Archive
Exora: 1st Proton MPV

Assalamualaikum
Kali ini aku nak berbicara mengenai kereta pulak. As you all know, Proton officially has lauch their 1st ever Multi-Purpose Vehicle (MPV) pada hari Rabu yang lalu. Ini merupakan pertama kalinya Proton melancarkan kereta dalam ketegori berkenaan. Memang menarik.
Aku sebenarnya bukan taksub terhadap Exora ni, cuma ingin memberikan beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai buah hati Proton yang baru itu. Jadi bacalah pandangan aku yang tak berapa nak best ni. Sebenarnya Proton Exora ni memang merupakan kenderaan yang menarik. Apa yang menariknya? Dari sudut peribadi aku katakan ia menarik sebab akhirnya Proton mengeluarkan kereta untuk keluarga. Dengan 7 tempat duduk, aku pasti ini merupakan kereta yang sesuai bagi mereka yang bekeluarga. Quite interesting for me.
Aku sebelum berkahwin dulu penah berkira-kira untuk membeli sebuah ‘kereta keluarga’ andainya aku mendapat cahaya mata kelak. Dalam kepala aku cuma nampak Toyota Avanza kerana dalam kategori MPV, hanya Avanza yang memberikan pakej yang quite okey in term of price and budget. Jadi aku bercita-cita untuk sambar Avanza.
Tapi bila Proton mengeluarkan Exora with the new technology fitted in the car, aku jadi tertarik hati untuk memendam cita-cita memiliki kereta ini. Kereta yang cantik, performance yg kira ok la, harga yang menarik, aksesori yang banyak dan canggih adaalh antara kelebihan yang Proton berikan dalam satu produk bernama Exora ini. Dan sekiranya Proton mengeluarkan Exora Prime Edition (lihat gamar di atas) sebagai salah satu produk dari kilangnya, aku percaya ramai pemilik Toyota Wish dan Honda Stream makan hati kerana rupanya memang masyuukkk. Insyaallah jika ada rezeki, mungkin kereta ini akan menjadi milik aku sekeluarga.
Berikut pula ialah senarai harga jualan untuk Exora:
Proton Exora 1.6L A/T M-Line Metallic – RM69,998.00
Proton Exora 1.6L A/T M-Line Solid – RM69,548.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Metallic – RM75,998.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Solid – RM75,548.00
Jadi sekian buat masa ini, bertemu lagi. Wassalam.
Librarian @ IACT

Assalamualaikum.
Awal bulan April 2009 ini menyaksikan perpindahan aku ke tempat kerja a.k.a kilang rezeki aku yang baru nun di Damansara Utama. Walaupun pada mulanya sukar untuk membuat keputusan samada bertukar kerja ataupun tidak, tapi akhirnya aku memilih jalan ini. Syukur kepada Allah kerana memberikan aku petunjuk.
Aku sebenarnya berada dalam dilema samada memilih untuk kerja di IACT atau mengambil MTest bagi menjadi guru skim KPLI kerana keduanya berlangsung pada masa yang sama. Akhirnya aku melepaskan peluang ke KPLI dek kerana khuatir sekiranya aku terpilih dan tidak melaporkan diri, aku akan disenarai-hitamkan pada masa hadapan. Jadi IACT adalah tujuan aku. I’m sorryyy Ministry of Education…
4 hari pertama aku di IACT tidaklah sesukar mana. Mungkin kerana skop kerja yang sebenar belum dapat aku laksanakan lagi. Dan perancangan sebenar aku diangkut menjadi salah satu staf di sini adalah sebagai persiapan untuk menyelenggara dan menghidupkan perpustakaan baru IACT yang dijangka akan beroperasi pada bulan Ogos ini di kampus baru. Selepas itu, tahulah nanti macam mana nasib aku. Hahaha…
Jadi beginilah cerita aku. Memulakan langkah kerja baru dengan cara aku sendiri. Dan buat pertama kalinya aku dengan rasminya mempunyai alamat e-mail rasmi iaitu aminuddin@iact.edu.my. Hahahaa.. Kelakar betul rasanya ada email yang namanya penuh skema itu..Anyway, anyhow..blasah je la…
Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada geng-geng PLF yang banyak membantu semasa aku bertugas di sana. Maaf juga diucapkan kepada semua atas keterlanjuran (bahaya perkataan ni), kebengongan, kesilapan dan kesakit-hatian yang korang semua alami semasa aku menghuru-harakan PLF haritu. I’m sorryyyy (ni khas untuk ninie kerana dia peminat setia Amir Raja awak)..
So, tu je la buat masa ni. Harapan aku semoga semuanya akan baik-baik saja di sini. Ok dude, have to go.. See ya!
She’s gone…
Akhirnya dia pergi meninggalkan aku…
Telah lama aku membina hubungan ini akhirnya disini juga titik noktah hubungan aku dengan dia… Nampaknya sudah tiada jodoh antara kita… Aku relakan kau pergi…


LeAVe YoUR CoMMeNT