Pada refleksi kali ini saya ingin menceritakan bagaimana proses membuat poster yang telah saya hasilkan. Sayan menggunkana video di youtube sbagai tutorial saya.

Dari video saya lebih memahami bagaimana proses membuat poster dilakukan kerana diajar satu persatu. Saya membuat poster ini menggunkan photoshop cs3.

Pada permulaan nya memang agak rumit kerana saya tidak pernah menggunkan kebanyakan tools yang ada di photoshop itu. Tetapi melalui tutorial ini saya semakin tahu apa kegunaan pen tools, brush tools dan sebagainya. Sebagai yang dilihat di dalam poster ini,

Gambar orang didalam poster di atas saya crop daripada gambar yang lain menggunkan pen tools.

Dengan menggunkan pen tools ini, gambar di atas dapat dicrop mengikut bentuk nya dan menggunkan select kita boleh mengalihkan gambar yang dicrop tadi ke background yang lain.
Selain itu, bintang-bintang yang bersinar di atas saya gunakan brush tools.

Dengan menggunkan brush tools ini saya telah membuat bintang dan menggunakan filter iaitu gausian blur untuk membuatkan bintang menjadi bersinar. Seterusnya saya hanya copy and paste layer bintang untuk memperbanyakkan lagi dan mempercantikkan lagi poster ini.
Kebanyakan gambar ataupun benda yang dihasilkan dalam poster ni kebanyakannya menggunakan brush tools dan gausian blur. Burung yang berwarna putih di dalam poster itu juga dilukis menggunkan pen tools..
dengan pen tools, saya membuat bentuk burung dan hanya copy layer supaya bilangan burung bertambah dan saya menggunakan free transform untuk menjadikan burung semakin kecil atau besar.
Background di belakang itu pula saya hanya menukarkan di bahagian style.
Dibahagian ini kita boleh menukarkan style layer yang ingin kita tukarkan.
Dan akhir sekali bahagian text saya rasa ramai yang tahu iaitu dengan menggunkan text tools sahaja. Dan saya hanya mencantikkan nya lagi dengan menggunkan blending option.
Akhirnya dengan kerajinan saya yang suka mengexplore dengan menekan sana dan sini,untuk mencantikkan lagi warna dan kegemerlapan poster ini, terhasillah poster seperti yang diatas. Itu sahaja untuk refleksi kali ini.