Hamka pujangga Islam
Tajuk: Hamka pujangga Islam:kebanggaan rumpun melayu Penulis: H. Rusydi Hamka
Buku yg bagus untuk sesiapa yg berminat untuk mengenali tokoh ini dengan lebih mendalam. banyak perihal peribadi diceritakan dlm buku ini, lebih2 lagi ianya ditulis sendiri oleh anak kedua buya Hamka.
memang tidak dapat dinafikan tentang peranan penting yg dimainkan oleh Hamka dalam memartabat dan menjaga kesucian Islam terutama di Indonesia. Saya tertarik dgn semangat juang yg ditunjukkan beliau semasa hayatnya sehingga sanggup menyusahkan diri sendiri dan keluarga demi memartabatkan Islam.keperibadian beliau memang patut dicontohi oleh semua Muslim lebih2 lagi mereka yg bergelar ulama.
Ketika menjadi ketua majlis ulama,beliau dan majlis ulama menjadi ‘orang tengah’ yang menghubungkan rakyat Indonesia dan pemerintah berlandaskan nilai2 Islam. ‘Org tgh’ itu disifatkan oleh Hamka sbg kuih bingka yg dibakar dr bwh dan atas (Di atas adalah pemerintah dan dibwh adalah rakyat,walhal beliau/mjlis ulama yg berada di tgh2 dibakar).Di samping itu beliau menunjukkan keberanian untuk menegur pemimpin negara atas apa sahaja isu yg difikirkan perlu utk diperbetulkan.(bleh dikatakan mnjadi badan penasihat bagi pemerintah terutama dlm hal ehwal agama).
Kepimpinan beliau semasa menghadapi pengaruh Kristianisasi amat mmbanggakan selain kesabaran beliau ketika dipenjarakan oleh Sukarno (Orde Lama).Keikhlasan beliau dalam membangunkan Islam terpancar dari tingkah lakunya….byk perkara yg bleh dicontohi drpd sikap dan pendirian beliau.
“Saya rasa tidak ada kita yang menyesal.Sebab semuanya ini adalah pengalaman.Dan pengalaman adalah ilmu yang paling tinggi dan paling berharga untuk kita melangkah seterusnya.” -HAMKA.
-
Arkib
- November 2006 (1)
- Oktober 2006 (2)
- September 2006 (1)
- Ogos 2006 (7)
- Julai 2006 (4)
-
Kategori
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS