Selasa, Juli 16

Kembali

Image

Untuk dikenang di masa tua
Kecintaan waktu kecil hingga dewasa
Rindu benar pada ajaran jurulatihku sewaktu di sekolah rendah
Sambung lagi bermain di sekolah menengah
Seterusnya di universiti
Sekarang di tempat kerja

Rezekiku untuk ini ketika ini
Mahu benar-benar meraikan dan memeluknya




Selasa, Mei 21

Ramadan 1440H

Image

Salam 16 Ramadan 1440H
Separuh ramadan telah berlalu
Bersisa separuh ramadan lagi
Moga ianya terisi dengan berkat

Gambar di atas aku tangkap di luar masjid terbesar di Kashmir
Khusyuk benar pak cik berdoa
Apalah dihajatkannya
Moga selamat semuanya pak cik

Gambar di atas menyedarkan aku
Jadilah seseorang yang takutkan tuhan
Buat jahat, terus beristighfar dan bertaubat
Dekatkan diri dengan mereka yang takutkan tuhan
Buat nasihat bila diri lalai
Pilihlah pasangan hidup yang punya tuhan di hati
Seseorang yang hidup bertuhan
Tidak berani melawan aturan tuhan
Tidak kira agama apa pun dia anuti


Senin, Mei 13

Heaven on earth-

Image

Sedikit perkongsian tentang Kashmir 

Kashmir begitu indah dengan pemandangan hijau pokok pine berlatarkan banjaran Himalaya yang dilitupi salji memutih. Tidak hairan Kashmir digelar syurga di dunia. Keindahan Kashmir yang terakam oleh kamera tidak sama seperti melihat Kashmir itu sendiri. Subhanallah, indah sungguh.

Masyarakat Kashmir sangat meraikan pengunjung. Mereka sangat ramah dan mesra. Mereka tidak lokek senyuman, suka membantu dan sangat menghormati sesama mereka. Masyarakatnya suka menghabiskan masa di taman-taman. Taman-taman di Kashmir penuh dengan aktiviti masyarakatnya tidak kira umur. Kesimpulan utama, beautiful Kashmir with beautiful people at heart.

Kali pertama melawat negara di mana aku tak takut-takut untuk solat. Solat di mana-mana tanpa berfikir ada mata yang melihat. Dulu ke mana aku pergi, mesti sehabis mungkin mencari tempat tersorok. Muslim di India bebas solat di mana-mana. Malah, ketika aku hamparkan sejadah untuk solat di Lapangan Terbang Indira Gandhi, seorang muslimiah memastikan kiblatku betul saat aku hamparkan sejadah. Benda paling best bila melawat negara luar, dapat mempraktikkan banyak perkara berkaitan Islam terutamanya bab solat di mana sahaja. 

Image
Sempat curi satu gambar solat jemaah di taman

Alhamdulillah atas segala nikmat.

Sabtu, Mei 11

Bermusafir

Image
Pahalgam, Mei 2019
Tahun ini, diberikan peluang dan kelapangan bermusafir ke Kashmir. Aku memilih ke Kashmir sahaja untuk perjalanan ke India kerana tujuan bermusafiran kali ini adalah melihat keindahan alam sekitar. 

Pertama, sebelum berangkat ke Kashmir, berlaku beberapa ujian Allah terhadapku. Ujian kerjaya dan ujian peribadi. Keputusan kemasukan ke program master diumumkan awal bulan 4. Aku gagal sekali lagi seperti yang dijangka. Jadi, tiada masalah untuk tetap berusaha dan cuba lagi tahun depan.

Kedua, bulan lepas emosiku turun naik. Dan ia terpalit pada interaksiku pada pesakit. Seorang pesakit memfailkan laporan polis dan laporan di SISPAA adalah layanan kurang mesra yang diterima beliau. Ini waktu aku muhasabah. Adakalanya, tidak meninggi suara bukan ukuran tutur kataku ini baik. Moga Allah berikan hati yang cekal dan lembut lisan untukku.

Ketiga, terlalu peribadi untuk dikongsi. Moga Allah permudahkan.

Di Kashmir, sempat ambil waktu berteliku, bertasbih memuji keindahan Kashmir. Subhanallah, cantik sungguh Kashmir. Berinteraksi dengan alam, fikiran serabut jadi tenang. Patutlah negara paling bahagia di dunia semuanya cantik-cantik dengan alam sekitar. Alam sekitar ni sama-sama bertasbih dengan kita.

Balik Malaysia, dengan nafas baru. Gali kekuatan sendiri, buang sifat buruk dan kembali berusaha mencapai impian diri.

Moga Allah redha