Konvoy MBC Eleganeers Ke Melaka Melalui Port Dickson pada 1hb Julai 2007

July 3, 2007

Pada hari Ahad 1hb Julai 2007, geng2 eleganers daripada Forum MBC lembah kelang telah mengadakan satu Konvoy ke melaka melalui Port Dickson yang mana lebih kami kenali dengan nama Coastal Cruising @ Menunggang menyusuri pantai.

Hampir sebulan perancangan dan cadangan serta idea2 geng2 yang tak putus2 mencurah untuk menjayakan konvoy kali pertama ini. Sebulan diberikan atas sebab untuk mendapatkan kelulusan isteri2 para eleganers disebabkan kebimbangan menunggang untuk perjalanan jarak jauh. Perancangan awal dibuat dan bermacam2 cadangan diberikan bagi melicinkan perjalanan. Akhirnya sepakat antara Bro Edi & Mere, geng telah mencadangkan agar satu BBQ diadakan dengan penyertaan daripada kaum keluarga para eleganer.

BBQ Eleganer telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat 22hb Jun 2007 bertempat di rumah En. Imran @ mere di Sek 12 Petaling Jaya. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli, Kaum ibu @ isteri2 eleganers juga dapat bersuai kenal antara satu sama lain dan tidak kekok sekiranya ada sebarang aktiviti melibatkan para isteri2 ini di masa akan datang.

Antara gambar2 pada hari BBQ tersebut

img_5492.jpg img_5493.jpg img_5497.jpg

img_5499.jpg img_5501.jpg img_5503.jpg

img_5504.jpg img_5536.jpg img_5515.jpg

img_5507.jpg img_5506.jpg img_5509.jpg

Setelah mendapat kelulusan penuh daripada Isteri masing2 ( KDN adalah bahasa ringkas untuk para isteri eleganers) Maka hari yang di tunggu2 pun tiba. Perancangan awal telah diaturkan oleh Bro edi yang merupakan sweeper untuk konvoy iaitu berkumpul di hentian rehat dengkil arah selatan pada jam 8:00 pagi.

Malam sebelum bertolak aku ada satu perlawanan bowling antara telcos berlangsung di Seremban 2 tetapi selepas tamat je, aku terus balik kerana taknak konvoy esok aku ngantuk sebab terlalu letih berjaga malam.

Aku set alarm kat 2 handphone, hp aku & hp bini aku kul 6:30 pagi. Tido kul 3:00 pagi sebab sampai KL dari seremban dah pun kul 2 pagi. Keesokannya jam hp bunyi tepat 6:30 tapi ngantuk punya pasal, aku lena balik sampai la bini aku tolong kejutkan. mandi & terus aku call Ghazadon sebab malam tadi dia dah sms aku pesan suruh kejut dia bangun tidur takut dia terlena pulak.

Lepas solat subuh, aku doa panjang mintak tuhan selamatkan perjalanan aku dan kawan2 aku. Bersiap dengan segala kelengkapan serta helmet baru di “bin”kan oleh bro Edi, aku cium anak2 aku sebelum bertolak. dari riak muka bini aku, tak ada perasan risau dalam diri dia so, satu petanda yang baik untuk perjalanan hari ini.

Bertolak ke Rumah mere tepat jam 7:30 pagi, perjalanan yang tak sibuk menyebabkan aku mampu sampai ke rumah imran dalam 15 minit dari rumah. Sampai je di rumah imran, Bro edi, Pakya, Jaa, Osman dah pun bersiap. Imran masih kat dalam umah, cium anak agaknye. Osman akan jadi pillion imran sebab Teedoq kata dia tak jadi pergi konvoy. Bini dia tiba awal dari ipoh hari tu.

img_5727.jpg img_5728.jpg

Jam 7:55 pagi kami bertolak ke arah Esso batu 3 dimana Pit & hafiz menunggu di situ. Bertolak ke Hentian Dengkil mengikuti lebuhraya elite dengan bro edi didepan dan tiba di hentian dengkil pada jam 8:16 pagi. Sesampai di Hentian Dengkil kelihatan 3 buah elegan iaitu wajarian, penang & teedoq ( Kata beliau tak tahan beb )

Group bersarapan pagi sambil menanti ketibaan geng daripada Bangi / kajang. kelihatan penang bersama isteri beliau ( menghantar suami bagi perjalanan jauh ) sedang berborak bersama wajarian & Teedoq.

img_5729.jpg img_5730.jpg dsc_0008.jpg

img_5733.jpg familynbikes025yg3.jpg familynbikes028wp7.jpg

Jam 8: 35 Pagi, Geng Bangi / kajang tiba. Ghazadon, cogo, kembar, mo, latip, blues, azo & awali. Sambil meminta maaf mereka terus salam & order air. dahaga kot sebab sampai lewat.

familynbikes029kv8.jpg img_5732.jpg img_5734.jpg

Jam  8:50 tamat acara bersarapan dan acara berkumpul di dataran Hentian rehat Dengkil bagi mendengar taklimat perjalanan oleh bro Edi.

dsc_0023.jpg dsc_0026.jpg dsc_0027.jpg

rrdengkil1ts7.jpg rrdengkil8hc6.jpg rrdengkilqr0.jpg

Konvoy bergerak ke Port Dickson dengan 19 Orang melalui lebuhraya elite menuju ke Tol Port Dickson dengan Ghazadon sebagai Team leader. Bro Edi jadi Sweeper. Group berhenti mengisi minyak di Stesyen Shell hentian dengkil

awalidanhelmetbausentulpo2.jpg dsc_0033.jpg azoseriousconcentrateag8.jpg

catvpm7.jpg sepang1pn6.jpg rearsepangub1.jpg

pitkb6.jpg mereandteamjl1.jpg pakyahpf5.jpg

ghazdongz9.jpg img_5735.jpg teedoqgy3.jpg

Perjalanan menyusuri lebuhraya amat meletihkan disamping menunggang bersama orang-orang baru dan jentera hebat menyebabkan disiplin yang kurang teratur pada awal perjalanan. kami bernasib baik kerana wajarian cukup berpengalaman dalam menjadi marsyal, jadi group kembali teratur walaupun sedikit keliru.

Sepanjang perjalanan group kami sentiasa menjadi perhatian pemandu2 kereta dan kanak2 didalam kereta melambai-lambai kepada kami.

Group kami tiba di Tol Port Dickson jam 10:20 pagi dan seterusnye bergerak ke Port Dickson melalui lebuhraya Seremban -Port Dickson Tol seperti yang di rancangkan.

telokkemanghs6.jpg  pdfz7.jpg kornerdipdxi0.jpg

Jam 10:45, kami selamat tiba di Pantai Teluk Kemang dan berehat, ada para eleganer yang menalipon keluarga masing2, minum  serta ada yang mengambil kesempatan bergambar.

dsc_0057.jpg familynbikes033bz7.jpg familynbikes035ie1.jpg

familynbikes039oa5.jpg familynbikes040nu1.jpg img_5739.jpg

img_5741.jpg familynbikes045jb2.jpg img_5744.jpg

img_5745.jpg dsc_0059.jpg familynbikes043jt3.jpg

Ketika sedang berehat, Bro deejay mengajak para eleganer untuk berkaraoke dengan bayaran rm2.00 untuk satu lagu. Penang & Jaa menyahut ajakan bro tersebut dengan mendendangkan 3 buah lagu, satu lagu duet & 2 lagu individu.

dsc_0064.jpg img_5747.jpg img_5746.jpg

Selesai menghiburkan kami dengan lagu merdu, group bergerak ke pantai kerana tujuan ke pantai Port Dickson adalah untuk mandi manda. jadi ketika bergerak sambil cuci mata. Osman bercadang untuk menghantar barang kepada anak beliau di MRSM Masjid Tanah jadi cadangan baru muncul iaitu kami akan mandi manda di pantai Tanjung Bidara.

Group bergerak daripada Pantai Teluk Kemang ke Pantai Tanjung Bidara melalui jalan kampung dan ketika ini group nampak begitu berdisiplin kerana disamping jalan yang sempit, Group leader untuk ke Pantai Tanjung Bidara adalah Marsyal kita iaitu Raja kelawang wajarian.

Group singgah di Shell Kuala Sungai Baru untuk mengisi minyak sambil meneguk air, sepanjang perjalanan dari Port Dickson, kelihatan banyak gerai menjual buah durian, hajat di hati nak berhenti tetapi takkan nak stop tiba2 plak, mau havoc nanti.

dsc_0116.jpg dsc_0118.jpg img_5749.jpg

img_5750.jpg img_5752.jpg img_5753.jpg

img_5754.jpg dsc_0122.jpg 

Group menyambung kembali perjalanan ke Pantai Tanjung Bidara dan tersesat atas sebab tak biasa dengan jalan. Jam 12:45 tgh hari, group sampai di pantai Tanjung Bidara, mere & osman sahaja yang masuk ke dalam MRSM manakala yang lain terus ke Tanjung Bidara Beach Resort untuk Makan Tengahhari iaitu Nasi Goreng yang tawar. ( kata imran)

dsc_0123.jpg familynbikes049nj6.jpg dsc_0126.jpg

dsc_0130.jpg dsc_0134.jpg dsc_0128.jpg

 img_5755.jpg img_5756.jpg 

Teedoq terpaksa pulang ke Kuala Lumpur setelah mendapat panggilan daripada isteri tersayang bahawa Bas yang membawa isteri beliau sudah menghampiri negeri Selangor. Teedoq pulang seorang diri. Group kemudian turun ke pantai bagi membasahkan diri tetapi dihalang oleh Blues dengan alasan air di situ tercemar oleh sisa ubatan daripada Hospital Tentera. Blues mencadangkan kami akan ke pantai Puteri atau pun nama lamanya pantai Kundur untuk mandi manda.

dsc_0135.jpg dsc_0136.jpg

Akan bersambung kemudian ……..

Perlawanan Bowling Sempena World Telecommunication Day Di Seremban 2 Negeri sembilan

July 3, 2007

Perlawanan Persahabatan Bowling antara telcos, media & PBT telah berlangsung pada 30hb Jun 2007 sempena World Telecommunication Day di Jaya Jusca Seremban 2 Negeri Sembilan. Macam biasalah 6 tahun tak pegang bola bowling, so result dia memang teruk la. Anyway, perlawanan yang bagus bagi yang mengamalkan semangat kesukanan tapi bagi yang ego sangat asyik main untuk menang je, lain kali main sendiri la. Kita main persahabatan bukan russion roullette pulak.

Score team aku, hahaha, teruknye

img_5713.jpg

Score team no 1 pulak, hehehe, saje je jadi setan jap

img_5719.jpg

Team aku

img_5712.jpg

Team No 2

img_5709.jpg

bersama Pengacara Wayang kita di Astro, Zainal Alam Kadir

img_5723.jpg

Asiaspace Tower & Me

June 11, 2007

Tired to be an engineer in asiaspace. We have total 15 staffs but got only 5 technical staffs. need to run all 84 sites nationwide, dari Johor sampai ke Changloon, nasib baik tak de kat Eastcoast, Sabah & Sarawak.

5 technicals staff dalam company aku. Senior Manager, Project Manager, Project Engineer ( Aku le tu) & 2 Project Executive. Tak pe la banyak sikit dapat pengalaman.

Gambar dari Puncak Tower 300 kaki Di kati, Kuala Kangsar

Image

Gambar Di ambil Di Pulau Betong, Balik Pulau, Penang

Image

Gambar di ambil dari Puncak Tower 250 kaki Di Swiss Garden Resort Lumut

Image

Gambar Diambil Di Bukit Penara Pulau Pinang

Image

Gambar Diambil Di Site Batu 18, Hulu Langat Selangor

Image

Gambar Diambil Di Cameron Highland, Pahang

Image

Gambar Diambil Di Hard Rock Cafe sempena Staff Dinner

Image

Gambar Diambil di Tanjung Piai Johor

Image

Me & Elegan

June 7, 2007

Image

Image

Me & Skyline

June 7, 2007

Image

Image

Hello world!

May 21, 2007

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!


Design a site like this with WordPress.com
Get started