Archive

Archive for January, 2017

Yamaha R15 2017

January 25, 2017 Leave a comment

Assalamualaikum.

Awal minggu yang lalu, dunia permotoran digemparkan dengan pengenalan satu model baru dari pengeluar jentera Yamaha. Motor yang diberi nama R15 ini datang dengan rekaan terbaru. Walaupun sebelum ini R15 telah dikeluarkan dalam beberapa versi, tapi bagi tahun 2017 ia direka dengan mendapat DNA terus dari model abangnya iaitu Yamaha R6.

Rekaannya sangat hampir dengan R6 yang pasti akan membuatkan ramai tergilakan motosikal ini. Tapi yang menyedihkan, ianya tidak pasti akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak. Sekian

Categories: WoRD LiFe

Skuad Pahang musim 2017

January 18, 2017 Leave a comment

Assalamualaikum. Dah lama tak mencoretkan sepatah dua kata dalam blog usang ni. Harini terasa nak menulis sesuatu pulak. Tapi bila difikir-fikir, takde pulak terlintas dalam kepala topik apa yang nak diperkatakan.

Takpe la, just cerita simple je la tentang berita sukan semasa. Semalam tanggal 17 Januari, telah selamat Pasukan bolasepak Pahang Darul Makmur melancarkan jersi terbaru musin 2017 beserta acara memperkenalkan para pemain untuk musim ini.

16114522_1243735262388451_634623665410958343_nRamai muka-muka baru yang diperkenalkan musim ini sebagai langkah menarik semula minat para penyokong tempatan yang sangat kecewa dengan prestasi bolasepak Pahang pada musim lepas. Seperti mana yang diketahui ramai, musim 2016 merupakan musim gelap bagi pasukan Pahang yang terjerumus ke dasar Liga M. Jadi dengan langkah menguatkan pasukan pada musim ini adalah diharapkan semoga Pahang kembali menjadi pasukan yang disegani dalam bolasepak Malaysia.

Berita aku copy paste sikit coretan artikel dari sebuah laman sesawang.

Previu MSL 2017: Dollah Salleh tekan butang ‘reset’ untuk Pahang

Ketika Dollah Salleh meninggalkan pasukan Pahang, beliau sebenarnya meninggalkan pasukan Pahang sebagai pencabar utama di peringkat domestik.

Beliau tidak sempat menuai hasil, namun fundamental daripada Dollah Salleh dituai oleh rakannya Zainal Abidin Hassan yang agak identikal dengan Dollah Salleh dari segi pengurusan pasukan. Musim 2016 adalah musim yang mahu dilupakan oleh pasukan Pahang. Mereka bergelut dari awal musim sehingga ke akhir musim.

Pembentukan Pasukan

Dollah Salleh membawa masuk ramai muka baru. Ramai di antara mereka adalah bakat yang terbukti (proven) dalam kancah bola sepak tanah air. Antaranya adalah:

Christie Jayaseelan, Ashaari Samsudin, Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Ahmad Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan, Wan Zaharul Nizam, Mohamadou Summareh dan ramai lagi. Dengan senarai pemain-pemain di atas, mereka boleh dikatakan mencipta satu kesebelasan utama yang baru di dalam pasukan.

Ia adalah perlaburan besar-besaran oleh Persatuan Bola Sepak Pahang. Jadi, tugas Dollah Salleh adalah untuk mengadun pemain-pemain ini menjadi satu unit yang kuat.

Sistem Permainan

Dollah Salleh antara jurulatih yang terkenal dengan taktikal klasik. Jadi, keutamaan untuk memiliki pemain sayap yang terbaik sudah pastilah agenda utama. Christie Jayaseelan musim lalu melalui musim yang terbaik dalam karier beliau. Syamim Yahya lebih kepada defensive winger yang keras.

Kebanyakan pemain sayap pasukan Pahang ini adalah tipikal penyerang sayap bukannya classic side midfielder. Jadi, mereka boleh menghadirkan ancaman secara terus ke kawasan gol. Nurridzuan dan Joseph Kalang mungkin agak tenggelam musim lalu namun mereka tetap menjadi bakat yang dikehendaki dalam bola sepak Malaysia.

Jadi misi seterusnya adalah untuk mencari sistem terbaik untuk semua orang.

15965889_1241499985945312_3734380863545078070_n

Aspirasi 2017

Dollah Salleh sebelum ini memiliki skuad penuh bintang dalam Liga Premier bersama pasukan Perlis namun beliau gagal untuk mencapai keputusan lebih baik musim lalu. Beliau mungkin sudah banyak mempelajari sesuatu daripada kegagalan itu. Rasanya pasukan Pahang akan berada dalam saingan kejuaraan dengan kualiti pasukan yang mereka ada.

Jadi, man-management dan in-game management Dollah Salleh adalah isu yang paling utama sekarang ini. Beliau ada rekod yang sangat baik dalam saingan domestik bersama MPPJ dan Selangor.

Inilah masa terbaik untuk bola sepak Pahang di-set semula selepas musim yang mengecewakan musim lalu. Dollah Salleh sendiri menyatakan musim 2017 adalah musim untuk mereka mengembalikan kegemilangan bola sepak Pahang.

Kesimpulan

Dalam senarai Pahang sekarang mereka ramai pemain bola sepak dalam peranan modern football seperti wing attacker dan no.10.

Ia adalah cabaran untuk Dollah Salleh untuk mengendalikan mereka. Dollah Salleh harus lebih kepada taktikal dan formasi yang lebih moden untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain-pemain ini.

Ia adalah kunci utama untuk Pahang musim 2017. Yang pasti pasukan ini ada ciri-ciri yang kuat untuk mencabar kejuaraan domestik.

Categories: WoRD LiFe

Selamat tahun baru 2017

January 16, 2017 Leave a comment

calendar-2017

Assalamualaikum. Selamat menyambut tahun baru 2017. Semoga tahun ini membawa lebih banyak sinar kebaikan dalam hidup kita semua. InshaAllah…

Categories: WoRD LiFe
Design a site like this with WordPress.com
Get started