Archive for August, 2008
9W2BPM mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-51. Semoga kita sentiasa sejahtera.
Perpaduan Teras Kejayaan… 73, cherio…
Jual Buku

Sekadar menolong member/jiran memasarkan buku tulisannya sendiri…..
Untuk keterangan lebih lanjut, sila baca ini…….
Sebuah novel yang memaparkan kisah kehidupan seorang usahawan muda dan rakan-rakannya dalam mencari bahagia di celah-celah kesibukan Kota Raya Kuala Lumpur yang penuh dengan cabaran. Demi sebuah persahabatan, Hakimi cuba menyelamatkan Natasha dari kekejaman suaminya Shahril yang hampir meragut nyawanya. Shahril dan Natasha akhirnya dipisahkan. Persahabatan antara Natasha dan Hakimi membuahkan cinta yang hampir-hampir membawa mereka ke ambang bahagia. Namun tanpa di duga tiba-tiba apa yang dirancang tidak ditakdirkan begitu. Jodoh mereka tidak kesampaian. Kerana itu Syamsul merancang agar Hakimi menjejaki tuahnya, mencari jalan bahagia di negara asing (Villa Literno-Itali). Kenapakah semua ini terjadi? Siapakah Datuk Baharom, Datin Rafeah, Encik Dahlan, Puan Salbiah, Hasan, Angela, Kappo, dan lain-lain lagi?