai untuknya meriah, tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwa belum tentu muncul di celahan itu semua. Bahkan, berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah azabkan mereka menerusi harta dan anak pinak mereka. Firman Allah mengenai golongan munafik: (maksudnya) “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55). Islam bukan memusuhi harta, tanpa harta bukan punca sebenar ketenangan jiwa.
Ramai insan apabila tidak memahami kebesaran Allah menyangka bahawa harta dan kuasa adalah segala-galanya. Lalu dia menganggap sesiapa yang tidak kaya raya dan berkuasa tidak mendapat kurnia kebahagiaan daripada Tuhan. Seakan kurniaan Tuhan itu hanya tertumpu kepada empunya kuasa dan harta. Anggapan ini teramat silap. Ya! Harta dan kuasa boleh menjadi faktor yang membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwa ia dikendalikan dengan betul. Namun, jika tidak ia boleh bertukar menjadi punca derita dan sengsara. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak dapat tidur lena dalam istana mewahnya, ketika si miskin sedang berdengkur menikmati nikmat tidur dalam rumah usangnya. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak berselera makan di hadapan hidangan mewahnya ketika si miskin dengan begitu enak menikmati sebungkus nasi yang dibalut dengan daun pisang. Maha Agung Allah swt, Dia memberi kurnia nikmatNya dengan pelbagai cara dan tanpa diduga.
Saya teringatkan satu ceramah Buya Hamka r.h. dalam satu rakaman. Beliau menceritakan bagaimana suatu hari ketika beliau menaiki kenderaan mewah dengan seorang kaya melalui sawah padi, tiba-tiba melihat seorang petani yang berehat dari kepenatan bekerja, sambil isterinya menghidangkan makan tengahari. Walaupun hidangan itu amat biasa sahaja, tetapi dimakan oleh petani tadi dengan penuh selera. Lalu orang kaya yang bersama Buya Hamka berkata: “Buya, saya ada rumah besar dan kenderaan mewah, tetapi tidak pernah berpeluang makan begitu berselera seperti petani itu”. Ya! Demikianlah Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya. Sesiapa yang diberikan makanan yang hebat, belum tentu dapat menikmati keenakan itu di lidahnya. Sesiapa yang diberikan tempat tinggal yang mewah, belum tentu dikurniakan kenikmatan tinggal di dalamnya. Maka, tidak hairan jika ada orang kaya, atau yang berkuasa kurang selera makan. Atau tidak hairanlah jika ada anak si kaya yang lari meninggalkan rumah mewah bapanya. Janganlah pula hairan, jika ada orang miskin yang setiap hari menikmati suapan yang masuk ke dalam mulutnya, dan nyenyak tidurnya. Janganlah pula hairan jika ada perasaan yang lebih mengenang pondok usang dari banglo yang tersergam. Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, namun insan hendaklah tahu bersyukur atas segala kurniaan Allah kepadanya. Yang miskin dan yang kaya hendaklah insaf bahawa tujuan daripada makanan dan tempat tinggal yang mewah itu adalah kesedapan dan keselesaan. Bukan semua yang memiliki kemewahan itu pula akan menikmatinya. Juga bukan semua tidak memilikinya, akan terhalang mengecapi kenikmatannya. Maha Besar Allah yang membahagi-bahagikan kurniaan-Nya mengikut kehendak-Nya.
Kadang-kala apabila kita duduk di meja makan bersama orang kaya besar dan orang biasa. Kita lihat si kaya minum air kosong sahaja, ditanya kenapa? Jawabnya, “Saya ada diabetis”. Dia enggan makan kebanyakan lauk yang dihidangkan, katanya, “Saya ada sakit jantung dan darah tinggi”. Sementara ‘yang biasa-biasa di sebelahnya, makan dengan enak tanpa sebarang pantang. Ya, memiliki sesuatu, belum tentu dapat menikmatinya. Untuk minum air kosong dan nasi kosong tidak memerlukan harta yang banyak. Juga air kosong dan nasi kosong biasanya merupakan makanan si miskin yang tidak mampu memiliki. Jika Allah mahu, orang yang berada di tengah kemewahan akan hidup bagaikan si miskin di tengah kefakiran. Sekali lagi, Islam bukan musuh harta, tetapi insan wajib insaf bahawa hanya Allah yang menentukan segala kurniaan. Maka jangan kita sombong atas apa yang kita kelihatan memilikinya, dan janganlah pula kita berdukacita atas apa yang tidak Allah kurniakan kepada kita. Entah berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita, kita tidak menyedarinya. Entah betapa banyak nikmat yang Allah halang orang lain merasainya, kita sangka mereka mengecapinya.
Saya bawakan mukadimah yang panjang ini supaya kita semua insaf bahawa pergantungan sebenar dalam kehidupan ini hanya Allah. Maka, jangan kita menjadi hina jiwa ini di hadapan orang lain hanya kerana melihat kuasa dan harta yang berada di tangannya lalu kita sangka mereka memiliki segala-gala. Jikapun kita kurang harta dan kuasa, janganlah kita miskin jiwa.
Apa yang ingin kita buru daripada kehidupan ini adalah ketenangan jiwa dan kebahagiaan perasaan. Bukan sekadar keseronokan atau kegembiraan yang berakhir dengan tamatnya sesuatu pesta atau sorakan semata. Jika kebahagiaan dan ketenangan yang kita pilih, maka yang dapat memberinya hanyalah Allah. Memiliki harta dan kuasa belum tentu dapat mencapainya. Maka jangan kita mengemis kepada penguasa atau si kaya dalam mencari ketenangan hidup. Merintihlah kepada Allah, hanya Dia yang dapat menganugerahkan kita semua itu. Firman Allah: (maksudnya “Sesiapa yang beramal soleh, sama ada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan” (Surah al-Nahl: ayat 97).
Ramai orang yang kita lihat kaya harta, tetapi miskin jiwanya. Kadang-kala mereka mengampu orang lain, sehingga ke peringkat yang memualkan, hanya semata kerana dunia yang diharapkan. Apalah ertinya harta, jika kita miskin jiwa sehingga seakan menjilat orang lain. Harta dan kuasa itu amat diperlukan jika ia menjadikan kita seperti para khalifah yang soleh dan para hartawan yang bersyukur. Anda lihatlah orang-orang politik apabila mengampu ‘tuan mereka’. Semuanya kerana mengharapkan tempiasan kuasa. Bahkan saya pernah berjumpa orang yang menyandang gelaran agama di sebuah negeri memuja ‘penghuni istana negerinya’ seakan memuja seorang nabi yang maksum. Setiap cakapannya disandarkan kepada istana negerinya. Barangkali dia mengharap tambahan ‘gelaran’ di depan namanya. Atau dia tertelan kata-kata Hang Tuah yang diriwayatkan menyebut: “Hidupku ini hanya untuk menjadi hamba Sultan Melaka semata”. Saya rasa saya pun baik juga dengan istana negeri saya. Tapi tidaklah sampai begitu. Hormati menghormati sesama manusia ada batasannya. Sebab itu, di sebuah majlis saya pernah menegur pihak tertentu yang menyebut: “Dengan izin Allah SWT dan limpah perkenan tuanku jua”. Saya katakan kepada pengerusi majlis: “Saya percaya pihak yang dipuji itupun tidak menyuruh saudara menyebut demikian. Pujian saudara ini menyanggahi hadis Nabi SAW, daripada Ibn ‘Abbas: “Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi saw: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki”. Maka baginda bersabda kepadanya: “Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).” Pujian yang seperti inilah yang akhirnya akan meruntuhkan seseorang atau sesebuah institusi. Nabi Saw lebih mulia daripada kita semua. Pun Allah memerintahkan baginda mengisytiharkan: (maksudnya): Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman” (Surah al-Anfal: 188).
Memerdekakan
Islam apabila datang kepada manusia, ia memerdekakan jiwa manusia ini dari menjadi hamba sesama manusia, kepada hanya bertuhankan Allah. Inilah yang disebut oleh Rib‘i bin ‘Amir di hadapan Panglima Angkatan Tentera Parsi: “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat”. (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/48, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Lihatlah Bilal bin Rabah r.a., walaupun pada masa dirinya masih menjadi hamba sahaya kepada tuannya, tetapi Islam telah berjaya memerdekakan jiwanya. Dia tidak tunduk kepada kehendak tuannya yang sesat. Sekalipun tubuhnya diseksa pada terik mentari, namun jiwa merdeka hanya tunduk pada Ilahi. Malanglah seorang insan, jika tubuhnya merdeka, cukup makan dan minum, tiba-tiba jiwanya itu bersifat hamba kepada manusia sehingga melanggari batasan Allah swt.
Justeru, jika manusia menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan harta itulah punca kebahagiaan dan ketenangan maka mereka akan menjadi hamba sesama manusia. Namun, jika mereka yakin, hanya Allah sahaja yang mampu memberi kedamaian, maka jiwa mereka akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba manusia, dia tidak akan menjadi hamba Allah yang sebenar. Sesiapa yang menjadi hamba Allah yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia. Sabda Nabi Saw: “Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Daripada hadis ini, maka sesiapa yang benar-benar bergantung kepada Allah, jiwanya akan merdeka dan mulia. Juga dunia itu juga akan sampai kepadanya dengan harga dan maruah dirinya tidak tercemar. Sesiapa yang bergantung kepada manusia, mungkin dunia itu akan sampai ke tangannya, tapi dia akan berada dalam kehinaan dan keluh kesah. Kebimbangan yang tidak putus akan sentiasa menjelma antara kedua matanya, kerana pergantungannya lemah.
Orang mukmin yang sebenar bergantung kepada Allah, Raja segala raja, Pemilik alam semesta. Sementara yang berjiwa hamba kepada manusia, akan bertawakal kepada raja atau pemimpin yang menunggu hari untuk mati atau ditumbangkan oleh orang lain seperti Raja Nepal.
Islam mengajar kita berjiwa merdeka, sekalipun kita miskin harta, gelaran dan pangkat. Jiwa yang merdeka daripada perhambaan sesama manusia kepada tunduk hanya untuk Allah itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar. Kita memerlukan para pemimpin, sahabat handai, orang bawahan yang berjiwa merdeka. Kita tidak mahu menjadi berharta dan berkuasa, tetapi menjadi hamba sesama manusia. Pengemis yang miskin harta, lebih mulia daripada si kaya atau penguasa yang miskin jiwa.