Mahumu

Imam Ibn al-qayyim said: “Whoever increases in worries and sadness must recite: “lā hawla wa lā quwwata illa billāh” (There is no power and no strength except with Allaah)

لا حول و لا قوة إلا بالله
💌

Be clear and understand your own feeling before looking for someone’s help . Do not expect high that someone will understand u as u wish. No one will … except The One Who Create that feeling . .

What worries mean?
What sad mean?

And who Is The Best Listener?
And who is The Best problem solver?

Here some note , Catatan Ibrah Dr. Sholihah

Takut – penyakit hati yang memprediksi sesuatu yang buruk akan berlaku dimasa hadapan.

Sedih – sesuatu yang menimpa di masa lalu yang di kenang2 dan berjaya dibawa ke masa sekarang.

Resah gelisa – ada dua kombinasi kategori di atas (sedih + takut)

Dapat sesuatu?

Korbankan ‘Ismail’mu

Image

Alhamdulillah . Mujahidah kecil ini terpilih melaksanakan misi . Ya misi besar . Hee

Ibu bapa mana yang tidak merasa berat melepaskan anaknya pergi di usia sekecil ini . Berjauhan walau sementara sudah menggigit rasa . Buat kali pertama berjauhan dalam tempoh yang agak lama. Berjuta persoalan yang menghadirkan kerisauan & keangkuhan . Adakah dia akan baik baik saja disana? Dia anakku , aku berhak ke atasnya . Tiada siapa yang boleh mengatur perjalanan hidupnya melainkan aku .

Soalan Seperti orang tidak yakin dengan Allah Al-Malik bukan? Sedangkan langit dan bumi seluruh isinya adalah kerajaan Allah Al Malik , dan Dia berhak mentadbir seluruh isi kerajaanNya. Dia Al Alim Yang Maha Mengetahui takdir yang lepas , hari ini dan yang akan datang. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba hambaNya. Kita lupa dan sering mengambil alih tugas Allah . Kita sering melatah bila di uji dengan sesuatu yang kita sendiri malas mahu menggali hikmahnya kerna tabiat manusia yang bertentangan dengan sifat Allah dimana kita perlu didik & memarhalakan Asmaul Husna sebagai kanta pembesar dalam meneropong sesuatu hikmah.

Hanya berbekalkan doa dan bisikan syahadah mengiringimu ananda .

“Qul amantubillahi ssummastaqim”

katakanlah bahawa kamu beriman kepada Allah dan katakanlah agar kamu istiqomah dalam melaksanakan perintah Allah .

Qurrata a’yun , penyejuk mata . .

Title ini bukan dari soleh & solehnya ibu bapa bahkan tidak ada unsur nilai yang boleh ditukar ganti .

Anak adalah 1 Rahmat & anugerah yang besar bagi hamba hamba Allah yang Allah kehendaki termasuk aku dan suami . Maka bersyukurlah ummi wa abi dengan kehadiran anak anak yang Allah pinjamkan sebagai Qurrata A’yun.. Tidak semua orang dipilih dengan anugerah ini.

Dengan bermodalkan doa Nabi Ibrahim a.s dalam proses menanti kehadiranmu sewaktu dulu . Kini Allah menyulamkan Ibrah disebalik takdir dari Nya . Indah dan tepat pada waktunya. Maha Suci Allah .

Menelusuri tadabbur ayat Surah Assoffat & sepotong doa keramat yang membawa anak cucu Ibrahim menjadi orang orang soleh..

Robbi habli minassolihin

“Ya Tuhanku , anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh”

“Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik ”

“Sungguh dia termasuk hamba hamba kami yang beriman”

Subhanallah .

Jika kesolehan Nabi Ibrahim sanggup berserah apa sahaja demi membenarkan & mentaati perintah Rabbnya maka apa lagi yang aku mampu contohi melainkan menunaikan hak hak Al Qur’an dan membenarkan isi kandungannya sebagai hamba yang beriman?masih ingat rukun iman?

Nabi Ibrahim.. Mempersembahkan anak yang di cintainya sebagai korban yang bertahun lama di nantikan dan doa doakan dengan sepotong doa diatas demi menyahut perintah Allah .

Lalu , dimana pengorbanan kita sebagai ummi & abah yang turut mendoa doakan anak dengan potongan doa Nabi Ibrahim as itu?

Maryam At-Tohirah , penyejuk hati . .

Di usia sekecil ini Misi pertamamu sebagai Qurrata a’yun , menebar mahabbah menyejukkan hati dan menjadi ikutan bagi orang orang yang mahu beriman. Misi kedua, menyambung silaturhim dan ananda diantara cicit pertama yang menziarahi moyangmu nak . Dan misi terbesarnya adalah mencetak ibrah untuk ummi & abah sebagai persembahan di bulan penuh ibrah ini .

Maka semoga Allah melapangkan hatimu ananda . Semoga engkau tergolong anak yang soleh dan sabar . Menatijahkan engkau sebagai ‘Ismail’ku dengan redha melepaskanmu pergi , semoga dengan redha ummi & abah , Allah turut meredhai mu dunia akhirat beserta orang orang disekelilingmu ananda.

Korban ini tidak mempersembahkan darah yang mengalir , hanya sekadar menyembelih ke’aku’an dalam diri .

Muhammad Ammar

Image

Genap sudah setahun umurmu ananda Muhammad Ammar .

Setahun lalu . . Allah titip kekuatan menjejakkan ananda Ammar ke Dunia . Usiamu awal 2 minggu dari jangkaan.

Jumaat 16 Ramadhan 1439H, 1 Jun 2018 12.25 Am seberat 3.5 kg , maka terlakar sejarah riwayatmu bermula Ananda .

Bertambah amanah tanggung & kejujuran jawaban buat ummi & abah .

Bertambah lubuk pahala buat ummi abah.

Bertambah tarbiah & ibrah buat ummi & abah .

Alhamdulillah Ya Allah , Hadiah & pinjaman ini begitu berharga .

Terima kasih ananda untuk kekuatan & berjuta Rahmat Allah kirim yang datang bersamamu .

Subhanallah , alhamdulillah , wa lailaha illallah , Allahu akhbar .

Tadabbur Asmaullah Al-Husna dalam konteks Baitul Muslim

بيسم الله ارهماني ا رهيم

Alhamdulillah.. Kali ini entry cukup bertenaga.. saya cuba kongsikan ringkasan ilmu dikauk dari seorang yang Sholihah insyaAllah , saya cukup terkesan dengan penyampaian beliau , teratur penyampaiannya dan mudah difahami secara praktikalnya .

Dalam entry ini saya cuba bekukan disini , kerna pesan ustazah.. Antara salah satu untuk mengingat sesuatu adalah dengan menulisnya semula diluar waktu belajar/kuliah..

Alhamdulillah hasil apa yg Allah beri faham beberapa hari yang lepas semoga dapat di ingati & diamalkan sampai bila bila. ustazah bernama Dr Sholihah Kaswari semoga mengalir pahalanya. امين

Kita sering mendengar & membaca ,

“Siapa yang mengenal dirinya , maka dia akan mengenal Tuhannya . “

Lalu siapa kita?

Dan apa kaitan dengan Tuhan kita? Yakni Allah?

Mengapa kita perlu mengenal nama² Allah?

Baiklah mari kita telusuri satu persatu..

Siapa kita?

Tabiat manusia yang dinyatakan dalam al- Qur’an itu . .

  • Manusia yang ajula , tergesa gesa.
  • Manusia yang yausa , mudah berputus asa.
  • Manusia yang manu’a , bakhil
  • Manusia yang jazu’ah , mengeluh
  • Manusia yang jahula , jahil
  • Manusia yang zholuma, zalim
  • Manusia yang kasyura , kufur nikmat

Tidak perlu mengkaji terlalu jauh melihat tabiat itu dalam diri orang lain , lihat dalam diri sendiri , koreksi .. Pasti ada tersenarai tabiat di atas . Kerna itu sudah asal kita yang bernama manusia yang berbagai tabiatnya.

Jika tabiat tabiat manusia lebih banyak cenderung ke arah negatif kerana mengikut hawa nafsu . Maka Allah mempunyai sifat yang bertentangan dangan manusia .

Sifat-sifat Allah

  • Al Halim , Yang perlahan/Penyantun
  • Al Baith , Yang Bergerak/bangkit
  • Al Kareem , Yang Maha melimpahkan banyak nikmat.
  • Al Qowie , Yang Maha Kuat
  • Al Alim , Yang Maha Mengetahui
  • Al Adl , Yang Maha Adil
  • As Syakura , Yang Maha Bersyukur

Secara ringkasnya . . Manusia itu terlalu banyak tabiat buruknya dan cara mendidik tabiat buruk itu adalah dengan cara mencontohi dan mengaplikasikan nama nama Allah beserta sifat sifat Rabb itu sendiri dalam kehidupan seharian .

Untuk lebih mudah memahami.. Tabiat itu dapat di didik dengan mencontohi sifat sifat Allah.. Lalu tabiat buruk itu akan perlahan lahan berubah menjadi lebih baik dan hasil yang baik itu dinamakan Akhlak .

Mengaplikasikan Sifat sifat Allah dalam kehidupan seharian tanpa berfikir panjang . Tanpa berkira kira . Oleh kerna itu dinamakan.. Akhlak itu respon spontan seorang mukmin .

Konsepnya mudah bukan?

Jika konsep ini diterapkan dalam konteks Baitul muslim maka masing masing berperanan membina sebuah institusi yang lebih berkualiti .

Nama Allah Ar-Rahman

Dalam konteks baitul muslim.. Sering kita di war warkan dengan hadis tahadhu tahabu . . Berhadiah hadiahlah kamu kerna itu akan mengikat kasih antara si pemberi dan penerima . Bagaimana meneladani hikmah Ar Rahman dalam memberi? Jadilah wanita yang rahimah . .. Ada rahmah dalam perbuatannya .

Apa itu rahmah atau rahmat? Rahmat itu pemberian Allah yg meliputi seluruh makhluknya yg beriman mahupun yg tidak beriman .

Rahmat ada 2 . Rahmat yg zahir dan rahmat yg batin . Seperti Rahmat mata yg Allah beri pada kita . . Yg kafir pun ada mata yg muslim pun ada mata , lalu bagaimana kita membezakan Rahmat yg batin dan zahir itu?

Zahir yg hanya nampak tapi tidak menyedari siapa pemberi disebalik mata itu . Rahmat Zahir hanya menggunakan mata seperti biasa memandang apa sahaja yg zahir . Manakala Rahmat batin ygmelihat dengan mata hati , menghadirkan pemilik mata dan apa yg dipandang itu denagn membesarkan Sang pemberi mata itu .

Itu baru 1 nikmat atau rahmat yg kita kagumi . . Belum lagi kejadian kita sepenuhnya dan alam semesta ini . Betapa besar Allah yg menciptakan segala sesuatu . Subhanallah .

Maka nikmat Tuhanmu manakah yg hendak kau dustakan?

Diam

Memilih untuk tidak peduli bukan kerja yang mudah ..

Memerlukan dinding hati yang tebal dan kukuh. Namun ada hati yang belum seteguh itu untuk tidak peduli.

Akan ku cuba .

Berdiam untuk melepasi syarat agar sampai ke batas bahawa ‘kau bukan siapa siapa’ melainkan lubuk pengajaran Al-Bari‘ sudah bentangkan.

Berdiam adalah profesi terbaik yg aku ada.

Semoga aku terlepas dari syarat itu .

Hujan

Hujan yang saban hari di nanti , akhirnya tumpah .

Dia masih menari nari dibawa simbahan jernih . . Dingin meresap . Baginya biarlah Sang Pengirim hujan itu bebas memerhatinya.

Hingga tidak dihiraukan lagi mata lain berbicara , kerna cukup hujan itu mengubati rindunya yang sekian lama membungkam .

Mindanya yang kelabu perlahan lahan mengubah corak . Corak yang semakin terarah .

Hei Hujan , terima kasih untuk tiap cerita kau sejukkan dan untuk tiap tiap warna yang kau segarkan.

Bacalah dengan Nama Tuhanmu 

“Qad aflaha man zakkaha , wa qad khaba man dassaha” QS(Ash-Shams:9,10)

Ash-Shams:9 – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Ash-Shams:10 – Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

10 days left . .  Mari sama sama bebaskan diri !

*اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا*
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbu ‘afwa fa’fu anna”

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau mencintai orang yang memohon kemaafan, maka maafkan aku..

Design a site like this with WordPress.com
Get started