Catatan Diriku
Di sini, kuluahkan rasa...
Rabu, Mac 25, 2026
Isnin, Februari 16, 2026
Travelog Jogjakarta 2026
Saya melancong ke Jogjakarta pada 11 Februari hingga 14 Februari. Kunjungan ini merupakan kali kedua selepas 14 tahun. Saya tiba di Kulon Progo tengah hari dan mendaftar masuk ke hotel. Petangnya saya keluar ke Jalan Malioboro. Setelah itu saya menaiki beca keliling di sekitar kota. Saya dibaca ke sebuah gerai makanan khas Jogja itu gudeg, sejenis makanan yang dimasak berasaskan buah nangka muda.
Pagi esoknya, kami berangkat ke Pantai Gesing, satu kawasan wisata tepi
pantai. Pemandangannya agak cantik
dengan lagun yang membiru. Kemudian kami
ke Pantai Timang. Perjalanan ke arah
pantai sangat mencabar dan hanya dapat dilalui oleh kenderaan lasak Jeep. Terdapat gondola yang beroperasi secara
manual untuk ke pulau kecil di pinggir Pantai.
Pemandangannya sangat menarik dengan suasana tepi pantai bercerun
tinggi. Malamnya kami menempah Grab
untuk makan malam di alun-alun utara, sekali gus menonton persembahan pengamen
di Pendopo Lawas. Malangnya hujan sangat
lebat dan kami terpaksa membeli payung.
Kami pulang hampir tengah malam.
Hari ketiga kami menempah perkhidmatan penggambaran dengan busana klasik
Jawa. Hampir dua jam sesi penggambaran
baru selesai. Kemudian kami menempah
Grab untuk dihantar ke restoren Nasi Padang untuk makan tengah hari. Pada sebelah petangnya kami hanya bersantai
di hotel. Kami sempat juga melawat Tugu
Stasiun. Kawasan stesen kereta api Jogja
juga marupakan satu kawasan tarikan. Petangnya kami sekali lagi berbeca untuk
membeli t-shirt di sekitar kraton. Lewat malam itu kami ke pasar Sore Malioboro
untuk beli-belah lagi.
Hari terakhir kami keluar lagi ke Pasar Ngasem, pasar tradisional tempat
jualan makanan tradisi masyarakat setempat.
Suasananya sangat ramai. Kami membeli
sedikit buah tangan di pasar tetrsebut.
Khamis, Jun 26, 2025
Selasa, April 08, 2025
-
Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bi...
-
Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak...
-
Inilah kisah kerjaya mulia, Mendidik mengajar selagi terdaya, Ibarat lilin memberi cahaya, Bukan balasan harta pintanya. Guru itu sanggup be...





















































