Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, March 27, 2026

.: GAMBAR RAYA PEJABAT :.

Assalamualaikum.

Rabu, 18.03.2026 -hari² terakhir sebelum nak mula cuti raya.
Bergambar raya bersama team library.
Team pentadbiran tak panggil pula tahun ni. Tau², diorang dah selesai bergambar raya. Hahaha.

Jadi, moh la bergambar dekat library.
Ada deko² raya kat library.
 
Image
Ada kak Aruna, Linda dengan kak Zu.

Image
Library ni memang meriah. 
Sentiasa ikut tema.
Yang kain batik kipas² tu, Linda yang bagi idea.. nak juga puji diri sendiri.. hihi

Selamat berbagi² duit raya juga.
Alhamdulillah, ada rezeki memberi dan menerima.

Till then, see ya.

.: HOTWHEELS ABANG MU'AZ :.

Assalamualaikum.

Lama tersimpan request kakMim ni.
Image
kakMim request nak tengok koleksi Hotwheels abang Mu'az.

Kebetulan nak balik raya hari tu, incikSuami ambil.
Kita bawa la sikit barang² yang boleh bawa.
Sambil tu terjumpa lah Hotwheels abang Mu'az ni.

Image
Memang dia tak buka ya.

Image
Tak tau lah dia pilih berdasarkan apa.

Image
Ni ada corak dekat but depan kete.

Image
Yang ni, yang biasa punya.
IncikSuami belikan bekas letak ni.

Lebih 20 buah juga kereta abang Mu'az ni.

Kebanyakan memang beli pakai duit sendiri je.
Kalau ada yang Linda belanja pun. 
Yang bawah RM20 je.. hihi.

Till then, see ya.

Wednesday, March 25, 2026

.: SALAM AIDILFITRI 1447 :.

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Memang cuti berblogging, hahaha.
Sibuk beraya.. 🤭🤭

Image
Raya ke5, naik motor pula kita.

Ada yang dah naik kerja ke?
Linda cuti seminggu.
Puas la beraya..hahaha..
Camne la hari raya nak berjimat cermat.
Waktu ni lah nak bertemu mata saudara mara pun.
Bukan habis berbelanja raya.
Habis isi duit minyak kete je lah.
Tapi, scroll² FB seram dah.
Moga² perang cepat habis, semoga Malaysia tak terkesan sangat, Amin.

Nanti Linda spam gambar raya.. hihi.

Till then, see ya.

Friday, March 20, 2026

.: 29 RAMADAN 1477 :.

Assalamualaikum.

Khamis, 19.03.2026 - hari last kerja.
Raya ke tidak, jumaat cuti.
Jadi, moh Ler kita join halfday.

Image
Terima kasih incikSuami, datang ambil isterimu balik asrama 🤭🤭
IncikSuami gerak dari Tronoh dalam 11.30 pagi, sampai Selayang dalam 1.45petang.
Solat zohor siap², dalam 2.30 petang kami gerak balik Sg Samak.
Tahun ni, turn raya kampung Linda dulu.

Alhamdulillah, sampai Sg Besar, pukul 5 macam tu, terus la singgah bazar Ramadan.
Berbuka di rumah.
Lepas berbuka, tunggu pengumuman raya la pulak.

Image
Alhamdulillah, takde kelam kabut.
Anak² lah.. semua sedih sebab raya hari Sabtu.. hihi.

Malam sempat la meronda expo raya dekat Stadium Sg Besar.
Ramai juga orang.
Beli kurta incikSuami, sebab last minit tengok baju Melayu dia tak sama warna, walaupun kategori warna yang sama.. hahaha..
Kesian pula, jadi kita p la tengok kat expo.
Nak beli baju Melayu, macam jarang dah pakai sepasang, kecuali time raya.
Kita beli la kurta.Alhamdulillah ,ada warna yang sama.

Kak M beli shawl (tukang lilit, ibu lah).
Linda pun beli tudung satu.

Till then, see ya.

Thursday, March 19, 2026

.: REFUND TIKET ETS :.

Assalamualaikum.

dek kerana PMX bagi cuti tambahan pada Jumaat (20.03.2026) samada jatuh 1 Syawal atau pun tidak.
jadi, memang kena balik kampung Khamis (19.03.2026)
bukan KPM je bagi cuti tambahan.
PMX pun bagi juga untuk sektor  kerajaan.
memang mengejut la kan.

Image
jadi, terpaksa lah linda refund tiket.
kalau ikut, awal2 tu memang dah beli tiket 19.03.2026, tersilap tengok kalendar.
beli pula 20.03.2026, sebab memang linda kerja sampai hari terakhir lah.
rupanya, memang betul balik 19.03.2026.
nengok tiket, memang dah licin la kome.
jadi, incikSuami kena ambil la isteri tercinta dia ni. hihihi

Image
meh kita select untuk refund

Image
dapat refund 75%.
Alhamdulillah.

Image
selesai urusan refund
duit tiket yang 75% tu, dimasukkan dalam bentuk point

Image
jadi RM31.50 bersamaan 3,150 points
points boleh guna untuk beli tiket juga.
untung bila refund, dapat point ribu-ribu.
kalau kita guna @ lebuh je tiket tu, dapat juga point.
tapi puluh-puluh je.
lambat la boleh nak nak redem.
sebab 1 point bersamaan 1 sen je.

apa-apa pun.
semoga perjalanan semua nya selamat.
hati-hati balik kampung semua ya.

till then, see ya.

Wednesday, March 18, 2026

.: PENGURANGAN TOL 50% :.

Assalamualaikum.

Tora datang lagi.
Alhamdulillah, kerajaan bagi diskaun 50% pengurangan tol.

Image
18 dan 19 Mac 2026

Esok jimat la tol incikSuami.
Sebab masih valid lagi 50%.
 Siapa yang dah ambil cuti, boleh la gerak pulang ke kampung.
Dapat la jimat duit tol sikit.
Sebab duit minyak dah mahal.
Kot la bekalan subsidi 300liter tak cukup untuk raya ni.

Apa apa pun, berhati² di jalan raya.
Jangan gopoh, jangan baran.
Semoga selamat sampai ke destinasi masing².

Till then, see ya.

.: GAGAHKAN DIRI :.

Assalamualaikum

Sabtu, 14.03.2026 - lepas 2 hari berkurung dalam bilik, sebab sakit pinggang.
hari sabtu petang, dalam pukul 3 lebih tu, decide nak keluar juga.
menghirup udara segar.. kikiki
sambil nak p farmasi lah.

koyok salonpas
hasil membeli dekat farmasi.
koyok + semburan untuk muscle pain.
tapi, yang guna koyok je.
Alhamdulillah, lega juga la pakai koyok ni.
terasa berangin, panas je.
yang cold spray tu, tak guna pun.
sebab konon nya, kalau tiba-tiba ada rasa sakit menyengat sangat, baru nak spray.
alhamdulillah, getting better, mungkin dah 2,3 hari kan.
dah makin ok lah..

sambil tu, moh la kita jalan2 pelan.
nak keluar duit sekali, bagi ada cash sikit.
sambil-sambil nak cari sampul raya.

sampul raya
jeng-jeng, jumpa dah dekat Mr DIY.
1 set tu 80 sen, ada 6 helai dalam tu.
kalau ikut harg asal RM1.20
ada diskaun ler tu.

keluar dari selayang Mall, tengok bazar Ramadan dah buka.
eh, dah pukul 5 petang rupanya.
meh la kita singgah beli juadah berbuka sekali.

kali ni, parking motor.
linda tak double stand dah.. hahaha

till then, see ya.