Ngajinye neng di?

Baru balik dari kampung. Dihujani loghat Jawa... banyaknya yang dah lupa. Jalokla ampun karo mak bapak...

Banyak dah lain - yang dulu bocah-bocahan sekarang sudah perawan :-)

Aktiviti harian, cuma ziarah. Wak-wak, cik-cik, lek-lek (eh tak pegi lagi) dan embah-embah. Semuanya tanya : ngajinye neng di?

...

Dalam duduk-duduk, teringat hikayat silam. Bolehlah tuan-tuan dan puan-puan rujuk Duli Tuan Kecik dari DBP, dan ditambah-tambah oleh orang-orang tua. Kalau salah sila betulkan ya?

Perang antara Jawa dan Minang masih belum berkesudahan. Sama-sama kuat. Sama-sama handal. Hari-hari perang sama sahaja - seawal pagi sudah bertarung, keris lembing jong lancang, biar gempita medan pertempuran. kemudian disusuli beberapa kali rehat untuk makan sirih dan menyelamatkan yang tercedera. Sudah beberapa lama, tanda-tanda berakhirnya perang masih belum kelihatan.

Maka, sudah alah dengan perang yang sebegitu lama, raja keduanya pun bersua. Mencari jalan penyelesaian. Jawa bermati-matian hendak menawan Minang. Minang pula, pantang sungguh dijajah. Masakan selesai persengketaan ini?

Pepatah hikmat, sepakat membawa berkat - begitulah juga raja Jawa dan Minang. Ujar raja Minang, biar perang kali ini diadili dengan satu peraduan - yang menghimpunkan segala cerdik pandai dan juga perkasa kudrat kedua-dua kerajaan, supaya maklumlah semua jelata siapa yang menang - Jawa atau Minang.

Adapun peraduan itu adalah berlaga kerbau. Satu kerbau dari Jawa lawan satu kerbau dari Minang. Yang menang, maka menanglah ia dalam perang. Yang kalah, maka kalahlah ia dalam perang.

Setelah sepurnama lamanya bersiap, masing-masing kaget untuk beradu. Orang Jawa mempersembahkan kerbau jantan yang gagah lagi perkasa tampaknya. Diasah tanduknya. Dihiaskan baik-baik buat gah. Dan, dijampi serapah supaya lincah menghadapi lawan.

Orang Minang pula, cukup dengan anak kerbau yang belum bertanduk. Cukup kenit, tapi bertandukkan tembaga. Akan tetapi, tidak diketahui oleh jelata yang anak kerbau tidak diberi susu beberapa ketika. Fuh, licik sungguh ya?

Sorak sorai penonton dari Jawa, Minang dan juga negeri-negeri lain menunggu kelibat 2 ekor kerbau ini. Siapa sangka, setelah sekian lama berperang, masih belum ada pemenangnya, sehingga kena dilagakan kerbau baru tahu siapa juara.

Adapun bila perlawanan bermula, tidaklah ia sengit dan berleretan. Kerbau Jawa dirodok dek kerbau kenit Minang dan matilah disitu juga. Hampa sungguh orang Jawa. Orang Minang mula mengumpulkan kambing-kambing dan lembu-lembu untuk kenduri 40 hari 40 malam. Hmm... masakan kerbau gagah perkasa alah pada kerbau kenit? Argh!

Maka orang Jawa pun berundurlah... dan tidak lagi berperang orang Minang.

Dari situlah "Menang kerbau" menjadi "Minangkabau".

Dari situlah orang Jawa pakai batik tidak berbaju, berkeris dibelakang dan bertutup kepala dengan kain batik juga.

Moral of the story? Fikir-fikirkanlah...

...

Culture shock juga ya? Dengan AF nya, Mentorlah, Mawi budak baliklah, Sawi goreng sedaplah dan Kiwi kasut mahal... oh well.

Reading news of this and that everyday proves there is fiasco happening. Moreover, it is very, very concerning and heartbreaking. Restoration take places, but the disease often recurs. Then the blame comes - not that we didn't do anything, but we went all out, leaving prioritisation out of question.

...

Anak Dagang nak menterjemah History of Islam. Subhanallah! Hmmm... nak juga menterjemah...

Home sweet home

Rabu - bertolak ke Dublin Airport pada pukul 1245. Tiba di Heathrow dalam jam 1730. Sampai di Balai Berlepas Terminal 3 and meet up dengan Ismail pada 1815. Penuh Heathrow, macam mackerel dalam tin. Berlepas pulang lewat 15 minit dek masalah ketibaan anak-anak kapal MAS.

Khamis - Penerbangan yang cukup membosankan walaupun tempat duduk di sebelah tingkap. Dengar Fi Lailati dan berborak dengan rakan sebelah yang mempunyai sepupu di Dublin. Tentang solat, terima kasih anak kapal MAS (nama tak ingat) sebab enthusiastic sungguh tunjukkan ruangan solat.

Akhirnya pada lebih kurang jam 1730 waktu tempatan, penerbangan MH001 mendarat dengan selamat. Rupanya dekat 2 tahun tak hidu karbon monoksida ya? Hmmm cukup segar... dengan bau petrol dan diesel yang baru naik harga...

Semasa hendak mendarat, terlihat di satu kawasan yang sudah dibotakkan. Tak semena-mena, penumpang di sebelah mencelah - "Wah dah botak bukit... that's so Malaysia!". Haha. I guess we are not that enviromentalist, dan tak pernah bersyukur.

I suppose there are quite alot of changes taking place in the course of 1 year and 9 months. New highways and bridges. Renovated suraus and mosques, not to mention more gerais and hawkers here and there. That's physical...

Jumaat - Went to JPN for MyKad, unfortunately it would takes nearly 2 months. Then, got myself a haircut (thanks to pakcik for advising me about Homeopathy) and new glasses too. In the afternoon, I was in UIA Gombak - thank you Syaheed for giving me a rundown on courses and kuliyyahs (Fathul Bari, Sabul Salam, Nahu et c) that are freely available to public in UIA and, answering nearly all of my questions on Muslim diasporas and stuff.

Hmmm... on my first impression about UIA Gombak - condusive enviroment eh? Lucky you all the UIA chaps! Bersyukurlah!

Sabtu - Meetup at KPTM, unfortunately Faizal Fairuz & Sharoof weren't there. Missed Kenduri Kahwin - arrgh! Heard that Saifuddin went to Saba Islamic Media for a 2-day seminar on Daawah to Non-Muslims.

Ahad - Happened to be in SMAPK. Another trip to UIA Gombak... again (Boleh enrol jadi student UIA ni....). Got myself updated about those who are in UIA - a mix of good and bad news perhaps. Such a life eh?

Isnin - Visited ESU - Kak Shida & Pak Ibrahim. Then watched juniors departing off to BTN camp in Nilai from Masjid Negara. Makan-makan with kawan - Reza & Hafiz in Bandar Sri Permaisuri.

Hmmm... I think this is a good reminder to all who happen to my read blog now, especially to my schoolmate. I believe some of us have become transgressors, nauzubillah. Firman Allah :

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya). Sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa (apa lagi orang-orang yang lebih zalim)."

As-sajdah : 22

Wallahu'alam.

Mulanya memandang...

Suka juga di sini ana nak menyebut satu pepatah arab:

نظرة فابتسامة فسلام
فكلام فموعد فلقأ

Mulanya pandangan, kemudian senyuman, kemudian bertanya sapa
Kemudian percakapan, kemudian perjanjian, kemudian pertemuan...


Indah sungguh. Yalah, it depicts the reality, isn't it? Cinta pandang pertama... dan apa-apa lagi yang mengarutlah. Terasa 'high' dan di alam kayangan. Begitulah yang diceritakan oleh orang-orang yang pernah rasa. Heh...

Pepatah ini saya petik dari buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Tarbiyatul Aulad) oleh Abdullah Nasih Ulwan, Jilid 2, terjemahan Syed Ahmad Semait. Banyak dijual di toko-toko buku di Malaysia. Siapa-siapa nak beli, belilah... amat digalakkan. Kalau tak faham rujuklah dengan orang yang tahu - parents, ustaz et al.

Buku ini menceritakan dengan panjang lebar mengenai pendidikan kanak-kanak menurut Islam. Tapi rasanya, ia lebih terasa kepada pembacanya, sebab, what makes a good father/mother? Of course dengan iman... jadi nak didik anak kenalah didik diri dahulu, tak begitu?

Ada apa-apa buku lain yang rasanya lebih elok, baca sajalah...

Kalau arabic text tak show up, check balik pada browser supaya character encoding : (Unicode) UTF-8

Cenderamata

Ramai sudah yang keluar membeli-belah cenderamata buat keluarga. Hmmm... tak tahu nak beli apa...

ImageAyam Masak Pakistan / Chana Chaat
Bahan:
5 ketul chicken leg, dipotong 2 atau 3
bawang putih

bawang merah
halia
minyak masak
serbuk garam masala
serbuk chaat masala
chickpeas atau kacang kuda dalam tin
chopped tomatoes
zeera (ini dalam bahasa melayu aku tak tahu)
serbuk cili
garam

Metod:
-Panaskan 5-6 camca minyak masak dalam periuk.
-Hiris bawang putih halus, dan tumis sehingga perang.
-Masukkan halia, bawang putih, ayam (basuh dulu), dan goreng sehingga separuh masak. Kacaukan.
-Masukkan chopped tomatoes. Biarkan sehingga ia masak. Tambah air sikit jika perlu.
-Bubuh zeera sikit. Kacau.
-Tambah serbuk cili, serbuk chaat masala, serbuk garam masala secukup rasa. Nak berempah, tuangkan garam masala banyak-banyak. Nak pedas, tuang serbuk cili banyak-banyak. Chaat masala, bubuh semua. Kacau.
-Masukkan kacang kuda.
-Tambahkan garam secukup rasa.
-Siap! Hidangkan panas dengan roti pita, roti lubnan, atau nasi.

Hmm... Inilah cenderamata yang ana dapat. Banyak lagi sebenarnya.

Sebenarnya, cenderamata yang paling bernilai adalah pulangnya anak yang dulu ntah apa-apa, sekarang berubah jadi yang lebih matang dan dewasa.

Kalau dahulu asyik boros tak tentu pasal, sekarang pandai berjimat, dan berusaha untuk jadi kaya. Kalau dulu nak pergi surau pun malas, sekarang tiap-tiap subuh, dapat berjemaah di surau. Kalau dulu nak kupas bawang pun tak tahu, sekarang siap boleh masak kuih seri muka. Kalau dulu nak diajak mendengar tazkirah pun liat, sekarang siap tolong edarkan CD-CD ceramah kepada ahli keluarga. Kalau dulu mengaji pun macam tersekat, sekarang siap boleh ajarkan sepupu dan anak-anak jiran.

Jadi fikir-fikirkanlah, apalah sangat cenderamata yang kita beli, jika kita sendiri pun ntah apa-apa?

No 23 & Ikan Mackerel

Ada pun semasa cuti inilah, peluang untuk memancing terbuka luas. Tak kiralah sama ada nak memancing ikan, atau memancing ilmu & kesedaran. Ada orang suka ikan saja, ada orang suka dua-dua sekali. Begitulah manusia... macam-macam jenis dan ragam.

Oh ya, sebenarnya kami ke Belfast hujung minggu baru-baru ini. Berkereta sebanyak 4 buah - Abg Ismail, Reza, Azlan TCD & Jazree. Semuanya laju macam pelesit, bila menyusuri M1. Maklumlah kereta semuanya sedap-sedap belaka, seronok saja tekan minyak.

Alhamdulillah sebanyak 25 hadith (terima kasih kepada pembentang-pembentang) telah dibentangkan, harap-harapnya semua dapat manfaat - walaupun pembentangan dilakukan ketika hujan lebat!

Alhamdulillah, penulis sendiri dapat mengail 4 ekor ikan mackerel serentak, berbekal gewang yang cukup sempoi. Selepas itu langsung tak dapat kail apa-apa! Yang lain-lain, ada yang dapat ikan kod, whiting, dan termasuklah sotong kurita. Kesemuanya end up jadi ikan bakar (atau sotong kurita bakar), bercicahkan air asam. Slurrrrp!

Rasanya, dalam banyak-banyak hadith yang dibentangkan, paling ingat sekali adalah hadith ke 23, yang menyebut perihal menjual diri. Sebab, terus terlintas di fikiran kisah Suhaib ibn Sinan (atau Suhaib Ar-Rumi) yang diabadikan di dalam Al-Quran (Al-Baqarah 207). Masha Allah!

"And of the people is he who sells himself. seeking means to the approval of Allah. And Allah is Kind to his servants."

Kenapa pula Suhaib Ar-Rumi? Sebab semasa penghijrahan beliau ke Madinah beliau ditahan dek Abu Jahal & Abu Sufyan (kurang ingat siapa yang tahan, nanti dibetulkan), dan hartanya dijadikan tebusan. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk berhijrah juga, dengan tangan yang kosong, sebagaimana beliau dahulu memulakan perniagaan ketika di Mekah, juga dengan tangan yang kosong.

Jual diri ini pun ada yang tidak elok. Yakni bila jual diri kepada orang lain (syaitan, pakcik, kawan, makwe & pakwe dan lain-lain golongan selain dari Allah). Amit-amit nauzubillah.

Oh ya, rupa-rupanya Bahan Tarbiyyah Online dah berpindah ke sini. Bolehlah semua ke sana ya?

postscriptum : kifhal... kalau dalam arab 'ami, maksudnya apa khabar, sama lah macam shaikhubarak.