Sekarang di Stase (Cycle) Saraf atau lebih dikenali sebagai Neurology. Suka sangat stase ni. Semua residen baik giler…Saya dapat belajar banyak . Tak dela melangut macam orang x de keje mcm kat Bedah tu. Eh mengumpat plak..haha.. x pe bukan orang. Saya dapat residen yang best. Semua residen amat suka mengajar dan menghargai koas. Oh ye. Koas tu maksud die Ko Asisten iaity asistant kepada doktor la maksudnya. Sepatutnya memang macam tu. Tapi selama di Bedah tak rasa macam tu pun. Tapi di Saraf, saya betul2 dapat pegan kes-kes pesakit. Hehe. Biasanya ada nama dr yang merawat dekat board setiap pesakit. Bangga plak sebab nama saya pon ada skali. hahha. Baik betul residen pembimbing saya. Hehe. Nama dr yg merawat: Dr Nor..eh..aku la tu..wooot woot..aku nak pakai nama Dr Nor la sebagai nama komersial…hahaha.boleh plak..habis tu takkan nak letak nama Dr Doyot plak..Giler cacat..
Setiap haridi Saraf aku kena follow up patient. Banyak kes Stroke. Sila la jaga kesihatan diri, stroke atau apa orang Melayu panggil angin ahmar memang boleh menyebabkan kematian. Kalau tak mati, cacat sket kot. Lumpuh sebelah. Kesian tau tengok diorang. Makan bersuap. Lupa2 ingatan. Ialah, bila kena stroke, di kawasan otak yg kena infarction tu mati dan tidak boleh digunakan, dan sifat otak ialah ia tidak akan regenarate semula. Kalau satu sel sudah mati, maka ia sudah mati. Tak macam kulit, boleh regenerate.
Hari tu Dr Damarmo cerita pasal dia kena stroke. Dia super heavy smoker ok. Dia boleh habiskan 3 kotak rokok sehari. Gila tak. Lepas tu dia kena stroke. Nasib dia baik, sebab dia kat hospital masa tu, jadi semua staff dapat ambil tindakan lanjut pada dia. Kalau kena stroke sila pastikan jangan lebih 6 jam..sebab kerosakan setelah itu amat susah nak pulih ke asal. Lebih awal tindakan diambil, lebih baik proses pemulihan. Ok, smabung cerita, nak dipendekkan cerita, dia pon berhenti merokok. Dia cuba cabar diri sendiri, kalau bulan puasa dia boleh tak merokok dari sahur hingga berbuka, boleh tak dia berhenti dari sahur sampai sahur esoknya. Dan ternyata dia boleh, dan dia terus memotivasi diri sendiri sampai sekarang dah dekat 3 tahun dia tak merokok. Hebat tak. Dan dia kata, dia tak perlu nak gantikan rokok dengan nikotina patch ke gula2 ke hape ke. Terus dia berhenti. Dan dia kata, dia nak buat buku lah, Cara-cara nak berhenti merokok. Bagus tak. Semanagat yang patut dicontohi.=)
Ok la ..nak gi mandi dan belajar. Semenjak masuk Saraf ni jadi sedikit rajen..hahaha.riak plak tu.. X dela. Ni sebab saraf kena blaja banyak gila weyy…serius..Minggu depan gi luar kota. Klaten. Nasib baik dekat.muhuhu..


Recent Comments