Wannura

Koleksi Tumbuhan

DURIAN BELANDA (Soursop) Mac 2, 2026

Filed under: Buahan,Herba — Wannura @ 8:50 pm
Tags: , , ,

banyak perkara yang tidak diketahui mengenainya
(idris bald)

Durian belanda atau dikenali dengan nama soursop dalam bahasa Inggeris merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini banyak ditanam di Asia Tenggara termasuk di negara ini. Dikenali dengan nama saintifiknya Annona muricata L dari keluarga Annonaceae yang juga dikenali sebagai sirsak di Indonesia atau zuurzak dalam bahasa Belanda.

Buahnya enak dimakan segar dan mempunyai duri yang lembut, isinya lembut berwarna putih dengan rasa masam-masam manis, kurang berbau dan memiliki banyak biji yang berwarna hitam. Selain dimakan segar, buah durian belanda boleh dibuat jus, sarbat dan sebagainya.

Suatu ketika dahulu, tanaman ini kurang mendapat perhatian, namun kini durian belanda mula ditanam oleh pengusaha pertanian kerana khasiatnya yang banyak. Tanaman ini boleh dibiakkan menggunakan biji benih namun pembiakan secara cantuman atau tut sangat digalakkan untuk mendapatkan varieti yang lebih baik dan cepat penghasilannya. Biasanya anak benih tanaman ini boleh didapati dikebanyakan nuseri.

Durian belanda sebenarnya berkesan sebagai agen yang kuat bagi mematikan kanser dalam badan manusia yang menjadi rahsia perubatan kuno yang tidak disebarkan. Khasiatnya 10,000 kali lebih baik dari membuat kimoterapi kerana buah durian belanda yang dikenali sebagai graviola di Brazil atau guanabana di Spain ini merupakan pembunuh semula jadi sel kanser. Ianya dikatakan berkesan menyasarkan dan membunuh sel-sel malignan dalam 12 jenis kanser termasuk kanser payu dara, kolon, paru-paru dan kanser pankreas.

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Manakala bahagian lain pokok durian belanda ini termasuk kulit kayu, daun, akar, buah termasuk biji benihnya telah digunakan sejak berabad dahulu dalam perubatan oleh kaum asli Indian di Amerika Selatan untuk merawat penyakit jantung, asma, masalah hati dan artritis.

Antara hasil kajian yang telah dijalankan menurut The Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam durian belanda mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan kimoterapi tanpa merosakkan sel-sel sihat.

Manakala kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun durian belanda mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Dan The National Cancer Institute memulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu pokok durian belanda mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser.

Mulai hari ini, apabila terjumpa buah durian belanda di gerai-gerai tepi jalan atau di mana jua, bolehlah membelinya untuk dimakan bersama keluarga, mungkin kita dapat menghindar atau merawat penyakit-penyakit yang sedia ada.

Image
Pokok Durian Belanda
Image
Daun Durian Belanda
Image
Bunga Durian Belanda
Image
Putik Durian Belanda
Image
Buah Durian Belanda yang belum matang.
Image
Buah Durian Belanda yang telah matang dan dipetik.
Image
Jus dari buah Durian Belanda
Image
Air rebusan daun Durian Belanda untuk pelbagai penyakit

Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

 

Daun Kesum Mei 17, 2025

Filed under: Herba — Wannura @ 4:15 pm
Tags: , , , , , , ,

Daun kesum atau daun laksa, kedua-duanya membawa gelaran yang sama bagi sejenis tumbuhan herba yang menjadi kegemaran peminat hidangan laksa.

Image
Pokok Kesum

Daun kesum (Vietnamese coriander) atau nama saintifiknya  ‘polygonum minus’ adalah sejenis tumbuhan herba yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan masakan Melayu.

Biasanya terdapat 2 jenis daun kesum yang boleh anda temukan di sini sama ada dari jenis menjalar atau menegak. 

Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Selain digunakan sebagai penambah rasa dan aroma dalam masakan, ia juga kaya dengan pelbagai khasiat untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Sumber : https://ecentral.my/daun-kesum/

 

Pokok Timun Tikus Januari 5, 2025

Timun tikus banyak khasiat dan senang dijaga. Biarkan hidup menjalar di pagar, tidak perlu baja dan tanpa kawalan serangga. Boleh dimasak sayur tumis, campur dalam gulai, dijeruk atau makan begiru sahaja. Di antara khasiat timun tikus ialah :

  1. Kesan Antibacterial, ekstrak dari daun dan batang tanaman ini sangat efektik untuk bakteri-bakteri gram positive (seperti bakteri Bacillus cereues, corynebacterium diphtheria, staphylococcus aureus dan staphylococcus pyogenes) maupun bakteri gram negative (Salmonella typhi, Eschericia coli, klebsiella pneumonia, pseudomonas aeruginosa, proteus myrabillis, dan shigella bodyii).
  2. Kesan Antidiabetik – penurun gula darah, Juice dari daun sampai ke akar banyak digunakan untuk pengubatan Diabetes, daunnya juga di gunakan untuk mengatasi luka pada kulit, sangat baik juga di gunakan untuk pengubatan Gonorrhea.
  3. Anti pryetik – atau tanaman ini juga di gunakan untuk mengubati demam.
  4. Antelmenthic dan lanvicidal (ubat cacing dan perawatan terhadap larva cacing).
  5. Anti Inflamatory (mengatasi kerandangan).
  6. Analgessic ( pengurangan rasa sakit).
Image
Image

Sumber rujukan : https://www.facebook.com/share/p/19sKncLnEF/?mibextid=wwXIfr dan gambar
Gambar

 

Bawang Dayak September 19, 2024

Filed under: Bawang — Wannura @ 10:26 pm
Tags: , , , ,
Image
Bawang Dayak
Image

KHASIAT BAWANG DAYAK: nama saintifik eleutherine bulbosa

  1. MERAWAT KANSER
    Antioksidan yang terdapat pada bawang ini dapat merawat barah dalam tubuh seseorang. Hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar. Penggunaan antioksidan dari bahan semula jadi lebih selamat daripada yang diperoleh daripada bahan kimia.
  2. MERAWAT PENYAKIT JANTUNG
    Penyakit kronik lain yang boleh ditangani oleh bawang adalah penyakit jantung.
  3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
    Salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah dengan mengambil bawang ini. Kerana di dalamnya terdapat alisin yang dapat menurunkan tekanan darah.
  4. MENGATASI ASID URIK
    tanaman ini mengandungi sebatian semula jadi yang kuat untuk mengatasi asid urik.
  5. MELEGAKAN ASMA
    Ini adalah berita baik bagi penghidap asma. selain mengambil ubat yang telah diresepkan oleh doktor. Bawang Dayak ini dapat menghilangkan asma secara semula jadi.
  6. MERAWAT BRONKITIS
    Kaedah penyembuhan yang boleh digunakan sebagai alternatif ubat daripada doktor adalah dengan mengkonsumsi eleutherine bulbosa.
  7. BAIK UNTUK BUAH PINGGANG
    Bawang Dayak telah lama terkenal dengan khasiatnya yang hebat. Salah satu khasiat bawang ini banyak digunakan oleh masyarakat sekitar adalah menjaga kesihatan buah pinggang.
  8. MENGATASI SAWAN
    Epilepsi atau sawan juga dapat diatasi dengan mengonsumsi bawang dayak secara berterusan.
  9. MENGATASI INSOMNIA
    Masalah insomnia ini dapat diatasi dengan cara semula jadi, dengan menggunakan bawang Dayak
  10. MERAWAT CYST
    Cyst bukan sahaja dapat dirawat dengan pembedahan sahaja. Tetapi cyst juga dapat diatasi dengan memakan bawang ini secara berterusan.

Kredit: BioHerbs

bawangdayak #eleutherinebulbosa #khasiat #petua #tips #kesihatan #cyst #kidney #penyakit #sawan #insomnia

 

JELAWAI KETAPANG (Terminalia catappa L.) YANG PELBAGAI GUNA September 9, 2024

Filed under: Herba,Landskap — Wannura @ 8:55 am
Tags: ,

Image

Terminalia catappa (Tropical almond ) adalah dalam keluarga Combretaceae


Nama biasa:

False kamani, almendras, badamier, Java almond, amandier de Cayenne, tropical almond, wild almond, Indian almond, myrobalan, Malabar almond, Singapore almond, ketapang, Huu kwang, Sea almond, kobateishi, West Indian almond, amandel huu kwang.

Keterangan
Pokok ini biasa ditanam sebagai pokok hiasan atau landskap di kebanyakan negara tropika di seluruh dunia . Ketapang dikatakan berasal dari India adalah merupakan pokok yang bersaiz besar hingga mencapai ketinggian sehingga 90 kaki. Daunnya berbentuk bujur lonjong itu berwarna merah-jambu akan bertukar ke merah-kuning sebelum gugur.

Menurut kajian yang telah dibuat, daunnya mengandungi tanin (punicalin, punicalagin dan tercatein).
Bunganya berwarna hijau-keputihan di mana bunga jantan dan betina adalah dari pokok yang sama serta tidak menyerlah.

Ia memiliki buah bersaiz agak besar (2-3 inci) yang dikatakan mempunyai rasa seakan-akan buah badam. Buah yang berbentuk oval/bujur ini warnanya hijau, kuning atau merah.

Di Taiwan, daun yang telah gugur digunakan dalam perubatan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan hati.

Melalui penyelidikan yang telah dibuat, daunnya dikatakan mengandungi agen untuk nyah kanser dan besar kemungkinan berpotensi sebagai ubat anti kanser.

Isirongnya (sabut biji) pula telah membuktikan sebagai afrodisiak (ubat penggalak nafsu syahwat); berkemungkinan boleh digunakan dalam rawatan ejakulasi pra-matang.

Ethanol yang diekstrak dari daunnya pula berpotensi untuk merawat masalah ketidaktentuan sel .
Selain dari itu, pokok ini juga digunakan oleh penternak ikan kolam untuk menyihatkan ikan peliharaan mereka seperti ikan keli.

Ubat tradisional :
Teh yang dibuat dari daunnya digunakan untuk menyembuh disentri dan diarrhea(cirit-birit).

Sumber : http://www.tropilab.com/

 

Teratai Batu @ Reratai Bukit

Filed under: teratai — Wannura @ 8:48 am
Tags: , , ,
Image
Pokok Teratai Batu

Tumbuhan yang biasa kelihatan hidup di permukaan air. Agak unik tumbuhan ni , dikatakan boleh di temui di Gunung Jerai.

Sumber: Kaftan Koyak -Facebook

 

Pokok Sukun Mei 13, 2024

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 9:10 pm

Mungkin tidak ramai yang tahu atau pernah rasa buah sukun goreng. Buah yang kebanyakkan dari kita membiarkan sahaja ia busuk di atas pokok ini sebenarnya mengandungi pelbagai kandungan nutrisi di samping boleh dijadikan snek ringan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah sukun, dan beberapa resepi menarik untuk anda jadikan hidangan minum petang.

Buah sukun (Artocarpus altilis) tergolong dalam keluarga Moraceae iaitu sama dengan pokok ara dan nangka. 

Image

Di Malaysia, pokok sukun mempunyai dua musim pengeluaran di waktu puncak sepanjang tahun.

Biasanya pokok akan berbunga pada bulan Februari / Mac / Julai dan Ogos. Manakala berbuah pula pada bulan April / Jun / Oktober dan November. 

Buahnya seakan-akan buah nangka. Ia berbentuk bulat dan sedikit lonjong, berwarna hijau terang dan berubah kuning kecokelatan apabila matang.

Sukun digemari oleh banyak orang kerana ia boleh diolah dan dijadikan snek lazat di waktu petang seperti sukun goreng, kerepek, bubur, kuih-muih, biskut dan sebagainya.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 100 gram buah sukun mengandungi nutrisi seperti berikut:

  • Air: 70.6 g
  • Tenaga: 103 kcal
  • Protein: 1.07 g
  • Jumlah lemak: 0.23 g
  • Karbohidrat: 27.1 g
  • Serat: 4.9 g
  • Jumlah gula: 11 g
  • Kalsium: 17 mg
  • Zat besi: 0.54 g
  • Magnesium: 25 mg
  • Fosforus: 30 mg
  • Kalium: 490 mg
  • Natrium: 2 mg
  • Zink: 0.12 mg
  • Kuprum: 0.084 mg
  • Mangan: 0.06 mg
  • Selenium: 0.6 µg
  • Vitamin C: 29 mg
  • Thiamin: 0.11 mg
  • Riboflavin: 0.03 mg
  • Niasin: 0.9 mg
  • Kolin: 9.8 mg

Khasiat dan manfaat

Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan imuniti

Memandangkan buah sukun mengandungi bioflavonoid antiradang, memakannya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit.

Tiamin yang terkandung di dalamnya akan meningkatkan pertahanan tubuh badan kerana ia menguatkan otot di sepanjang saluran penghadaman di mana paling banyak sistem imun manusia berada di sana.

2. Boleh membantu mengawal diabetes

Serat dalam buah sukun berfungsi untuk menghalang glukosa dalam darah yang mana sangat berguna kepada pesakit diabetes. 

Satu kajian yang dilakukan oleh Trends in Food Science & Technology, mencadangkan pengambilan sukun kerana potensinya untuk mengurangkan diabetes jenis 2.

3. Racun serangga yang berkesan

Kajian yang dilakukan oleh USDA Agricultural Research Service mendapati bahawa bunga sukun mengandungi tiga jenis bahan kimia yang mampu menghalau serangga terbang seperti nyamuk. 

Malah sejak dulu lagi, masyarakat Hawaii sudah menggunakan teknik membakar bunga sukun sebagai penghalau semula jadi serangga. 

4. Baik untuk penjagaan rambut

Health Beckon mengesyorkan orang ramai untuk makan buah sukun bagi mendapatkan rambut sihat dan kuat. 

Asid lemak omega 3 dan omega 6 dalam buah ini dikatakan mampu merapikan dan menguatkan rambut serta menggalakkan rambut tanpa kelemumur yang gatal.

Bukan itu sahaja, zat besi dalam buah sukun juga boleh meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan kemudiannya merangsang pula pertumbuhan folikel. 

5. Boleh membantu kesihatan jantung

Sifat antioksidan buah sukun mungkin memberi kesan positif untuk kesihatan jantung pada umumnya. Kalium misalnya boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah seseorang.

Memandangkan ia mengurangkan kesan natrium, ia juga boleh menggalakkan degupan jantung lebih teratur. 

6. Membekalkan sumber tenaga yang berpanjangan

Karbohidrat kompleks dalam buah sukun memberikan sumber tenaga berpanjangan. Itu fakta yang perlu kita ketahui! 

Kerana setiap 100 gram buah sukun mengandungi sekitar 27.1 gram karbohidrat yang mana ia setara dengan 10% keperluan karbohidrat sehari ditambah dengan kandungan serat dan proteinnya.

Tips beli buah sukun

Sukun agak jarang dijual di bandar. Biasanya anda boleh temukannya di kampung atau ditanam sendiri di rumah. 

Tetapi jika anda jumpa dan ingin membelinya, berikut adalah antara tips yang boleh dicuba:

1. Pilih sukun dengan durinya masih mekar

Jika anda ingin memilih sukun yang sudah masak, boleh perhatikan dulu duri dan teksturnya. 

Tanda sukun yang telah masak boleh dilihat dari kulitnya yang mula mekar. Bila dipukul dengan pisau, ianya masih empuk dan tidak keras.

Sebaliknya buah yang masih mentah, teksturnya lebih keras dari biasa.

2. Jenis sukun yang sesuai untuk buat kerepek

Untuk membuat kerepek, pilih sukun yang sudah masak tetapi bukan terlalu masak. 

Kerana buah yang terlalu masak akan lembik dan sukar untuk mendapatkan tekstur ranggup kerepek tersebut.

3. Cara hilangkan getah sukun

Sukun memiliki getah putih yang boleh membuatkan rasanya pahit apabila tidak dibersihkan dengan betul.

Jadi anda boleh cuba merendam sukun di dalam air garam selama 10-15 minit sebelum dihiris dan digoreng.

Boleh juga direndam menggunakan air yang dicampur bawang putih untuk memberi rasa ranggup ketika digoreng menjadi kerepek. 

Resepi sukun goreng tepung & sambal kicap

Sukun goreng tepung memang enak dijadikan hidangan minum petang. Beli sukun goreng diluar semestinya tidak sama dengan masakan sendiri. 

Selain menjimatkan duit, anda pun boleh olah resepi mengikut citarasa sendiri.

1. Sukun goreng tepung

Image

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah sukun (saiz kecil)
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 cawan minyak masak (untuk menggoreng)

Cara penyediaannya:

  1. Potong nipis isi buah sukun.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, telur, garam, gula, serbuk kunyit, dan air ke dalam mangkuk. Kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Celupkan sukun dalam bancuhan tepung lalu masukkan ke dalam minyak yang panas.
  5. Goreng sukun hingga kekuningan dan garing kedua-dua bahagian.
  6. Toskan minyak dan hidangkan di dalam piring.

2. Sambal kicap pedas

Image

Bahan-bahan:

  • 30 tangkai cili padi hijau (digoreng)
  • 3 ulas bawang putih (digoreng)
  • Jus limau nipis
  • Kicap manis
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar gula

Cara penyediaannya:

  1. Goreng cili dan bawang putih seketika.
  2. Kisar semua bahan dan tambah garam gula secukup rasa
  3. Tuangkan sambal kicap ke dalam bekas dan sedia untuk dihidangkan.
  4. Untuk tahan lebih lama, anda boleh simpan sambal kicap dalam peti sejuk.

Rujukan :

https://ecentral.my/buah-sukun/#google_vignette

 

Pokok Peria Bulan (Cardiospermum halicacabum) Julai 6, 2023

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 11:54 pm

Assalamualaikum sahabat semua. Agak lama admin tak hantar posting. Kali ini admin berkongsi info tentang Pokok Peria Bulan.

Pokok liar yang tumbuh dalam semak ini kini sukar untuk ditemui sekarang. Pokok nya boleh membesar dan menjalar sehingga ketinggian 3 meter. Ia tumbuh subur di tempat panas (cahaya marahari penuh atau separa) di tanah lembab seperti tepi sungai atau longkang. Pembiakannya melalui biji benih, keratan dahan lembut dan teknik lenturan.

Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok liar ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaannya bagi merawat urat saraf dan sendi yang bermasalah.

  • Ia dalam keluarga Sapindaceae , Genus : Cardiospermum. Specific Epithethalicacabum L.
  • Sinonim :
    1. Cardiospermum luridum Blume
  • Nama-nama lain :
    1. Balloon Vine (English)
    2. Heart Pea (English)
    3. Peria Bulan (Melayu)
    4. Tanglung Cina (Kedah)
    5. Timun Dendang (Kedah)
    6. Uban kayu, Love in a puff

Bijinya berwarna hitam dan bentuknya bulat , ada kelihatan bentuk ‘Love’ yang berwarna putih serta kantung bijinya kembung macam belon, nipis seperti kertas . Benih masak dari bulan Ogos – Oktober.

Image

Bunganya halus berwarna putih. Setiap tangkai mempunyai dua (2) bunga besar dan dua bunga kecil. Musim bunganya dari bulan Julai hingga Ogos.

Khasiat dan cara penggunaan ;

Biji : digunakan sebagai ubat kencing manis.

Digunakan dalam merawat penyakit sendi, saraf dan mengembalikan kekuatan anggota badan.

Daun : dihancurkan dan dijadikan teh.

Membantu menghilangkan kegatalan kulit.

Daunnya yang muda boleh dimasak sebagai sayuran.

Jus daunnya digunakan bagi merawat masalah telinga.

Juga alternatif melegakan migrain.

Mandian bagi bayi yang mengalami jaundis ( demam kuning) . Rebus daunnya, setelah suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini.

Menurunkan suhu panas kanak-kanak yang mengalami demam panas . Ramaskan daun dengan air dalam baldi, tapiskan air ramasan tersebut, Dan mandikannya dari leher hingga ke kaki di antara pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Buah : Ambil buahnya dan jemur hingga kering dan simpan dalam bekas yang kering. Setiap pagi, sebelum sarapan, ambil 3 atau 5 atau 7 biji (bilangan ganjil) letak dalam gelas, masukkan air panas kemudian biarkan dalam setengah jam, baru diminum. Minum pada waktu pagi 1 kali dan sebelum tidur 1 kali. Sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah urat saraf dan sendi serta pesakit diabetis (kencing manis) yang kronik .

Wallahualam….. Selamat mencuba !

 

Pokok Ajinomoto atau Chaya Jun 23, 2023

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 2:06 pm

Pokok CHAYA

Daun seperti betik, tapi batang seperti batang ubi
Sedap dicelur dibuat ulam, rasanya manis tidak pahit seperti daun betik.

Di Thailand, ia dipanggil pokok ajinomoto atau pokok MSG kerana kesannya sebagai perasa asli dalam masakan.

Mengandungi kandungan zat besi, potassium dan kalsium yang tinggi.

Dikatakan mempunyai khasiat2:

  • meningkatkan pengaliran darah
    -membantu penghadaman
    -meningkatkan penglihatan
    -membantu menurunkan paras kolestrol dll

(credit info : AaronJaejun Greenfingers)

Image

 

Pokok Kitolod atau Sangkubak (Jawa) April 2, 2023

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 9:18 am

Digunakan oleh ramai tok bomoh untuk merawat masalah mata…di indonesia ada setengahnya menggunakan dalam kaedah Gurah Mata Bayu Bajrah dengan cara mengenakan sedikit getah yg diambik dari bunganya pada dua2 ibu jari tangan kemudian meletakkan pada dalam kelopak bawah mata pesakit sambil membaca ayat atau jampi tertentu (ayat dan jampi ni syarat je utk mengaburi tanggapan pesakit)….rasanya sangat pedih

Kita kenali pokok kitolod dulu:

Tanaman yang berasal dari Hindi Barat ini tumbuh liar di pinggir saluran air atau sungai, sawah, sekitar pagar dan tempat-tempat lainnya yang lembab dan terbuka. Ki tolod
dapat ditemukan dari dataran rendah sampai 1,100m dpl. Tinggi mencapai 60 cm,
bercabang dari pangkalnya, bergetah putih yang rasanya tajam dan mengandungi racun. Daun tunggal, permukaan kasar, ujung runcing, pangkal menyempit, tepi melekuk ke dalam, bergigi melekuk. Panjang daun 5-17 cm, lebar 2-3 cm,
warnanya hijau.

Bunganya tegak, tunggal, keluar dari bawah daun, bertangkai panjang, berbentuk bintang berwarna putih.

Daun: Sakit gigi, Asma, Bronkhitis, radang tenggorok, Obat luka

Bunga: ubat titis mata,

Seluruh tanaman: ubat kanser

Sumber: Pak Lang (Juruterapi Malaysia)