Archive

Archive for May, 2013

Isu terhangat pagi ni…

May 29, 2013 1 comment

t

Categories: WoRD LiFe

Nombor plat baru Wilayah

May 27, 2013 6 comments

w1a

As salam.

Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan akan berakhir dengan angka WYY9999 iaitu pada penghujung Julai 2013. Bermula dari tempoh itu nombor plat kenderaan ini akan bermula dengan angka baru iaitu W1A sehinggalah kepada angka W9999A.

Setelah berkahir angka bersebut ianya akan disusuli dengan W1B sehingga W9999B dan begitulah turutan yang seterusnya. Kemudian, apabila nombor pendaftaran ini berakhir dengan W9999Y, ianya akan diganti pula dengan angka WA1A. So sekarang cuma tinggal lebih kurang dua bulan sebelum kita dapat menyaksikan angka-angka baru nombor plat kenderaan Kuala Lumpur.

Smart gak nombor plat style camni. Layannnnn…

w2a

Categories: WoRD LiFe

Dulu kau ku sayangi, kini di tinggalkan…

May 21, 2013 4 comments

Assalamualaikum.

Pulang ke kampung halaman sempena hari mengundi yang lepas banyak mengimbau kembali kenangan yang lama. Bukan setakat memori menjejakkan kaki kembali ke sekolah pertamaku, tapi cuti selama 3 hari aku gunakan sebaiknya untuk menghabiskan masa di kampung melayan memori-memori usang lain yg berlegar dalam benak fikiranku.

So satu petang ketika aku sedang melepak di dapur, menjengah ke luar jendela aku ternampak satu benda yang satu ketika berkhidmat cukup cemerlang untuk aku. Helmet motor yang aku guna sekitar umur 20-an tersadai menjadi bahan buangan di luar rumah. Hahaha.

Kira ni bahan legend jugak la sebab dulu aku cukup sayang helmet ni. Sebenarnya ni helmet fullface brader aku Fabir a.k.a KinTong. Helmet brand Michel ni dia guna masa zaman remaja dia main motor RXZ dulu-dulu. Bila dia dah pencen, aku sebat helmet ni. Potong tang bahagian mulut dan customkan dengan spray warna baru + bubuh sticker. Siap boh nombor 7 besar sebagai nombor fevered aku. Dulu-dulu masa aku study diploma kat Machang ni antara helmet custom yang smart la antara geng-geng kami.

So sekarang hanya tinggal kenangan. Menjadi secebis bahan buangan buruk di luar rumah. Hahahaha.. Legenddd…..

Satu ketika dahulu…

2947_1142160347171_8088246_n

Sekarang…

02

03

Categories: WoRD LiFe

Rembau Most Wanted

May 15, 2013 5 comments

TAJUK: Rembau Most Wanted
ARTIS: W.A.R.I.S

I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang (kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo’an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah’an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?

NOTA: Lagu rap paling kool aku penah dengar tahun ni. Dah lama tak layan lagu rap sejak group Too Phat berkubur. Yang femes sekarang hanyalah lagu-lagu hasil tulisan Master Hi-Hop Malaysia, Malique Too Phat. So dengan adanya lagu Rembau Most Wanted ni terubat gak hati nak layan lagu rap berunsurkan Malaysia. Yaw!

Categories: WoRD LiFe

Berjalan kaki boleh sembuhkan penyakit

May 14, 2013 6 comments

walk

Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa perlu mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan:

1. Serangan Jantung: Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke: Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak: Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan: jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser: Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis: Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis: Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi: Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

SUMBER: blogammar.com

Categories: WoRD LiFe

Ultras-Ultras di Malaysia

May 8, 2013 4 comments

Boys Of Straits (Johor)

Boys Of Straits (Johor)

Cityboys - Kuala Lumpur Ultras (Kuala Lumpur)

Cityboys – Kuala Lumpur Ultras (Kuala Lumpur)

Elephant Army (Pahang)

Elephant Army (Pahang)

Gallore Buceros (Sarawak)

Gallore Buceros (Sarawak)

North Borneo Ultras (Sabah)

North Borneo Ultras (Sabah)

Silver State Ultras (Perak)

Silver State Ultras (Perak)

Ultras Kedah (Kedah)

Ultras Kedah (Kedah)

Ultras Kelantan -The Red Mania (Kelantan)

Ultras Kelantan -The Red Mania (Kelantan)

Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan)

Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan)

Ultras Tranung (Terengganu)

Ultras Tranung (Terengganu)

Ultrasel (Selangor)

Ultrasel (Selangor)

Categories: WoRD LiFe

Selamat bersara TGNA

May 7, 2013 5 comments

TG
Tulisan: Dr.Amirul Amin

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

Categories: WoRD LiFe

Mengimbau nostalgia lama…

May 7, 2013 5 comments

Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Panching Utara, Kuantan

Perghhhh… Memang nostalgia. Setelah hampir 18 tahun aku meninggalkan tempat ini, akhirnya dapat juga kembali ke sini. Kesempatan menunaikan tanggujawab sebagai pengundi aku gunakan sebaiknya untuk mengimbau kembali nostalgia lama sewaktu aku bersekolah rendah di sini. Memang menyentap perasaan. Huhu..

p1

p2

p3

Categories: WoRD LiFe
Design a site like this with WordPress.com
Get started