Dan maaf,jika entri ini membosankan.Aku tak pandai bercerita.
Salam.
Terlebih dahulu,maaf jika entri kali ini tidak berkait dengan ulasan tentang ANTIBIOTIC.Fikiranku kosong,tidak tahu mahu bermula di mana.Lantas tanganku lebih ligat menaip isi kejadian semalam,24 Disember 2008.
Kebiasaanku mendengar dengan teliti setiap percakapan keluargaku,sahabatku dan juga doktorku.Jika menarik,akan kucatatkan di diari,namun aku jadi malas mengangkat pena.Tulisan akan sangat 'doktor'.Jadi aku catatkan di sini.Tulisan sama,cantik pulak tu.
Pengajar aku sewaktu skill lab semalam adalah Dr Henhen.Aku suka dia,banyak nasihat.Pengajaran dia sangat senang,mudah difahami olehku.Semalam,skill lab kami adalah bagaimana mengajar ibu-ibu untuk menyusui anak mereka.Nampak senang,namun masih banyak ibu-ibu yang tidak tahu.
Salah satunya adalah percuma.Lantas apa peri pentingnya percuma ini?Tidak membazir dan ini sangat menjimatkan kos sara hidup keluarga.Ini juga bukan sahaja menjimatkan wang ayah,ibu tapi juga negara!Kenapa?Kerana megikut kajian kadar kanak-kanak yang mengalami masalah cirit-birit adalah kurang untuk bayi yang menyusu dengan susu ibu berbanding bayi yang diberikan susu formula.Lantas,kadar pengubatan untuk cirit-birit juga kurang (terutamanya untuk ubat cirit-birit).
Kedua,susu ibu mempunyai dapat mengurangkan risiko penyakit kuning...kerana sifat susu ibu yang purgative iaitu membantu membuang meconium (tahi yang keluar seawal kelahiran).Lantas,dengan membantu pengeluaran meconium,ia akan mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat penyakit kuning.Namun,polisi yang tidak membenarkan ibu-ibu menyusui anak-anak seawal kelahiran menyebabkan kadar penyakit kuning meningkat.Ini bahagian yang paling best.Akhirnya,ibu bapa terpaksa membayar lebih untuk rawatan tambahan iaitu rawatan penyakit kuning untuk si anak (phototherapy).Kenapa best?Di sinilah etika kita.Jika kamu doktor yang mengerti,pasti kamu akan membenarkan ibu-ibu menyusui anak-anak.Namun,jika kamu doktor yang gilakan wang,pasti kamu akan membiarkan sahaja.Sehingga bayi mendapat penyakit kuning,kamu hanya mencadangkan rawatan tambahan.Untungnya,kamu juga mendapat wang hasil rawatan tambahan.Ini yang berlaku di sekian banyak tempat di Indonesia.
"Jangan jadi begitu" kata doktor Henhen.
Nampak tidak ada kaitan.Tapi dr aku menegaskan perbuatan tersebut seperti menerima rasuah,cuma dengan cara yang halus.Aku terpaku.Sampai begitu sekali telitinya dr aku dalam mendefinisikan sebuah pendapatan.Takut jika pendapatan yang diperoleh adalah bersumber dari yang haram.
Apa tugas suami?
Memasak?Ya.
Membasuh baju?Ya.
Bekerja?Ya.
Lantas apa tugas isteri?
Taat.Itu sahaja.Jika suami suruh memasak,kamu kena taat.Jadi,kamu kena memasak.
Perbualan semakin best.
Di tengah keadaan Indonesia yang sebegini,doktor aku berkata banyak ibu bapa yang terpaksa menghalalkan pelbagai cara demi anak-anak.Salah anak-anakkah jika ibu bapa menerima rasuah demi membiayai pelajaran anak-anak?Ya,bukan salah anak-anak.Namun hasilnya dari yang haram.Masih lagi sama.Pasti akan ada yang tidak kena.Jika berjaya,mungkin hanya menjadi pengedar dadah,atau ya jika menjadi doktor,jadi doktor gila duit,tidak beretika.Nauzubillah,mintak dijauhkan.
Lantas syurga itu di bawah tapak kaki ibu,namun neraka juga di bawah tapak kaki ibu jika ibu mengajarkan anak-anak sesuatu yang salah.Bermulalah dengan memberi makanan yang baik-baik untuk anak.Jangan memandang ringan soal halal dan haram,boleh jadi ibu melahirkan tuan pula.Oleh itu,susu ibu adalah yang terbaik.Percuma.Halal.Mengeratkan hubungan ibu dan anak.Dan mengurangkan risiko terkena jangkitan kerana susu ibu mengandungi antibodi untuk melawan penyakit.
Kami selesai jam 12.15 tengahari.
Selesai lab mikrobiologi dan parasitologi jam 3.30 petang.Ramai pelajar yang baru selesai kuliah dan juga tutorial.Sesuatu terjadi...
Apa perasaan kamu jika hadiah hari lahir kamu ialah...
Kamu dilontar ke dalam kolam.
Kolam yang penuh lumut-lumut.
Hijau pekat.
Kotor.
Bau busuk.
Tempat sekumpulan katak-katak.
Baju kamu basah.
Muka kamu dirakam.
Baju berbau busuk.Kotor. (rendam seminggu belum tentu hilang baunya)
Apa kamu buat?
Jangan dibuat padaku.Aku tidak terbuka sebegitu.
Selamat hari lahir buat
Gadis bilik bernombor 5,pondokan putri helvida,jalan caringin,jatinangor,bandung.
Mahu kami hadiahkan kamu apa ya?
Seperti di atas?
Kenapa aku menulis hal-hal di atas?
Sekadar sesuatu yang ingin aku bawa sepanjang aku hidup.
Dr Henhen membuatkan aku mengulang persoalan yang sama
Kenapa nak jadi doktor?
Doktor jenis apakah yang akan kamu jadi?
Layakkah aku dengan ilmu seciput ni?
Dan tradisi menghadiahkan teman kamu sesuatu yang sangat tak romantis,membuatkan aku sedar.
Dan sesusah mana pun perubatan ni,pasti kamu masih punya waktu untuk teman-teman kamu.Pasti kamu punya waktu untuk segala kerja 'gila' yang ingin kamu lakukan.
malah,masih tidak terlambat untuk secawan teh (aku suka teh,tak suka kopi)