Archive

Archive for April, 2007

Apa cerita ko ni Kammy…

April 24, 2007 13 comments

ilang.jpg

P/S: Apa cerita la ko ni Kammy? Aku dah kasitau bebudak ni ko memang misteri. Tetapi dengan keluarnya berita ni menyebabkan ko jadi lagi misteri. Apa daa…Lain kali jangan hilang-hilang lagi. Susah orang lain nak cari ko tau? Dah la gambo tu physcho giler…hahaha..Kammy Kammy…Rakan-rakan lain, sila komen…

Categories: WoRD LiFe

Kelaparan?

April 22, 2007 5 comments

iklan.jpg

Assalamualaikum WBT.

Anda lapar? Hubungilah talian 1300-13-1300. Pasti kami akan menghantar makanan ke hadapan pintu rumah anda. Hahaha, promosi la pulak.

Kenapa agaknya aku menjadi begitu rajin mempromosikan benda-benda alah ni ek? Haa…adalah ceritanya. Jadi untuk pengetahuan semua, aku kena rajin-rajinkan diri untuk promosikan barangan ini. Ini kerana organisasi tempat aku bekerja sekarang sedang bekerjasama dengan rangkaian makanan segera terkenal, McDonalds dalam pengurusan bahagian penghantaran makanan ataupun lebih dikenali sebagai McDonalds Delivery. Jadi aku mengambil sedikit peluang yang ada untuk mempromosikan benda-benda ini di halaman blok aku ni.

Sebenarnya aku tidak mendapat sebarang komisen daripada tindakan mempromosi ini. Ini hanyalah sekadar untuk bercerita dengan apa yang aku buat dan sedang usahakan selama ini. Aku sekarang sedang menguruskan operasi berkenaan dengan pengurusan perkhidmatan penghantaran makanan segera McDonalds untuk syarikat aku iaitu Deras Hijau Sdn Bhd. Syarikat ini bekerjasama dengan McDonalds untuk tujuan tersebut.

Walaupun aku rasa sedikit kelakar kerana menceburi bidang yang jauh tersasar daripada apa yang aku pelajari semasa di Universiti dahulu. Tetapi aku tabahkan hati dan nekad menyertai organisasi ini kerana ia mempunyai prospek yang besar pada masa hadapan. Ini kerana syarikat Deras Hijau ini sedang merancang untuk memperkembangkan sayap perniagaan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang penghantaran (curior).

Jadi aku mengharapkan sokongan rakan semua agar aku berjaya dalam bidang ini. Bagi aku, cabang perniagaan sebegini boleh membawa banyak keuntungan dan pulangan yang lebih besar berbanding dalam bidang Librarianship. Aku akan berusaha keras untuk berjaya. Jadi, kalau anda berada di kawasan Kuala Lumpur atau Lembah Klang dan anda berasa lapar, jangan segan-segan hubungi talian 1300-13-1300, kerana di belakang tabir perkhidmatan itu, akulah yang menguruskannya.

Sekian, jumpa lagi.

Categories: WoRD LiFe

Kemalangan…

April 18, 2007 2 comments

Salam dan bertemu kembali.

Hari demi hari aku semakin sibuk. Sibuk dengan urusan seharian sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Laman blog aku pun kadang-kadang tidak sempat untuk dilawati dan di kemaskini. Bosan? Tidak sama sekali. Ini adalah cabaran hidup aku seharian. Semua yang aku lakukan ini adalah untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup aku pada masa depan, Insyallah.

Jadi hari ni aku nak bercerita tentang benda lain pulak. Aku nak bercerita mengenai kemalangan ataupun accident. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, tiap-tiap hari kita akan mendengar berita dan cerita mengenai kemalangan. Tak kira la samada di surat khabar ke, TV ke ataupun dari mulut ke mulut. Dan dah menjadi lumrah dalam kehidupan kita ni yang mana pasti akan ada kemalangan berlaku setiap hari. Kalau Tuan Puan semua tak percaya, cuba la jenguk-jenguk surat khabar ataupun tengok kat TV.

Aku bukan nak mengada-adakan cerita. Tetapi dalam hidup kita ni dah memang jadi satu kewajipan pula adanya kemalangan. Saban tahun kita akan mendengar tentang kemalangan, tak kira kemalangan jalan raya, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. Dan bilangan kemalangan akan bertambah sekiranya ada sambutan perayaan. Inilah senario di Malaysia. Jadi aku merumuskan dalam hidup kita ini, pasti kita akan menghadapi kemalangan walaupun sekali.

Aku juga pernah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan jalanraya. Tetapi alhamdulillah kemalangan yang aku alami tidaklah begitu teruk walaupun parut-parut dan kesan luka memenuhi kaki dan tanganku. Mengimbau kembali pada tahun 2000, aku telah kehilangan seorang rakan akibat kemalangan jalanraya. Raja Ahmad Aftihani, begitulah nama sahabatku yang telah kembali ke rahmatullah apabila kereta yang di naikinya terlibat dalam kemalangan dengan 2 buah lori. Untuk pengetahuan semua, Arwah merupakan rakan sekerjaku semasa aku bekerja di sebuah syarikat Jualan Langsung di Kuantan sekitar tahun 2000. Aku cukup terkejut dengan kemalangan yang menimpanya kerana beliau meninggal dunia pada umur yang cukup muda, iaitu 18 tahun. Al-Fatihah untuk Arwah…

Di manakah silapnya manusia-manusia ini sehingga terjadi kemalangan? Aku tidak boleh menolak suratan takdir sekiranya kemalangan yang berlaku adalah di akibatkan oleh faktor bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. Tetapi sekiranya kemalangan yang berlaku akibat kecuaian seseorang manusia itu sendiri, itu memang sesuatu yang sukar untuk diterima akal. Aku pernah dan selalu mengalami saat-saat seperti ini terutamanya apabila berada di jalanraya. Aku penunggang motosikal dan juga merupakan seorang pemandu kereta. Apa yang aku perhatikan adalah sikap-sikap Gangsterism akan berlaku sekiranya manusia ini berada di atas jalan raya. Seorang Ustaz yang berkopiah pun boleh bertukar menjadi seorang Gangster apabila berada di jalanraya. Aku pernah mengalaminya di Kelantan. Percayalah!

Aku tak mahu membuat andaian mudah, tetapi dengan apa yang telah aku alami membuatkan aku percaya, jalanraya merupakan medium terbaik kita nak menilai sikap dan perangai seseorang. Betul tak? 🙂 Kemudian, aku juga berpegang kepada dua faktor yang cukup menakutkan ketika berada di jalanraya iaitu pemandu Teksi dan pemandu berbangsa India. Kedua-dua faktor ini merupakan sesuatu yang aku cuba jauhi ketika berada di jalanraya. Minta maaf sekiranya kenyataan ini bersifat sensitif. Aku cukup benci dan menyampah dengan pemandu Teksi dan India yang memandu di jalanraya. Aku selalu mengalami keadaan yang mencemaskan dan merbahaya akibat daripada kedua dua jenis pemandu seperti ini. Entah apa yang patut di lakukan untuk mengubah sikap dan tatatertib mereka di kala memandu. Hopefully keadaan ini akan berubah.

Jadi aku rasa cukup setakat ini sahaja. Sebagai penutup entri kali ini, aku nak mengucapkan selamat sembuh dengan baik kepada rakanku semenjak aku kecil lagi iaitu saudara Redzuan yang mengalami kemalangan akibat dilanggar oleh seorang pemandu kereta sehingga menyebabkan bahunya patah. Bro, jaga diri baik-baik. Ada masa nanti aku datang melawat ko. Ok, jadi sekian bagi kali ini. Bertemu lagi di entri yang seterusnya. Berhati-hati di jalanraya. Wassalam….

Categories: WoRD LiFe

Mutiara kata

April 12, 2007 5 comments

Salam.

Hari ini aku takde topik yang nak di bentangkan. Jadi kat sini aku letakkan sikit benda dan material yang dapat aku kumpulkan sepanjang zaman aku belajar dulu iaitu Mutiara kata. Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yang dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayatinya. Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yang menjiwai. Jadi apa yang aku nak ceritakan ini diharapkan dapat dikongsi bersama oleh teman-teman.

diamond2.jpg

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni”

“Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor”

“Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak membawa apa apa makna kerana disebaliknya ia akan membawa kemudaratan, tetapi satu ciuman yang pantas ia nya menyingkap seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat……”

“Kebajikan itu lebih baik dari waktu”

“Kekasihku, dalam setiap degupan jantungku ada kasihku padamu dan selagi mana jantungku masih berdegup,selagi itulah aku kan terus mengashimu”

“Cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi”

“Wanita itu sendiri adalah rahsia”

“Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

“Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair”

“Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan”

“Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan”

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

“Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

“Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah”

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul”

Dan yang paling aku sukai dan minati ialah: “Hidup ini seumpama muzik, di mana cinta adalah lagunya”. Jadi setakat itu sahaja yang dapat aku bentangkan untuk kali ini. Semoga dengan mutiara kata ini dapat memberikan sedikit motivasi kepada rakan-rakan semua untuk menjalani kehidupan dengan lebih cemerlang dan bermakna. Sekian, jumpa lagi.

Categories: WoRD LiFe

3 malam tanpa bintang

April 10, 2007 6 comments

Lagu: 3 malam tanpa bintang
Artis: Fiq

Kasih… maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih… engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya nyawa dia
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga tarikh menafikan nyawa

Kasih… maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih… engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Kasih…

Ulasan: Aku tak dapat nak pastikan sedalam-dalamnya maksud yang tersirat dalam lirik lagu ni. Tapi tanpa keraguan, lagu ni memang sedap untuk didengari. Walaubagaimanapun, aku sedikit kecewa kerana lagu ni tak berapa rock sangat. Boleh di klasifikasikan sebagai slow rock kot. Tak berapa nak nampak sangat aura rock penyanyinya kecuali part korus tu. Tapi lagu ni memang sedap untuk didengari…

Categories: WoRD LiFe

Kisah kehidupan…

April 9, 2007 5 comments

h.jpg
Mister Amien di ofis baru

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Hari silih berganti, usia semakin bertambah, tanggunggjawab semakin berat dan segala-galanya semakin sukar. Begitulah kehidupan…

Topik kali ini aku saja nak meluahkan perasaan dan perkara-perkara yang belaku dalam hidup seharian kita. Tapi pertama sekali, aku ingin mengucapkan takziah kepada rakanku, Johari Johan (Koch) yang sama-sama belajar semasa diploma di UiTM Machang dahulu kerana kematian ayahandanya. Allahyarham meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika bertugas sebagai polis trafik yang mengiringi pemangku Sultan Terengganu. Al-Fatihah.

Begitulah kehidupan kita. Ada kalanya gembira, ada kalanya sedih. Namun kehidupan terpaksa di teruskan tanpa sebarang kompromi kerana banyak lagi perkara yang harus dilalui pada masa depan.

Berbalik pula pada diriku, aku sekarang ngah sibuk dalam menguruskan kerja seharian aku. Aku betul-betul tiada masa untuk bersenang-lenang dan melepak-lepak kerana kerja seharianku ini memerlukan aku bekerja sehingga lewat malam. Tapi aku tempuhi semua itu dengan tenang dan sabar. Teringat pula aku kepada rakan serumahku dahulu, Kamarul. Beliau sangat tertekan dengan hidupnya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Tetapi apabila mendapat peluang kerja yang lebh baik, beliau sangat komited bekerja sehingga tidak pulang ke rumah berbulan-bulan lamanya. Hopefully ko berjaya dalam hidup wahai Kamarul.. 

Jadi peluang yang sama terhidang di depan mataku, jadi aku mengambil sedikit semangat Kamarul ni untuk meneruskan kehidupan yang sangat mencabar ini. Thanks Kamarul. Aku juga berharap sahabatku, Suzila tabah menghadapi masalah beliau di tempat kerja baru kerana aku telah mendengar permasalahan beliau itu. Bersabarlah ye?

Begitulah yang berlaku dalam kehidupan ini. Semuanya harus dilalui dengan tabah. Tapi pada masa yang sama juga aku rindu. Aku merindui kehidupan aku semasa bekerja kat PLF dahulu. Memang betul kata Suzila, PLF adalah sebuah keluarga. Aku rindukan keluarga itu. Penuh keceriaan, kegembiraan dan gelak tawa yang sentiasa berlanjutan setiap hari. Terima kasih PLF. Aku rindukan cerita-cerita berserta sound effect daripada encik bulu, Nandre. Hahaha..

Okey, jadi satakat inilah dulu aku mengarut. Aku sedang ketandusan topik nak dibicarakan sekarang. Bertemu semula di entri seterusnya. Challoo…

Categories: WoRD LiFe
Design a site like this with WordPress.com
Get started