Salam,
Minggu ini bermula lah cycle saya di Medical Forensic. Sudah 3 hari sebenarnya di department ini. Kesimpulan setakat ini, sungguh mendera fizikal dan mental. Saya ingatkan cycle paediatric sudah cukup memenatkan, ternyata forensic lebih penat. Saya rasa lebih penat mungkin, sebab kes kes boleh datang tiba tiba, dan harus dengan segera ke tempat mayat (morgue) untuk di autopsi. Huhu, kalau jenazah tu datang pukul 3 atau 4 pagi, maka pukul 3-4 pagi itulah harus ke sana. Ok sangat penat dan jadual memang tidak teratur langsung. Sudah banyak kuliah batal sebab ada kes autopsi. Dan dengan pensyarah nya yang super busy memang tak terkendali lah jadual.
Setakat ini sudah 2 kes yang diautopsi.
Kes pertama :bayi yang dibunuh ibunya (sungguh kejam..huhu..malah, ibunya turut mengecam mayat, dan sebenarnya ibunya agak kurang waras la. Saya tak tega nak autopsi.Sungguh. Hanya mampu tengok je autopsi dilakukan. Dengan kepala retak, ada kesan cekik, huhu. Memang kesian lah. Umur dia baru 9 hari. Otak dia hancur.
Kes kedua: Mayat mutilasi. Mayat mutilasi ni maksudnya, bahagian2 badan diptotong terpisah.Kelmarin cuma diautopsi bahagian tangan dan kepala sahaja. Bahagian lain masa tu belum dijumpai. HAri ini baru jumpa bdan dan kaki. Wah wah wah..Ngeri super tahap tak tau la. Saya dan kawan2 malah jadi trauma kejap. Serius. Manusia apa la yang sanggup bunuh macam tu.
Dah setakat ni tu je kes. Esok ade kes baru lagi, bayi. Wah dah tak sanggup serius. Tak sanggup la tengok orang kena bunuh ni. Sungguh. Saya kalau nak ambil specialist, saya tak nak ambil MEdical Forensic. Tak kuat la nak tengok orang kena potong segala ni. Uhuhuhu
p/s: CSI kan Crime Scene Investigation kalau di Indonesia Tempat KEjadian PErkara.
Credits to tiffinbiru.blogspot.com
Recent Comments