Ikhlas Dariku

Sedang menyusun kembali hidup. Jom dengar Akhil Hayy sat. Rock sikit.

Ikhlas Dariku.mp3


Ikhlas Dariku - Akhil Hayy
Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai kubermadah pujangga

Jika ada benci di hati
Oh katakanlah padaku
Relaku terima walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan dustur Ilahi
Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan kumohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali
Teman kita paterikan di sini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufiq Ilahi

Coming up next... heh...

Aku baru saja buat entry tadi, tapi rasa tak puas hati lagi. Tiba-tiba gian pula nak mengupdate blog.

Ok kita go thru image-image ini satu persatu...

ImageYang ini poster untuk remind orang tentang Mawlid Nabi Kita. Harapnya, kita boleh tengok balik sirah baginda, dan amati betul-betul, sampai terkesan hati kita...

ImageYang ini pula, lain macam sikit. Prof Dato' Dr Khoo Kay Kim dan Encik Karam Singh Walia akan turun ke Dublin untuk memperkatakan tentang benda yang mesti kita dalami sebagai rakyat Malaysia. Apa lagi kawan-kawan... jom lah!

ImageHmmm... MASAI... Malam Aspirasi Seni Assosiasi Islam. Bunyi macam orang masai di Afrika sana. Apa-apa pun, inilah batu besar macam Batu Belah Batu Bertangkup. Oh ya, aku pun ada saudara-mara yang tinggal di Batu Belah, Klang. Kampung belah ibu aku pun dekat saja, Rantau Panjang, kira-kira 10 minit memandu jauhnya.

ImageInilah masanya nak menembak kawan... secara gentlemen. Kalau main Counterstrike, mesti ada yang main tipu. Tapi yang ini, memang adil. Yang tak tangkas, memang akan dihujani peluru dan dapat sakit (well mati pun boleh jika dah memang ajal). Yang handal bertempur, sememangnya akan menang Medal of Honour. Ayuh, kita bertempur dan berdepan!

ImageYang ini untuk muslimat sahaja, sebab mereka ini, suka berjalan-jalan di tengah-tengah kota raya untuk menyibukkan diri membeli-belah. Explorace ini kiranya macam latihan atau crash courselah... haha! Sekadar melawak.

Mari berpantun

Dah lama tak berpantun, yalah, zaman sekarang... alahai.

Tapi, tiba-tiba hari ini takde ribut takde angin takde hujan takde guruh takde mendung dan yang paling penting, takde hail (hujan batu), rasa gian pulak, sampai nak naik sheikh rasanya.

Jadi, saya fikir punyalah fikir, dan inilah 5 yang paling cantik dan baik untuk hari ini yang saya jumpa.

Rujukan : http://www.usm.my/pantun/himpunan.asp

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.


Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.


Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.