Salam Aidil adha semua dan maaf zahir batin. Semalam 8 Disember 2008 telahberlangsungnya Majlis Sambutan Aidil Adha 2008 di Grha Wredha Mulya, Sendowo. Boleh dikatakan agak besar-besaran juga majlis ni memandangkan sebanyak 1 ekor lembu dan 4 ekor kambing dikorbankan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Moga Allah merahmati rezeki kalian. Amien. Jadi pada kali ini, Solat Aidul Adha telah diadakan di dewan yang disebut di atas. Memandangkan pembahagian tugas telah dijalankan, maka atas izin Allah,segala program dan aturcara majlis berjalan lancar. Untuk pertamanya bagi Qiqi Lulu mendengar khutbah dlm ‘bahasa K.L’. Maklumlah, Qiqi Lulu kan orang utagha.hikhik.
Pada kali ini saya bertugas sebagai AJK Kelengkapan dan AJK masakan(secara tak langsung). Hidangan kali ini merupakan Daging Kambing Black Pepper, Daging Lembu MAsak Merah, Dan Sup Tulang. Semuanya sedap2. Terima kasih kepada semua yang telah tolong masak2.Ahaha..mcm saya plak ketuanya. Perasan sungguh. Tapi semua memang tolong menolong. Dan rasanya, pada kali ini saya betul2 memasak dari A ke Z. Maksudnya, dari tengok penyembelihan kambing, kepada memotong2 daging kambing tersebut dan akhirnya menjadi hidangan yang super lazat. Tahun depan saya dah tak buat lagi rasanya. Tampuk pemerintahan telah beralih. Saya mungkin jadi observer sahaja.hehehe. Ataupon menjadi “Quality control inspector”. hihi.
di tempat penyembelihan.

kambing2 utk disembelih
Jadi sesi masak memasak telah bermula seawal jam 10. Sebenarnya kami ingin mulakan dari jam 12.30. Tapi memandangkan daging telah dilapah maka bagi mengelakkan dari busuk dan terlambat maka kami mulakannya awal. Walaupun terdapat sedikit perebutan bawang dan alat..haha.perang dapur la katakan, tapi semuanya terlalu kecil dibandingkan dengan hasil yang didapati. Kemudian lebih kurang jam 5 begitu, Daging Black Pepper, saya dan Fadz selesai masak dan tidak lupa juga Sup Tulang yang diuruskan Ida dah siap untuk dimakan. Cuma menunngu Daging masak merah sahaja untuk siap sebab daging lembu lambat sampai.

Me n Aini.Makan2 time.=p
Jam 6 selepas Maghrib, majlis makan2 dah bermula. Tapi, saya balik mandi dulu dan datang jam 6.30. Huhu, ternyata Daging Black Pepper yang dimasak dah habis licin..Sangat licin. Dah la saya dan fadz yang masak, tapi kami x dapat rasa. Maksud saya, makan dengan nasi. Tak sama tau awak makan dengan nasi. Walaupun di dapur dah puas saya merasa konon2 nak cek, cukup garam ke tidak.uhuhu. Tapi tidak mengapa, Gembira tengok orang makan bersungguh.Kesimpulannya meriah sungguhlah sambutan kali ini. Berasa gembira. Mmuah to everyone..=)

Recent Comments