Thursday, December 31, 2009

:: Berbaloi-baloi...

Huh..apakah? Ini bukan iklan celcom yer. Hihiii... rezeki, sape boleh menjangka? Jumaat yang lepas, tempat kerja aku mengadakan Family Day 2009. Tempat yang berlangsungnya acara ini adalah di Agrotek, Hulu Langat. Agak tercengang pada mulanya mendengar tempat ini kerana aku dan suami tidak tahu langsung di manakah ia?

ImageAbang bersama anak, anak, anak terchenta. Ramainya anak kami

Kali pertama aku dan abang ke tempat ini. Agak jauh dan masya-Allah, memang jauh ke pelusuk dalam hutan rimba! Mujur semuanya berjalan dengan baik. Dan mujur sangat-sangat anak ku Sarra tidak meragam sekoyan. Senang sikit ummi nak bergerak bebas menyaksikan acara yang dibentangkan oleh BH. Have fun jugak lah. Walaupon bilik yang disediakan untuk aku sefamily bersama family Dania, agak sekangkang kera dan hanya ngam-ngam selesa untuk melepaskan penat seketika, syukur ajelah...

ImageBaloi ke-satu: Door gift yang cool compare last year,
hanya dapat voucer kasut yang memang tak buleh bla!



ImageBaloi ke-dua: Penantian yang dipenuhi rungutan berbayar jua

4 tahun aku meraikan dan memeriahkan pesta sebegini di BH, hanya tahun ini sahaja yang mampu membuatkan aku pulang dengan seukir senyuman. Senyum tanda gumbira, senyum tanda penantian 4 tahun berbalas, senyum tanda bersyukur kerana terpilih antara yang mendapat 'lucky draw'. Hehe... walaupon mungkin hadiah yang ku dapat tidaklah secanggih, se-gah dan sehebat grand prize - TV plasma, namun hati ini sudah cukup gumbira. Sang suomi jugak pada mulanya agak tensen dan bowink dengan agenda yang disusun BH, akhirnya mampu tersenyum lebar tanda syukur kerana usaha abang untuk membawa aku dan family Dania ke Hulu Langat ini berbaloi-baloi, walaupon sesat dalam perjalanan!

Lebih membuatkan aku hepi dan berbaloi-baloi adalah bila saatnya dapat bergambar dengan hero pojaan hati ini - Bang Bil a.k.a Nabil! Owang kampong somi den! Hahaaaa... lame dah nak tengok mamat nih secara live, mase pesta nih lah berkesempatan akhirnya! Seronok wooo... siap snap 2 kali tuh! Hihiii... camtulah keterujaan aku dan abang pada malam pesta ria di Family Day '09 BH. Tahun depan (esok je lagik) akan ade dinner pulak. Hmmm.. doa-doa moga ade lagik rezeki kami. Untuk anak ummi, terima kasih kerana mendoakan ade rezeki ummi tahun nih...amin!

ImageBaloi ke-tiga: Kau tetap phojaaa-an hatiku

** Esok dah masuk tahun baru untuk kalendar 2010. Juga sudah separuh jalan di bulan Muharam. Azam? Hmmm.... adakah masih di takok lama atau sudah terbitnya azam baru? Hanya doa yang ku panjatkan, tak lain tak bukan... moga anak ummi tabah, sabar, kuat semangatnya dalam mengharungi dugaan di muka bumi ini. Berat mata ummi yang memandang, berat lagi yang anak ummi tanggung. Semoga ada sinar menanti kita... ummi sayang anak ummi!

Monday, December 21, 2009

:: Pe'el Sarra...

ImagePejam celik, besar dah anak yang aku kandungkan ini

Pe'el? Caner lak tuh? Bahasa mak-mak kat kampung... pe'el! Perangai, ragam... Lately nih, Sarra memang banyak ragam. Banyak 'auta' pun yer jugak. Pantang dengar suare ummi nih, mulalah menyungut-nyungut mintak dokong. Sampai hari nih, ummi dan abi masih lagi kurang pasti, apakah punca Sarra meragam, merengek tak kira siang atau malam. Bile malam tiba, memang tak keruan jugaklah. Pulak tuh, tidurnya asek nak didudukkan... (tak kan berjangkit dengan Aiman nak oiii...) Sesekali melentik-liuk badan Sarra tuh. Kalau dah meragam malam, mulalah mulut ummi nih membebel-bebel, daripada ayat lemah-lembut, longlai-gemalai semata-mata nak memujuk, aleh-aleh dah bertukar jadik gaban! Aduhhhyaaii... Bila abinya pula yang memujuk, ayat abi... "Alisya kalau nak abi bawak gi jalan lagik, kene tido. Jangan kamok-kamok." Dan anak itu pun tido. Huh... cam magik lak. Tapi tak lame, barang sejam dua aje... lepas tuh, sambung balik!

ImageMuka budak banyak ragam

Hati ini selalu mohon agar kuat; kuat sabarnya, kuat imannya... semata-mata kerana anakku, Alisya. Adakah kerana gigi yang mahu keluar lagik? Atau perut yang kurang lawas ketika membuang? Kesian pun ade jugak kat budak cenot tuh... mata memang dah mengantuk sangat-sangat nak tido, tapi bila tak kene caranya... mulalah rengek-rengek. Memanglah kene banyak sabar. InsyaAllah, ummi cuba bertahan nak. Andai ummi tersasar, maafkan ummi. Maafkan ummi...

Image"Ummi..tolon! Jangan dera Sarra.. cakit aaarrr!!!!"

Adakala aku dan abang akan 'membuli' Sarra. Bukan buli teruk-teruk pun, kami masih sayangkan anak, masih waras. Sesekali abang atau aku akan meniarapkan Sarra. Hasilnya; Sarra akan melalak, meraung macam kene cubit... walhal setitik air mata pun tak keluar. Bila dilentangkan semula, tak sampai kiraan 3 saat, Sarra senyap! Macam tak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya. Hal ini adakala aku lakukan jam 4-5 pagi bila Sarra dah mula bangun, lepas tuh tak mahu sambung tido. Dengan umminya sekali Sarra seret tak kasi tido. Ape lagi? Sarra buli ummi... ummi 'dera' Sarra balik. Haha... kejam tak? Kadang-kadang tak terlayan kerenah dia bila jam 3 pagi ajak kita main lentik-lentik, nak hayun-hayun... aduyaaiii! Anak...anak! (memang benarlah kan... Allah tak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya itu tak tertanggung ujian yang diberi...) Wallahualam...

ImageBila meniarap, mulalah dia menjerit sekuatnya


ImageNih tido ker ape? Nak tersembam dah nih


ImageEh..yelah, dah tido. Penat sangatlah nih

Entah sampai bila Sarra akan 'buli' ummi dan abi, aku pun tak pasti. Doaku, semoga anakku Sarra bertambah sihat, mungkin ada 'sesuatu' perubahan yang cuba Sarra nak tunjuk. Cuma aku dan abang je yang belum mengenal pastinya lagik. Anak ummi, satu ummi pinta... janganlah mengeras-ngeraskan badan tuh! Tak tertampung lengan ummi nak handle walaupun lengan ummi nih dah macam kayu balak! Cukup-cukuplah yer nak... ummi sayang Sarra!

** Minggu yang penuh dengan emosi. Sesekali rasa down, terhina dan adakala terasa ingin menjerit lagik... air mata yang tumpah, bukan penyudah! Wahai HATI, semoga kau tabah!!!!!

Friday, December 11, 2009

:: Sarra Ngedate Dengan Aiman...

Bahasa apa daaa? Hentam sajalah labuuuu! Sarra ngedate dengan Aiman; maksudnya... Sarra keluar jalan-jalan, janji dengan Aiman dan jugak; Sarra jalan-jalan, terjumpa Aiman. Hehe... kalo tak buleh faham, buat-buat faham lah..

ImageSantai-santai waktu malam

Semenjak berkenalan dengan family Aiman, ade saje cerita kami di hujung minggu. Abang pulak, andai ade mase terluang... ade sajer planning die nak 'ngedate' dengan apak Aiman - Zali. Hmmm... dah macam belangkas pun yer jugak. Kami nih, name jer menetap di area Serdang setahun lebih... tapi Putrajaya tak pernah sekali pun kami sampai! Hinggalah kami berkawan dengan family Aiman nih, apak die lah yang banyak bawak kami jalan! (walhal bawak gi dataran masjid jer...hehe!) Aku memang dah lame ajak abang gi lepak-king kat dataran tuh. Saje nak menikmati panorama keindahan malam di Putrajaya. Plus, bukan Putrajaya jer kami dah lepas, malah aku dah berjaya pujuk enchek suomi untuk ke The Mines. Haha... bunyik macam The Mines tuh tempat paling cool lah kunun! Ahaksss... biaselah, tukar hangin! Ke The Mines juga berpandukan Zali. Dah macam pemandu pelancong gak Zali nih. Macam GPS pun ade...hehe! Anyway, tenkiu yer enchek Zali...

ImageMalam di Putrajaya

Sabtu lalu juga, Aiman singgah di teratak kami selepas pulang dari Gedangsa. (sekali lagik, Zali tunjukkan jalan paling dekat dari Gedangsa nak balik ke rumah kami... haha! Memang pemandu pelanconglah pakcik tuh! Tochee... tochee... tochee!) Aiman nih memang cool memanjang. Tapi apak die cakap, ikut mood jugak. Kalo berjalan, memang baek... kalo dok umah, kamok-kamok jugak... macam Sarra lah! Sabar lah yer apak-apak dan emak-emak sekalian. Andai anak kita nih tiada kurangnya, mungkin kita pula yang kekurangan kesabaran. Mungkin kita pula yang kurang sifat keazaman... Wallahualam.

ImageAiman di teratak Sarra. Maaf yer, rumah kami 'kepau'

Tuesday, December 01, 2009

:: Hati Oh Hati...

Hati...
adakala ingin menangis. Akan tetapi, tidak tahu bahu siapa yang mahu dipinjam, bantal yang mane harus ditekap.

Hati...
adakala terasa ingin menjerit, tetapi tidak pasti sekuat mana laungan yang akan digemakan.

Hati...
adakala mahu memberontak, tetapi tidak pasti apa punca dan apa silapnya.

Hati...
adakala rasa ingin marah, akan tetapi tidak tahu pada siapa hendak ditujukan.

Hati...
adakala mahu terbang tinggi, tapi tidak pasti di awan biru atau di langit cerah.

Dan hati...
adakala ingin berlari jauh... jauh dari kekusutan, jauh dari kesakitan, jauh dari kesengsaraan, jauh dari kesedihan... akan tetapi masih tidak lagi pasti..........................

Sukarnya hidup ini. Hati... apakah yang harus dilakukan?

Wednesday, November 18, 2009

:: Kehendak Baru Sarra...

Wahhh...dah pandai meminta ker anakku ini? Apakah yang dia mahu? Stroller baru kah? Tilam baru kah? Baju baru kah? Ataupun mahu adik? Hehe... semuanya tiada sangkut paut! Akan tetapi, permintaan anakku ini agak lambat untuk aku fahami. Maafkan ummi ye nak, sungguh... ummi tak perasan akan kehendak kamu yang baru ini.

Hampir dua minggu Sarra 'berlainan' perangainya. Sejak pulang dari mandi-manda di Hot Springs, yakni kolam air panas... ada sesuatu yang cuba Sarra tunjukkan. Actually tidaklah dia menunjuk dengan tangan, tetapi dengan perasaan! Macam mana tuh? Setibanya kami di rumah sejurus pulang dari Tapah, Sarra mengamok sakan. Mulalah aku dan abang berfikiran, ''mase pergi Tapah, kembarnya; Nabila yang mengamok. Lani, servis sudah bertukar tangan kah?'' Sangat pelik! Takkan lah nak berjalan jer nak ooii.

Puas aku pujuk, puas abang kendong... tak juga mahu diam. Masuk buai, meronta-ronta marah. Diletakkan di tilam, dibaringkan... juga marah, protes tidak mahu! Ape lagik nak buat nih? Ditukarkan pampers kerana bimbang dah lencun, pun masih mengamok. Susu juga sudah diberi, dah 'burp' pun. Ape jer lagik yang tak kena nih? Nak berak ker? Tiba-tiba datang idea; dudukkan lah anak ini. Eh... senyap pulak! Ingatkan akan sambung kamok-kamoknya. Tapi tekaan aku meleset! Memang Sarra senyap bila didudukkan. La...mahu duduk ker sayang? Manelah ummi tahu. Maafkan ummi sekali lagi ye nak. Sungguh, ummi tak mengerti akan pemberontakan kamu itu. (aku dah mula terfikir, 'ada' yang mengekor ker kami pulang ke rumah dari highway? mintak dijauhkan...cukuplah pengalaman lalu!) Mujur, memang bukan sebab-musabab yang tidak baik. Andai Sarra pandai bercakap, pasti dia berkata; "Sarra nak dodok lah ummi. Ummi tak paham ker?" Huh...anakku Sarra...

ImageUmmi, Sarra kat sofa nih.
Tengah main-main dengan 'stobeyi'



ImageTido jap lah. Mantok pulak mate Sarra nih ummi


ImageSarra dah lentok ni hah, ummi tak nampak ker?

Belum lame mane Sarra dalam posisi duduk, aleh-aleh dah terlelap. Lahai... penat sangat ke nak? Kesian sangat aku tengok wajah Sarra mase dah tertido tuh. Syahdu, sayu, pilu, haru... semua ada. Kenapa pula? Entahla...emosi sang ibu, sering bertukarkan? Selesai cerita malam harinya. Esok, seperti biasa... Sarra ke sekolah; Ibu Daycare. Paginya, bagaikan tiada apa yang berlaku. Sarra riang, Sarra baik-baik saja moodnye. Aku fikir, mungkin dia terlalu penat berjalan... sebab tuh dia tak selesa untuk berbaring. Mahu duduk! Petang, belom sempat habis waktu kerja, aku menerima sms daripada ibu yang menjaga Sarra. Kata ibu, Sarra mengamok jer. Tidor tak mahu, dukung pun tak mahu. Kenapa jer nih? Aku cuba untuk pulang awal. Lepas jer Sarra dipelukan aku, dia masih lagik mengamok, menangis! Apalah yang sakit nih nak? Aku cuba dudukkan Sarra di rumah ibu. Ya Allah, senyap! Sikit tak berbunyik pun mulut die. Nangis tak, kamok-kamok pun tak. Senyum ade lah! Nak duduk lagik? Hmmm...ape-ape jelah nak. Asalkan selesa dan Sarra suke.

ImageMak Hencek, tutup mulutnya sikit, nanti masok lalat


ImageBest pulak landing dengan bear panda nih


ImageTido macam nih pun selesa yer

Pulang ke rumah macam biasa, ku sangkakan perubahan Sarra nih seketika. Tapi aku silap! Kehendaknya itu berterusan, bukan sehari-dua... tetapi sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ucapkan. Serius, aku tak pasti sama ada perubahan Sarra ini adalah permulaan sesuatu yang baik dan betul. Cuma aku bertafsiran sendiri; mungkin sudah tiba masanya Sarra mahukan keselesaan, mungkin sudah tiba masanya Sarra dah rasa penat terbaring, penat didukung dan mungkin juga Sarra dah mula melasak atau dah fed-up dengan satu posisi sahaja. Apa yang menggelikan hati aku, setiap kali anak ini didudukkan, setiap kali itulah Sarra akan terlelap. Tak sampai kiraan 5 minit pun, pasti dah terlena... hingga tersengguk-sengguk menahan kepala, hingga tersembam menahan muka. Alahai, comel sungguh anak ini.

ImageSarra dah nak tersembam nih ummi

Tidur malamnya juga nak posisi macam tuh. Mane boleh sayang? Sakit pulak pinggang tuh nanti. Setakat nak duduk relax, kire okeylah. Nih sampai tido mahu duduk! Haiyaaa... kesian pulak ummi rase. Memang ketara akan kehendak baru anakku ini. Semasa ke Gedangsa minggu lalu, aku cuba bertanya kepada kak Raw... benarkah akan perubahan Sarra ini? Kata kak Raw... ada kemungkinan Sarra dah letih dengan posisi baring, mungkin lega jika didudukan dan ini adalah perubahan bagi Sarra. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya Sarra mempunyai kehendak, sama seperti kanak-kanak lain. Bosan dengan 'keadaan' lama... tiba masa, Sarra juga mahu berubah. Alhamdulillah...ummi bersyukur, berkat kesabaran ummi, abi dan Sarra, 'maju setapak' juga anak ummi nih! Ummi sayang kamu nak!

ImageGaya tido malam anakku yang cukup selesa.
Tapi ummi dah bagaikan nak patah pinggang.

Tuesday, November 17, 2009

:: Kalau Ada Sumur Di Ladang...

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa dan bercuti-cuti lagik! Yeeeahhh...peribahasa nih amat sesuai untuk kenangan perjalanan percutian kami yang lalu. Ke mana jer? Hmmm...aku dan family Ina bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 6 Nov kira-kira jam 9 malam. Sampai di Tapah 12 malam, terus menuju ke tempat penginapan kami yang telah disediakan Rofaizal. Dah macam ala-ala cinderella lah pulok! Hehe...

ImageKali pertama bercuti dengan family blogger


ImagePenginapan kami yang super duper selesa

Penat jugak perjalanan terus-menerus dari ofis tuh! Tapi seronok... pertama kali aku dan abang serta anak tercinta berjalan sendirian, Alhamdulillah semuanya selamat. Agenda esoknya, 7 Nov... kami berempat; family aku, family Ina, family Rofaizal dan family Zali (yang datang kemudian selepas rawatan di Gedangsa) mahu ke Hot Springs Sungkai, Perak. Ape je yang menariks di Hot Springs nih? Huhhh... kat sini ade tempat mandi-manda. Kirenya berpicnic lah! Ada kolam air panas, kolam sejuk...semuanya dalam satu tempat! Tuh yang best tuh. Plus, niat kami berjalan ke sini adalah untuk anak-anak kami. Yelah, orang cakap... anak-anak macam Sarra, Nabila, Irfan dan Aiman memang elok direndamkan dengan air panas. (bunyik cam nak kene curah air panas menggelegak jer...hihi) Lama dah kami merancang percutian nih, akhirnya 7 dan 8 November adalah hari yang dipilih.

Sampai di tempat yang dirancang, memang ketaralah keterujaan kami semua! Belom masuk ke kolam, tengok sign board dah berkuak suke! Haha... dalam kereta, aku dan abang tak habis-habis bertanyakan pendapat masing-masing akan percutian nih. Soklan aku untuk abang: "Abang...abang hepi tak? Seronok tak?" Dan soklan abang untuk aku: "Cayang rase caner? Seronok tak?" Haha...tu lah ayat-ayat cinta kami dalam kereta, Sarra? Asek tersenyum memanjang! Sikit tak berdecit merungut! Haihhh...kalau berjalan hari-hari pon, aku rela! Haha...

ImageMasih dalam perjalanan


ImageAmbil angin sepoi-sepoi bahasa. Steadylah Aiman!

Setibanya di Hot Springs, memang dah tak sabar-sabar dah rasenya. Nabila yang pada mulanya merengek sakan di homestay, tiba di kolam air panas...menggeletek suke! Ajaibkan perasaan anak-anak. Irfan, asek kene buli dengan ayahnya. Aiman...die nih cool ajer. Sesekali mencebik, entah ape yang sedih tah. Dan Sarra? Mula-mula marah, pastuh dah makin syok dok kat kolam air panas tuh! Layan jerlah kerenah budak-budak nih. Dah puas berendam di kolam air panas, kami ke kolam air sejuk pulak. Kat sini, mak apak banyak melayan perasaan! Haha...sebabnya, anak-anak dah melepet kepenatan! Masing-masing nak tido. Tak tergambar keseronokannya...

ImageAlamilah sendiri kemeriahan di sini


ImageKeselesaan untuk si kecil itu penting


ImageSarra dah dapat rasa yang dia akan di'rendam'


ImageBeday boy on that day. Hepi belated birthday hubby


ImageSungguh indah


ImageTempat kami berteduh di Hot Springs


ImageHaha..anaknya tak gemar air sejuk, apa lagi?
Mak apak amek kesempatan laaa...

Pulang dari bermandi-manda jam 6 petang. Malamnya, ada dinner BBQ bersama-sama angkatan polis dan askar; yakni kawan-kawan Rofaizal. Memang dorang nih sume tersangatlah peramah dan baik. Tabik springgsssss kat dorang. Layanan, A++... high class! Hanya sejuta penghargaan yang mampu kami balas dan berikan. Tengah sebok menjamu selera, makan-makan...tetibe ade pulak beday surprise buat suomiku; Farid Hanif. Aku pun tak tau ade agenda nih dalam senarai. Hehe...tergamam, berubah gaklah muke encek suomi. Terima kasih sekali lagik buat Rofaizal. Abang cakap: "Inilah besday abang paling best!".... Eerrrr, kalau camni...tiap-tiap tahun beday abang kene gi vacation nih! Hehe...

ImageBBQ dinner dengan teman Rofaizal. Kami menghargainya

Berendam sudah, dinner pun sudah. Esoknya (8 Nov), semua mahu pulang ke teratak masing-masing. Sekejap sangat rasanya percutian nih. Apakandaya? Semua yang terlibat tak mengambil cuti tambahan. Tapi, sebelum balik...kami bertukar cadangan. Mahu ke Cameron Highlands. Ini kerana, aku dan yang lain terlihat akan sign bord ke Cameron yang ku kira tak berapa jauh dari rumah Rofaizal. Memang betul. Faizal cakap, lebih kurang sejam lebih dah boleh sampai ke Cameron. Waaahhh...menarik gailers nih. Aku memang dah lame mengidam mahu ke sini. Abang? Mahu juga. Abang jugak boleh dikatakan mengidam ke tempat ini. Yang lain, juga seakan mahu pergi. Puas kami mohon agar cuaca mengizinkan kami ke tanah tinggi itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan direstui Allah. Amin... Perasaan? Double happines lah! Berbunga-bunga riang bak bunga yang ada di Cameron tuh. Seronok sangat-sangat! Soklan yang same aku ajukan kat abang. "Seronok tak bang?" dan soklan yang same dilemparkan balik kat aku! Hehe...tak tahu macam mane nak gambarkan perasaan nih. Perjalanan agak fenin-fenin lalat, mencabar! Mujur tak terbelahak muntah. Ape pun, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya keletihan, kepenatan, ke-tensyenan masalah di pejabat terubat kat sini. Terima kasih sekali lagi untuk Rofaizal.

ImageFamily potret. Semoga terus 'berkeluarga'


ImageIbu-ibu bersama anak-anak tercinta


ImageKesayangan kami; Yasmin Nabila dan Alisya Qaireen


ImageMy everything


ImageMakan time


ImageMemang sedap...mahu lagi rasanya.
Nak ditapau, mau benyek jadinya


ImageUmmi, mama dan ibu


ImageCameron Highlands, yang terindah

Rasenya, banyak lagik kenangan dan cerita percutian aku yang mahu dipaterikan di blog ini. Akan tetapi, keterbatasan waktu dan kepenatan jari-jemari yang rancak menari menaip story, semakin sayup-sayup dan perlahan. Biarlah potret-potret yang diselitkan menceritakan segalanya. Apa pun, sekali lagi aku dan rakan yang lain mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih untuk kak Noni dan Rofaizal sekeluarga. Pasti akan ada trip kedua lepas nih. Harap-harap menjadi nyata.

ImageLastly, aku maseh tidak faham akan
mereka-mereka ini. Ape kesss?

** Terima kasih kepada teman-teman blogger akan perkenalan ini. Hanya tuhan yang mengerti hati kita sesama sendiri. Pada teman lain yang senasib dengan aku, salam perkenalan aku hulurkan. Semoga kita tabah dan terus tabah menghadapi ujian Allah. Amin... (Alhamdulillah.... Sarra ade perubahan baru, tapi agak pelik...akan upload nanti)

Sunday, November 01, 2009

:: Berkongsi Kasih...

ImageImageKesayangan ummi

Macam adik-beradik tak? Haha... serius, tak tergambar perasaan nih setiap kali melihat Alisya dan Aleesa bersama. Aku sememangnya teramat-amat menyayangi dua insan kecil ini. Sejak dari dalam perut, mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama. Malah, bentuk kelahiran juga hampir sama. Daripada segi kesakitan yang mak-mak budak ini alami ketika hendak melahirkan mereka; yakni kembar darah, sampailah keluarnya dua budak cenot nih; kaedah vakum. (cuma nasib mereka berlainan...) Mungkin kerana itulah yang membuatkan dua 'beradik' ini umpama belangkas, tak boleh lekang andai ada masa yang terluang. (aku dan abang juga tak ketinggalan nak melepak dengan mama dan papa Dania...hehe!). Ummi sayang Alisya dan Aleesa. Ida, terima kasih sebab membenarkan aku dan Sengih 'berkongsi kasih' dengan anak kamu. Hanya Allah yang maha memahami akan hati ini tatkala melihat reaksi Sarra apabila bertemu Dania. Walaupun pada zahirnya Sarra tidak menunjukkan apa-apa tanda, namun ummi mengerti akan perasaan Sarra tiap kali bersama Dania. Untuk Dania, terima kasih sayang sebab memberi ummi dan abi serta Sarra ruang untuk bermanja. Ummi hargainya!

Image
ImageAnak-anak kecil yang menggoncangkan
hati ummi, mama, abi dan papa...luv u!

** Sebenarnya, hati kecil aku... hati nurani aku sebagai seorang ibu sedang membuak-buak untuk 'memberikan' Sarra adik. Ini kerana aku banyak terbaca akan keberkesanan kepada anak istimewa andainya mereka ini diberikan adik secepat mungkin. Akan tetapi, aku juga risau... risau andai aku tidak mampu memberikan layanan, tumpuan yang sama pada anak-anak nanti. Aku juga mula tertanya, mampukah aku menguruskan rumahtangga yang semakin mencabar apabila diserikan dengan anak-anak yang ramai dan anak seperti Sarra yang memerlukan perhatian yang lebih? Aku risau andai Sarra akan berkecil hati nanti. Huhhh... mencabarkan? Persoalan yang tak terjawab selagi tak mencuba, tetapi untuk mencuba... banyak pula persoalannya.......

Monday, October 26, 2009

:: Penghujung Syawal...

Dah berminggu pun berlalu perginya Syawal 1430H. Namun, aku naklah jugak mengabadikan kenangan di hujung Syawal ini. Ceritanya, secara mengejut, waris keluarga arwah nendaku di sebelah emak mengadakan jamuan @ gathering kecil-kecilan, simple-simplelan ajer. (ade ke ini ayat dalam kamus ha?...blasah jerlah!) So, kami yang menetap di kolumpo, yang dok di luar daerah Melaka, diminta memberikan kerjasama agar dapat meluangkan masa, pulang ke kampung halaman menjenguk saudara-mara. Iyolah... perintah yang dah ditetapkan ini haruslah dituruti. (disebabkan agenda inilah, anakku ponteng ke gedangsa lagik!...kene marah dengan abi die..huhuuu)

Image
Anakku 'dikerjakan' sampai dah jadi Mak Jenab
setibanya di rumah Nek Cha



ImageErrrr...adik Sarra kah ini?


ImageAik...abi Sarra pulak yang dukung?
Sape nih... anak no 2 kah? Jeng..jeng..jeng!



ImageQisya Qairina lah...cucu ku itu

Pendek cerita, tanggal 17 Oktober yang lepas...bersamaan 28 Syawal, telah tercetusnya majlis yang serba ringkas tetapi meriah, di perkarangan rumah Puan Hapsah iaitu emakku dan rumah Pak Uteh. Biasalah, majlis macam nih motifnya adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan sillaturrahim sesama kita; yakni waris nenda Nyoya dan nenda Abdul Kadir. Kiranya ramailah jugak sanak-saudara yang dekat, yang jauh balik ke desa semata-mata nak memeriahkan lagik acara nih! Pertama kali majlis sebegini diadakan... banyaklah salah-silapnya. Adatlah tuh!

ImageAntara kemeriahan yang dirasai


ImageSepupu sepipi segebu segigi...haha

Macam mana nak digambarkan keseronokan itu, lu pikirlah sendiri! Haha...taklah, memang best! Nak-nak pulak, salah seorang daripada bapa saudara aku; Pak Ya... mencadangkan agar diadakan sesi pertukaran hadiah, cabutan bertuah. Saje nak mewarna-warnikan majlis. Memang penuh suspen dan penuh gelak tawa. Sebabnya, aku adalah antara yang malang sebab dapat hadiah daripada kakakku sendiri; yang mana hadiah tuh aku sendiri tolong balutkan! Kalau best, takpe jugak...nih dapat topi. Siap ade lambang Gemilang 2001!!! Mentang-mentang keje dengan Majlis Sukan Negara. Ape kejadahnyer aku nak buat dengan topi tuh? Hahahaha... naik pecah perut aku, kakak dan abang yang lain gelak masa kejadian! Tak boleh bla langsung dengan gift yang aku dapat!!! (To my sis; Kak Liza, next year pastikan hadiah dari akak grand giler yer! Kalau brani, bagilah Grand Livina!) Ada yang dapat hadiah jam lah, hadiah kain pelekat lah, t-shirt lah, batu tumbuk lah, carpet dan ade jugak yang dapat hadiah sabun basuh baju brand Daia! Haha... Bagus gak kalau aku yang dapat, jimat! Tak payah susah-susah nak beli sabun untuk sebulan! Hehe...lawaklah! Tak kesahlah ape pun yang kami dapat, yang penting misi utama majlis tuh adalah untuk hepi-hepi! Tak ketinggalan, kami turut meraikan hari ulangtahun kelahiran Pak Busu kami (adik emak), yakni seorang insan yang juga istimewa. Lahirnya sempurna, di pertengahan....tiada siapa boleh menduga takdir Allah! Dendangan lagu 'Namunku Punya Hati' dari abang aku untuk Pak Busu, teramatlah menyentuh jiwa dan emosi! Lebih-lebih lagi aku, sangat-sangat terasa akan bait-bait lagu tuh. Hati seorang ibu, harus ditabahkan jua. Kene kuat..kene kering!

ImageSesi cabutan no yang tak berapa nak bertuah


ImageYang diraikan - Pak Busu ku

Macam tulah al-kisahnya gathering yang abang tak berapa nak paham konsepnya. Haha... ape-ape jelah! Memanglah dah 'lari' sikit temanya, tapi takpelah. Kali pertama menganjurkan majlis macam nih. Pasti banyak kekurangan. Learn by mistake lah yer... Yang penting, kite enjoy! Mujurlah anakku Sarra tak meragam masa tuh. Kalau tak, ummi terperap jerlah kat rumah Nek Cha. Sarra sekarang dah jauh beza dengan Sarra dulu. Dia hanya akan meragam bila gigi or gusinya berdenyut sakit, perutnya mengulas-ngulas nak berak dan jika dia diserang demam! Kalau penyakit 3 serangkai nih tak ade dalam diri Sarra, insyaAllah...baiklah anak aku tuh. Magikkan? Ape pun, ummi sayang Sarra. Sayang sangat!

ImageMood Sarra yang baik, nak tido buai malam tuh

Isninnya, aku sambung cuti deepavali. Aku tak sambut yer! Hehe... cuma cuti nih dah diberi, takkan nak tolak pulak kan? Seharian di rumah, sebabnya abang dan kakak iparku menumpang bermalam barang semalam di teratak ku, kerana anaknya akan menghadiri konvo di UiTM Shah Alam. Teringat akan ketika aku di-konvokan. Gumbira, tragis, sadis...macam-macam perasaan ade! Yelah, 4 tahun bergelumang dengan kertas dan artwork. Bayarannya - konvo lah! Lani, giliran anak buah aku pula. Tahniah yer Angah Fifi!

ImageAngah Fifi 'dikonvokan' (ngah..mokcu pinjam curi pix yer..tq)

Petangnya, sempat lagik kami berjalan sakan. Kate cuti...ape lagi? Panjanglah kaki nih melangkah. Abi Sarra keje, tak ade cuti. Sarra? Mood ade sikit tak baek, sebab perut tak bape nak best. Tapi sampai jugak kami di Ikea. Mane lagik tempat yang best nak pergi? Haha... Adalah hal yang kurang enak berlaku di sini. Biaselah, cerita yang sama setiap kali kami keluar berjalan di khalayak ramai. Mata manusia kan? Mane bisa aku nak pegi tutupkan? Kalau diberi peluang untuk digodok, aku nak sangat! Tak cukup dengan ekoran mata, disusuli pula dengan kata-kata. Om melayu kita pulak tuh! Bukan sorang dua, tapi ramailah jugak! Nape? Adakah aku yang berprasangka buruk? Atau tak puas hati ker dengan keadaan Sarra? Kalau nak tahu sangat pasal Sarra, aku dengan besar hati akan bagitahu, itupun kalau ditanya dengan ikhlas! Kalau tanya setakat nak menyibok, baik ko blah! (garang gak dak Ita nih kalau dah sampai tahapnye!) Dan, ape yang menarik aku nak cerita, 'bangsa lain' ade jugak merenung ke arah Sarra. Aku dah mula buat tak peduli, tapi akhirnya 'bangsa lain' itu senyum dengan aku. Apa makna senyuman itu, wallahualam! Yang aku pasti, senyuman dia ikhlas! Boleh nampakkan mentaliti om sekarang? Boleh nampakkan perbezaan yang besar? Hmmmmmm.......what ever! Malas nak pikir....

ImageJalan-jalan carik pasal @ Ikea...Sarra dah mengamok!
Ummi dah kusut-masai


Benar kata orang, kita jangan terlalu gembira kerana dalam tawa ada duka. Dalam mood yang masih gembira, aleh-aleh aku dapat berita dari mentuaku, Mak Ton... menyatakan ayahandaku telah dimasukkan ke hospital, akibat ketidaklawasan pembuangan air kencing. Dah suspek kene batu karang jer... tapi rupanya, dokte mengesahkan ini semua akibat dari kesan pengambilan ubat m*****n yang agak banyak dan drastik! Entahla, dokte pun satu hal...dah tau ubat tuh memang akan meninggalkan kesan teruk, kenape mesti bagi kat pesakit yang mengharapkan sembuh! Nih tidak, lagik parah ayah mentuaku ituh. Harapkan sembuh satu penyakit, datang pulak sakit yang lain! Ape citer tuh? Kesian sangat kat ayah, kene tanggung sakit yang tak diduga nih! Bende dah nak jadik...mujurlah dokte nak beri ubat yang lain. Harapnyer tak adelah side effect ubat yang baru nih! Amin!

ImageAyah mentuaku masih di hospital, doakan cepat sembuh yer

Macam tulah cerita-ceriti ku di akhir Syawal 1430H nih. Harapnya, Syawal yang akan datang, penuh dengan 1001 cerita menarik, penuh dengan keriangan dan penuh dengan keberkatan. Itupun entahkan ada umur atau tidak pada Aidilfitri 2010. Doakan saja...

** Hujung minggu yang seronok. Belum ade mase nak hapdet seterusnya...memang lampi lah ummi nih!