Selamat hari raya..





Salam..selamat hari raya aku ucapkan kepada semua yang mengenali diriku,sepuluh jari+sepuluh jari kaki ku susun mohon maaf andai ada tersilap atau terkasar bahasa,halalkan segala makan minum ku..bagi yang kawan-kawan perempuan aku,aku minta maaf andai aku melawak cara kasar,atau bahasa seperti orang barbarian dan bergurau macam korang semua budak lelaki..minta maaf yer..bagi kawan-kawan lelaki aku,aku minta maaf andai korang ajak aku keluar melepak kuar main red alert aku x dapat kuar,memang hobi aku melepak dirumah,harap korang maafkan,rasanya setiap kali raya,tak pernah pun dapat jumpa korang semua,mesti balik kampung lepas sembahyang raya,harap dapat jumpa korang semua nanti,InsyaAllah

Rasanya raya kali ini suram sangat..aku rindu dekat ayah aku,bukan xnak balik berbuka puasa di rumah,tapi aku sedih bila kenangkan setiap kali nak berbuka puasa tahun lepas,ayah aku akan balik dari kerja dengan sebiji air kelapa yang dibeli,tak kan lupa dekat aku..takut terburai air mata aku bila berbuka di rumah nanti..kali ini aku kena ambil alih sebagai ketua keluarga,walaupun aku jarang bermanja-manja dengan keluarga aku,tapi aku tetap sayang diorang lebih dari segalanya.Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa ibu dan ayahku,jauhkanlah diri mereka dari azab api nerakamu dan seksaaan kuburMu,tempatkanlah diri mereka bersama dengan orang yang soleh dan mukmin,Sesungguhnya dia telah menjalankan tanggungjawab dirinya sebagai seorang ayah,seorang hamba dan tanggungjawab terhadap makhluk-makhlukMu ya Allah..Doaku setiap kali sujud ku pada Mu ya Allah

Takutnya nak balik beraya..takut nak tengok muka emak aku,adakah aku akan tabah hari raya pertama nanti?


Selamat hari raya..ayah,izat rindu ayah..

The world is spinning faster

Salam

Dunia berputar-putar dengan laju sampaikan dulu kita masih lagi boleh jangkakan apa yg akan terjadi lagi 5 atau 10 tahun akan datang,tapi sekarang beza hanya 2 tahun,akal sudah tidak mampu lagi memikirkan apa yang akan berlaku pada kita,luangkan masa untuk melihat video research dunia internet yang tiada batasan



p/s: ayat skema jer..kepoyoan terserlah,harap maaf..hahaha

Minta derma encik

"Encik minta derma encik untuk pesakit mental yang baru keluar dari wad mental,dia memerlukan pertolongan daripada saudara seperti encik untuk memulakan hidup baru di dunia luar tanpa saudara mara yang lain " kata-kata dari seorang pakcik yang datang kepada aku semasa aku on the way nak balik dari kelas,dia datang sambil menghulurkan tangan,agak berbau sedikit,tapi aku tahan,maybe bulan puasa kot,agaknya dia panggil aku encik sebab aku pakai blazer bmw yang aku beli dekat danau kota tu,hahahaha

Aku asyik mendengarkan kepetahan pak cik nie bercakap,ala2 berpakaian seperti salesman dan petah sgt berkata-kata,aku bertanya "nie untuk siapa pakcik duit yang nak didermakan nie?"sambil aku menyeluk nyeluk kocek,nak bukak wallet segan,dalam tu ada sekeping jer RM50,baru draw tadi,xkan nak cakap aku bagi seringgit minta balik baki rm49.00,macam kejam jer,itupun klu dia ada tukar duit kecil lar,hahaha

Sambil menghulurkan kad pesakit mental untuk membuktikan yang pakcik nie tak tipu aku,aku tak kisah tipu ke tidak,aku tetap bagi walau sedikit,itu hal dia dengan tuhan kalau dia tipu aku,aku pun belek2 kad pesakit tu..aik..apasal macam familiar jer muka dia nie..aku tgk kad,aku tgk pakcik tu,tgk kad..tgk pakcik tu..aku tanya.."pak cik,saper dalam kad ni"..slumber pakcik tu jawab "Tu saya ler encik"..aduyai...petah betul pakcik nie bercakap,syg sakit mental,tidak boleh jadi salesman..aku hulurkan duit dan salam dengan pakcik tu,sambil dia pun tersenyum,rezeki bulan ramadhan.

p/s: cam best jer nak minta derma untuk diri sendiri..kena praktikan nie,tapi selalunya bukan jadi duit derma,jadi hutang yang bertimbun-timbun,pening-pening

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com