Ada apa-apa yang berlakukah?
Tidak. Ibu hanya ingin mendengarkan suaramu, nak.
* haru dan tersentap *
Ibu semakin kurus sekarang. Kurang selera makan dan asyik rasa nak muntah aje. Ubat yang ibu makan buat ibu rasa nak muntah. Doakan ibu saya ya. * Terima kasih *
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Surah Luqman, 31: 14)
Dulu, bila orang tanya nak kerja mana, laju sahaja jawapan aku. Nak kerja Sabah. Takpun, Sarawak. Lepas ibu sakit, banyak pertimbangan aku pada kesihatan ibu. Dan atas takdirNya, Hospital Kuala Krai baru sahaja digazetkan sebagai hospital untuk doktor pelatih.
Nota : Dalam proses isi borang jawatan pegawai perubatan dan pilihan hospital. Balik kampung ajelah. Dah lama merantau.

