Archive for September, 2009
Catatan Raya
Aidilfitri tahun ini disambut pada hari Ahad 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 Hijrah. Pada petang Jumaat dua hari sebelum raya kami sekeluarga bertolak balik ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama ‘fundemental’. Perjalanan balik kampung begitu lancar walaupun kenderaan banyak di sepanjang perjalanan. Balik dua hari sebelum raya sempatlah berbuka puasa dan bersahur di kampung bersama ahli keluarga yang lain yang sama-sama balik untuk meraikan Aidilfitri.
Pada pagi raya pertama selepas solat sunat Aidilfitri, kami menziarahi ahli keluarga terdekat yang lama tidak dikunjungi. Kesempatan tersebut digunakan untuk sama-sama bermaafan dan bertanya khabar. Kemeriahan semakin terasa apabila semua ahli keluarga berkumpul di rumah ’fundemental’, riuh-rendah suara anak-anak buah mengamatkan suasana lebaran.
Pagi raya kedua bertolak balik ke ’base station’ di Bukit Payong Marang… Dalam perjalanan pulang sempat singgah di ’base’ 9W2AWQ (Presiden Akrab) untuk bersalaman di daratan. Sempatlah juga menjenguk repeater Akrab di Base Bang Mawi…
Perjalanan diteruskan lagi untuk balik ke Base Station… Sampai di lokalan Kuala Terengganu, singgah beraya di rumah emak saudara di Pulau Rusa…. Sampai di Base jam 6.00 petang… Raya ketiga dan seterusnya diteruskan di Kuala Terengganu…. ceriooo…….



