Rabu, 18 Jun 2014

Menteri tu kasi orang lain la DS Najib.

Depa kata "Najib Razak, berkebolehan ka jadi Menteri Kewangan?. Dia tau ka sepak terajang kewangan. Tahu belanja belum tentu dia tahu mencari duit.

Depa kata " orang lain cari duit dia reka apa saja untuk belanja duit" . 

Depa kata "bolehkah kita menjadi rakyat berpendapatan tinggi kalau belanja harian pun tinggi. bolehkah guna tiori tinggi kalau sama-sama tinggi. dapatan tinggi, berbelanja lagilah tinggi."

Depa kata " habis, siapa yang layak untuk jadi Menteri Kewangan?"  siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor. RM (ringgit malaysia) lawak biar bertempat oii.

Depa kata " Najib Razak menteri kewangan subsidi". tanya duit ada banyak mana lagi. ok dak.. kalau saya nak guna $$$$juta.....lepas tu bedak sorang sikit.  P.Ramli dah buat cerita tu.  najib baca skrip dan buat olahan baru. kita dok pakat terimalah la ni. kan kan kan.

cakarlah sikit-sikit. sakit juga kalau terluka.

Khamis, 12 Jun 2014

Panas Gelanggang

depa kata 'Bahasa Melayu. DS Najib bagus. mantop. Cuma dia suka guna Bahasa Inggeris walaupun  berucap di hadapan rakyat Malaysia.

Depa kata DS Najib tidak patriotik. kalau pun ada .. sikit, sikit.

Depa kata, Ds Najib jadi macam tu kerana dia dididik di Negara orang putih. 

Depa kata: wartawan tanya dalam Bahasa Melayu tapi Dato jawab dalam bahasa Mat Salleh.

Depa kata " lega jika wartawan bertanya TG Haji Hadi, depa tanya dalam bahasa inggeris tetapi dia tetap jawab dalam Bahasa Melayu.

Ahad, 21 April 2013

Igauan

Igauan melebar. Menusuk  dan menojah. Kiri kanan. Depan dan belakang. 

Kalau Najib menang besar, agak-agaknya bagaimana nasib Anwar.  Terkedu atau meracau macam murai gila tercabut ekor. Lebih malang jika Anwar kalah di Permatang Pauh. Penyokong PKR menganggap mustahil Anwar boleh kalah kerana majoriti Anwar pada PRK dahulu ialah 15 ribu. Andaian dan logika yang diguna pakai untuk diadu domba tidak lain ialah penipuan. Alasan yang cukup klasik dan sudah majai untuk didengar. Namun itulah senjata ampuh yang ada dalam minda Anwar yang boleh ditelah sampai bila-bila. Seolah-olah rakyat yang bukan golongan gila politik terlalu dungu dan akan menerima sogokan alasan-alasan itu.

Adakah Anwar akan sekali lagi turun ke jalan-jalan raya berdemontrasi kerana itulah kemahiran yang ada padanya berpaksikan 'refomasi'.  

Kalau Najib kalah adakah akan terjadi seperti mana yang diwar-warkan oleh Anwar. Bagaimana lagak dan aksi Najib di Dewan Rakyat.  Adalah Najib juga bertukar watak menjadi hantu dan kuang di rimba. Tanpa budi dan tanpa budaya untuk berbahasa elok selaras dengan nilai-nilai Islam. 

Kita tunggu keputusan PRU-13 penuh debar. Dan kita akan melihat wajah dan watak yang bakal berlakon  di Parlimen Malaysia.  Adakah warisan yang dipertontonkan kepada rakyat akan sama tonjolannya seperti skrip 2008-2013. Sidang dewan yang paling memalukan kerana gerak laku dan mainan politik yang berlebihan. Hilang jati diri, hilang budaya, hilang keintelektualan. Sidang penghuni rimba yang dipengerusikan oleh Sang Kancil pun teratur dan tertip.

Sabtu, 6 April 2013

Tolak Mahfuz Umar.

Image

Keputusan tetap dan tidak berubah.  Pastikan Parlimen Pokok Sena tidak lagi akan diwakili oleh Mahfuz Umar.  Ada 10 sebab Mahfuz Umar mesti ditolak.

1.  Watak dan imej sebagai pejuang yang ingin merealisasikan Islam sebagai wadah perjuangan tidak kelihatan. Sombong. Angkuh. Tidak sopan. Tiada ciri-ciri seperti yang diajari oleh junjungan Nabi SAW. Apabila berbahas di Parlimen berkelakuan seperti  warga rimba yang tidak bertamadun. Kasar dan kesat. Bangkang apa sahaja tanpa ilmu dan gagal menilai baik buruknya sesuatu isu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

2. Saya telah beri dia undi dan dia rupa-rupa sama sahaja seperti YB yang terdahulu. Sama dengan Bong Mokhtar. Mahfuz jenis memilih bulu. Hanya bulu hijau sahaja yang dilayan. Apakah itu  fungsi Wakil Rakyat?.  Dia gagal dan silap tafsiran kerana yang memilih dan mengundinya bukan sahaja berbulu hijau. Bulu biru dan bulu kelabu asap, yang kecewa dengan Mat Badawi dan yang simpati dengan Anwar juga mengundinya. Itu  PRU ke 12.

3. Dia ada kroni.  Dalam perjuangan Islam kita mesti berjemaah dengan hanya seorang imam yang bertauliah. Kalau asyik mencari salah dan bertelagah dengan Imam (Azizan) maka ia perlu ditolak. Pemimpin mesti tahu tertib dan budaya memilih, sama ada untuk mengangkat atau menamatkan seseorang pemimpin. Jalan adu domba adalah jahat.

4. Senaraikan apakah sumbang Mahfuz Umar. Banting! Poster! . Hanya hadir ke kenduri kenara kuncu-kuncu berbulu hijau tetapi kemiskinan di Parlimen Pokok Sena adakah dia peduli. Sesekali berucap penuh dengan kata-kata bombistik. Penuh dengan malonkolik. Plotnya "Salah UMNO".

5. Ada sesiapa yang mendengar Mahfuz Umar berani melaungkan " Kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam di Malayisa". Adakah dia berani?. Inilah geng Anwarism. Kumpulan yang menghalalkan cara asalkan dapat ke Putrajaya. Gadai prinsip. Kumpulan yang mengalihkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan. 

6. Bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Ketokohan Anwar perlu dinilai melalui Karpal Singh, Mat Sabu, Hassan Ali, Sidik Baba, Ismail Mena, Mahadhir Mohammad, dan mereka yang lari daripada PKR. Sokong Anwar bererti tiada prinsip. Manusia yang takut bersumpah tetapi menjadi sesumpah. Tiada integriti. Tidak membersihkan keperibadiannya hingga ke nokhtah terakhir.

7. Tanya sama Mahfuz Umar berapa jumlah janji-janji yang dia telah tunaikan di kawasan Parlimennya?

8. Mahfuz Umar pernah menang PRU ke 10, kalah PRU ke 11,   dan diberi peluang sekali lagi pada PRU ke 12 tetapi dia tidak pernah menginsafi peluang kedua itu. Sumbangannya sebagai pemimpin tertinggi parti kepada kerajaan yang merintah Kedah adalah di tahap sifar. Nak sumbang apa kalau asyik dok pertikai cara Azizan memerintah. Itupun dia bernasib baik kerana Azizan baik hati, tidak berdendam dan mencadangkan namanya untuk mendapat gelaran  Dato' . 

9. Di Peringkat Nasional apa sumbangan Mahfuz? Pada penilaian saya dia hanya jadi tukang canang. Ideanya sudah di takah loya. Tanpa idea, tanpa wawasan dan tanpa ilmu tentang membentuk hala tuju negara bangsa maka dia tidak layak diberi undi.

10. Jika Shahlan Ismail bertanting di Parlimen Pokok Sena maka Mahfuz tidak mungkin menjadi pilihan. Apalagi Shahlan itu sama bin dengan SUA  PKR. Tidak mengapa kerana Mahfuzpun sudah ada rumah baru. Kalahpun sudah tentu berbalui. 

Selamat mengundi.


Selasa, 19 Februari 2013

Janji Itu Benar

Dulu
Depa kata
Haji Hadi kata menentang UMNO tu jihat. ( lu bacalah Amanat Haji Hadi sampai khatam)

Sekarang
Depa kata
Tuan Guru Haji Abdullah al-Najmi Bin Haji Saamah, Pengasas Pondok Al-Najmiah Geting, Tumpat dan Pengerusi Minda Pondok Kelantan kata mengundi PAS adalah haram.

Kini.
Depa kata
Barang siapa yang menyesatkan orang lain maka akhirnya dia dipertontonkan akan kesesatan dirinya sendiri. Allah Maha Kuasa.

Gitulah. Jika lu mau berfikir dan menimba iktibar. Semua janji Allah adalah benar.

CAKAR ANWAR

Kalimah 'ALLAH'.  Ini bukan kata dua lagi. Kata dua sudah berjela-jela. sudah sampai masanya Melayu Islam bertindak. Demontrasi jalanan ala Anwar Ibrahim  sudah mangli kepada Melayu Islam. Ia sudah jadi agenda biasa. Tinggalkan Anwar dengan igauan ke Putrajaya. Ana berdoa agar impiannya tidak kesampaian. Dia menjadi edola bagi orang yang ketinggalan keretapi. Ketika kita sudah berlepas dari hentian, pengikutnya masih menanti gerabak usang yang tergelincir akan tiba. Masih adakah gerabak harapan itu? Tidak. Anwar tidak layak dipilih.

Anwar sudah hilang punca. Dia gadai kalimah 'ALLAH'  semata-mata untuk mencari penumpang dari Sabah dan Sarawak. Dia mimpi dan mengigau. Kiranya dia berjaya pun menawan Putrajaya, pastinya Melayu Islam tegar tidak akan memaafkannya. Ana tetap meneruskan jihat hingga akhir hayat. Tanpa tolak ansor. Kalau sampai perlu mengasah wali sekalipun ana akan turun padang.  biarlah ia menjadi jihat terakhir dalam baki hayat yang ada. Ana marah sungguh-sungguh.  Cuma sebagai penganut Islam, ana tidak sampai hati untuk maki hamun Anwar Ibrahim. Itu bukan didikan Islam. Dia tetap saudara kita selagi sahadahnya kekal dan abadi. Namun sampai bila? 

Anuwar sudah tidak boleh dikategorikan sebagai ulamak. Lagak ulamak semakin songsang. Rakan kongsinya adalah DAP laknatullah.  DAP menentang apa sahaja yang ada kaitan dengan Islam. Terang lagi nyata. Ini bererti kita mesti menolak DAP. Haram mengundi segala calon yang bersekongkol dengan DAP. Ini patwa sebahagian ulamat tanpa kepartian. Bererti kali ini ana tidak akan mengundi PAS kecuali PAS bertindak meninggalkan Anuwar dan DAP.

cikgu Non afgan, ana tumpang mencakar.

Jumaat, 11 Januari 2013

Rabun hingga Buta

Image
Depa dok kata

PAS dah panggil mesyuarat dak lagi apabila isu kalimah "ALLAH" diperkatakan?.  Kepimpinan tertinggi kata lain, gulungan ulama kata lain. Tak sebulu. Tidak sejalan. Pening. Teghok! 

Depa dok kata
 Dulu PAS dakwa,  hala tuju politik PAS berdasarkan kepimpinan ulama.  Nah! sekarang satu pihak hala  ke kiri, sebelah pihak lagi ke kanan.  Pihak yang  nak ke depan tak dak oghang. La ni nak ikut siapa? Pemimpin tertinggi atau Majlis Ulama?.

Depa dok kata

Lu baca surah al-Ikhlas. Kalau lu faham maka lu akan pertahankan kalimah  ALLAH sebagai hak Islam.

Depa dok tanya

Kenapa geng kristianis tak nak tukar "God" kepada "Murugan".atau guna "Dewa". Chih! kenapa nak ambil dari Al-Quran. Hak Islam.

Depa kata

Ya di Mesir sudah lama kalimah "Allah" diguna pakai oleh penganut kristian. Ya. Ya. Tetapi adakah sama rakyat Mesir dengan rakyat  Malaysia. Di Mesir ulama terlalu ramai. Keluar sahaja permasalahan maka ia akan dijawab serta merta. Rakyat Mesir keturunan Arab Mesir.  Rakyat Malaysia keturunannya....?, haiya lu fikirlah sendiri. Berapa banyak nama tuhan-tuhan yang dianuti di kalangan rakyat bukan Islam di Malaysia?.  'Allah' pun lu nah gadaikan juga. Berapa hari lu duduk di Mesir?  Lu kencing saja, sebenarnya lu tidak tahu apa-apa.. 

Depa dok kata juga

Yang PAS dok sebok jawab bagi pihak DAP....apa pasai, pasai apa?  Itu kafir harbi Lim Guan Eng minta kepada kerajaan,  biarlah kerajaan yang jawab. PAS diam sudahlah.  Guan Eng mau PAS sama UMNO rioh rendah. Itu sahaja. Pasai undi untuk Melayu dalam pemilihan DAP 'illek' sudah hilang.  Sekarang siapa bertepuk tangan?. Itu macam pun tak boleh baca ka? Buta.

Depa dah tau
Harimau suka cakar.