Blog ini dibina khas untuk semua penyelaras ICT serta pegawai-pegawai yang berkaitan di agensi kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia bertujuan sebagai satu pusat sehenti bagi semua maklumat medan diskusi bagi semua penyelaras ICT.
Semoga blg ini mendapat sambutan dan kerjasama dari semua pihak.
Chaiyo Chaiyo!! Aja Aja!!
Salam to all dan selamat berkenalan buat yang baru nak kenal.
Congratulations Ani for the opening of ur new weblog. 🙂 Hopefully kat sini kita boleh share projek-projek ICT terkini yang sedang dijalankan di samping berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan ICT atau lain-lain hal… Go Ani Go…!
ha.. mmg hajat hati ni nak wujudkan satu platform utk kiter sumer berkonghsi idea, pengalaman atau berbincang biler stuck.. 🙂
Maybe sebelum tu boleh tak kita ta’aruf sket? Kat sini saya cuma kenal Cik Ani sorang je. Saya, Afrohah Abd Hamid dari BTMK. Buat masa ni saya ditugaskan dalam Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran yang mana kami bertanggungjawab membangunkan sistem dan modul bagi kegunaan dalaman KPM. Projek terkini yang sedang dibangunkan di bawah kumpulan saya Sistem Penguatkuasaan Biasiswa (SISKUASA) Modul Akaun, e-Kejohanan (ni JPJS punya). Kalau sistem dan modul yang sedang disenggara tu banyak lagi la macam SISKUASA Versi 1.0, POC Sistem Kehadiran Biometrik dan lain-lain.
Boleh tak nak kenal yang lain? Tq… 🙂
assalamualaikum sumer pembaca..
saya rohaniah noor dari unit teknologi maklumat dan komunikasi, jabatan pendidikan jasmani dan sukan, kem pelajaran msia. unit TMK kami dah beroperasi sejak nov 2003. mula2 cuma sorg PPTM, then biler saya masuk JPJS, jadilah 2 orang kat unit tu..bidang kerja unit kami ni rasanya sama gak dgn unit IT kat jabatan atau bahagian lain kat MOE ni.. kiter cover sumer kan.. dr technical, perolehan, pelupusan, laman web, bantu sistem2 maklumat jpa mcm hrmis, sispen, atau pun espkb atau fisu dan juga menyelaras dan mengurus pembangunan sistem maklumat sendiri spt e-kejohanan, eps dan permohonan online pra-universiti ssm…kiranya, apa2 la yg bkaitan dgn iCT la…termasuklah buat flash atau presentation slide.. hehehe… lebih kurg mcm apa yg btmk cover, cuma skop kami hanya utk jabatan masing2 jer..
mcm JAPIM, diorg ader smka utk diselaras. kami juga ader sekolah sukan dan sekolah seni.. so far, 2 org tenaga mahir (chewah..) di unit ni mmg tak cukup tgn. alhamdulillah thn dpn kami dpt post technician.. so, leh la ringan sket beban lepas ni.. ader la org lain yg boleh tgkkan kalau ader user komputer mengadu monitor dier tak nyala atau tak leh print.. hehehe
Salam kenal, saya Kamarul Arif Bin Yusoff, mantan (mantan ke?).. saya kini melanjutkan pelajaran di Jepun. Suatu ketika dahulu, saya bekerja di BTMK sebagai webmaster KPM dan juga bekerja sebagai ketua projek bagi pembangunan aplikasi JPJS khususnya e-PS (e-Peagawai Sukan), e-Kejohanan, e-TID atau kesemuanya dikenali sebagai SIAS, Sistem Integrasi Aplikasi Sukan.
Buat masa ini, isu-isu yang melibatkan kementerian masih saya fahami mungkin juga ada yang saya kurang faham, tetapi, apa yang boleh saya bantu dan ceritakan di sini berdasarkan pengalaman lalu. Semoga inisiatif sebegini dapat merapatkan kita.
Cadangan membuat platform sebegini sudah sekian lama wujud, malangnya cara bekerja kita terutamanya saya menyebabkan saya alpa dan menjadikan idea seperti ini terkubur. Mungkin cara ini memudahkan kita bekerja kelak khasnya kategori PTM seperti kita.
Assalamualaikum,
Saya Nor Saadah Sulaiman dari Bhgn Pembangunan (penstrukturan semula Bhgn Pembangunan dan Perolehan kepada 2). Sejak 2004 Unit Teknologi Maklumat tak pernah ada dan hanya sendiri2 diwujudkan utk mengkategorikan kami berempat. Sebagai PTM 1 tugas utama berkaitan dengan pemantauan teknikal Sistem Pemantauan Projek II (SPP II). Tapi 80% buat kerja-kerja pengurusan ICT, sama la mcm cik ani kita..
Sebagai penyelaras ICT byk yang kene ambil tahu. Yang penting kerja2 pegawai/kakitangan di sini berjalan lancar. Network especially, aplikasi pejabat, kefungsian peralatan ict dsb.
Tapi sedih juga sebab permohonan utk minta technician di BP x dapat walaupun perjawatan mencecah 300 org. Harap2 dapat la seorang PKS utk buat kerja2 tu. Tak larat den nak bongkok2 bawah meja lagi :p
Assalamualaikum… Salam perkenalan drpd saya, Salrina, PTM, Bhgn Pencen, JPA. Saya org pertama yg tersasar dari pengkhususan blog ni, “Kementerian Pelajaran Malaysia”, kira saya ni tergolong dlm golongan “serta pegawai-pegawai yang berkaitan di agensi kerajaan” hehehe… (nasib baik ada tergolong gak aku ni)Tq..tq… anie, for the invitation.
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Saya Azlin Hayati PPTM dari JPJS..Mulanya ingat malas nk kenalkan diri tapi boss sound suh kenalkan gak..heheheh.
Keje2 saya sama ngan anie..Sume keje kena buat. Memang rojak. Moga dgn adanya komuniti ni kita boleh share pengalaman kerja masing2. Dan boleh jadi tempat rujukan kot ada apa2 masalah yg kami xdpt nk solve sendiri. 🙂
Assalamualaikum. sorry anie…hehe lupa nak aktifkan diri. sesapa yang tak kenal tu….saya Shabirah dari Bhgn Kewangan. Buat masa ni otak masih belum dapat keluarkan sebarang komen menarik. so, terpaksa diamkan diri dulu. 🙂
nak test ! selamat hari raya ..
Salam..saya Fazlina binti Ab Rahman. Baru sahaja melaporkan diri di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset pada 28 September 2007. Belum mempunyai pengalaman sebagai PTM sebelum nih. Harap mendapat bimbingan dr semua PTM2 senior.
selamat datang fazlina… selamat dtg ke kelab penyelaras ICT KPM dan kelab PTM gomen… jgn risau, sumer ptm ni baik2 belaka..lawa2 dan hensem2 plak tu.. kami sedia mbantu.. 🙂
sbg PTM, bidang kejer kiter mmg pelbagai. tp sebagai penyelaras ICT bhg/jab dlm KPM ni, rasanya bidang tugas kiter sumer lebih kurg samer jer.. cuma business operation bhg/jab yg kiter support tu jer yg berbeza.. masalah yg kiter sumer hadapi pun lebih kurg samer..dan pihak yg selalu kiter harapkan utk mbantu kiter dlm tugas seharian adalah pegawai2 di btmk.. ada kalanya ptm di kem lain pun boleh membantu. itu sebab kiter sumer skang di sini.. di dalam satu pertemuan online.. teknologi maklumat katakan.. chewah…
Bagus juga ada site ni. Boleh kongsi masalah dan kongsi cadangan. Syabas!!
Ni nak kongsi mengenai OpenOffice (OO). Mungkin kita boleh mula install OO dalam platform Windows di komputer kita dan rakan-rakan yang lain. Nak gunanya pun tak lah susah sangat. Interfacenya hampir sebijik macam MSOfice.
So kalau beli notebook tu rajin-rajinlah guna OO ni. Jadi tak yahlah nak risaukan sangat pasal BSA sebab pasang software Loyat. Kalau tak silap dendanya RM20,000 (kurang sikit boleh dapat beli SAGA baru!!!).
Semalam ada meeting tentang OO ni di BTMK. Cuba hubungi Faisal Abdillah (desk officernyer) untuk keterangan lanjut. Kita kena peka kerana perancangan kena bermula dari sekarang.
Mungkin
oleh kerana mendapat jemputan di emel, saya pun dengan rasa nak tau apa yang ada kat sini, mendaftar sebagai ahli baru.
saya anakrantau98 (bukan nama sebenar). saya… eh.. ada orang panggil sayalah. saya sambung lain kali. bai.
++ alamak bekas-boss aku ada kat atas laa.. bekas-boss, apa kabar ?
Assalamualaikum.. ingatkan jemputan ape td.. sori kak shabi, xperasan pulak kewujudan blog ini.. ape2pun, tahniah di atas usaha murni ini.. bagus3x 😀
errrmmm.. sy elliza.. junior PTM kat BTMK (e eh, masih junior ker? :p intake mac2006).. nnti bile2 ade mase terluang, blh la kite share idea ya.. salam perkenalan buat semua 🙂
Tahniah … ada gak blog org IT ni yek , Leh la kongsi pengalaman.
🙂
Assalamualaikum…
kepada semua kenkwn yang akan kursus di empress hotel sepang salam perkenalan…ha cikgu2 lepas ni balik pasti ada keja punya…so timba ilmu byk2 k…
salam..saya nor dari hnj pictures..saya kini dalam proses untuk menghasilkan video bagi website kementerian pelajaran malaysia..kami akan hasilkan dokumentari,jadi bg ep ini saya akan buat mengenai jabatan teknologi maklumat..boleh bagi saya maklumat???
tentang fungsi jabatan ini kpd para pelajar?
salam….tahniah kerana berjaya mewujudkan web yang penuh informasi ni…..
Dari kuching.saya baru terima surat perlantikan sebagai guru penyelaras bestari, saya kira ini blog yang terbaik setakat ini untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan dgn tugasan kita. Diharapkan u all dapat memberi maklumat dan berkongsi idea yang ideal.
assalamu’alaikum,
saya ni bekas ahli mesyuarat Penyelaras ICT Bahagian KPM. saya pernah menjadi penyelaras ICT untuk Bahagian Buku Teks, KPM. Memang saya syok masyuk meeting dengan semua kawan-kawan masa dulu. Rindu lak tak dapat jumpa korang-korang lagi. Saya suka idea macam blog kerana dapat share ideas antara penyelaras ICT yang ada… saya rasa ada eloknya kalau:
1. ada membership system… meaning hanya registered users sahaja dapat enter certain parts of this blog untuk berbincang application/pc/server settings dalam KPM…
2. sediakan satu download page untuk drivers espcially printers dan sebagainya di sini (kalau space blog unlimited ke atau belum buat share drive kat server btmk lagi)
3. forum berbincang programming methods (php, jsp, java dan sebagainya) untuk membantu bahagian-bahagian buat aplikasi kecil-kecilan untuk membantu kerja-kerja di bahagian masing-masing.
4. online calendar yang meletakkan tarikh/event penting buat semua/sebahagian penyelaras ICT yang ada.
setakat ni jer lah idea yang ada… good job to all. jumpa lagi. wassalam.
HELMY