Di ruangan laman maya, mukabuku juga tidak ketinggalan para pelajar
mencurahkan isi hati mereka di status melahirkan kesedihan mereka terhadap
kezaliman cuti sekolah yang begitu pantas berlalu meninggalkan mereka tanpa
mereka sedari. Laksana didera dan dibelasah dengan begitu hebat disertai dengan
pukulan gelombang ka me ha me ha, para pelajar ini mengadu nasib mereka yang
kini bagaikan telur ayam di hujung tanduk lembu di ruangan status muka buku dan
ada juga yang meninggalkan nota kaki, “tak sabar nak tunggu cuti yang baru”.
Kelip mata. Geleng kepala tiga kali. Baiklah. Ini lah ulasan
saya, Encik Musab sebagai seorang pemerhati ruangan newsfeed mukabuku.
Baiklah. Sebenarnya saya tak nak ulas pasal cereka-cereka
alam zaman persekolahan mahupun alam-alam remaja yang penuh dengan cinta
monyet. Tetiba. Apa yang saya nak cerita di sini mungkin lah ada perkaitannya sedikit dengan sekolah. Tapi bukan totally pasal sekolah. Heh.
Bila sebut pasal sekolah, semua orang tahu yang sekolah
adalah tempat untuk kita menuntut ilmu. Kat sekolah lah kita belajar addmath, belajar
fizik, belajar biologi. Paling best sekali belajar pendidikan sivik dan
kewarganegaraan dengan matlamat untuk menjadi warganegara yang bersifat
patriotik serta hensem. Eh! Selalunya waktu belajar sivik ni saya tidur. Ok.
Pengakuan jujur berani mati di situ.
Begitu juga dengan mereka-mereka yang bersekolah agama. Di
sekolah lah tempat kita belajar Pendidikan Quran dan As Sunah, Pendidikan
Syariah Islamiyyah, Bahasa Arab Tinggi dan sebagainya. Dengar macam dah taraf
ulama’ kan? Ulama’ ke? Heh. Ok, sebenarnya post kali ni nak cerita pasal
faham agama dan tahu agama. Ye saya tahu. Intro memang tak masuk dengan isi
penting. Sila abaikan intro di atas.
Bila sebut pasal faham agama, apa yang terlintas di kotak
pemikiran anda? Ok. Saya bagi contoh situasi-situasi tertentu untuk sama-sama
kita analisa.
Situasi 1
Ahmad Darmawan seorang yang pelajar sekolah agama. Dia
selalu dapat A+ dalam subjek-subjek agama. Punyalah tinggi kefahaman dia
terhadap subjek-subjek agama. Tapi pada masa yang sama, dia selalu berkaple dan
berdating bersama kekasihnya. Pada hujung minggu pula dia biasanya lepak-lepak
dengan member dia sambil hisap rokok tanpa filter.
Situasi 2
Nur Qurrata A’yun seorang wanita solehah yang cantik
secantik namanya. Belajar pun tinggi. Dekat tingkat lima. Tinggi ke? Tinggi la
jugak. Dia selalu pakai tudung labuh. Macam-macam fesyen tudung labuh dia ada.
Bawal, Tenggiri, Haruan, Ikan Bilis, dan sebagainya. Dia ni kalau cakap dengan
lelaki, siap bertepuk tampar sepak terajang lagi. Gelak pun boleh tahan jugak.
Kalah sikit je dengan puntianak harum sundal subuh.
Situasi 3
Tajul Arema Wandang Silabulu seorang yang petah
berkata-kata. Banyak dah kitab-kitab agama yang dia hafal. Nak debat dengan
dia, kena fikir masak-masak pastu rebus balik pastu goreng dengan minyak cap
Mak Aji dulu, bukan apa, nanti kalau kalah debat dengan dia, dah lah kalah, kena
ejek, maki, sepak, terajang dengan dia. Pokoknya, ilmu dia punyalah tinggi.
Muka dia memang susah nak nampak solat jemaah. Maklumlah sibuk mengapal
kitab-kitab agama. Mana nyempat nak gi masjid.
Ok. Sila baca dan hadamkan sehadam-hadamnya ketiga-tiga situasi
di atas. Baiklah. Dah? Kenyit mata.
Sekarang jom kita sama-sama analisa.
Antara ketiga-tiga situasi di atas, mana satu yang boleh
dikategorikan sebagai faham agama?
Krik Krik Krik
Cuba kita perhalusi ketiga-tiga situasi di atas. Saya tahu,
situasi yang pertama, kalau tak banyak, sikit pun mesti anda yang bersekolah
agama terasa kan? Hoho.
Secara ringkasnya, tahu agama dan faham agama ni sangat
berbeza. Ada orang dia boleh khatam kitab-kitab agama, exam boleh dapat hundred
percent, tapi bila cerita bab amalan, semua ke laut cina selatan. Ada sikit ke
laut merah. Pokok pangkalnya, memang tak de amalan lah. Hanya teori
semata-mata.
Nak cerita kat sini, bila kita claim kita faham agama, benda
tu akan selari dengan tindakan kita. Contoh paling mudah. Islam mewajibkan
solat lima waktu. Orang yang tahu agama, bila keluar soklan exam, apa hukum
solat lima waktu? Konpem-konpem dia boleh jawab. Sebab dia tahu. Tapi orang
yang faham, dia akan buat solat lima waktu tu. Boleh nampak tak permainan di
situ?
So, dekat sini timbul satu persoalan. Nak faham agama ni,
kita kena ada banyak ilmu ke?
Ok. Untuk persoalan ni, cuba kita tengok Sumaiyyah dan Bilal
bin Rabbah. Masa lepas masuk Islam, apa yang mereka tahu pasal Islam? Mereka cuma
tahu mengucap je. Tapi mereka boleh tahan diseksa untuk pertahankan akidah
mereka. Sebab apa? Sebabnya mereka cukup faham kalimah syahadah mereka tu. Kita
yang dah tahu banyak ni, Darjah Khas dapat Pangkat Satu (untuk orang Johor),
PAI dapat A+, agak-agak boleh jadi macam Sumaiyyah dengan Bilal tak?
Sebab tu orang cakap, faham agama dengan faham ilmu agama ni
tak sama. Orang yang faham agama ni, amalan dia melangit. Saya ada seorang
kawan. Dia ni sekolah biasa-biasa je. Bahasa Arab pun dia terkial-kial nak
belajar, Tu pun setakat ana, anta, akhi. Tu je lah. Belajar pun sejak dah join
usrah. Tapi semangat dia nak berdakwah tu mengalahkan lulusan sekolah agama. Amar
Makruf Nahi Mungkar dia memang tip top ah. Tegas dengan jahiliyyah. Tinggi
Izzah dan kebanggaan dia pada agama. Setiap ilmu agama yang dia dapat, dia
peluk macam adik perempuan anda peluk patung teddy bear. Nak cerita yang dia
hargai giller lah ilmu agama yang dia dapat. Saya sendiri pun malu dengan dia.
So nampak tak beza orang tahu dengan orang faham?
Kalau tak nampak jugak, kita settle dekat komen kat bawah.
Sekian. Wassalam.
“Sesiapa
yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam
Ad-Din” (Bukhari
& Muslim)
![]() |
| Saya memang minat UAI ni. |











