Hari ini Raya ke-3. Masak Laksa Johor. Dan seperti hari hari sbelumnya, sesi masak memasak di Rumah Kuden. Untuk pertama tama kalinya saya masak laksa ni. Ambil resipi dari Mesra Resipi dan Resipi Atikah. Maka menjadi lah Laksa Johor. Hahaha. BAngga kejap sebab berjaya. Haha, kira boleh mengaku lah ada darah Johor (dari belah ayah). Uniknya Laksa Johor ni sebab makan dengan mi spaghetti dan bukannya Mi Laksa yang dari tepung beras tu. Mungkin sebab Johor sudah dari dulu dikenal sebagai Bandar Moden kot.huhu. Dan sepatutnya kena pakai ikan kembung atau ikan tenggiri. Memandangkan ikan sadin banyak di simpanan, maka saya menggantikannya dengan ikan sadin. Senang tak yah cuci dan rebus.hehehe.
Ni gambar hiasan je. gambar sebenar tak ambil pulak tadi.Resipi sila ambil di Mesra Resipi. Atau kalau anda bernasib baik dan rajin, langsung aja ke restoran tanya tukang masak tu caner nak masak dia.
Banyak juga masak tadi, bajet untuk 11 orang 1 peket setengah spaghetti, eh malah jadi 2 peket setengah. Tu pun untuk malam beli lagi 2 peket. haha. sudah sudah la tu. Mari ber gym ya lepas ni. buat sia2 je turun 3 kilo puasa.hahahaha.
Sebenarnya ni semua idea Atikah, tiba2 nak dijadikan cerita, travel yang bawa dia ke Banyumas dtg sejam awal. Adoii, kempunan giler Atikah nk makan. Padahal semua dah siap dah, tinggal nak makan je. Tapi sudah ku packing kan ke Guna untuk Atikah supaya dia tak kempunan. uhuhu. Hopefully dia dapat makan.
p/s : Lain kali kita masak lagi ye. =p

Recent Comments