Pages

Friday, March 27, 2026

Beraya Dalam Mall

Beberapa hari lepas Wafi ada tanya.. bila nak beraya, ada tak open house sebelum balik sekolah. Aishh.. kesian dia... beraya rumah nenek je ritu. Lepastu kan balik kampung. Kat kampung aka pekan pun duduk rumah je kemudian balik sini raya kedua. Kat sini, ibu nak bawak gi rumah atuk² lain... karang penat nak menjawab kenapa ayah takde sekali. Lebih baiklah tunggu ayah balik. 

Petang semalam ayah dan Kak Widad sampai dari Kulim. Kawi suggest bawa Wafi keluar makan. Boleh outing satu family. Dia cadangkan Suki-Ya kat Central i-City sebab Wafi suka makan kat situ. Jadinya.. ayuhlah kita beraya dalam mall. Abang Imi dari tempat kerja terus ke sana.

Jam 7 pm sampai tapi kena queue. Gilir² tunggu. Lepas solat Maghrib baru sampai turn kami dan ibu buka puasa sekali.

Image
Suki-Ya, Central i-City

Thursday, March 26, 2026

3 Syawal - Berehat² Di Rumah

Isnin.
Bertiga je di rumah. Abang Imi memang qada tidur lepas solat Subuh. Katanya jangan kejutkan dia.. kalau nak makan nanti bangun sendiri.

Setelah perjalanan panjang, ibu pun dapat deep sleep. Lega bila bangun tidur. 

Image
Jemput² bawang+jagung dan sambal sardin untuk sarapan. 

Wednesday, March 25, 2026

Rehat & Kembali Ke Klang

Raya kedua Ahad, kat rumah tokwan. Tak ke mana-mana pun. Pagi ibu hantar ayah ke klinik. Malam sampai rumah tokwan tu, check BP ayah sebab beberapa hari asyik nak pitam. Masa tu 79/53. Makngah kata rendah sangat. Pagi bila check kat klinik dah naik sikit BP dan doktor bagi referral letter. Tapi tak perlu terus ke hospital. Nanti balik rumah baru ayah ke HASA. Bila BP rendah takde ubat berbanding BP tinggi, melainkan kontrol pergerakan, tak boleh tergesa-gesa.

Image
Tengahari ibu buatkan sup sayur bayam+cendawan dan telur dadar. Kat rumah tokwan ada lagi ketupat palas dan ayam masak merah. Nasi minyak dan sambal udang yang ibu bawa pun masih berbaki. Tapi tekak nak makan yang ringan-ringan je.

Sup Ekor Ala Thai Style Kedai Tomyam

Dinner @ buka puasa semalam, ibu buat sup ala Thai. Sebelum ni kan guna perencah Sup Siam hasilnya bukan seperti yang ibu harapkan. Ingatkan yang jenis masam rupanya berempah.

Ibu google resepi dan jumpa yang simple, nampak gaya seperti yang ibu order dari Kedai Tomyam.

Image

Sup Tulang Ala Thai Simple Tapi Power

Tuesday, March 24, 2026

1 Syawal 1447H - Raya Rumah Nenek & Balik Kampung

Image
Sebelum masuk kereta ambil gambar kat luar dulu.

Saturday, March 21, 2026

Lebaran 2026

Image
Pulut kuning di dalam almari
Disusun rapi bersama lemang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin kami ucapkan

Friday, March 20, 2026

Share Menu Lagi | Malam Raya

Ingatkan dah taknak share menu tapi alang² dah share dari awal kita habiskan lah terus.

29 Ramadan

Menu sahur tak ambil gambar sebab reheat makanan berbuka. Bila dah akhir² makanan buka berlebih pula itu yang bawa ke sahur. 


Image
Iftar
  • Set Nasi Ayam
  • Popiah Otak² & Karipap Sardin