penyerahan
December 17, 2008
hidup ini tak selalunya indah
awan tak mungkin terus-terusan cerah
yang indah bertukar gundah
hanya berteman hati dan jiwa yg pasrah resah
terus berdoa mengharap, berserah
mungkin disebalik segala-galanya,
ada pelangi yang lebih indah
insyaALLAH
payyit
September 16, 2008
masih
masih ku terasa
xpernah hilang
sukar utk aku gambarkan melalui perkataan
hanya suatu lintasan yg menyentuh perasaan
mengisi kesegenap ruang sukmaku
membangkitkan irama yg syahdu
mendayu-dayu
aromanya, berbau pilu
berperisakan pahit
tiadalah pula aku tak sanggup utk menghirup kuahnya
walaupon mmg ku ketahui rasanya tidak lazat
pahit, kejam terasa di sepanjang laluannya
sebelum smpai ke penghujungnya
namun, dlm kepahitan rasanya
dlm kepiluan aromanya
ia tetap mengisi perutku
dan memberi aku khasiat utk terus hidup dan menulis seperti saat ini
kerna, pahit itu adalah ubat
manis itu pula penyakit
kepahitan itulah yg mengisi aku
mana nak menyorok?
September 12, 2008
langit tadi terang kini sudah mendung
pokok-pokok pun sudah bergoyang kencang
kalau nanti datang janji dari Tuhan
mana nak ku menyorok
hancur binasalah semuanya dan diriku jua
keji, hina dan dusta
September 12, 2008
keji, hina dan dusta
hiruk pikuk dunia begitu melalaikan aku
antara sengaja dan tidak sengaja
ku lalai dan ku terlena
keji hina dan dusta
apa nilai aku di dunia?
tidak mahu ku dijilat api neraka
tidak layak pula ku mendiami syurga.
antidote
September 11, 2008
lahirmu seakan penawar duka yg akan melanda
merawat jiwa2 yg akan kesedihan meratapi kehilangan
kemunculanmu ibarat cahaya penenang
pengganti kehilangan
ya, Tuhan itu Maha Mengetahui
kedatangan disambut pemergian
engkaulah antidotenya kesedihan
pengisi kekosongan
penceria warna2 yg seakan pudar direndam dalam buram
melapisi kedukaan
semoga rahmat-Nya meniringimu selalu
pagi-pagian
September 4, 2008
bangun pagi gosok gigi…selamat pagi!
perghhh ngantuk plak kpale aku nih…niat di hati memangla aku nak menulis pagi2 camni…tapi tah ape pasal tetibe la plak rase cam malas…rase cam nak fly je lah plak…huhu…lagipon aku cam ngah takde idea je nk tulis ape kan…anyway, ni adalah pertama kali aku menulis kat dlm blog nih…hurmmm, bagus2…org lain ade blog, aku pon nak ade blog gak kan…hahaha…dah lame dah wei aku nk setup blog ni, tp setiap kali aku nk setup mesti aku cam xpaham ngan kehendak blog tu…nk kene isi itula, isi inila…tak ngerti aku…hahaha…last2 aku quit je…huhuhu…tp skang dah ade blog dah wei…lepas ni bleh la kot aku curah2kan sket ape2 idea yg bernas mahupun tak bernas langsung dlm kotak minda dan kotak hati aku ni…bolehlah ‘kot’? hahaha ok lah weih, aku rase cam nak tido la…dah tak leh handle kepale aku ni dah…huhu…kite jumpe lagi di muka surat yang akan datang…tungguuuuuu! haha chiaow chin chiaow…
wassalam