Khamis, Ogos 12, 2010

كل سنه وانتم طيبين بمناسبة شهر رمضان

كل سنه وانتم طيبين بمناسبة شهر رمضان

Doa malaikat jibril menjelang ramadhan"
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yg berikut: * tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada orang tuanya( jika masih ada) * tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri * tidak bermaafan terlebih dahulu dgn org2 sekitarnya. maka Rasulullah pun mengatakan amin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah malaikat dan yg mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat,dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik dan yg tidak di sengajakan maupun yg disengajakan,semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn khusyuk,di berkati dan dirahmati Allah

Jumaat, Julai 16, 2010

Kembali ke university

Tanggal 17/7/2010.walid kembali menyambung pengajian...tapi kali ini bukan terbang jauh ke timur tengah.cuma mengembara ke utara tanah air..walid daftar masuk di UUM sintok Kedah,untuk ambil Diploma Pendidikan..buat pjj jah..nak masuk uni terus dah rasa malas....

Bulan rejab yang lepas,banyak memberi pedoman dan kesedaran pada walid..walaupun kita kehilangan sesuatu yang kita suka,kita masih banyak lagi benda yang perlu kita buat dan perjuangkan..peristiwa isra' banyak mengajar kita cara menghadapi kesukaran dan kesusahan dalam hidup.....

Sebagaimana allah memperjalankan hambanya Muhammad untuk dia cari ketenangan bagi menghadapi perjuangan yang lebih besar selepas kehilangan 2 orang insan yang sentiasa mendokong perjuangan dia..walid juga ingin memperjalankan hidup walid dengan meneruskan pengajian,moga-moga apa yang berlaku sebelum ini,walid dapat jadikan sempadan dan pedoman untuk walid terus cekal mencari kebahagian yang hakiki...

Khamis, Julai 01, 2010

Apa yang tak kena

Allahualam...walid tak tau nak kata apa...pening,keliru,hilang punca..ahhhh payahnya nak buat satu-satu keputusan..apa nak jadi kamu ni MOHD ZAILANI apa yang kamu cari dalam kehidupan....wake up..wake up....

Terbaca satu kata-kata yang budak tulis..BERTERUS TERANG BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH...emm betul ke?walid pun tak pasti...seminggu dua nii,walid duk mencari-cari apa yang sebenarnya walid mahu...masih buntu...Teringat satu sms yang dihantar...SEBELUM BUAT SATU KEPUTUSAN,PIKIR BAIK2..SBB TERSALAH BUAT KEPUTUSAN BOLEH MENYEBABKAN HILANG SEMUA BENDA YANG KITA MILIKI..

WAAA..TOLONG!!!!!

Rabu, Februari 24, 2010

Rasulullah SAW suami contoh

Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah saw menyayangi Khadijah sepenuh hati kerana isterinya merupakan nikmat terbesar yang dkurniakan Allah kepadanya.Baginda pernah bersabda:'Dia,Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku,dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakan aku,dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.(riwayat Ahmad dalam musnad Ahmad 4/118)

Romantik

-tidur bersama isteri dalam satu selimut
-saling memakaikan wangia
-mandi bersama
-minum mengunakan bekas yang sama
-membelai isteri
-memanggil isteri dengan panggilan mesra
-menyejukan kemarahan isteri dengan mesra
memberi hadiah

Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Isteri rasulullah saw,Aisyah menceritakan didekati rasululah di suatu hari ketika bangida hendak melaksanakan solat malam.Baginda berbisik,"wahai Aisyah,izinkan aku untuk beribadat kepada tuhanku."

Tidak berkasar dan berlemah-lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan rasulullah saw bahawa pada suatu hari,salah seorang isterinya datang membawa makanan untuk dikirimkan kepada bagindayang sedang berada di rumah Aisyah.Aisyah dengan sengaja menjadtuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah.Rasulullah tidak berkasar dengan Aisyah,sebaliknya dengan lemah lembut baginda meminta Aisyah menggantikan makanan itu.

Membantu isteri

Kepulangan rasulullah saw ke rumah bukan sekadar untuk beristirahat sahaja.bahkan baginda juga membantu isterinya menguruskan rumahtangga mereka.

Wallahu'alam

Isnin, Februari 22, 2010

Tahun 2010

ImageEmm..
dah lama tak menjenguk blog walid..hehe...dah kena tukar panggilan...sedar x sedar lebih dua tahun x bukak blog ni...alhamdulillah masih berfungsi rupanya...

Dalam dua tahun nii,banyak kisah suka n duka yang telah walid lalui...paling tak best..terpaksa terima hakikat yg jodoh walid nggan si dia tak kesampaian..mungkin walid x cukup sempurna buat si dia yg sempurna...walaupun masih bersisa sakitnya,hope walid, si dia sentiasa dalam rahmat dan lindungan yg Esa...

Lupakan kisah lalu...sekarang ni,sedar x sedar dah hampir 18 bulan bergelar suami..hehe...alhamdulillah..walid kawin pada 06.09.2008.Semua urusan di permudahkan allah..betul laa kata org..yg kita rancang tu x semistinya kita dapat...yg tak dirancang x mistinya x akan berlaku....
Image
Emm..Sekarang nii hero walid dah masuk 8 bulan..banyak kerenah yg di tunjukkan...menghiburkan..bila pandang wajahnya,hilang rasa gelisah.dia selalu buat walid tersenyum..lupa nak kasi tau nama dia..nama my hero is TUAN ABDULLAH ZAIM.Lahir pada 02/06/2009 berat masa lahir 2.3 kg.
Isteri walid?
hehe..dia biasa jah..anak bapak juga..semua hal n kehidupan dia,ayah dia yg aturkan..walid memang x pernah kenal dia,x pernah tengok dia...kali pertama walid lihat dia,selepas selesai walid di ijab qabulkan..percaya ke tak..itu lah realiti...Emmm...Masa mula-mula nak tengok,punyalah takut....iye lee..mana tidaknya..kalaulah yg di kawin tu besar ke..hitam ke...gemuk kee...alamatnya pengsan walid..
Ok...walid chau dulu....
Oopppp..lupa nak tulis..klu x ada masalah..insyallah..my hero akan dapat adik...hehehe..sekarang ni kandungan my wife dah masuk 8 minggu,jangka lahir 24/9/2010..harap semua ok..

Khamis, Jun 07, 2007

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat