
Info Kami
Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan
Jata Kami
Jata UKM diilham dan direka oleh Mohd. Aris bin Atan dan dipersetujui oleh YAB Tun Abdul Razak, Canselor pertama UKM yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Jata ini telah digunakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1973.
Jata ini kemudiannya dikemaskini dan direka semula supaya selari dengan kehendak semasa kini. Ia seterusnya dirasmikan oleh DYMM Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Canselor UKM pada 29 Julai 2000.
Falsafah Kami
Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.
Visi Kami
UKM bertekad untuk menjadi sebuah universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat yang dinamik, berilmu dan berkepimpinan.
Misi Kami
Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.Matlamat Kami
Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang:
– Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu;
– Membangun masyarakat dinamis dan berakhlak mulia;
– Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat; dan
– Menjana teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat. |
Salam muhibbah
semoga sahabat– sahabat semua sudi melawat
laman web
saya..
Posted in Uncategorized