WEEK 12/ PRESENTATION, FINAL CLASS

Tanpa ku sedari air mata ku mengalir….maka berakhirlah sudah perjuangan kami dalam subjek seni teknologi bersama Dr. Wani. Pada minggu ini kami mempersembahkan karya kami yang bersaiz 1×1 kaki berkaitan Taksonomi Bloom. Kumpulan saya mempersembahkan karya still life water colour painting atas kertas. Kami berjaya mempersembahkan karya kami dan mengaitkan dengan Taksonomi bloom. Maka berakhirlah tugasan kami sepanjang semester bersama Dr.Wani dan rakan rakan.

Image

WEEK 11/ REFELECTION (WIX.COM AND QRCODE MONKEY)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ini refleksi berkaitan Blog Wix.com dimana fungsinya menyediakan template-template seperti Resume, CV, dan sebagainya. Kami diminta untuk membuat satu resume berkaitan dengan diri sendiri sebagai keperluan tugasan mingguan.

Manakala QRcode Monkey pula https://www.qrcode-monkey.com/  merupakan perisian pembuatan qrcode untuk memudahkan segala akses jaringan. Sebagai contoh selain penggunaan link untuk berkongsi video di laman youtube, Penggunaan Qrcode juga telah menjadi trending dan dapat memudahkan capaian ke laman-laman sosial. Maka dengan ajaran pensyarah dapat memberikan sesuatu yang baharu kepada kami dengan hanya menggunakan Qrcode sebagai jalan lain selain penggunaan link yang tampak lebih rumit.

WEEK 10/ (PLICKERS, RUBISTAR, TAKSONOMI BLOOM VOL 2)

Plickers merupakan perisian dimana dapat membantu guru mengumpul data tahap pemahaman pelajar. alat ini sangat membantu guru membuat kesimpulan dan penilaian tanpa menggunakan pensel dan kertas seperti cara lama. Sudah pasti guru abad ke-21 perlu memperbanyakkan dan memanfaatkan teknologi seperti ini supaya kerja menjadi mudah dan guru boleh fokus untuk menhajar pelajar dengan lebih berkesan dan efektif. Guru juga boleh berinteraksi dengan pelajar dengan memberikan arahan melalui perisian ini. https://get.plickers.com

Image

Rubistar juga merupakan satu perisian yang dapat membantu guru dalam menilai, mengumpul data dan sebagainya. Uniknya perisiannya dipersembahkan melalui bentuk jadual/table. Hal ini dapat menyenangkan kerja guru untuk menganalisis sesuatu data dan maklumat.

WEEK 9/ REFLECTION (MENTI.COM, QUIZIZZ.COM, WEELDECIDE.COM, TAKSONOMI BLOMM )

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu ini saya akan ceritakan serba sedikit tentang 4 perkara diatas dimana telah diajar oleh kami.

Image

Mentimeter merupakan satu perisian dimana guru dan pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran abad ke-21. Pelajar dapat berkongsi pendapat dan buah fkiran melalui telefon pintar mereka dan respon mereka akan ditayangkan melalui LCD atau projector di dalam kelas. Maka pelajar dapat memberikan idea tanpa rasa segan. Selain itu, Mentimeter juga boleh dijadikan permainan dalam bilik darjah. Sila tekan link https://www.mentimeter.com/  untuk menerokai perisian ini.

Perisian Quizizz pula merupakan perisisan dimana guru dan pelajar boleh berinteraksi melalui kuiz. Guru akan memberikan soalan melalui perisian ini dan pelajar akan menjawab soalan kuiz melalui telefon pintar mereka. Perisian ini seakan sama seperti Kahoot dimana fungsinya masih sama. Sila tekan link https://quizizz.com/join  untuk menerokai perisian ini.

Weeldecide pula merupakan perisian bagi menetukan kedudukan, giliran untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh guru boleh memanggil pelajar untuk melakukan sesuatu untuk tujuan pembelajaran sebagai penentu giliran dan sebagainya. Ini memudahkan guru untuk memanggil pelajar yang dikehendakinya secara adil. Guru hanya perlu meletakkan nama pelajar dan sistem perisian akan menentukan giliran dengan hanya satu klik. Sila tekan link https://wheeldecide.com/ untuk menerokai perisian ini.

Seterusnya adalah Taksonomi Bloom dimana kami diberi tugasan baru untuk menghasilkan karya bersaiz 1×1 kaki berdasarkan Taksonomi bloom yang telah diberikan. Tajuk dan tema telah diberikan dan kami perlu menghasilkan karya tersebut dan mempersembahkannya untuk kuliah akan datang.

WEEK8/ SCRATCH GAME

Image

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada minggu 8, kami diajar cara membuat game melalui software SCRATCH ini. Saya sendiri bergitu teruja membuat permainan ini kerana ini merupakan perkara yang baru. Tahap kesusahan dalam membikin permainan ini bergitu mencabar sekali. Kami diajar cara menngerakkan karakter, meletakkan suara latar, pemarkahan dan sebagainya bagi menjayakan permainan ini. Hasilnya sangat menajubkan. Terima Kasih.

WEEK 6/ SCRATCH

Scratch merupakan satu perisian pembuatan permainan offline. Kami diajar untuk membikin satu permainan dengan menggunakan software scratch. Perisian ini sangat seronok deterokai kerana kita berupaya untuk mencipta peraturan didalam permainan tersebut. Saya juga dapat memilih karakter yang kami inginkan dan meletakkan markah kepada pemenang pemenang yang memainkan permainan tersebut. Sangat menyeronokkan apabila dapat bermain dengan permainan yang dihasilkan sendiri.

Seperti biasa penciptaan permainan sangat sukar dipelajari. Kami sedar akan kesukaran pakar pakar pembuatan game di luar sana dimana tahap kesukarannya yang sangat mencabar untuk pembikinan perminan secara atas talian atau pun secara offline. Maka dengan teknik ini sedikit sebanyak dapat mengajar murid murid untuk mengenali dunia pembikinan permainan digital ini apabila saya akan bergelar guru kelak.

WEEK5/ BLENDED LEARNING

Pada minggu ke 5, kelas dibatalkan kerana pensyarah mempunyai hal lain yang tak dapat dielakkan. Maka beliau membuka tapak forum di Myguru untuk menggantikan kelas pada waktu tersebut. Semua pelajar melakukan forum tersebut dengan menjawab soalan yang diberikan pensyarah.

WEEK 4/ DIGITAL ANIMATION

Digital Animation ini merupakan perkara baharu bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah mencuba untuk menghasilkan tipografi yang bergerak. Saya sunggu seronok dapat mempelajari perkara baru dan hasilnya sangat mengaggumkan saya. saya boleh menggunakan tipografi ini dalam blog persendirian saya supaya tampak lebih menarik dan cantik.

Masalah dalam pembikinan digital animation ini adalah sukar untuk memahami prosedur dan langkah pembuatannya yang rumit. Agak memeningkan jika tidak menerokai perisian yang digubakan.

Alhamdullah segala masalah dapat diatasi berkat usaha saya sendiri dan tunjuk ajar pensyarah yang akhirnya digital animation ini berjaya dihasilkan.

Image

WEEK 1/ PERBEZAAN ANTARA DIGITAL ART DAN SENI GRAFIK

Seni digital merupakan seni yang menggunakan teknologi komputer. Seni digital juga dihasilkan dengan menggunakan media baru dan dikendalikan secara moden. Seni ini dijana sepenuhnya menggunakan perisisan komputer. Antara perisian yang biasa digunakan oleh artis komputer adalah Adope Photoshop, Adope Premier Pro, Adope ilustrater dan sebagainya.

Seni grafik pula ialah gambaran bukan fotografi bersifat 2 dimensi. Grafik juga meliputi lukisan, catan, carta, graf, dan juga kartun. Fungsi utama seni grafik ini adalah untuk menyampaikan mesej secara ringkas , lebih jelas dan meliputi gambar, tipografi, logo dan lain lain. Kebiasaanya pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.