WEEK 10 : QUIZ, RUBISTAR & RUBRIC

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Pada minggu ke-10, Dr. Syazwani telah memberikan kuiz dan yang menariknya memberikan kami sehelai kertas bercorakkan seperti kod. Bila dilihat dengan teliti, terdapat huruf A,B,C dan D pada bahagian atas kod tersebut. Kuiz ini menjadi menarik kerana soalan kuiz tersebut dipaparkan di slaid namun kami menjawab soalan dengan mengangkat kertas yang diberikan dan hanya memaparkan jawapan samada A,B,C atau D. Selepas itu, Dr. Syazwani hanya akan scan dari jauh melalui jawapan yang kami telah berikan. Kuiz ini sangat menarik dan kelas menjadi tidak bosan.

Image
Contoh rubrik untuk pembentangan video seascape

Seterusnya, rubrik satu aplikasi yang popular dalam kalangan guru-guru sebagai cara untuk menyampaikan jangkaan untuk tugasan, memberikan maklum balas yang berfokus pada kerja-kerja yang sedang berjalan, dan menggred produk akhir. Rubrik sering digunakan untuk mengajar serta menilai. Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada formatif, pendekatan berpusatkan pelajar ke penilaian, rubrik berpotensi untuk membantu pelajar membangunkan pemahaman dan kemahiran, serta membuat pertimbangan yang boleh dipercayai mengenai kualiti kerja mereka sendiri. Pelajar harus dapat menggunakan rubrik dalam banyak cara yang sama yang digunakan oleh guru mereka untuk menjelaskan piawaian prestasi yang berkualiti, dan untuk menerima maklum balas yang berterusan tentang kemajuan ke arah piawaian tersebut.

WEEK 2 : REFLECTION WORDPRESS

Pada minggu ke-2, Dr. Syazwani telah mengajar tentang mencipta sebuah blog peribadi iaitu WordPress. Dr. Syazwani memberi pilihan untuk menggunakan WordPress, sama ada WordPress.com atau WordPress.org. Namun, beliau lebih mengesyorkan menggunakan WordPress.com. WordPress adalah salah satu media paling popular untuk membuat laman web, sama ada blog peribadi, profil syarikat, tapak pendidikan, bahkan laman web e-dagang. Pada masa ini WordPress dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi yang dipanggil Content Management System (CMS). CMS adalah sistem untuk menerbitkan, mengedit, mengubah suai, memadam, dan menyusun kandungan secara terpusat. Segala kandungan yang dimaksudkan adalah artikel yang akan menjadi kandungan laman web tersebut.

Saya telah mempelajari cara-cara mengawal web wordpress antaranya ialah :

  • Setting Utama WordPress                              

Perkara utama yang saya ketahui adalah bahagian setting atau tetapan. Pilihan untuk mengakses setting terletak pada bahagian kanan. Bahagian setting terbahagi kepada 6 bahagian iaitu General, Writing, Reading, Discussion, Media dan Permalink.

Berikut merupakan sedikit penerangan untuk bahagian-bahagian setting tersebut.

General: Tempat untuk mengubah url utama, tetapan zon masa, tajuk (title) dan juga penerangan ringkas laman web anda.

Writing: Pada bahagian ini anda boelh mengubah tetapan untuk kategori asal untuk post anda. Jika anda ingin menulis post melalui email anda juga boleh menetapkan setting di sini.

Reading: Disini anda boleh memilih bagaimana laman utama anda, sama ada anda memilih kumpulan terbaru post anda sebagai laman utama atau menetapkan satu page khas untuk laman utama.

Discussion: Tetapan berkaitan dengan komen.

Media: Dalam bahagian ini anda boleh mengubah saiz image dan memilih bagaimana anda mahu fail anda disusun.

Permalinks: Bahagian ini membolehkan anda menetapkan stuktur url untuk post anda.

  • Cara Buat Post        

Untuk membuat post atau artikel, hanya perlu klik butang Add New didalam bahagian Posts.

Laman baru yang kelihatan seperti Microsoft Words atau text editor akan muncul. Untuk memulakan post, isikan dahulu tajuk besar pada bahagian atas.

  • Cara Buat Page

Untuk membuat atau menghasilkan sesuatu yang tetap atau tidak berubah dalam jangka masa yang panjang untuk laman web saya gunakan page.

Contoh kandungan yang sepatutnya dibuat menggunakan page adalah:

  • Tentang Kami
  • Terma & Syarat
  • Privasi Polisi
  • Hubungi kami
  • Senarai barang jualan

Untuk membuat page saya pergi ke Pages>Add New melalui menu utama pada sebelah kiri.

Cara membuat page baru adalah hampir sama dengan cara membuat post baru.

  • Cara install theme WordPress

Theme atau tema membolehkan saya mengawal rekabentuk atau bagaimana laman web saya kelihatan. Ini termasuk warna, susun atur laman, dan jenis tulisan. Theme boleh diperolehi secara percuma dan ada  juga yang perlu dibayar. Kelebihan theme berbayar adalah dari segi bantuan sokongan dan juga pilihan untuk pengubahsuaian. Untuk menguruskan WordPress theme, klik pada butang Appearance dan seterusnya Themes pada pilihan menu utama sebelah kiri.

Untuk install theme baru, hanya perlu klik pada butang Add New. Ia akan membawa ke laman pilihan theme. Saya boleh mencari theme yang saya gemari disini.

Sebelum install saya boleh melihat terlebih dahulu theme tersebut dengan menggunakan butang Preview. Jika suka theme tersebut barulah tekan install.

  • Cara mengubahsuai Theme

Saya mengubahsuai theme yang sudah dipasang menggunakan customization tool. Untuk mengakses bahagian ini, klik Appearance pada menu utama sebelah kiri dan kemudiannya klik customize. Daripada sini saya boleh mengubah theme mengikut pilihan yang diberi seperti site identity, warna, gambar latar, menu, widget dan seterusnya.

Pilihan untuk mengubahsuai theme adalah bergantung pada theme yang dipilih. Saya juga boleh melihat preview ketika melakukan pengubahsuaian pada laman web sendiri.

  • Widget di WordPress                                                                                                                 

Widget membolehkan saya mengubah susun atur atau isi laman web dengan cepat dan mudah. Akses untuk bahagian widget terletak didalam bahagian Appearance pada menu utama sebelah kiri. Dalam bahagian widget terdapat senarai widget yang boleh digunakan pada sebelah kiri dan tempat dimana saya boleh meletakkan widget tersebut pada sebelah kanan. Secara asalnya boleh meletakkan widget di Primary SidebarContent sidebar, Footer Widget. Tetapi ini bergantung kepada theme yang digunakan. Untuk meletakkan widget, klik pada widget pilihan untuk memperlihatkan pilihan tempat atau tarik widget tersebut ke bahagian yang saya mahukan. Untuk membuang widget, klik pada widget dan cari pilihan delete ataupun tarik keluar widget tersebut daripada tempatnya.

Design a site like this with WordPress.com
Get started